GUNUNG RAJAH VIA KKB!
Dah lama mengidam mendaki gunung, tapi kerana tahun-tahun dahulu amat sibuk dan kurang terdedah dengan peluang misi daki gunung, jadi tak pernah lagi mendaki sehinggalah tahun ini. Itu pun sebab seorang junior yang gigih memperkenalkan trip daki gunung dari awal tahun lagi. Kali ni penuh tekad nak jugak merasa dan kebetulan tarikh mendaki kena pada cuti mid sem, jadi mendaftarlah untuk misi mendaki Gunung Rajah via KKB anjuran Caracal Adv. yang diketuai oleh Faiz Naimi (bekas student UPM). No second thought
bila buat keputusan nak daki sebab dah lama nak pergi walaupun organiser bagitahu dari awal lagi laluan kali ni hardcore (sememangnya super hardcore for newbie!)
Tini (otai hiking), me and sharina (gadis kental) |
Nak naik Rajah ni ada beberapa jalan, ada lalu Bentong, Lata Naning dan Kuala Kubu Bharu (KKB). Dengar cerita lalu Bentong lebih senang banding KKB tapi jalannya sangat panjang, KKB ni lebih dekat kata orang, tapi hardcore sebab kena naik turun bukit, jumpa puncak palsu barulah sampai puncak sebenar.
Masa naik ke Kem BMW |
otw naik jumpa potter (orang asli yang duduk kat kampung bawah), potter naik guna scrambler motorbike |
Sebahagian trip member, geng celoteh, tapi geng ni tumpas masa turun dari puncak, semua jadi bisu, takda tenaga nak bukak mulut. |
Untung kitarang naik haritu, hujan turun dengan lebatnya (T T). Nasib baik tak kena hypothemia kat puncak.Jadual perjalanan lebih kurang seperti kat bawah:
0000: Kumpul kat Masjid KKB, bagi ration
0600: Bertolak ke Kem BMW
1100: Sampai Kem BMW, tapi penuh, so kena pergi ke Kem Botol
1130: Sampai Kem Botol, masak untuk tengahari , makan
1230: Shoot puncak
1830: Sampai puncak, makan kambing goreng
2100: Turun ke Kem Botol
0430: Sampai Kem Roma (Tidur sana sebab dah tak larat)
0530: Turun ke Kem Botol
0600: Sampai Kem Botol, rehat
1130: Turun ke base
1630: Sampai base, balik UPM
Masak-masak kat Kem botol. Makan cekodok aje k.. |
Waktu perjalanan sepatutnya dari base ke Kem BMW adalah dalam 3 jam, dari Kem BMW ke puncak adalah 5 ke 6 jam, dan turun semula patutnya waktu lebih kurang. Tapi disebabkan kami turun malam dalam kesejukan kegelapan kepenatan dan kelaparan maka ramailah yang pancit,terpaksa buat pitstop banyak kali dalam perjalanan turun ke Kem Botol. Dapat rehat 5 minit terus terlelap dan terlelap tu plak rasa macam 30 minit dah tidur(nak gambarkan betapa nikmatnya tidur masa tu). Masa kat puncak dah tak nampak bawah sebab dilitupi kabus tebal dan sejuknya sampai menggigil takda mood nak cakap nak buat apa dengan takda sumber haba dan lapar (terbayang Syiria dan negara bergolak lain masa tu). Masa tu teringat sejuk masa pergi Jepun awal musim bunga, suhu 4 degree celsius, kalau bercakap nampak asap kepul-kepul keluar dari mulut, situasi tu sama masa kat puncak! Dahlah tak dibenarkan tidur sebab bahaya, so super annoyed masa tu..
Kem Botol takda punca air, jadi setiap trip member kena bawa bekal air bawa naik atas masa kat Kem BMW. Punca air terakhir adalah Kem Asyur, atas daripada Kem Botol, dalam sejam jalan. |
Turun tu plak, group terpaksa pecah dua, group depan dan group belakang. Group depan ni group yang nak jalan laju cepat sampai sebab dah 'barai'. Mula-mula memang jalan tunggu orang belakang, tapi orang belakang lambat sangat gerak, jadi kena tinggal la, sebab tak sanggup tunggu dengan keadaan super duper penat tak sabar nak landing tutup mata. Group depan sampai kem botol jam 6.30 pagi, group belakang sampai kem dalam kul 9, 10 pagi kot. Saya join group depan tapi jalan paling last sekali sebab dah takda tenaga..
Tini: Jap2..nak ambik cermin mata! |
Masa baru setengah jam shoot puncak, sampai Kem Roma (penat gila!). Suruh Medan ni jalan dulu, tapi dia kata ''kita sekawan berpisah tiada..''. Padahal baru kenal haritu (hahaha!). |
Sampai je Kem Roma, semua pakat landing terus cakap nanti je la turun. Tapi member insist nak turun kem bmw so decide 5.30 am turun sana. OTW nak ke kem Botol dari kem Roma pun jalannya... turun,turun, turun...naik,naik,naik...bila tengok lampu kepala orang depan makin tinggi je kedudukan dalam hati cakap,''mak ai...jauh lagi...'' rasa mental break down untuk kali keberapa tah..
Nak dijadikan cerita, masa dah nak sampai Kem Roma, ada dua orang member Group Depan yang tertinggal di belakang (beza macam 10 langkah belakang) masa tengah daki lereng bukit naik ke Kem Roma, sorang laki sorang perempuan(Wani and Aiman). Semua orang dah sampai kem Roma, tapi dua orang ni takda plak sampailah kami ni gerak turun ke kem botol, fikir dua orang ni dah gerak awal, rupa-rupanya.. tertidur kat lereng bukit (hahahaha, boleh pulak kan, sejam tu!). Si Aiman siap tergelongsor ke bawah sebab tertidur kat lereng bukit..nasib baiklah Wani perasan, Aiman tu siap tanya,''Kau kejut aku ke tadi?Aku fikir aku dah kat tempat keje aku dah..''. Ini agaknya yang terjadi kalau kita tak dapat tidur, mental state kita tak betul dah..
OTW naik puncak palsu.. |
Balik tu, kitarang 4 gerak awal sebab kiranya nak balik upm cecepat, siap skip makan tengahari lagi..tapi lawaknya team belakang tu yg super power women, team organiser boleh plak sampai awal dari kitarang padahal diarang siap tolong masak makan kat bawah kem botol..ini semua kerana kami jalan sekaki dua kaki (langkah kecik-kecik), sebab tak mampu..sumpah rasa tak mampu dengan jari kaki sakit tahan kasut..beg plak makin rasa berat sebab annoyed bawak beg...
Tini je yang masih berselera nak bergambar kat puncak. |
Apapun, kira terbaiklah, first timer boleh sampai puncak selamat naik dan turun tanpa major injury. Ada team upm yang naik sekali, patah balik separuh jalan,bukan rezeki diarang..
**Masa proses daki tu, banyak momen refleksi diri..masa naik tu aku rasa macam aku dah tak mampu nak naik, aku fikir aku patut berhenti kat kem botol dan rehat bersama poknik sebab jalan ke kem botol tu pun dah mencabar..tapi sebab aku yang ajak, sebab aku datang dengan tujuan tu, aku try bertahan..dan aku berjaya..bukan sebab aku..tapi sebab ada member yang tolong..Tini tolong bawak beg..Medan yang baru dikenali tolong bawak beg sedangkan beg tu tak berat pun untuk aku masa tu..tapi sebab aku out of stamina dan annoyed dengan jalan yang naik turun tu..aku rasa nak buang semua baju jacket beg yang gantung kat badan aku...terima kasih sebab benarkan aku jalan depan sekali antara korang,aku naik bukit pun dah macam kera, guna tangan kaki lutut,sebab kalau aku jalan belakang..aku takkan teruskan berjalan dah..Medan bagi nasihat, betulkan pace aku, jangan laju, nanti cepat pancit, jalan steady je..so aku fikir balik..mungkn tu lah cara aku seharian..kadang aku terlalu gopoh nak capai sesuatu, apa yang aku dah 'aim' tapi dalam perjalanan tu aku dah penatkan diri aku,membazir tenaga, dan kurang bersabar. Balik tu aku dah set dalam otak, takkan aku repeat Rajah, naik gunung lain pun aku cam malas. Tambah-tambah lagi aku ada masalah allergic kulit yang agak teruk , satu badan bengkak sebab peluh dan kotor, masa tu aku dah fikir,'this isn't my thing'. Lain kali daypack boleh lah kot, tu pun yang bawah 7 jam kot.Kesusahan dua hari tu, bagi aku berubah sikit...morally, mentally and physically...Thank you everyone! Aku harap Tini tak menyesal batal join trip kelas dia ke Terengganu..hhehee
No comments:
Post a Comment