Thursday, January 20, 2011

Antara dua agama..(ep.12)

EPISOD 12
Perpindahan Salina ke Jakarta berjalan dengan lancar seperti yang dirancang.Sepanjang perjalanan Salina ke Jakarta,Garry setia menemaninya di sisi.Papa Salina yang terlebih dahulu berada di sana menyambut mereka dengan penuh senyuman.Salina ditempatkan di sebuah hospital swasta yang terletak di pinggir kota,jauh dari kesibukan ibu kota..

Dari tingkat kecil Salina memerhati bangunan rumah sakit itu. Kelihatan tanda salib yang besar di atas bumbung bangunan utama atau entrance.Pintu gerbangnya di apit oleh arca patung yang bersayap tetapi tidak mempunyai jantina.Terdapat laman yang lapang di hadapan rumah sakit itu yang menempatkan tempat letak kereta dan di sebelah timur terdampar luas sebuah taman bunga berserta pondok-pondok kecil yang ditata rias dengan bunga-bungaan menjalar.

“Apa yang kamu lihat di luar sana?Kamu enggak capek(penat)?Harusnya kamu istirehat dulu sih…pasti kamu kepenatan ..mari aku bawa kamu ke ruangan istirehat..,”Garry  menyapa  Salina yang sedang  asyik melihat ke luar bilik melalui tingkap di bilik itu..

Garry menarik perlahan kerusi roda yang Salina gunakan menjauhi tingkap bilik dan menyorongnya  ke arah katil.Perlahan-lahan Garry membantu Salina naik ke katil..penuh teliti perbuatannya kerana Salina belum sembuh sepenuhnya dari kecederaan luar.

“Terima kasih… kenapa awak baik dengan saya? Awak jaga saya..teman saya…,”Salina berkata perlahan…
Tergelak kecil Garry mendengar pertanyaan itu, “Sudah kewajiban aku menjaga kamu..apa lagi kamu bakal isteriku,juga anak pada daddy..dan sebetulnya kamu saudara seagamaku…walau aku baru bermula...”

“Sebab tu je ke? Betulke kita dah tunang?Kenapa tak ada cincin di jari awak?,”selamba saja pertanyaan itu keluar dari mulut Salina.

“Er…cincin…cincin itu ada di rumah..cincin kamu juga ada bersamaku..kerna..kita udah sama-sama setuju,cincin itu enggak perlu dipakai,supaya lebih bebas …besok aku bawa kemari ya..,”agak sukar bagi 

Garry menjawab persoalan itu kerana dia tidak mahu Salina tahu bahawa mereka sebenarnya tidak mempunyai apa-apa hubungan dan dia adalah laki-laki yang dibenci Salina sebelum itu.
Bimbang hasratnya akan terganggu..Dia tahu berbohong itu salah,tapi dia mahu yang terbaik untuk Salina.Antara kemahuan dan keperluan,manusia selalu terkeliru.

“Loh..kenapa kamu sedih?,”Tanya Garry pada Salina yang sedang merenung ke siling bilik.

“Kenapa saya lupa siapa diri ni ? ,”Salina mengeluh dihujung pertanyaannya.

“Hmm..Salina..kamu harus sabar…anggap saja ini ujian..tenang ya..jangan terlalu pikirin hal itu.Kamu masih ada aku dan papa,bisa bantu kamu ngingatin siapa kamu..ya udah..kamu baiknya tidur dulu..nanti bangun udah enggak sedih..aku mau kamu cepat sembuh..nanti boleh lekas menikah sama aku,punya anak,cucu....jadinya aku enggak perlu tidur di kerusi lagi,tapi di samping kamu di sini juga bisa…hehe..,”Garry berseloroh di akhir kata..

Sengaja Garry berkata begitu..mahu melihat Salina tersenyum..dalam gurau dia menyampaikan hasrat hatinya.Salina hanya tersenyum kelat dengan mata terpejam.Di dalam fikirannya,dia mahu sembuh secepatnya dan kembali ke tanah air,mencari identiti dirinya yang sebenar.Bukan dia tidak percaya pada Garry, tapi dia mahukan seluruh kehidupan masa lalunya kembali dalam dakapan fikirannya.

“Berapa lama dah kita jadi tunang? Macamana kita kenal? Dulu kita saling suka sama suka?,”Salina bersuara dengan mata terpejam setelah menyepi beberapa minit.

“Hahaha…er..nampaknya kamu punya minat ya sama perhubungan kita..er..pertunangan kita udah langsung hampir setahun,tapi kenalnya udah lama..semenjak kamu belasan tahun lagi..aku mula mengenali kamu sejak percutian ku ke Malaysia atas undangan daddy.Waktu itu aku baru 21 tahun,fresh graduate lagi, dan kamu kira-kira dalam 18 tahun gitu..dan masa itu kamu baru kehilangan ibu kamu..Aku masih ingat kamu selalu duduk sendirian di laman depan rumah daddy ,sambil melempar batu-batu kecil ke kolam..dari situ kita mulai rapat..,”sengaja memulakan bicara untuk menutup gugup hatinya..mengimbas kembali peristiwa lalu,dan menterbalikkan situasi  yang pernah berlaku di kolam itu..

“Em…maafkan saya sebab tak ingat..terima kasih sebab sudi bersama saya dalam keadaan macamni,”ujar  Salina ..

“Ya..kamu enggak perlu ngucapin terima kasih..memang udah tanggungjawabku menjaga kamu ..,”Garry bermanis kata..

“Aku sayang kamu sepenuhnya.Kamu sayang aku enggak?,”persoalan dari Garry itu tidak berjawab..
Sesaat dua dia menanti jawapan dari Salina, akhirnya Garry tersenyum..

“Udah tidur..semoga kamu jatuh sayang padaku..semoga cinta ini sentiasa subur walau apa yang berlaku.walau kamu udah tahu kebenarannya.Semoga cinta ini sentiasa diredhai Allah…,”Garry seolah-olah berbisik pada dirinya sendiri sambil menarik gebar menutupi tubuh Salina.

No comments: