Monday, January 24, 2011

Antara dua agama..(ep.13)


EPISOD 13
Berkali-kali Sarah cuba menghubungi telefon bimbit Salina,namun panggilannya hanya dib alas oleh operator. Sudah hampir 2 minggu Salina tidak menghubunginya .Bukan dia saja risau,adik-adiknya juga tertanya-tanya kemana tuju anak kedua dalam keluarga itu.

“Ke mana pulak pergi Salina ni..telefon pun off..ish..,”monolog Salina sendirian..
Setelah puas memikirkan kehilangan Salina ,Sarah akhir tekad untuk menghubungi ayahnya untuk bertanyakan hal Salina.Hanya dua kali deringan ,panggilan sudah bersahut..

“Hello..papa..,”Sarah menyapa seeloknya walau hatinya gundah.

“Hmm..kenapa?,”acuh tak acuh saja panggilannya dijawab.

“Ada call Salina ke? Sarah call berapa kali dah tapi tak dapat.Papa  tau ke,Where is she?Risau la..,”sedikit terangkat nadanya..

“Hmm..takde pun call ..but she had inform me before yang dia nak pergi Jakarta..cuti-cuti..kan sekarang tengah mid-sem break,”selamba saja ayah Salina melakonkan sandiwara.

“Really??how come she didn’t tell me anything about this?pergi Jakarta pulak tu.But,takkan sampai sekarang tak balik-balik,mid sem break Cuma seminggu la…,”balas Sarah.

“Er…pasal tu,tunggulah..papa try call dia..,”gelabah sedikit ayah Salina membalas kata-kata Sarah.
Belum habis ayahnya menghabiskan kata-kata,Sarah terus memotong, “you have her phone number?nombor mana plak dia guna dah,macam orang lari dari rumah je la dia ni.This is so ridiculous,tak pernah dia buat macamni.”

“Sarah..be calmed..she’ll be ok..nothing much to worry.She’s big girl.Papa try call nombor dia yang biasa la.Kot-koy dia on kan.Mungkin dia sengaja tak bagitau Sarah, sebab dia nak berdikari,rasa hidup sendiri tanpa menyusahkan sesiapa.Mana kita tahu dia nak ubah cara hidup atau apa..kot-kot nak  release tension kat sana,”ayahnya menenangkan gelodak di hati Sarah.

“Hmm..ok..tell her I miss her so bad.Jangan lupa bagitau yang I am so angry with her.How dare she didn’t tell me anything about her vacation.urgh…geram,okla.thanks ye..bye,”segera memutuskan talian.Rasa panas hatinya kerana geram mengenangkan sikap Salina.

“Apa lah yang dia buat..hai…tiba-tiba macamtu..ada masalah ke?Siapa pulak yang teman dia kat sana?hmm…,”ligat fikirannya tika itu.

“Aha….Garry..tapi mustahil lah..dia mana suka Garry..lagipun Garry takde kat sana..hmm…Salina..Salina…semoga sentiasa dilindungi Allah..,”monolog Sarah sebelum berlalu ke bilik air untuk berwudhuk sebaik saja terdengar bunyi azan.

Di hujung solatnya nanti,dia ingin berdoa demi kesejahteraan adik-adiknya,keluarga,jiran ,arwah ibunya dan dirinya.Berharap agar sentiasa beroleh bimbingan,dan ayahnya diberi hidayah.
Walaupun dia,Salina,dan adik-adik saling berjauhan,tidak bermakna mereka  melupakan tanggungjawab sesame sendiri.Apatah lagi sejak kecil mereka di didik untuk selalu melakukan sesuatu pekerjaan dengan bersama-sama.Jika salah seorang di antara mereka jatuh sakit atau ditimpa masalah, yang lain akan terasa kesusahan yang sama.Ibarat cubit paha kanan terasa paha kiri. Pernah suatu ketika dulu, Sarah menangis kerana adiknya di tuduh membuang selipar sepupunya.Hanya hal kecil saja,tapi sudah terlalu kerap adiknya di tuduh sedemikian,padahal sepupunya itu sendiri yang selalu menyusahkan orang lain.Dasar anak manja! Bentak Sarah di dalam hati menahan amarah.Perasaan ditindas sudah puas menguli kehidupan tetapi itu bukan alas an untuk membenci kehidupan yang dianugerahkan.

No comments: