Friday, April 29, 2011

setiap kita bersenjata!

Doa hamba yang sedang gelisah sebab nak exam(^_^)

Ya Allah,
hambaMu mohon agar ditenangkan hati kami yang sedang gelisah,
Jauhkanlah kami dari kegusaran,
Jauhkanlah kami dari sifat terburu-buru,
Terangilah hati kami dengan Nur Mu,
Permudahkanlah bagi kami sesuatu urusan itu,
Bantulah kami menyempurnakan urusan kami,
Redhailah kami,
Jauhkanlah kami dari sifat lupa,
Kuatkanlah ingatan kami,
KepadaMu kami mohon kemudahan di dunia dan akhirat.

Amin.........................


Ya..kita semua bersenjata,setiap muslim itu bersenjata,tapi tinggal senjatanya lemah atau kuat sahaja..apa senjata itu? Doa itu senjata kita...



Selalu kita terlupa bahawa Allah ada di sisi kita. Ramai di antara kita yang selalu merasa sepi, sunyi dan bersendirian walhal berada di khalayak ramai.Kenapa? kerana yang terisi hanya luaran namun dalamannya masih kurang.Bila di jawab ubat sepi yang sedemikian rupa adalah zikrullah iaitu mengingati Allah ramai yang berkata sinis dan mengeluh di dalam hati, merasa berat untuk mendekatkan diri pada Yang Esa dan tidak kurang merasakan nasihat sedemikian tidak membantu langsung dalam menghilangkan kesepian.KENAPA?kerana manusia cenderung pada sesuatu yang terlihat di depan mata..


Ya benar...Allah tidak kelihatan di mata kasar kita..namun mata hati kita dapat merasai kewujudan Allah andai kita ikhlas dan berusaha mendekati Allah. Ketahuilah , Allah Maha Melihat, Allah Maha Mengasihi, Allah Maha Menyayangi hamba-hambaNYA...tanya pada hati.berfikirlah sejenak.sejauh mana nikmat yang aku perolehi dari Allah?Sejauh mana yang telah kita bayar untuk nikmat yang kita perolehi..

Tepuk dada tanyalah iman..


p/s : kita sama-sama tak sempurna,tapi tak salah kalau kita berusaha mencapai kesempurnaan..Biarlah segala usaha kita disertai dengan kalimah syahadah yang agung..


Biar aku naif,
Asal aku sedar aku dalam kekurangan,
Biar aku papa,
Asal aku berusaha mengejar kecukupan dariNYA.
Biar aku lambat,
Asal hatiku ikhlas mencari sinarNYA.


Menangislah bila rasa anda perlu menangis terutama bila anda tertekan..

sekian...

Tuesday, April 26, 2011

Fikiran yang menerawang...

Masa tengah revise and refresh otak ni dengan nota-nota ringkas untuk exam esok, tetiba pulak lah fikiran ni menerawang kat kampung,teringat kat adik yang kecik sekali tu.haish...our brains is incredibly multi-processing units ,complex,uniques and high storage capacity with long life span..dalam satu-satu masa kita boleh monoloq, berfikir,mengawal refleksi tubuh badan dan macam-macam lagi...hebat benar pencipta otak kita ni..huhu..SUBHANALLAH...

berbalik pada tajuk post, teringat kat adik kecik ..teringat masa kitarang still duduk sama,masa tu still age 17-18 , masa saya(si kakak) diamanahkan untuk menjaga si kecik tu.yela,masa tu my dad wasn't around,my only eldest sis plak tengah study,so tinggal kitarang 3 beradik.ingat balik detik-detik tu tetiba rasa menyesal plak..dulu ingat lagi..masa bawak dia(si budak kecik) p main kat taman permainan petang-petang, dah puas main ajak balik tak nak,hari dah senja,dah la kakak si budak kecik ni tak reti nak pujuk,lepas tu ,apalagi,meradang la,cubit-cubitan jadi mainan..aish,..apa jadahnya buat budak kecik camtu...

tu hal pertama,ni plak hal kedua, sebagai seorang remaja biasa, si kakak ni pun ingin menikmati kebebasan bersama rakan sebaya.Nak dijadikan cerita,si kakak ni suka berjalan ke sana ke mari,pastu adik dier lak tinggal la sorang-sorang dengan nenek dier kat umah..kalau adik dier nak ikut je,memang kena tengking ar...macam mak tiri yang kejam or kakak tiri yang kejam aje la si kakak tu kan..ish3..

tapi tak setiap masa si kakak tu kejam tau, rasa kasih dia untuk si kecik tu sebenarnya melimpah ruah,cuma kadang-kadang si kakak tu perlukan ruang untuk diri sendiri jugak..malam-malam kakak tu bawak adik dier p jalan(baik ke jalan malam?gagaga),kalau nak p picnic dengan kawan-kawan selalu adik dier tu kena angkut sekali la,pastu kakak dier suka sediakan bekal untuk adik dier pergi tadika..

Tapi kalau orang lain hairan la jugak tengok si kakak dengan si adik ni malam-malam kat cyber cafe,kakak tu buat ape?kakak tu sibuk online dengan chating nye agi,adik plak tertidur-tidur la kat riba si kakak nih..bila dah tiba time balik,si kakak pun angkat la adik ni p kuar cc..masa tu orang nak kutuk si kakak selalu keluar malam ke,apa ka, si kakak memang tak ambik port pun..yang penting tak buat hal tak elok..(perempuan memang tak elok keluar malam ok=))
                               suka belanja minum budak-budak nih


                       gambar lama dah ni..


Sekarang ni bila kita 2 orang ni duduk jauh,asing-asing,rasa rindu teramat sangat tu selalu menyapa.Rindu nak siapkan dia pergi tadika , rindu nak siapkan bekal, rindu nak menyakat budak kecik tu sampai menangis,rindu nak bawak p makan ice cream,rindu nak ngajar dier ngaji,rindu nak membebel,rindu dengar dier tanya camner nak mengeja..semuanya rindu..jadi bila tiba je musim cuti,beria-ria nak balik kampung walaupun kadang-kadang my daddy tak suruh..:((..sebab cuti singkat and lambat book tiket..tapi disebabkan anaknya sangat degil,mahu atau tidak selalunya anak dierakan balik jugak!(teruk teruk)..tiap kali dah tau nak balik,otak ni akan ligat berputar apa je nak buat kat kampung nanti,dan semestinya semua planning berkaitan dengan si kecik jugak!Sekarang si budak kecik dah darjah satu,tah dah pandai membaca ke belum,tak sempat pun nak siap-siapkan dier untuk g sekolah,dulu tadika je,hopefully cuti ni dapat tengok dier p skolah..

end of this week saya balik kampunggggggggggg..sebab otak saya dah menerawang ..hua3..

p/s : Aku juga rindu kat bonda aku yang tersayang,kekadang rasa nak mesej and call je ,tapi mana boleh..
takpe..kiter ganti dengan Al-fatihah je,untuk kakak dan adik besar aku, aku sentiasa ingat kat korang seperti korang ingat our relation..love u all always..untuk papa , I miss u as a daughter of a father..


                                ~TO BE CONTINUED~

Monday, April 25, 2011

perbincangan yang hangat

masa tengok tubelawak.blogspot terjumpa la dier nye video.busuk.org,pastu jumpa plak video klip dari astro awani ni mengenai perbincangan gaza dan israel.Memang nampak best perbincangan ni,nampak hangat,tapi ye la..kalo orang tak tahan sabar,dah gaduh kut..Tapi Alhamdulillah,kedua-duanya penyabar..hohok..emosi plak..tapi tak faham la kat ujung video tu..nape tetibe lak ade Tun Abdullah Ahmad Badawi kat situ,pahtu kalo tak silap ada Ridhuan Tee ke tu?ke silap mata memandang?kalo nak tau tengok sendiri la..

Sunday, April 24, 2011

aku ingin mencintaimu-edcoustic


Bila dengar lagu ni macam dengar lagu cintan-cintun je...tapi kalo dengar bebetul,fahami betul-betul liriknya baru kita tau cinta yang dirujuk dalam lagu ni sebenarnya pada yang Esa...best...

Lirik lagu Aku Ingin Mencintaimu by edcoustic


Tuhan betapa aku malu
Atas semua yang Kau beri
Padahal diriku terlalu sering membuat-MU kecewa

(^)
Entah mungkin karna ku terlena
Sementara Engkau beri aku kesempatan berulang kali agar aku kembali

Dalam fitrahku sebagai manusia untuk menghamba pada-MU
betapa tak ada apa-apanya
aku dihadapan-MU

(^^)
Aku ingin mencintai-MU setulusnya sebenar-benar aku cinta
dalam doa
dalam ucapan
dalam setiap langkahku

aku ingin mendekati-MU
selamanya
sehina apapun diriku
kuberharap
untuk bertemu dengan-MU Ya Rabbi…



gudanglagu.com Free Download Lagu Edcoustic Aku Ingin Mencintaimu Setulusnya MP3 Lirik 4shared Gratis Chord Video Album 



(^_^)sentiasa sempat nak on9 walaupun tgh bz exam...makin dekat exam makin suka dgr lagu..huhuk..mudahan tak lupa..

Saturday, April 16, 2011

Bila final tiba

Final semester examination is on its  way to haunt the students again.Including me as a student, I had started to feel the wave of it..gagaga...

Final exam nak datang dah..fighting week juga sudah tiba..sebenarnya fighting to kenalah sentiasa..huhuk..
semoga saya dan rakan-rakan dipermudahkan untuk menjawab exam yang bakal diduduki..Amin...:)
bercuti dr blogging=)

Sunday, April 10, 2011

lagu fav aku hari ini-bunga-bunga cinta ost dalam mihrab cinta


Asmirandah:
Tak pernah terlintas di benakku
Saat pertama kita bertemu
Sesuatu yang indah tumbuh dalam gundah
Harum dan merekah
Dude:
Tulus hatimu buka mataku
Tegar jiwamu hapus raguku
Memboncah di hati harapan dan suci
Menyatukan janji
Asmirandah & Dude:
Bunga-bunga cinta indah bersemi
Diantara harap pinta padanya
Tuhan tautkanlah cinta di hati
Berpadu indah dalam mihrab cinta
Dude:
Tulus hatimu buka mataku
Tegar jiwamu hapus raguku
Memboncah di hati harapan dan suci
Menyatukan janji
Asmirandah & Dude:
Bunga-bunga cinta indah bersemi
Diantara harap pinta padanya
Tuhan tautkanlah cinta di hati
Berpadu indah dalam mihrab cinta
Asmirandah & Dude:
Tak pernah terlintas di benakku
Saat pertama kita bertemu
Sesuatu yang indah tumbuh dalam gundah
Harum dan merekah
Asmirandah & Dude:
Memboncah di hati
Harapan dan suci
Dalam mihrab cinta
Lirik Lagu Bunga-bunga Cinta (OST Dalam Mihrab Cinta) is a post from: http://lyrics77.co.cc