Wednesday, January 12, 2011

Antara dua agama..(ep.7)



Episod 7
Desiran angin bayu menyapu lembut wajah Salina.Terdengar deruan ombak yang bagaikan irama lagu yang sungguh menenangkan...Terasa begitu tenang diri Salina ketika itu..

Dari kejauhan,Salina telihat seorang laki-laki sedang duduk bersila membelakanginya di bawah pohon rendang sambil meratib tangannya seolah-olah seperti sedang berzikir.Salina mengamati fizikal laki-laki itu sambil menghampirinya..…Setelah kira-kira 10 hasta jarak antara mereka berdua,terdengar suara garau menyapanya..

“Assalamualaikum…sayang udah bangun?,”sapa laki-laki itu yang masih belum berpaling…

“Waalaikumusalam..sayang?kenapa awak panggil saya macamtu?awak siapa?,”Tanya Salina penuh kehairanan..

Seraya itu,laki-laki itu berpaling menghadapnya..Terpempan Salina melihat  wajah jernih itu yang sedang tersenyum memandangnya…Laki-laki yang berserban dan mempunyai lekuk di dahi itu seperti dikenalinya….

“Salina…Salina…Salina…bangun sayang..,”terrdengar suara lain ..

Hilang laki-laki tadi,tiada deruan ombak,semuanya hilang yang tinggal hanyalah  kegelapan disertai kesakitan yang menjalar di seluruh tubuh…

“Argh….,”terdengar erangan Salina disertai pergerakan kecil di jarinya…

“Salina…,”Garry memanggil sambil memegang kejap tangan Salina…

Sejak Salina dimasukkan ke hospital seminggu lalu setelah kemalangan teruk yang menimpanya,Salina tidak sedarkan diri.Hentakan kuat di bahagian kepalanya menyebabkan dia berada di dalam keadaan koma dan doctor telah menganalis bahawa Salina mungkin kehilangan ingatannya akibat daripada gegaran kuat di bahagian otaknya.Sepanjang waktu itu,Garry setia menemani Salina di hospital.Tiada saudara-mara lain yang datang melawat selain dari Garry sekeluarga dan juga papa Salina.Bukan kerana tiada yang peduli,tapi,papa Salina sengaja merahsiakan hal itu..Tambah-tambah lagi setelah mendapat pengkhabaran kemungkinan besar Salina hilang ingatan..

Perlahan-perlahan Salina membukan kelopak matanya..terasa berat sekali.Pedih terasa tatkala cahaya terang menusuk ke matanya…Dengan pandangan yang kabur Salina melilaukan pandangannya ke persekitaran bilik yang dihuninya..Akhir sekali,pandangannya tertancap pada seorang laki-laki tinggi,berkulit putih yang sedang  berdiri di sisi katil sambil memandangnya..

“Salina….,”panggil laki-laki itu lembut sambil mengukir senyuman yang cukup lebar ..jelas kelihatan dalam pandangan kabur Salina..

Terdengar pintu bilik dikuak,seterusnya muncul seorang laki-laki berjubah putih paras lutut bersama seorang wanita berpakaian seragam warna putih..

“Encik..sila beri  ruang sedikit untuk  saya periksa keadaan pesakit..terima kasih..,” laki-laki berjubah putih paras lutut itu..
Setelah beberapa minit berlalu,laki-laki berjubah putih yang merupakan doctor yang bertanggungjawab merawat Salina menuju ke arah Garry yang sedang duduk di ruangan rehat di dalam bilik itu.

“Encik…,”terluah kata-kata yang sebenarnya sebuah pertanyaan daripada doctor itu..

“Garry..tunangnya Salina,”ujar Garry,segera menperkenalkan diri..

“Oh..saya Shahri ,doctor yang bertanggungjawab ke atas kes Salina.Awak orang seberang?,”Tanya doctor Shahri sambil menghulurkan tangan untuk berjabat.

Garry menyambut huluran tangan itu, “Iya…saya dari Jakarta..Bagaimana kondisinya Salina dok?.”

“Beginilah..seperti yang kita sedia maklum,Salina menghadapi gegaran kuat dibahagian otak.Hal ini menyebabkan Cik Salina hilang ingatan atau dikenali sebagai amnesia..dan jenis amnesia yang dihidapi oleh Salina ini adalah amnesia akut,yang kemungkinan menyebabkan Cik Salina hilang keseluruhan ingatannya,atau sebahagian..Berdasarkan ujian yang saya jalani ke atas Salina sebentar tadi,saya dapat katakan,Salina mungkin mengalami hilang ingatan keseluruhan.Selain dari itu,tiada apa-apa kecederaan serius pada diri Cik Salina.Cuma kaki kanannya yang cedera di bahagian buku lali akan mengambil sedikit masa untuk pulih.saya harap pihak encik banyak bersabar,”doctor Shahri member sedikit penerangan mengenai keadaan Salina ketika itu..

Terdengar keluhan halus dari bibir Garry…

“Syukur…tiada kecederaan serius..tapi gimana dengan rawatan bagi amnesia yang dihidapinya dok?,”Tanya Garry..

“Sebaiknya Cik Salina di bawa untuk menjalani  rawatan terapi secara insentif dan intensif.Dengan cara ini,ingatan Cik Salina boleh dikembalikan sedikit demi sedikit.Diingatkan agar pihak encik tidak memberi terlalu banyak tekanan  kepada Cik Salina untuk dia mengingati kisah lalu kerana bimbang akan menimbulkan masalah lain seperti tekanan emosi.Kalau boleh biarkan dia sentiasa merasa bahagia dan gembira.Encik mungkin boleh tunjukkan sesuatu yanG mempunyai kenangan indah bagi dirinya.,”jelas doctor Shahri sedikit serius.

“Terima kasih atas penjelasan dok sebentar tadi..saya bercadang mahu memindahkan Salina ke rumah sakit di Jakarta,lebih mudah bagi saya menjaganya..jadi..apa pendapat dok?,”sedikit ceria Garry mengusulkan cadangan itu..

“Terpulang bagi pihak encik..yang penting Cik Salina harus menjalani rawatan susulan secara teratur supaya keadaannya cepat pulih..Mungkin juga itu cadangan yang baik ,kerana saat-saat seperti ini adalah lebih baik jika Cik Salina sentiasa ditemani orang yang disayanginya..,”terukir senyuman di bibir doctor muda itu…

“Ya..terima kasih dok..saya akan uruskan segera hal itu setlah keadaan Salina sedikit stabil dari sekarang..,”ucapan ikhlas dari Garry..

“Sama-sama..tahniah atas pertunangan kalian..,”balas doctor shahri dan setelah itu berlalu keluar…
Garry melabuhkan punggung di kerusi yang terletak di sisi katil Salina.Menatap wajah Salina yang sedang lena  setelah diperiksa oleh doctor sebentar tadi.Gadis ayu  yang dicintainya sejak pertemuan pertama di Jakarta dulu..Setiap maki hamun Salina terasa bagai kata-kata cinta yang makin mekar dihatinya..Kerana Salina juga dia sekarang menyimpan rahsia besar daripada pengetahuan keluarganya..

“Salina…maafkan aku kerana mendesak daddy untuk melamarmu..aku tau kamu tidak setuju…tapi,sejak pertemuan kita di Jakarta itu,aku terus-terusan ngingati kamu..cara kamu beda dari ramai gadis yang ku temui..kerudungmu yang sentiasa menyaluti kepala,pertuturan mu yang cukup terjaga walau sesekali pedas di pendengaran ku…,” terhenti seketika bicara Garry yang sedang mengimbau kenangan di Jakarta bersama Salina lalu ketawa kecil terluah dari mulutnya..

Garry menyambung katanya yang terhenti, “bagaimana mungkin aku lupa gadis yang menolak  aku jatuh ke dalam kolam renang kerana cuba menarik kerudungmu..Susulan peristiwa itu..aku jadi hairan kenapa kamu begitu menjaga rambutmu dari kelihatan oleh laki-laki…dan Salina..sekarang..,”kata-kata itu terhenti ..

~bersambung~














No comments: