Sunday, January 30, 2011

diriku dan dirimu

Cuba kita lihat diri kita,dari atas ke bawah,dr bawah ke atas,tengok berapa banyak cela kita,atau kecacatan yang kita alami,imbas kembali kenapa kecacatan atau cela tu wujud..

Kalau ada album photo yang menyimpan gambar-gambar kita masa kita kecik sampaila besar,sila bukak satu2 ea album tu..Lepas tengok semua gambar-gambar tu,mari kita berfikir,macamana ea,kita boleh besar macamni?macamana mak ayah kita jaga kita?em...macamana ea..berapa ea duit yang dah dilabur untuk besarkan kiter?rasa-rasanya dapat tak kita bayar?selama kita jadi anak mak ayah ni apa sumbangan kita?

Monday, January 24, 2011

Antara dua agama..(ep.13)


EPISOD 13
Berkali-kali Sarah cuba menghubungi telefon bimbit Salina,namun panggilannya hanya dib alas oleh operator. Sudah hampir 2 minggu Salina tidak menghubunginya .Bukan dia saja risau,adik-adiknya juga tertanya-tanya kemana tuju anak kedua dalam keluarga itu.

“Ke mana pulak pergi Salina ni..telefon pun off..ish..,”monolog Salina sendirian..
Setelah puas memikirkan kehilangan Salina ,Sarah akhir tekad untuk menghubungi ayahnya untuk bertanyakan hal Salina.Hanya dua kali deringan ,panggilan sudah bersahut..

“Hello..papa..,”Sarah menyapa seeloknya walau hatinya gundah.

“Hmm..kenapa?,”acuh tak acuh saja panggilannya dijawab.

“Ada call Salina ke? Sarah call berapa kali dah tapi tak dapat.Papa  tau ke,Where is she?Risau la..,”sedikit terangkat nadanya..

“Hmm..takde pun call ..but she had inform me before yang dia nak pergi Jakarta..cuti-cuti..kan sekarang tengah mid-sem break,”selamba saja ayah Salina melakonkan sandiwara.

“Really??how come she didn’t tell me anything about this?pergi Jakarta pulak tu.But,takkan sampai sekarang tak balik-balik,mid sem break Cuma seminggu la…,”balas Sarah.

“Er…pasal tu,tunggulah..papa try call dia..,”gelabah sedikit ayah Salina membalas kata-kata Sarah.
Belum habis ayahnya menghabiskan kata-kata,Sarah terus memotong, “you have her phone number?nombor mana plak dia guna dah,macam orang lari dari rumah je la dia ni.This is so ridiculous,tak pernah dia buat macamni.”

“Sarah..be calmed..she’ll be ok..nothing much to worry.She’s big girl.Papa try call nombor dia yang biasa la.Kot-koy dia on kan.Mungkin dia sengaja tak bagitau Sarah, sebab dia nak berdikari,rasa hidup sendiri tanpa menyusahkan sesiapa.Mana kita tahu dia nak ubah cara hidup atau apa..kot-kot nak  release tension kat sana,”ayahnya menenangkan gelodak di hati Sarah.

“Hmm..ok..tell her I miss her so bad.Jangan lupa bagitau yang I am so angry with her.How dare she didn’t tell me anything about her vacation.urgh…geram,okla.thanks ye..bye,”segera memutuskan talian.Rasa panas hatinya kerana geram mengenangkan sikap Salina.

“Apa lah yang dia buat..hai…tiba-tiba macamtu..ada masalah ke?Siapa pulak yang teman dia kat sana?hmm…,”ligat fikirannya tika itu.

“Aha….Garry..tapi mustahil lah..dia mana suka Garry..lagipun Garry takde kat sana..hmm…Salina..Salina…semoga sentiasa dilindungi Allah..,”monolog Sarah sebelum berlalu ke bilik air untuk berwudhuk sebaik saja terdengar bunyi azan.

Di hujung solatnya nanti,dia ingin berdoa demi kesejahteraan adik-adiknya,keluarga,jiran ,arwah ibunya dan dirinya.Berharap agar sentiasa beroleh bimbingan,dan ayahnya diberi hidayah.
Walaupun dia,Salina,dan adik-adik saling berjauhan,tidak bermakna mereka  melupakan tanggungjawab sesame sendiri.Apatah lagi sejak kecil mereka di didik untuk selalu melakukan sesuatu pekerjaan dengan bersama-sama.Jika salah seorang di antara mereka jatuh sakit atau ditimpa masalah, yang lain akan terasa kesusahan yang sama.Ibarat cubit paha kanan terasa paha kiri. Pernah suatu ketika dulu, Sarah menangis kerana adiknya di tuduh membuang selipar sepupunya.Hanya hal kecil saja,tapi sudah terlalu kerap adiknya di tuduh sedemikian,padahal sepupunya itu sendiri yang selalu menyusahkan orang lain.Dasar anak manja! Bentak Sarah di dalam hati menahan amarah.Perasaan ditindas sudah puas menguli kehidupan tetapi itu bukan alas an untuk membenci kehidupan yang dianugerahkan.

Saturday, January 22, 2011

Kemewahan Hidup

korang suka tak hidup senang?
korang suka jadi orang kaya ke orang susah?

Rata-rata mesti jawab yang nak hidup senang, dan jadi orang kaya lagi best...takpun ada yang jawab hidup sederhana lagi best...

Masing-masing ada pendapat sendiri.Kalau saya, saya suka hidup senang, senang solat,senang bersyukur,senang g masjid,senang baca quran,senang zikir...rasanya semua orang(muslim) nak yang macamni...tapi halangan nak hidup senang yang macamni lebih berat dari hidup senang dgn harta benda..yela...cuba kita tengok,kita dah hidup senang dgn harta benda tapi mudah tak kita nak luangkan masa untuk beribadat?hm...lalai sungguh diri ni...

Kemudahan yang tersedia di depan mata kita selalu kita salah gunakan..contohnya,seorang pelajar yang diberi kemudahan kereta oleh ayahnya , memudahkan segala pergerakan pelajar tersebut keluar kampus..tujuannya untuk apa?kalau kerana kepentingan dan hal mustahak rasanya memang berbaloi,tapi jika kemudahan tu hanya menambahkan perbelanjaan(sbb sng g shopping) untuk apa pulak kan...menyusahkan hati je lepas tu...tak gitu?yela..susah hati kira budget..

hmm....entahla...ni khas utk diri sdiri..saya tidak mahu jadi shopaholic. 

apa la yang manusia ni nakkan? diberi hidup susah merungut,hidup senang pun macamtu...senang je sebenarnye..kita bersyukur dengan apa yang ada..kalau dah ada kemudahan tu kena lah pandai kawal diri,macamana nak kawal?senang je...puasa...hahaha..setiap orang ada cara sendiri..cuma terpulang pada diri masing2 nak buat atau tak..

p/s: tak nak g shopping lagi...uwarghh!!nangis tak dpt kumpul duit lak...t time hujan takde payung lak kalo sumer duit guna untuk shopping...

perasaan>>saya memang tak suci...saya harap saya sentiasa fikir saya tak suci ..bukan tak suci maksud takde dara(nauzubillah.biarla takda dara pas nikah.heheh.) tapi tak suci maksudnya diri ni bukan macam kain putih yang baru kuar kilang..banyak tompok-tompok hitam dah...harap diri ni makin panjang usia makin tunduk pada Allah..bukannya makin tegak macam lalang ..




Friday, January 21, 2011

Language debate...

Tak best kan tajuk tu? Nak buat hot pun tak reti...pastu..buat hot pun sape nak baca?Hahaha..ini hanya untuk kepuasan hati semata-mata.huhu..

Minggu ni ,minggu ke 3 kitarang start kuliah..Cik Puan Lisa still in malas mode..oh tidak....apa jadi ni??Wake up!!!!Nak menang ke nak kalah?(suara ramai:MENANG..MENANG..MENANG)..yela..mestila nak menang..tapi macamana nak menang,set alarm pun tak betul...patut r tak bunyik2 alarm tu,rupanya setting am-pm salah..ade ke patut set alarm kul 3 pm..patut ar pagi tak bangun2..ish3...

Back to our topic..Language debate...
Korang tau berapa jenis language debate??
Jawapan yang berlegar dalam fikiran korang yang suci dan bersih tu mesti macam ni:

~  Debat bahasa...Inggeris..Melayu..Arabic...

Kan-kan,betul tak korang fikir gitu??

Sebenarnya ada agi satu jenis language debate...

Korang teka ler...tapi takde hadiah la...sebab aku tau korang mesti tak tau jawab...takpela..otak korang suci...huhu

Satu lagi jenis debate tu adela....JENG..JENG...JENG...


SIGN LANGUAGE DEBATE.....hehehehe....

ni classmate yang gtau time kelas...Lecturer tgh sibuk2 tanye siapa pernah join debate time skolah,promosi masuk debate club...sebut jenis debate...datang lak dier dengan slumber...SIGN LANGUAGE DEBATE MACAMANE EA?lepas tu dia buat aksi.haha..em....ni bukan lawak bodoh tau...dier ajak kiter berfikir...mungkin masa depan ada debate camtu...tapi kitarang lam kelas tu kejam gak la..kitarang gelak habis.HAHAHA...apeda...

Apa pencapaian anda ( Cik Puan Lisa) minggu ini?


Minggu ni dah masuk minggu ke 3 dah untuk minggu kuliah..Patut saya dah ada improvement dan sedia sepenuhnya untuk kelas..tapi almaklum lah sebagai insan yang kadang2 suka jadi OKU,sampai hari ni tiada pencapaian yang nak dibanggakan..sedih...

Jadi,disebabkan ni dah minggu ke 3..tapi sy tak sedar-sedar dr tidur yang lena lagi...saya buat Muhasabah diri lagi...Fikir kenapa jadi begini? Apa yang perlu saya lakukan?...punca utama adalah KEMALASAN.sape la yang tak malas..tapi teruk la macamni..dah mula stress sebab tak urus masa dengan baik..assignment pun tak buat-buat lagi...aduh!!.kenapa sampai macamni?aiyoooo...Hmm..disebabkan dah berfikir pasal hal tu, jadi..sy rasa...sy nak...sy nak...(APA KAU NAK WEI???).sy nak....

1. Banyakkn berpuasa..(kalau puasa tak salu makan,perut tak salu kenyang,jadi takdela malas sgt)

2. Kurangkan balik rumah(balik rumah jadi pemalas)

3.Kurangkan g jalan( spending too much money sbb hang out)

4.Nak buat mind map untuk courses sem ni secepat mgkin,kalau boleh nak baca habis notes masa cuti raya cina t (dengan mind map,perkaitan nampak jelas)

5. Menjelaskan,mengukuhkan dan sebagainya Target sem ni..SAYA MAHU 4 FLAT SEM NI...(ni penting sangat,sebab akan bagi semangat untuk stdy...YA...SAYA MAHU 4 FLAT...SAYA MAHU 4 FLAT..SAYA MAHU 4 FLAT...MGT, COST ACCOUNTING, SOIL MGT. MAJOR CROPS, ENTOMOLOGY..SAYA MAHU ANDA SEMUA 'A'..!!!!!!!!!!!!!!!!!!inshaALLAH..

semalam(khamis) kitarang ada kuiz untuk cost accounting...wargh...Geram giler!!!!!!!!!!!!!!!! ape mende la soklan kuiz tu..sgt confusing!!!!.skor kuiz semalam 11/20 je...wargh....rendah...member dpt 13/20..jeles tau...tak puas hati betul la...(dah tau tak puas hati,blaja la,amik ko malas!)..adoh2..makin tensen kepala hotak ni...mesti bangkit...bangkit...bangkit...

BTW..saya g kelas bahasa mandarin...lalalala~~nak belajar bahasa mandarin plak ei..huhu..actually nak pergi kelas Arabic,tapi kelas tu batal sebab tak ramai yang daftar..so kita 2 friend ni switch la g mandarin kelas...first kelas tu cam lucu gak la blaja sebutan..fonem awal,akhir..macam2 la...dalam kelas tu ada macam-macam orang..ade yang student,ade lecturer,staff uitm,manager,dan ada PILOT...huhukk...(suara halus:jgn gatai na..)..takdela..sy tak gatai..=)..sedar diri..huhu..ptg ni kelas bahasa agi...pasal penentuan waktu kelas,ade masalah sikit..haha..ngek je kita 2 kawan ni..bila orang tanya next kelas nak biler?,isnin kul 6 sampai 8 boleh tak?..haha..kita 2 angkat tangan kata ader kelas,padahal takde kelas..pastu hari len lak..waktu 6-8 kita 2 angkat gak tgn kata ade kelas.wahhh..penipu ler kita 2 ni kan...??haha.actually kitarg risau waktu solat maghrib la...maghrib sini kul 7 pm camtu...kalo kelas kul 6-8 pm..mane sempat...tapi at last ,kelas ditentukan hari jumaat pukul 5-8 malam..wah..kita 2 takley kata ape dah...terpaksa terima sbb dah tolak hari lain...ALHAMDULILLAH...lecturer bahasa tu faham..kita mintak excuse untuk solat maghrib..jadi ok la..hehe..esok g klinik n main bowling..lame tak men..huhu...(best wo..kena sponsor)


Thursday, January 20, 2011

Antara dua agama..(ep.12)

EPISOD 12
Perpindahan Salina ke Jakarta berjalan dengan lancar seperti yang dirancang.Sepanjang perjalanan Salina ke Jakarta,Garry setia menemaninya di sisi.Papa Salina yang terlebih dahulu berada di sana menyambut mereka dengan penuh senyuman.Salina ditempatkan di sebuah hospital swasta yang terletak di pinggir kota,jauh dari kesibukan ibu kota..

Dari tingkat kecil Salina memerhati bangunan rumah sakit itu. Kelihatan tanda salib yang besar di atas bumbung bangunan utama atau entrance.Pintu gerbangnya di apit oleh arca patung yang bersayap tetapi tidak mempunyai jantina.Terdapat laman yang lapang di hadapan rumah sakit itu yang menempatkan tempat letak kereta dan di sebelah timur terdampar luas sebuah taman bunga berserta pondok-pondok kecil yang ditata rias dengan bunga-bungaan menjalar.

“Apa yang kamu lihat di luar sana?Kamu enggak capek(penat)?Harusnya kamu istirehat dulu sih…pasti kamu kepenatan ..mari aku bawa kamu ke ruangan istirehat..,”Garry  menyapa  Salina yang sedang  asyik melihat ke luar bilik melalui tingkap di bilik itu..

Garry menarik perlahan kerusi roda yang Salina gunakan menjauhi tingkap bilik dan menyorongnya  ke arah katil.Perlahan-lahan Garry membantu Salina naik ke katil..penuh teliti perbuatannya kerana Salina belum sembuh sepenuhnya dari kecederaan luar.

“Terima kasih… kenapa awak baik dengan saya? Awak jaga saya..teman saya…,”Salina berkata perlahan…
Tergelak kecil Garry mendengar pertanyaan itu, “Sudah kewajiban aku menjaga kamu..apa lagi kamu bakal isteriku,juga anak pada daddy..dan sebetulnya kamu saudara seagamaku…walau aku baru bermula...”

“Sebab tu je ke? Betulke kita dah tunang?Kenapa tak ada cincin di jari awak?,”selamba saja pertanyaan itu keluar dari mulut Salina.

“Er…cincin…cincin itu ada di rumah..cincin kamu juga ada bersamaku..kerna..kita udah sama-sama setuju,cincin itu enggak perlu dipakai,supaya lebih bebas …besok aku bawa kemari ya..,”agak sukar bagi 

Garry menjawab persoalan itu kerana dia tidak mahu Salina tahu bahawa mereka sebenarnya tidak mempunyai apa-apa hubungan dan dia adalah laki-laki yang dibenci Salina sebelum itu.
Bimbang hasratnya akan terganggu..Dia tahu berbohong itu salah,tapi dia mahu yang terbaik untuk Salina.Antara kemahuan dan keperluan,manusia selalu terkeliru.

“Loh..kenapa kamu sedih?,”Tanya Garry pada Salina yang sedang merenung ke siling bilik.

“Kenapa saya lupa siapa diri ni ? ,”Salina mengeluh dihujung pertanyaannya.

“Hmm..Salina..kamu harus sabar…anggap saja ini ujian..tenang ya..jangan terlalu pikirin hal itu.Kamu masih ada aku dan papa,bisa bantu kamu ngingatin siapa kamu..ya udah..kamu baiknya tidur dulu..nanti bangun udah enggak sedih..aku mau kamu cepat sembuh..nanti boleh lekas menikah sama aku,punya anak,cucu....jadinya aku enggak perlu tidur di kerusi lagi,tapi di samping kamu di sini juga bisa…hehe..,”Garry berseloroh di akhir kata..

Sengaja Garry berkata begitu..mahu melihat Salina tersenyum..dalam gurau dia menyampaikan hasrat hatinya.Salina hanya tersenyum kelat dengan mata terpejam.Di dalam fikirannya,dia mahu sembuh secepatnya dan kembali ke tanah air,mencari identiti dirinya yang sebenar.Bukan dia tidak percaya pada Garry, tapi dia mahukan seluruh kehidupan masa lalunya kembali dalam dakapan fikirannya.

“Berapa lama dah kita jadi tunang? Macamana kita kenal? Dulu kita saling suka sama suka?,”Salina bersuara dengan mata terpejam setelah menyepi beberapa minit.

“Hahaha…er..nampaknya kamu punya minat ya sama perhubungan kita..er..pertunangan kita udah langsung hampir setahun,tapi kenalnya udah lama..semenjak kamu belasan tahun lagi..aku mula mengenali kamu sejak percutian ku ke Malaysia atas undangan daddy.Waktu itu aku baru 21 tahun,fresh graduate lagi, dan kamu kira-kira dalam 18 tahun gitu..dan masa itu kamu baru kehilangan ibu kamu..Aku masih ingat kamu selalu duduk sendirian di laman depan rumah daddy ,sambil melempar batu-batu kecil ke kolam..dari situ kita mulai rapat..,”sengaja memulakan bicara untuk menutup gugup hatinya..mengimbas kembali peristiwa lalu,dan menterbalikkan situasi  yang pernah berlaku di kolam itu..

“Em…maafkan saya sebab tak ingat..terima kasih sebab sudi bersama saya dalam keadaan macamni,”ujar  Salina ..

“Ya..kamu enggak perlu ngucapin terima kasih..memang udah tanggungjawabku menjaga kamu ..,”Garry bermanis kata..

“Aku sayang kamu sepenuhnya.Kamu sayang aku enggak?,”persoalan dari Garry itu tidak berjawab..
Sesaat dua dia menanti jawapan dari Salina, akhirnya Garry tersenyum..

“Udah tidur..semoga kamu jatuh sayang padaku..semoga cinta ini sentiasa subur walau apa yang berlaku.walau kamu udah tahu kebenarannya.Semoga cinta ini sentiasa diredhai Allah…,”Garry seolah-olah berbisik pada dirinya sendiri sambil menarik gebar menutupi tubuh Salina.

Monday, January 17, 2011

Antara dua agama..(ep.11)

Episod 11

Subuh itu kedengaran sayup-sayup suara azan dilaungkan menandakan masuknya waktu subuh..Garry bangkit dari pembaringannya di  atas sofa yang terletak di pinggir bilik yang dihuni Salina.Meraup wajahnya berkali-kali untuk  menyegarkan dirinya.Setelah itu dia menuju kearah  bilik air..Selesai membersihkan diri,segera dia membentangkan jaketnya di tepi katil Salina mengikut arah kiblat yang terpampang di siling bilik..Berkali-kali Garry mengangkat takbir untuk memastikan solatnya berpaksikan niat yang satu iaitu kerana Allah swt..


Dari satu sisi di dalam bilik itu,sepasang mata khusyuk memerhatikan pergerakan yang dilakukan Garry .Salina merasakan dirinya biasa dengan perkara itu,malahan dia terjaga  dengan sendiri  sebelum azan subuh berkumandang lagi.Mengalir air mata ke pipi tanpa dipinta..Salina sedih memikirkan dirinya yang tidak tahu siapa dirinya sendiri…Sudah puas dia memerah otak mengingati kembali siapa dirinya dan siapa Garry..

“Salina..kamu udah bangun..awal sekali ya..aku ganggu kamu ya,mau solat?,”pertanyaan dari Garry di subuh yang hening itu hanya dibiarkan berlalu sepi..

“Kamu dahaga ya?Aku ambil air untuk kamu ya..,”Garry menyuakan gelas ke mulut Salina setelah membantunya bersandar..

Wajah Salina mempamerkan kemurungan yang nyata.Rasa simpati melimpah ruah di dalam hati Garry.
Garry…bila ingatan saya akan pulih?Saya tak sanggup macamni..diri saya sendiri pun saya tak ingat..,”sayu kedengaran nada Salina bertanya..

“Sayang..kamu harus sabar…kamu pasti akan ingat kembali..sekarang kamu harus banyak istirehat,berdoa pada Allah,meminta kesembuhan secepatnya..,”dengan penuh kasih sayang Garry memujuk Salina yang sudah menitiskan air mata..

“Bantu saya ingat balik siapa saya..dan…Allah yang awak sebut dalam solat awak,saya faham apa yang awak lafazkan masa angkat tangan tadi..saya ingin solat kembali,saya yakin dulu saya juga solat seperti awak tadi…,”Salina memandang Garry  yang sedang duduk disisinya dengan penuh pengharapan.

“Ya..InshaALLAH…aku akan jaga kamu ,bantu kamu ngingatin siapa diri kamu..dan juga ALLAH…moga sama-sama kita sentiasa  mendapat petunjukNya..Aku juga baru mengenal ALLAH .Kamu yang membawaku mengenal Ilahi..Cuma..aku pinta kamu rahsiakan dari pengetahuan papa bahawa aku solat..aku bukan takut.Cuma ada sesuatu yang aku bingung. .,”ada nada sendu dan risau di balik lafaz kata Garry..
Salina hanya mengangguk tanda setuju..

Kini,hanya dia dan Salina yang tahu bahawa dia seorang Islam.Garry sengaja merahsiakan perkara itu dari pengetahuan sesiapa kerana tahu akan tentangan hebat dari keluarganya.Sudah hampir setahun dia memeluk agama islam,selama itulah dia telah berhijrah ke negara lain kerana terikat dengan kontrak kerja dari syarikat minyak.Di Bumi para anbiya,dia berusaha mendalami agama yang baru dikenalinya itu melalui seorang imam di sebuah masjid.Alhamdulillah,berkat usaha yang tidak pernah jemu untuk mengenal Allah,akhirnya dia mampu mendirikan solat,dan membaca quran.

Detik jatuhnya minat Garry pada islam bermula saat dia mengenali Salina.Setiap perbuatan Salina di rumah agam milik keluarganya semasa percutian Salina dan kakaknya di Jakarta sentiasa berada dalam perhatiannya.Hairan melihat penampilan Salina dan kakaknya yang sentiasa menutup kepala dengan kain tudung atau selendang.Sesekali Garry mencuri pandang Salina yang berdiri di balkoni luar biliknya,namun kecewa apabila hasratnya ingin melihat Salina tidak bertudung tidak pernah tercapai.Apa istimewanya berhijab?Tidak panaskah?atau dia tidak punya rambut,tidakpun rambutnya rosak,menggerbang seperti Pontianak?

Dari satu persoalan ke satu persoalan muncul di benak fikirannya mengenai Salina dan juga islam.Sesungguhnya petunjuk itu milik Allah,hanya Allah yang mampu memberi petunjuk kepada hambaNya.Garry bersyukur diberikan peluang merasai nikmat Islam.Terpahat kukuh diingatannya kisah pengislaman khalifah Umar Al-khattab,kisah syahid Masitah,Sumayah,keluarga Yasir dan Asiah isteri Firaun.Dia kagum pada mereka .Walaupun masih baru,tapi keyakinannya pada Islam bertambah  dari hari demi hari.Benarlah seperti yang selalu didengarnya,Islam hanya untuk manusia yang berfikir .Berfikir mengenai penciptaan Alam,kebenaran di sebalik agama,mengenai hidup dan mati dan segala-galanya yang ada di dunia mahu yang terlihat oleh mata kasar atau ghaib.Dia seperti baru dilahirkan di dunia tatkala melafazkan syahadah buat kali pertama..

Setelah yakin pada apa yang dianutinya,yakin pada keindahan agama yang Salina tonjolkan, dan yakin bahawa Salina adalah pilihan hatinya,Garry pulang ke tanah airnya buat seketika untuk memberitahu hasratnya memperisterikan Salina kepada papanya.Dia tidak melamar terus pada Salina kerana tahu Salina akan menolak lamarannya itu mentah-mentah .Ah..bukan dia tidak kenal sikap Salina yang degil dan tegas dalam menetapkan pendirian,terutama dalam mencari pasangan hidup.Malang tidak berbau,Salina kemalangan setelah seminggu dia menyatakan hasratnya itu kepada papanya.Segera dia menempah tiket ke Malaysia. 

Tekadnya hanyalah untuk menjaga Salina sebaiknya,dan dia mahu mempercepatkan pernikahan mereka berdua setelah Salina sembuh, tambahan pula dia meragui sikap papa Salina yang merahsiakan  kemalangan Salina daripada pengetahuan Sarah,dan mengusulkan Salina dibawa ke Jakarta secepat mungkin.

Sunday, January 16, 2011

Hati Gundah gulana

Wah...kenapa tiba-tiba malam ni hati saya gundah gulana?



Siapa yang ada dalam fikiran saya sekarang?
Papa ku
Mama ku..

Adik kecik ku...


Kakak ku...


Adik besar ku..


Firstly,I was thinking about my father..When will he come back here(Kuching)?Hmm..few things need to sort out with him..

Secondly,because of my bad feeling..suddenly my mum face flashed in my memory..oh mama,how i miss u badly..It is so happy if i can talk to u while I'm not ok..sharing any stories of my friends and my study..I miss the moment when i told u about my friends ,what I have to study  for the year through , and also my problems..I have no chance to share my campus life with you..Father don't have much time to hear from me...So, I keep my stories,experiences that I had gained , alone..sometime I let my tears out before i close my eyes (before I sleep).

Thirdly, I had tried to call my lil youngest brother. So bad..not connected..what happened to you baby?How are you?went to school last friday?Haven't prepare your uniform for tomorrow? Had u done your homework?

Next, because of my failure to call my lil youngest brother,so,I called my sister..twice...nobody answer me..third time..yes...my sis voice was on the line..I ask her about my lil youngest brother,did she contacted him before? Yup,she had tried for it..and the result was the same like mine..not connected..we assumed that, his cellphone had run out of battery..never mind..we can call my uncle..

About my big brother..nothing much I should worry..just..miss him...

Finally..I was thinking..and keep thinking...when will we be togethered once again?Everyone of us had left our hometown..for study and job..hmm...It was so sad to live here alone..and  very seldom to meet each other...

I feel so down while I'm doing this entry because I miss them so much..Here,deep in my heart..

*Rasa lebih mudah nak luahkan perasaan dengan bahasa Inggeris..takpe terabur...yang penting apa yang kat hati dah diluah..

Antara dua agama..(ep.10)


Episod 10

Terpaku pandangan matanya pada lampu yang menerjahkan cahayanya.Terpinga-pinga Salina melihat sekeliling..Terasa tangan kanannya di genggam...Salina melihat seorang laki-laki yang sedang tidur lena di sisinya sambil menggenggam erat  jari-jemarinya.Garis kepenatan terserlah di wajah itu…Perlahan-lahan Salina menarik jari-jemarinya ..

“Astaghfirullah…ketiduran…,”terjaga Garry dari lenanya setelah merasa pergerakan di jarinya, lalu spontan berdiri meraup wajahnya.

Terasa dirinya diperhati,Garry menghentikan raubannya..Salina sedang merenung dirinya..tersipu-sipu Garry tika itu seperti pertama kali bertemu perempuan.Sengaja dia memicit-mincit tengkuknya sambil memandang ke arah lain.Setelah   kewarasan menguasai sepenuhnya  akal barulah Garry menyapa Salina..

“Er…kamu udah sadar ya..maaf..aku ketiduran tadi…er…kamu mau minum?,”masih tersipu-sipu lagaknya..

“Saya ada kat mana? kenapa saya ada kat sini?awak siapa?,”antara dengar dan tidak suara Salina bertanya…sedikit serak..

“Argh…kenapa kaki saya?,”berkerut dahi Salina menahan sakit ketika cuba bangun dari pembaringan..

“Salina..kamu ada di rumah sakit..er..hospital..kamu kecelakaan seminggu yang lalu.Kaki kamu patah,tapi enggak apa-apa kok,bisa pulih.jangan risau..kamu perlu istirehat yang banyak..jangan terlalu aktif ya..kalau kamu mau minum aku ambilin..,”ujar Garry lembut…

“Awak siapa?Salina itu siapa?,”Tanya Salina lemah..

“Salina itu kamu…nama kamu Salina..aku Garry..tunanganmu..,”jawab Garry sambil menatang air kosong  di sisi Salina..sengaja melarikan anak mata dari melihat ke mata Salina..takut pembohongannya tidak menjadi.

Begitu berhati-hati Garry menyuapkan air kosong  menggunakan sudu sedikit demi sedikit ke mulut Salina.Salina hanya mengiakan sahaja perbuatan itu kerana tekaknya dirasakan terlalu kering.Otaknya terus ligat berfikir kenapa dia sendiri tidak mengingati namanya,dan  kenapa Garry begitu asing bagi dirinya walhal laki-laki itu sudah memperkenalkan dirinya sebagai tunangannya.Selesai minum, Salina kembali mengatupkan matanya.Terasa keletihan menjalar kesetiap urat di tubuhnya..

“Maafkan aku kerna mengaku tunanganmu…rasa cinta ini membawa aku ke mari..dan aku mahu kamu tinggalkan kisah dulu mengenai aku dan kamu.Jangan ada benci di hati kamu lagi.Justeru itu aku mengaku sebagai tunanganmu..maafkanku..,”Garry bermonolog di dalam hati sambil memandang sepi ke wajah Salina yang sedang lena.

Saturday, January 15, 2011

Antara dua agama..(ep.9)

Episod 9

Dalam kelam malam, Salina terdengar lembut alunan suara laki-laki membacakan sesuatu….Salina cuba mengingati di mana dia pernah mendengar alunan yang cukup indah itu…

Cahaya yang terbias dari lampu minyak tanah di bawah pokok itu menampakkan susuk tubuh laki-laki berjubah putih dan berserban sedang berdiri sambil tangan ditekup di perut…Laki-laki itu,laki-laki yang  pernah Salina temui  di bawah pokok rendang .Ya..laki-laki yang memanggilnya sayang…Salina memerhati setiap pergerakan laki-laki itu dengan penuh kehairanan…Selesai berpaling ke kiri dan kanan  dan dalam keadaan duduk bersimpuh ke sebelah kanan, laki-laki berjanggut kemas di dagu itu memhadiahkan salam dan senyuman yang cukup manis seperti sebelumnya..

“Assalamualaikum sayang…,”salam di lafaz dengan senyuman yang tidak lekang di bibir..

“Sayang?siapa sayang?kenapa panggil saya sayang?Siapa awak?,”Tanya  Salina kehairanan tanpa menjawab salam…

Tatkala itu,Salina berusaha memerah otak memikirkan wajah laki-laki yang seperti dikenalinya itu…Jari-jemari Salina menyauk ke belakang rambut yang menutup wajahnya yang lembut ditiup angin malam dan setelah itu kejap memegang kepalanya yang sedang ligat berfikir…

“Kamu sayangku.Salina..sayang kerna kamu isteriku yang tercinta..Sayang udah lupa sama suami sendiri ?Ahmad Hairi…suamimu..suami yang kau cintai..,”jawab laki-laki itu sambil menutup kepala Salina dengan kain serbannya..
“Salina?saya Salina?Saya ada suami?,”Tanya Salina yang semakin bingung…berkerut-kerut dahinya ketika itu…

“Ya..kamu Salina..lupa nama sendiri?Ya..kamu sudah bersuami..dan suamimu adalah laki-laki yang sedang bersama kamu tika ini..,”lembut saja tutur laki-laki itu..

“Apa yang awak baca tadi?,”Tanya Salina dengan dahi berkerut-kerut..

“Aku membaca kitab suci Allah.Kitab yang kamu cintai,kamu selalu mahu mendengarnya…Yang  tadi itu Surah Maryam. Masa kamu lupa juga..,”bersinar-sinar senyuman laki-laki itu mengucapkan kata-kata itu.

“Ya..aku lupa!Memang aku lupa!siapa diri aku?kenapa aku ada di sini?dan aku lupa kamu siapa!,”dengan tiba-tiba nada Salina berubah.Nampak kemarahan terbit disitu.

“Astaghfirullah..istighfar Salina..istighfar…Astaghfirullahaladzhim..ingat Allah…jangan kamu sesekali lupa padaNYA…tenang…tenang ya sayang..,”Salina dibawa ke dalam dakapan bagi menenangkannya..

Tenang seketika,hanya deruan ombak kedengaran berselang –seli dengan bunyi esakan..Tiba-tiba Salina menolak kasar tubuh laki-laki itu,menolak jauh dirinya dari dakapan.Dengan linangan air mata ,Salina merenung tajam ke arah laki-laki yang mengaku suaminya.Berputar lingat dirinya memikirkan kebenaran kata-kata itu..Dalam beberapa saat…

“Argh….argh…,”Salina mengerang kesakitan ..terasa kepalanya memberat lalu dia rebah….Salina memandang ke langit yang kian cerah di pandangan..

Friday, January 14, 2011

Alarm ON vs Alarm OFF

Pelbagai taktik digunakan untuk mengejutkan diri dari tidur.Ada yang guna alarm manual (manusia) ,ada yang guna alarm auto (jam,handphone ,etc).Terpulang pada diri masing-masing bagaimana untuk mengejutkan diri dari terus tertidur..Al-maklum lah manusia ni,pantang diberi peluang untuk tido,confirm nak tido je manjang..(termasuk aku,hehehe).

Nak dijadikan kisah..pagi tadi aku bangun lewat!GRRRR..nasib baik hari hujan plus cuti solat (sbb tu aku tido sampai leleh liur,hehehe).Nasib teramat  baik bagi aku ,disebabkan hari hujan amali ladang dibatalkan,kalau tak,aku TERLEWAT lah jawabnye.and kehadiran aku akan ditanda L,bukan L untuk LISA tapi untuk LATE!!!

                                          
                Di Kem Permai.BUKAN GAMBAR BASAH.xde org len masa p mandi td.


Aku ,sebagai insan yang bergelar pelajar dan tinggal di hostel (isnin-jumaat) takde sape-sape untuk kejutkan aku.Hanya bergantung harap pada HANDPHONE sebagai omak aku..huhu.TAPI...hampeh benolah aku ni..alarm aku slalu set kul 3 pagi takpun kul 4 pagi,tapi aku bgn hanya setelah sejam alarm tu berbunyi...dalam masa sejam antara alarm tu bunyik ngan aku bangun ,aku melelehkan air liur lebih kurang 100 ml kot.HAHAHAA..tu pun aku bangun tido bangun tido dan bangun trus..tak tau ar berapa kali aku tengok jam kat handphone..GRRR...jadi APA BEZA ALARM ON DENGAN ALARM OFF?   kalau aku bangun bukan awal dari kebiasaan?

Disebabkan oleh keterlambatan aku,banyak revision dah skip..kalau gni ar aku sepanjang sem ,tak tau jadi ape pastu..TAK BOLEH...AKU TAK MAU KALAH...aaAAAAAAAaaaaaaaaaaaa...
Lepas ni aku kena lah letak ALARM tu dengan note "JANGAN KALAH DENGAN SYAITAN!".
yelakan...kita liat nak bangun tu pun sbb kita dipengaruhi syaitan..ada bisikan halus dari syaitan macamni,

"bangun 5 minit agila...lambat agi...,"

BETUL tak???huhuhu..

Aku kena make sure kan hal ni tak berulang agi..aku kena FIGHT kemalasan!Mari kita berperang!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!eh..mari kita berjuang.baru cantik sikit ayat..hehehe..huhu..


Selingan: Aku ada perasan sesuatu..Aku makin kerap sebut BODOH sejak kebelakangan ni..ni antara aku dengan kawan-kawan rapat ar,,,terutama bila ada salah sorang yang buat lawak..mesti aku kata BODOH...astaghfirullah...ni lah jadahnya kalau kurang beristighfar agaknya...atau terlalu happy a.k.a lalai dah..takutnye aku jadi terbiasa...haiya....yela..bahasa jiwa bangsa..bahasa gak melambangkan peribadi kiter..jadi adalah elok kalau kita tak sebut perkataan yang camtu kan..hmmm...kena segera.ambik tindakan .huhu...

Aktiviti aku hari ini:

0651-Terbangun dari tidur kerana pintu diketuk oleh budak depan bilik.
        -pergi mandi dengan tergesa-gesa
0715-siap berbaju untuk pergi ke ladang.
0730-tak jadi g ladang,jadi aku terperuk di dalam bilik,menghadap lappy.
0900-keluar,klinik memanggil,pusing hock poh,makan tghr di Serapi Corner
1300-balik ke kolej,solat,then kuar ,drive to kem permai.
1530-baru sampai permai!!!traffic jam lah...(patut lbh kurang 1 jam 30 min )
1700-balikkkk,singgah CHOICE SUPERMALL
1900-sampai umah...then lepak2 lah kat umah..makan..
2130-tgk magika sambil on9..huhu..

Apela aku buat dalam hidup aku ni..dalam sehari ni aku dah spent RM 2OO ..macamana ar nak kumpul duit untuk melancong kalo masih macamni...hmmm..kena bajet banyak..minyak kereta je dah berapa..aku kalau boleh tak nak guna kereta,tapi,takkan nak biar kereta terperuk kat umah..and bapak aku soh aku balik tiap minggu.sape lagi diharapkan untuk jaga harta benda tu kat sini...aku nak simpan duit......pasni aku nak       JIMAT-CERMAT sikit.kena potong elaun suka ria.(oi LISA.KO PIKER BAPAK KO COP DUIT APER??)huhu..tu kena ingat salu....huh..........(sigh)


                                     Traffic jam yang aku tak suka..(mcmlah ada org suka)haha

Thursday, January 13, 2011

HUJAN

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang..
Ya Allah ..
HambaMu ini mohon agar terpelihara segala perkataan kami dari perkara yang mendatangkan kemungkaranMU.
Amin…..

Salam sejahtera,
(Sedikit skema malam ini)

Hmmm..nak citer pasal apa ea..ok..aku tau dah..nak citer sal Hujan…bukan band HUJAN..tapi hujan,rain..alah..yang air curah-curah dari langit tu…tau dah?mesti tau kan..hmm..sejak beberapa hari ni, hujan turun sepanjang hari,kalau berhenti pun kejap je..pastu mendung dan hujan..memang nikmat tersangat bila hujan turun.Sumer orang mesti rasa nak jadi ulat bulu dalam kepompong dah..huhu..betulkan??yela..suhu yang agak sejuk,lembap je..kalo tido confirm meleleh liur..(aku je kot.huhu).

Malam ni pun hujan jugak,tak lebat sangat tapi kalau berjalan dalam hujan kira-kira tak sampai seminit dah basah lecun.Macam apa yang berlaku pada aku and the gang tadi..Malu nye berjalan dalam hujan,payung pulak ada satu je,tapi orangnye ada 5..kalau bawak kanopi tadi takpe la..ni payung kecik je..hahaha..

Nak tambah lagi sebab malu teramat tadi ,kitarang ni guna baju kurung (kecuali aku, guna jubah ),pelik je orang tengok anak dara berbaju kurung jalan dalam hujan di waktu malam pulak!Pastu lalu lak kolej budak laki(ni je jalan nak masuk ke UiTM,melalui jalan belakang ,sbb kereta parking kat belakang,xley bawak masuk kampus sbb takde sticker=().Tengok kitarang tadi, Orang bukannya nak puji dengan kata,

“Anak siapalah tu ..manis je pakai baju kurung,g keluar pun pakai baju camtu,Nampak sopan je..,”.

Tapi….

“Ish3..pakai baju kurung..tapi jalan malam…dalam hujan pulak tu…ape kemendenye perempuan sekarang ni..”

AaAAAaaaaaaaaa..jatuh maruah aku..(padan muka).HAHAHA…Wallahualam.takdela kot gitu sebab sumer budak UiTM ni baik.(kecuali yang phewit2 orang ngah berjalan lam hujan tadi,tak baik tau buat gtu).Mari bersangka baik.huhu

KENAPA KAMI BERBAJU KURUNG ?
Jawapan:Sebab kitarang tadi baru balik dari rumah junior yang amik program sama ngan kitarang.Dia baru sahaja kematian ibunya petang semalam.

KENAPA PERGI WAKTU MALAM?SIANG TAK BOLEH KE?
Jawapan: Kitarang pergi ni pun tak rancang dengan betul.Apa yang ada dalam fikiran kitarang ,nak pergi ziarah je.Siang masing-masing sibuk dengan kelas.Esok pulak ,pagi nak pergi ladang pastu petang aku nak balik umah,kawan aku pun sama.Jadi malam ni lah ada masa.Sesuai datang masa orang nak tahlil jugak.

Perutusan dari  SERI PADUKA BAGINDA Lisa:
Takziah diucapkan kepada saudara Hadijah a.k.a juniorku di atas pemergian ibu yang tercinta.Tengok mata tadi kembang.Mesti dah puas menangis.Sampai rasa air mata tu habis.Saya dah rasa apa yang dia rasa…Jangan sedih yang teramat jika kita kehilangan insan yang kita sayang buat selamanya..sebab Hidup itu inshaALLAH,mati itu pasti..lambat atau cepat kita pasti akan menyusul jugak.Redha…anggap saja pemergian itu ada hikmah di sebaliknya.Kita yang  masih hidup ni,jangan lupa berdoa untuk ibu atau sapa2 yang dah pergi..sebab mereka di sana sentiasa ternanti-nanti  pahala yang dilakukan oleh kita yang dapat menjadi pelita mereka disana..InshaALLAH..em..Rasa sedih..

Antara dua agama..(ep.8)

Episod 8
Terdengar pintu dikuak ,tersembul wajah Papa Salina yang kerisauan..
“Garry..how’s she?Pasti kamu udah capek urusin Salina seharian..,”sapa Papa Salina dalam dialek indonesia..
“Ya..syukur,tadi Salina udah sadar..dan seperti udah dijangka..doktor mengatakan bahawa,Salina positif amnesia daddy..mudah-mudahan bisa sembuh secepatnya…,”beritahu Garry singkat..
“Hmm…gitula...Later I will manage about transfering Salina to Jakarta  like what we had decided yesterday…,”balas papa Salina..
“Alright..thanks daddy..apa kakaknya Salina udah maklum?,”tanya Garry sedkit ragu..
“Er…er…em..u don’t have to worry about her..I’ll tell her later about this matter…Dia pasti setuju..ini demi kebaikan adiknya juga..apalagi kalau dia tau yang bakal nemanin adiknya adalah kamu..,”tergagap-gagap papa Salina menjawab..
“Kenapa harus berbohong..kenapa enggak bilang aja Sarah belum di kasi tau Salina kecelakaan?,”monolog Garry di dalam hati sedikit hairan…
Setelah mendapat perkhabaran mengenai kemalangan Salina,dia sempat menghubungi Sarah bertanyakan keadaan Salina.Sedikit terkejut dia tika itu kerana Sarah mengatakan Salina baik-baik saja dan sedang sibuk dengan urusan kampus.Mustahil Sarah berbohong mengenai hal itu,lagipun tiada sebab untuknya berbuat begitu.Dari situ dia menyimpulkan Sarah tidak tahu- menahu mengenai kemalangan Salina.
“Kalau kamu perlu apa-apa,kamu bilang aja ya..Daddy berangkat dulu ,punya urusan lain..,”ujar Papa Salina yang biasa membahasakan dirinya sebagai daddy sejak Garry kecil lagi..
“Ya…terima kasih banyak…,”Garry menghantar papa Salina ke muka pintu bilik..








Wednesday, January 12, 2011

Antara dua agama..(ep.7)



Episod 7
Desiran angin bayu menyapu lembut wajah Salina.Terdengar deruan ombak yang bagaikan irama lagu yang sungguh menenangkan...Terasa begitu tenang diri Salina ketika itu..

Dari kejauhan,Salina telihat seorang laki-laki sedang duduk bersila membelakanginya di bawah pohon rendang sambil meratib tangannya seolah-olah seperti sedang berzikir.Salina mengamati fizikal laki-laki itu sambil menghampirinya..…Setelah kira-kira 10 hasta jarak antara mereka berdua,terdengar suara garau menyapanya..

“Assalamualaikum…sayang udah bangun?,”sapa laki-laki itu yang masih belum berpaling…

“Waalaikumusalam..sayang?kenapa awak panggil saya macamtu?awak siapa?,”Tanya Salina penuh kehairanan..

Seraya itu,laki-laki itu berpaling menghadapnya..Terpempan Salina melihat  wajah jernih itu yang sedang tersenyum memandangnya…Laki-laki yang berserban dan mempunyai lekuk di dahi itu seperti dikenalinya….

“Salina…Salina…Salina…bangun sayang..,”terrdengar suara lain ..

Hilang laki-laki tadi,tiada deruan ombak,semuanya hilang yang tinggal hanyalah  kegelapan disertai kesakitan yang menjalar di seluruh tubuh…

“Argh….,”terdengar erangan Salina disertai pergerakan kecil di jarinya…

“Salina…,”Garry memanggil sambil memegang kejap tangan Salina…

Sejak Salina dimasukkan ke hospital seminggu lalu setelah kemalangan teruk yang menimpanya,Salina tidak sedarkan diri.Hentakan kuat di bahagian kepalanya menyebabkan dia berada di dalam keadaan koma dan doctor telah menganalis bahawa Salina mungkin kehilangan ingatannya akibat daripada gegaran kuat di bahagian otaknya.Sepanjang waktu itu,Garry setia menemani Salina di hospital.Tiada saudara-mara lain yang datang melawat selain dari Garry sekeluarga dan juga papa Salina.Bukan kerana tiada yang peduli,tapi,papa Salina sengaja merahsiakan hal itu..Tambah-tambah lagi setelah mendapat pengkhabaran kemungkinan besar Salina hilang ingatan..

Perlahan-perlahan Salina membukan kelopak matanya..terasa berat sekali.Pedih terasa tatkala cahaya terang menusuk ke matanya…Dengan pandangan yang kabur Salina melilaukan pandangannya ke persekitaran bilik yang dihuninya..Akhir sekali,pandangannya tertancap pada seorang laki-laki tinggi,berkulit putih yang sedang  berdiri di sisi katil sambil memandangnya..

“Salina….,”panggil laki-laki itu lembut sambil mengukir senyuman yang cukup lebar ..jelas kelihatan dalam pandangan kabur Salina..

Terdengar pintu bilik dikuak,seterusnya muncul seorang laki-laki berjubah putih paras lutut bersama seorang wanita berpakaian seragam warna putih..

“Encik..sila beri  ruang sedikit untuk  saya periksa keadaan pesakit..terima kasih..,” laki-laki berjubah putih paras lutut itu..
Setelah beberapa minit berlalu,laki-laki berjubah putih yang merupakan doctor yang bertanggungjawab merawat Salina menuju ke arah Garry yang sedang duduk di ruangan rehat di dalam bilik itu.

“Encik…,”terluah kata-kata yang sebenarnya sebuah pertanyaan daripada doctor itu..

“Garry..tunangnya Salina,”ujar Garry,segera menperkenalkan diri..

“Oh..saya Shahri ,doctor yang bertanggungjawab ke atas kes Salina.Awak orang seberang?,”Tanya doctor Shahri sambil menghulurkan tangan untuk berjabat.

Garry menyambut huluran tangan itu, “Iya…saya dari Jakarta..Bagaimana kondisinya Salina dok?.”

“Beginilah..seperti yang kita sedia maklum,Salina menghadapi gegaran kuat dibahagian otak.Hal ini menyebabkan Cik Salina hilang ingatan atau dikenali sebagai amnesia..dan jenis amnesia yang dihidapi oleh Salina ini adalah amnesia akut,yang kemungkinan menyebabkan Cik Salina hilang keseluruhan ingatannya,atau sebahagian..Berdasarkan ujian yang saya jalani ke atas Salina sebentar tadi,saya dapat katakan,Salina mungkin mengalami hilang ingatan keseluruhan.Selain dari itu,tiada apa-apa kecederaan serius pada diri Cik Salina.Cuma kaki kanannya yang cedera di bahagian buku lali akan mengambil sedikit masa untuk pulih.saya harap pihak encik banyak bersabar,”doctor Shahri member sedikit penerangan mengenai keadaan Salina ketika itu..

Terdengar keluhan halus dari bibir Garry…

“Syukur…tiada kecederaan serius..tapi gimana dengan rawatan bagi amnesia yang dihidapinya dok?,”Tanya Garry..

“Sebaiknya Cik Salina di bawa untuk menjalani  rawatan terapi secara insentif dan intensif.Dengan cara ini,ingatan Cik Salina boleh dikembalikan sedikit demi sedikit.Diingatkan agar pihak encik tidak memberi terlalu banyak tekanan  kepada Cik Salina untuk dia mengingati kisah lalu kerana bimbang akan menimbulkan masalah lain seperti tekanan emosi.Kalau boleh biarkan dia sentiasa merasa bahagia dan gembira.Encik mungkin boleh tunjukkan sesuatu yanG mempunyai kenangan indah bagi dirinya.,”jelas doctor Shahri sedikit serius.

“Terima kasih atas penjelasan dok sebentar tadi..saya bercadang mahu memindahkan Salina ke rumah sakit di Jakarta,lebih mudah bagi saya menjaganya..jadi..apa pendapat dok?,”sedikit ceria Garry mengusulkan cadangan itu..

“Terpulang bagi pihak encik..yang penting Cik Salina harus menjalani rawatan susulan secara teratur supaya keadaannya cepat pulih..Mungkin juga itu cadangan yang baik ,kerana saat-saat seperti ini adalah lebih baik jika Cik Salina sentiasa ditemani orang yang disayanginya..,”terukir senyuman di bibir doctor muda itu…

“Ya..terima kasih dok..saya akan uruskan segera hal itu setlah keadaan Salina sedikit stabil dari sekarang..,”ucapan ikhlas dari Garry..

“Sama-sama..tahniah atas pertunangan kalian..,”balas doctor shahri dan setelah itu berlalu keluar…
Garry melabuhkan punggung di kerusi yang terletak di sisi katil Salina.Menatap wajah Salina yang sedang lena  setelah diperiksa oleh doctor sebentar tadi.Gadis ayu  yang dicintainya sejak pertemuan pertama di Jakarta dulu..Setiap maki hamun Salina terasa bagai kata-kata cinta yang makin mekar dihatinya..Kerana Salina juga dia sekarang menyimpan rahsia besar daripada pengetahuan keluarganya..

“Salina…maafkan aku kerana mendesak daddy untuk melamarmu..aku tau kamu tidak setuju…tapi,sejak pertemuan kita di Jakarta itu,aku terus-terusan ngingati kamu..cara kamu beda dari ramai gadis yang ku temui..kerudungmu yang sentiasa menyaluti kepala,pertuturan mu yang cukup terjaga walau sesekali pedas di pendengaran ku…,” terhenti seketika bicara Garry yang sedang mengimbau kenangan di Jakarta bersama Salina lalu ketawa kecil terluah dari mulutnya..

Garry menyambung katanya yang terhenti, “bagaimana mungkin aku lupa gadis yang menolak  aku jatuh ke dalam kolam renang kerana cuba menarik kerudungmu..Susulan peristiwa itu..aku jadi hairan kenapa kamu begitu menjaga rambutmu dari kelihatan oleh laki-laki…dan Salina..sekarang..,”kata-kata itu terhenti ..

~bersambung~