Monday, January 17, 2011

Antara dua agama..(ep.11)

Episod 11

Subuh itu kedengaran sayup-sayup suara azan dilaungkan menandakan masuknya waktu subuh..Garry bangkit dari pembaringannya di  atas sofa yang terletak di pinggir bilik yang dihuni Salina.Meraup wajahnya berkali-kali untuk  menyegarkan dirinya.Setelah itu dia menuju kearah  bilik air..Selesai membersihkan diri,segera dia membentangkan jaketnya di tepi katil Salina mengikut arah kiblat yang terpampang di siling bilik..Berkali-kali Garry mengangkat takbir untuk memastikan solatnya berpaksikan niat yang satu iaitu kerana Allah swt..


Dari satu sisi di dalam bilik itu,sepasang mata khusyuk memerhatikan pergerakan yang dilakukan Garry .Salina merasakan dirinya biasa dengan perkara itu,malahan dia terjaga  dengan sendiri  sebelum azan subuh berkumandang lagi.Mengalir air mata ke pipi tanpa dipinta..Salina sedih memikirkan dirinya yang tidak tahu siapa dirinya sendiri…Sudah puas dia memerah otak mengingati kembali siapa dirinya dan siapa Garry..

“Salina..kamu udah bangun..awal sekali ya..aku ganggu kamu ya,mau solat?,”pertanyaan dari Garry di subuh yang hening itu hanya dibiarkan berlalu sepi..

“Kamu dahaga ya?Aku ambil air untuk kamu ya..,”Garry menyuakan gelas ke mulut Salina setelah membantunya bersandar..

Wajah Salina mempamerkan kemurungan yang nyata.Rasa simpati melimpah ruah di dalam hati Garry.
Garry…bila ingatan saya akan pulih?Saya tak sanggup macamni..diri saya sendiri pun saya tak ingat..,”sayu kedengaran nada Salina bertanya..

“Sayang..kamu harus sabar…kamu pasti akan ingat kembali..sekarang kamu harus banyak istirehat,berdoa pada Allah,meminta kesembuhan secepatnya..,”dengan penuh kasih sayang Garry memujuk Salina yang sudah menitiskan air mata..

“Bantu saya ingat balik siapa saya..dan…Allah yang awak sebut dalam solat awak,saya faham apa yang awak lafazkan masa angkat tangan tadi..saya ingin solat kembali,saya yakin dulu saya juga solat seperti awak tadi…,”Salina memandang Garry  yang sedang duduk disisinya dengan penuh pengharapan.

“Ya..InshaALLAH…aku akan jaga kamu ,bantu kamu ngingatin siapa diri kamu..dan juga ALLAH…moga sama-sama kita sentiasa  mendapat petunjukNya..Aku juga baru mengenal ALLAH .Kamu yang membawaku mengenal Ilahi..Cuma..aku pinta kamu rahsiakan dari pengetahuan papa bahawa aku solat..aku bukan takut.Cuma ada sesuatu yang aku bingung. .,”ada nada sendu dan risau di balik lafaz kata Garry..
Salina hanya mengangguk tanda setuju..

Kini,hanya dia dan Salina yang tahu bahawa dia seorang Islam.Garry sengaja merahsiakan perkara itu dari pengetahuan sesiapa kerana tahu akan tentangan hebat dari keluarganya.Sudah hampir setahun dia memeluk agama islam,selama itulah dia telah berhijrah ke negara lain kerana terikat dengan kontrak kerja dari syarikat minyak.Di Bumi para anbiya,dia berusaha mendalami agama yang baru dikenalinya itu melalui seorang imam di sebuah masjid.Alhamdulillah,berkat usaha yang tidak pernah jemu untuk mengenal Allah,akhirnya dia mampu mendirikan solat,dan membaca quran.

Detik jatuhnya minat Garry pada islam bermula saat dia mengenali Salina.Setiap perbuatan Salina di rumah agam milik keluarganya semasa percutian Salina dan kakaknya di Jakarta sentiasa berada dalam perhatiannya.Hairan melihat penampilan Salina dan kakaknya yang sentiasa menutup kepala dengan kain tudung atau selendang.Sesekali Garry mencuri pandang Salina yang berdiri di balkoni luar biliknya,namun kecewa apabila hasratnya ingin melihat Salina tidak bertudung tidak pernah tercapai.Apa istimewanya berhijab?Tidak panaskah?atau dia tidak punya rambut,tidakpun rambutnya rosak,menggerbang seperti Pontianak?

Dari satu persoalan ke satu persoalan muncul di benak fikirannya mengenai Salina dan juga islam.Sesungguhnya petunjuk itu milik Allah,hanya Allah yang mampu memberi petunjuk kepada hambaNya.Garry bersyukur diberikan peluang merasai nikmat Islam.Terpahat kukuh diingatannya kisah pengislaman khalifah Umar Al-khattab,kisah syahid Masitah,Sumayah,keluarga Yasir dan Asiah isteri Firaun.Dia kagum pada mereka .Walaupun masih baru,tapi keyakinannya pada Islam bertambah  dari hari demi hari.Benarlah seperti yang selalu didengarnya,Islam hanya untuk manusia yang berfikir .Berfikir mengenai penciptaan Alam,kebenaran di sebalik agama,mengenai hidup dan mati dan segala-galanya yang ada di dunia mahu yang terlihat oleh mata kasar atau ghaib.Dia seperti baru dilahirkan di dunia tatkala melafazkan syahadah buat kali pertama..

Setelah yakin pada apa yang dianutinya,yakin pada keindahan agama yang Salina tonjolkan, dan yakin bahawa Salina adalah pilihan hatinya,Garry pulang ke tanah airnya buat seketika untuk memberitahu hasratnya memperisterikan Salina kepada papanya.Dia tidak melamar terus pada Salina kerana tahu Salina akan menolak lamarannya itu mentah-mentah .Ah..bukan dia tidak kenal sikap Salina yang degil dan tegas dalam menetapkan pendirian,terutama dalam mencari pasangan hidup.Malang tidak berbau,Salina kemalangan setelah seminggu dia menyatakan hasratnya itu kepada papanya.Segera dia menempah tiket ke Malaysia. 

Tekadnya hanyalah untuk menjaga Salina sebaiknya,dan dia mahu mempercepatkan pernikahan mereka berdua setelah Salina sembuh, tambahan pula dia meragui sikap papa Salina yang merahsiakan  kemalangan Salina daripada pengetahuan Sarah,dan mengusulkan Salina dibawa ke Jakarta secepat mungkin.

No comments: