Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang..
Ya Allah ..
HambaMu ini mohon agar terpelihara segala perkataan kami dari perkara yang mendatangkan kemungkaranMU.
Amin…..
Salam sejahtera,
(Sedikit skema malam ini)
Hmmm..nak citer pasal apa ea..ok..aku tau dah..nak citer sal Hujan…bukan band HUJAN..tapi hujan,rain..alah..yang air curah-curah dari langit tu…tau dah?mesti tau kan..hmm..sejak beberapa hari ni, hujan turun sepanjang hari,kalau berhenti pun kejap je..pastu mendung dan hujan..memang nikmat tersangat bila hujan turun.Sumer orang mesti rasa nak jadi ulat bulu dalam kepompong dah..huhu..betulkan??yela..suhu yang agak sejuk,lembap je..kalo tido confirm meleleh liur..(aku je kot.huhu).
Malam ni pun hujan jugak,tak lebat sangat tapi kalau berjalan dalam hujan kira-kira tak sampai seminit dah basah lecun.Macam apa yang berlaku pada aku and the gang tadi..Malu nye berjalan dalam hujan,payung pulak ada satu je,tapi orangnye ada 5..kalau bawak kanopi tadi takpe la..ni payung kecik je..hahaha..
Nak tambah lagi sebab malu teramat tadi ,kitarang ni guna baju kurung (kecuali aku, guna jubah ),pelik je orang tengok anak dara berbaju kurung jalan dalam hujan di waktu malam pulak!Pastu lalu lak kolej budak laki(ni je jalan nak masuk ke UiTM,melalui jalan belakang ,sbb kereta parking kat belakang,xley bawak masuk kampus sbb takde sticker=().Tengok kitarang tadi, Orang bukannya nak puji dengan kata,
“Anak siapalah tu ..manis je pakai baju kurung,g keluar pun pakai baju camtu,Nampak sopan je..,”.
Tapi….
“Ish3..pakai baju kurung..tapi jalan malam…dalam hujan pulak tu…ape kemendenye perempuan sekarang ni..”
AaAAAaaaaaaaaa..jatuh maruah aku..(padan muka).HAHAHA…Wallahualam.takdela kot gitu sebab sumer budak UiTM ni baik.(kecuali yang phewit2 orang ngah berjalan lam hujan tadi,tak baik tau buat gtu).Mari bersangka baik.huhu
KENAPA KAMI BERBAJU KURUNG ?
Jawapan:Sebab kitarang tadi baru balik dari rumah junior yang amik program sama ngan kitarang.Dia baru sahaja kematian ibunya petang semalam.
KENAPA PERGI WAKTU MALAM?SIANG TAK BOLEH KE?
Jawapan: Kitarang pergi ni pun tak rancang dengan betul.Apa yang ada dalam fikiran kitarang ,nak pergi ziarah je.Siang masing-masing sibuk dengan kelas.Esok pulak ,pagi nak pergi ladang pastu petang aku nak balik umah,kawan aku pun sama.Jadi malam ni lah ada masa.Sesuai datang masa orang nak tahlil jugak.
Perutusan dari SERI PADUKA BAGINDA Lisa:
Takziah diucapkan kepada saudara Hadijah a.k.a juniorku di atas pemergian ibu yang tercinta.Tengok mata tadi kembang.Mesti dah puas menangis.Sampai rasa air mata tu habis.Saya dah rasa apa yang dia rasa…Jangan sedih yang teramat jika kita kehilangan insan yang kita sayang buat selamanya..sebab Hidup itu inshaALLAH,mati itu pasti..lambat atau cepat kita pasti akan menyusul jugak.Redha…anggap saja pemergian itu ada hikmah di sebaliknya.Kita yang masih hidup ni,jangan lupa berdoa untuk ibu atau sapa2 yang dah pergi..sebab mereka di sana sentiasa ternanti-nanti pahala yang dilakukan oleh kita yang dapat menjadi pelita mereka disana..InshaALLAH..em..Rasa sedih..
No comments:
Post a Comment