Showing posts with label bebelanku. Show all posts
Showing posts with label bebelanku. Show all posts

Wednesday, July 30, 2014

Kejadian Hari Raya Aidilfitri

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang.Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin.Semoga Allah terima amalan kita dan kalian.(Klik gambar untuk baca berkaitan tajuk).

Saturday, April 12, 2014

Bila tak ikhlas menuntut ilmu.



Tengok gambar kat atas ni, kenal? Ini bukan wajah bulan, bintang,planet dan apa saja.Ini adalah  struktur kulat yang telah diambil melalui kanta mikroskop. Mikroskop apa? Kulat apa? Jangan mengharapkan jawapannya di sini.Sebab saya gagal dalam menjawab persoalan sebegitu.Sadis,menyedihkan dan mengecewakan bukan. Masuk kelas, belajar tapi tidak tahu apa-apa. Itu cerita kelas Plant Pathology.Tapi markah ujian tidaklah terlalu mengecewakan.


Kelas Pascatuai (Post harvest), lagi sadis.Nak cakap english sikit, I am a loser when it come to post harvest. I only get 4.87 out of ten! Tak pernah dapat markah teruk macamni.Crying out loud won't change anything!yeah..I know..

Saya mengaku saya hilang fokus,saya mengaku saya belajar hanya di saat akhir, saya mengaku saya malas, saya mengaku saya mula rasa bosan. Kegagalan sebegini berlaku sebab saya tahu saya tidak ikhlas menuntut ilmu. Doakanlah saya ikhlas belajar.

( T T)
Thats all thank you.

Kawan saya ada mengatakan, jika hendak dibandingkan kami (pelajar) dengan pensyarah, bagai langit bukan dengan Bumi, tapi bawah lagi daripada Bumi. Nak menggambarkan betapa loser nya kami.




Wednesday, October 16, 2013

Kehidupan Jesus versi Kristian

Video ni saya jumpa di youtube semalam. Marilah kita sama-sama menonton. Jangan takut, insyaAllah iman kita tak futur. Sebab dengan cara mengkaji agamalah kita akan lebih yakin pada ketulenan dan kesucian agama kita, ISLAM.

Lain kali, insyaAllah saya akan berkongsi apa yang telah saya pelajari selama mengikuti kelas Fardhu Ain dan kelas Unit Dakwah. InsyaAllah. Nah..saya sertakan surah yang mengukuhkan ketauhidan kita pada Allah,yang menolak ke-Esaan selain Allah s.w.t.



Our Lord! (they say), Let not our hearts deviate now after Thou hast guided us, but grant us mercy from Thine own Presence; for Thou art the Grantor of bounties without measure
[3:8]




Tuesday, October 1, 2013

Anti MLM

AMARAN KERAS : Post blog kali ini ada kena mengena dengan yang hidup dengan yang mati. Kalau takde kena mengena, takkan terfikir untuk menulis post ini. Sila terasa jika ada kena mengena. Post agak panjang, tapi seandainya anda baca hingga habis, insyaAllah otak anda akan boleh berfikir dengan lebih aktif. Selamat membaca.


MLM : Multi level marketing. Umum mengetahui MLM merupakan salah satu strategi pemasaran perniagaan yang sangat efektif, pantas dan mudah.Tambahan daripada itu, ianya agak mengelirukan dan menimbulkan was-was pada ramai orang.


di ambil daripada  http://www.investopedia.com/terms/m/multi-level-marketing.asp

Saya secara peribadinya meragui cara kerja bisnes MLM ni.Mungkin saya sendiri kurang faham dengan rangkaian  dan cara kerja mereka. Apa yang paling mengelirukan adalah cara mendapat komisen. Sememangnya sesiapa yang terlibat  melibatkan diri dengan bisnes cara ini merupakan orang yang komited dan bermotivasi tinggi. Salah satu faktor menyumbang kebangkitan semangat mereka untuk melakukan kerja ini adalah pendapatan berupa komisen yang tinggi.(Boleh kaya cepat!) Tapi persoalannya, berapa ramai yang terlibat dengan bisnes cara ini sebenarnya mendapat pulangan modal yang dilaburkan ke atas produk dan berapa ramai yang berjaya daripada jumlah peserta keseluruhannya?

Tapi bukan itu yang hendak diketengahkan sebenarnya,perkara sebenar yang nak ketengahkan sejujurnya, "Aku tak suka dengan MLM".

Sebab :

1) Korang buat iklan bagai nak rak ke sana ke mari, niat bukan nak jual produk tu sangat, tapi nak cari downline je lebih. Sebab melalui dapat tarik orang beli dan dapat  tarik orang jadi membership tu la korang dapat komisen.
2) Kadang-kadang cara promosi korang tu NEGATIF. Terlalu membuat perbandingan dan tanpa disedari atau sememangnya disengajakan sebenarnya dah memburuk-burukkan produk lain. Come on la guys..thats not fair and less obedient!
3) Disebabkan orang yang terlibat dengan MLM ni kena deal dengan ramai orang yang bermacam kerenah,dan sampai membuatkan orng yang join ni boleh rasa nak give up, mereka perlu mengikuti seminar, talks and etc bagi memastikan semangat sentiasa naik supaya dapat jalankan bisnes secara berterusan. Ni macam lagha je bagi aku. Buang banyak duit dan masa. Lagha je lebih dengan dinner,talk dan seminar. Jangan bagi alasan dapat tingkatkan soft skill. Banyak lagi cara lain yang lebih elok dan jelas untuk tingkatkan soft skill.

*Eh-eh, ko cakap macam tau sangat*

Nak cakap saya tau sangat tu tak la, tapi, saya dah pernah melihat kesannya pada orang yang menyertai MLM ni pada ahli keluarga saya sendiri. Mungkin ada impak positifnya, tapi sejauh mana kebaikannya yang boleh mengatasi keburukkannya ?

Okeylah, katakanlah..sememangnya korang fikir sememangnya produk tu sangat bermanfaat untuk target group korang, teruskanlah kerja korang tu.Itu  seandainya korang rasa produk jualan korang tu memang mampu memberi manfaat besar pada ramai orang dan niat korang memang ikhlas nak bantu orang. Tapi..tolonglah jangan buat kerja tu seandainya sebab korang nak buat benda sebab komisen. Nampak tak kalau niat tu tak betul, ramai orang akan mula tak suka dan menjauhkan diri. 

Minta maaf kepada pengamal MLM seandainya pemahaman saya ni agak menyimpang daripada takrifan sebenar MLM sepertimana yang korang faham, bukan apa, sampai hari ni saya sendiri meragui ke 'halal' an metod ni dalam menjalankan perniagaan.

Nak berbisnes tu takde masalah, tapi sesuatu yang syubhah yang mendatangkan keraguan dan was-was tu seeloknya korang hati-hati dan fikirlah semasaknya. Amatlah malang seandainya produk yang dijual sememangnya bagus dan berkesan tetapi dicemari dengan "MLM" yang membuatkan sesetengah orang tak nak cuba.

*Sejuta kemaafan atas kekasaran*

Baca lagi mengenai MLM di sini.

Pesanan akhir :Berfikirlah sebelum bertindak. Jangan sekadar tahu tapi tak faham.


Friday, September 27, 2013

Rajin satu pertiga

Situasi : Di dalam kelas Pembiak bakaan tumbuhan.

Dr. : Siapa bawak buku ni, Plant Breeding?
Pelajar: Lisaaaa..
Dr. : Berapa orang je bawak buku.Tu sape punya? Awak?
Ayu: A'a.
Dr : Tu buku apa?Novel?Plant Breeding?(tengok Hayyu)
Hayyu : Ha.Plant breeding.
Dr.: Berapa orang je yang rajin bawak buku. Itu pun rajin satu pertiga je.

Dr. pesan minggu lepas, setiap orang bawak tiga buku datang kelas pembiak bakaan tumbuhan. Orang lain tak bawak, tiga orang je bawak,tapi yang tiga orang ni pun bawak satu je buku daripada tiga buku yang dibawak ke kelas.

Saya terfikir, bagaimana nak baca habis buku yang tebalnya sebanyak lebih 500 muka surat  dalam masa satu semester? Hujung minggu yang tak pernah kosong. Malam yang sentiasa ada aktiviti.Jawapannya mungkin pada kesungguhan dan disiplin pelajar agaknya.Pernah terfikir untuk tidak melibatkan diri dengan aktiviti sampingan dan hanya mengabdikan diri untuk menelaah buku pelajaran saja,tapi itu umpama kehidupan yang tidak bewarna-warni.Bosan dan boleh menyegerakan kemasukan ke Tanjung Rambutan. Kokurikulum dan kurikulum hari ni adakah benar-benar sesuai untuk menggalakkan perkembangan pemikiran pelajar atau banyak menekan pelajar ? Biar saya fikir dahulu:)

Sunday, June 16, 2013

HARI IBU,HARI AYAH,HARI LAHIR.;)

AMARAN: ENTRY KALI INI MENGANDUNGI BAHASA GANAS. JANGAN BACA KALAU TAK TAHAN BAHASA GANAS.

Hari ni, bila tengok status-status di Facebook, ucapan Selamat Hari Bapa memenuhi ruang 'wall'. Post kali ni bukannya nak mengatakan 'haram sambut hari ibu, haram sambut hari ayah' atau ' nak berhujah apa salahnya kita nak sambut hari ayah sebagai tanda menghargai atau apa pun...

Bila orang lain sibuk nak bahas isu seperti di atas, aku sendiri tak ada perasaan pun dalam hal ni..sejak lahir kot, aku tak pernah pun nak sibuk-sibuk sambut hari ayah atau ibu, bila hari ayah atau ibu pun aku sampai sekarang tak tau bila melainkan disebabkan aku tengok post orang kat facebook atau iklan dimana-mana. Tak payah cakap hal sambutan hari ibu atau ayah ni..birthday sendiri pun aku dari kecik lagi tak sambut melainkan sekali masa birthday yang ke 20 tahun.Tu pun nasib baik bapak aku dah diingatkan oleh makcik dan kakak aku..Selalu, aku akan dapat wish je daripada mak,kakak dengan adik aku.Orang lain? Diarang tak tau pun,sebab aku pun malas nak kecoh-kecoh..

Pasal hari ayah atau ibu tu..maaflah..aku ni jenis pelik sikit..less appreciation punya orang la pendek cerita. Tapi kalau nak aku organise party yang happy-happy, yang suprise-suprise boleh la kot..cuma aku hal birthday aku sendiri dengan sambutan hari mak ayah ni, aku tak kisah sangat.Salah satu sebab, aku ni duduk kawasan terpencil kot dulu, mana reti sambutan hari ibu, ayah semua tu.Birthday aku tau..sebab mak aku dulu akan wish tiap kali birthday (sekarang dia takda dah nak wish). Tapi satu je la yang aku pastikan aku ada buat tiap hari sebagai tanda aku hargai dan ingati diarang tiap hari, doa untuk mak aku diterima jasadnya,dirahmati rohnya,diampuni dosanya..untuk bapak/ayah/papa aku, aku doakan semoga Allah berikan hidayah dan petunjuk kepadanya..

Apaun cara kita nak hargi mak ayah..make sure..perkataan yang korang luah cakap sayang bagai tu selari dengan perbuatan..mudahan urusan kita dipermudahkan.

Tuesday, May 14, 2013

Membayar dengan Paypal

Dunia yang makin maju membuatkan banyak kerja menjadi senang. Tambah-tambah dengan wujudnya jualan atas talian yang mudah. Tak payah nak mengharungi kesesakan jalan raya, mengeluarkan tenaga untuk berjalan membeli-belah. Dunia di hujung jari lah katakan. Untuk memanfaatkan sepenuhnya kemudahan yang ada, hampir semua urusan bayaran dan pembelian dilakukan atas talian. Kalau saya sendiri, pembayaran bil jalur lebar dan pesanan barangan online semua dilakukan atas talian.*malas nak keluar*.Tambah-tambah ada Cimb Clicks ni,makin lancar ler jari-jemari ni nak klik itu dan ini.

Beberapi minggu lepas, saya telah mendaftar untuk menggunakan Paypal,supaya mudah untuk bayar bil MAXIS. Lepas tu, saya pun cuba bayar bil guna Paypal. Apa yang tak menariknya, satu mesej diterima menyatakan caj akan dibuat ke atas akaun saya sebab menggunakan Paypal. Dan..masa tu rasa macam.."What???!!ada caj? and it cost not RM 0.20 atau RM 0.50, tapi RM 3 something!".

Just now, I paid for online shopping, lotion mustajab yang tengah promo (twin pack form RM30),dan sekali lagi,saya menggunakan paypal,yang saya fikir, pada mulanya,bukan pay via paypal,tapi directly guna debit, tapi...via Paypal jugak rupanya*ok..aksi ni macam saya ni tak pandai/tak reti membaca dan faham apa yang terpapar di skrin.* dan telah dicaj sebanyak RM 3.31 untuk menggunakan khidmat Paypal.GRRRRR!!Hapela...

*Atau aku yang sebenarnya agak bebal mengenai hal ini...*

Monday, May 13, 2013

Usah bersedih kalau mengantuk dalam kelas..blh buat mcm2.

Kekadang rasa mengantuk datang tanpa diundang(Ada ke ngantuk yg diundang?).Untuk hilangkan mengantuk dalam kelas, saya pun ambil la sketch book.Mencari-cari objek apa untuk dilukis.Akhirnya jumpa juga,lelaki yang berdiri tegak di depan dan khusyuk melontarkan kata-kata.Objek menarik untuk jadi sketch draw.hoho..minta maaf sesangat.

Sunday, March 31, 2013

My family photos

Mr Father with fierce eyebrows.No smile.


Madam Mama who has sweet smile ever as she loves to laugh and make other people smile. This photo looks somekind of old,an old photo perhaps.:p.May Allah bless her.
 This is my eldest sister with her  pair of spectacle. She have few collections of spectacle frames and watches( thing that we wear like bangle to know what time is it now.). She is two years older than me.

This is me with a not really naughty face.There is no pimples on my face.Photo taken when I was 8 or 9 or 10 or whenever I don't have pimples yet.XD





Mr.young brother,Third child.Stubborn but he is caring enough.

This schema look boy is my youngest brother. Happy to have him in our family:)


# pretend like I have those photos and able to publish it here.







Sunday, March 3, 2013

KECIK KE BESAR

Kecik ke besar.

Allah s.w.t Maha Bijaksana.Sesungguhnya,setiap perkara baik di atas dunia ni,jika dilakukan dengan niat kerana Allah s.w.t semata,inshaAllah akan mendapat balasan baik daripada Allah s.w.t.
Hatta perkara kecil sekali pun.

DARIPADA IBADAH KECIL TERBUKA JALAN UNTUK IBADAH BESAR.

Contohnya,ibadah berwudhuk.Selalunya kenapa kita berwudhuk?(Jawab sendiri.)Masa berwudhuk kita selalu buat ape?
Jadi,seandainya kita setiap waktu berwudhuk,jalan untuk kita melakukan ibadah besar seperti baca quran,solat sunat akan terbuka luas,malahan dari segi pergaulan pulak,inshaAllah,seandainya kita ni jenis menjaga wudhuk,kita akan berusaha untuk mengelak daripada bersentuhan antara lelaki dan perempuan sebab ianya membatalkan wudhuk.Ada betul?

Salah satu sunnah Nabi S.A.W,adalah berwudhuk.Wallahualam.(Semoga Allah mengampunkan salah dan silap kita.)

p/s:Seronoknya kalau kita sentiasa berwudhuk.Sibuk baca quran,sampaikan mata tak meliar melihat sekeliling akhirnya terjagalah pandangan,hati dan kemaluan.InshaAllah.Sunnah Nabi hikmahnya besar.Peringatan buat diriku yang hina dina dan cetek ilmunya.

Friday, May 4, 2012

Assalamualaikum w.b.t.

Buat rakan seperjuangan ku sekalian a.k.a para penganggur 4 bulan.

Keputusan ujian akhir semester terakhir telah pun kita ketahui  27 April lalu.Alhamdulillah,ramai yang tamat diploma dengan CGPA melebihi 3.5 dan tak kurang juga yang berjaya meningkatkan CGPA ber kali ganda dari sebelumnya.Empat bulan masa diberikan oleh institusi pengajian tinggi bagi para graduan tamat diploma menunggu keputusan sambung belajar peringkat sarjana.Pasti ramai yang keresahan dan gelisah,kebosan juga turut melanda di jiwa.(ok stop ayat skema!).

Oi genk..
Aku tauk rami antara kita dah mula bosan dengan cuti tok.Arum bulak eh,bok mula cuti 2 minggu aku dah asa bosan dah duduk umah.Bukan sikda keja nak polah..tapi aku sik minat nak molah keja nok sedia ada,benda sama jak(jawab torang: skati ko mpun...)bena sik?.EMPAT BULAN ya..bukan kejap..fuuuuu...

Bekerja atau menganggur?


Aku sik tauk berapa rami yang sesama kita dah start keja.Tapi aku lom keja la..keja nolong kakak ku jak,suri rumah sesuku masa,replacer kakak ku bilanya outstation molah easecox.Tok la keja ku kinek.Penganggur kehormat buat 4 bulan.Aku asa ya keputusan aku.Hmmmm..

Tanggapan orang vs Pemikiran sendiri.


Bila ku padah aku sik keja cuti tok,mesti ada cakap-cakap yang padah,

"Sikhal..orang berduit..."
"Sikda usaha nak carik duit.."
"Siktauk reti carik duit..."

WELL..WHATEVER U ARE SAYING,WHO YOU ARE FOR ME TO LISTEN TO?
klaka omputeh dah oiii...(bunyi kak lehott).

Aok..nang bena apa dipadah torang ya bha..sik reti la aku tok nak mencarik duit,usaha pun kurang kali,reti ncarik duit pun ku siktauk bena kali..tapi nak,sekurangnya dah tauk dirik kedak ya,sikboh la nak nyusah orang,nolong apa yang patut,bukan nambah nyusah orang nak..Alhamdulillah,takat tok sikda ku berpintak duit melebih-lebih dari yang biasa diberik..keh3.tapi hati ku tok membuak-buak jak nak g sia sitok..time study nangga lam laptop jak tempat orang:(.Bulak madah aku sikda fikir nak keja,tapi ku fikir adik ku sikda orang jaga mun kakak ku sikda..mala jak ditinggalnya nak ka kesian.kakya,boleh juak ku ngaja nya ngaji.Jadi,biarla orang mpun tanggapan ya,asal kita rasa pemikiran kita rasional dengan keadaan kita.

Cabaran untuk diri sendiri.


Jujur ku padah,aku nangggg mala jak tido time cuti tok..Terutama pas subuh..teruk bena nak?InshaAllah cuba kikis:D.Oleh sebab kadang-kadang aku rasa aku tok sik berguna jak(sebab sik keja),aku pun baring-baring (lepas ya tido,haha) memikirkan apa yang aku nak polah..buku banyak gik habis baca,sik lamak gik nak puasa,surah banyak gik sik dihafaz..Jadi, I'd made up my mind,and make a challenge to myself to proove that,"Cuti 4 bulan bukan tiada apa-apa buat saya,tapi beberapa    hal yang saya buat:D.InshaAllah,aku akan cuba habiskan semua buku aku yang sik terbaca lagik(lebih dari sepuluh buah buku terkumpul),hafaz surah semampu mungkin,tingkatkan kefahaman agama,ajar adik aku ngaji dan fardhu ain,settlekan qada' puasa dan perbaharui ingatan apa yang dah dibelaja masa diploma."hMM....Aku risau kalau aku lost track time cuti..I don't want to be a useless person.




Generating creative art mind.


Aku suka melukis.Tapi sik la sesempurna orang nok belaja art and design ya kan..masa ku mbiak lok,salu jak kenak anok lukis orang kawen.Aku tangga adik aku nok kecik ya pun suka lukis orang kedak mermaid lah,orang kawen la...kakak ku padahnya ikut kedak aku dulok..(aku pun fikir,bena ka aku kedak ya?).Hmm..aku try juak molah accesories keychain nok berjait ya..(tah apa ya).pastok nak molah design baju dengan cat fabrik and plain tshirt.Sebenarnya ku nak belaja muzik cuti tok tadik,tapi last asa malas...macam sik padan jak aku...hoho...asa nak molah hydroponics planting tapi malas nak carik tools dengan ruangan yang terhad..


Impian cuti


TIGA TAHUN  dah berlalu,betapa susah aku nak dapat cuti yang sama waktu dengan adik-beradik ku kinek la patutnya masa aku nak balas dendam cuti bersama.TAPI...hampa..time ku cuti sidak sik dapat nak cuti.School break pun kali sik cuti sidak..jadi bila la patut aku cuti sebenarnya???!HUH!Asa mauk jak ku g belayar(bercuti) dirik mpun.ngenang sik manis ompuan nak bejalan kedirik jak..aiyak!tapi mun ku kuat ati,sorry all..goodbye bebeh la orang umah...lelah ku nunggu..dah sambung blaja kelak sikda masa nak becuti gik..

KESIMPULAN
Sebenarnya aku nak nyeruk orang nak nganggur sama kedak aku,boh sia2 kan gilak cuti ya..refresh balit apa dah diblaja..barula ada hasil cuti 4 bulan ya k..*smile2*

Monday, April 9, 2012

what happened.

Alhamdulillah..syukur ke hadrat Ilahi melimpahkan rahmat ke atas hamba-hambaNya.Tanpa izin Allah,tak mampu tangan ni nak menaip entry ni,tak bergerak walau 1 mm pun jari ni kalau Allah tak izinkan.Segala puji hanya untuk Allah yang Esa.

1.4.2012
Pulang ke Miri yang bukan kampung halaman pun.Bertapa seketika di sitok sebab sikda orang jaga adik aku nok ****k.(bijak).Hari pertama bagusla,good day la,boleh tido lagik sampai maghrib.Bapak jemput sebab kakak pergi function.(Why should I tell this story?(*_*).so bored isn't?)

2.4.2012

Hari ke dua di Miri.Pagi-pagi bangun awal,hantar kakak and kuku(aunty) pergi terminal bas,sebab MEREKA nak pergi SIBU.(again,sharing something shouldn't(T T)).Tarikh ini amat bermakna dalam hidup seorang "budak" perempuan yang naif seperti aku(sila muntah jika anda terasa nak muntah.).Bapak suruh pergi servis kereta kat Toyota,jadi,saya pun pergila cari TOYOTA service centre kat kawasan yang diberitahu.Orang yang hanya tahu memandu tapi tak tahu jalan pun tak guna kan.Ibarat kapal tanpa nakhoda yang tepat(pergh!!!).Dalam perjalanan cari tempat yang dikatakan,sesat dah berapa kali,salah jalan semua masuk senarailah,tapi perkara paling menduga sekali yang terjadi adalah...




Teka sendirilah apa dah jadi.Selalunya hal camni,orang yang melanggar akan cuba cakap dia tak salah.Tapi aku mengaku memang aku salah dalam perlanggaran ni.Tapi masalahnya berpunca dari kereta yang ada di hadapan kereta yang aku langgar!Masuk simpang tak bagi signal!Kereta yang aku langgar ni apa lagi,emergency  break ar,aku pun ikut sekali,disebabkan jarak aku dengan kereta depan agak dekat,berlakulah perlanggaran elastik!(term physic yo.).Disebakan proses inertia,walaupun aku dah break sampai nak keluar kentut sekali pun,kereta aku bergerak ke depan sikit dari tempat berhenti,lalu terciumlah bontot kurang seksi dan tua si waja tu.Aku pandu Hilux Toyota.Tu masalah beno.Kereta aku takda apapun(sebab tu orang suka beli kereta import).Kereta waja tu yang teruk macam kat atas.

Pemandu kereta waja ni adalah seorang wanita agak-agak dalam usia 40 lebih camtula,ditemani anak dia.Peramah orangnya.kami senyum je,bincang elok-elok.Dia call seseorang untuk bantu dia.Aku plak steady gitau kakak aku,sms,tapi takda sapapun datang.huhu.Yang makcik tu,ada sorang laki datang dan cakap,
"Elok kita settle luar je,kalau setuju kita pergi workshop kawan saya."

Aku yang naif ni,pun jawab lah,
"Aoklah..kamek ikot kitak jak."

Bapak aku takda masa tu,dia pergi Bintulu.

Hari tu,aku dah janji ,aku bayar kos baiki.Harga yang dipersetujui adalah RM1100(bumper tukar,atas kat bonet kereta tu spray abis,ketuk sekali.
Janji ambil hari Khamis.Jadi,petang Khamis,kakak dan aku,pergilah workshop tu,siap dah nak bayar,tapi bill tu takdak cop(boleh plak workshop tu takdak company?) kakak aku tak setuju,jadi tangguh hari Jumaat bayar.Hari Jumaat plak,bapak aku masuk campur,dengar harga tu RM1100,bapak aku cakap kat aku dan kakak aku takyah pergi workshop tu pergi bayar,dia akan settle kan.Masalah disini terjadi lagi.Bapak aku tak setuju dengan harga tu,sebab rasa tak setimpal.Ni kes macam kena pau dengan orang lah aku ni.bapak aku tak suruh aku angkat call orang tu dan jangan pegi bayar.Seriously,aku rasa sangatttttttttttttttttttttttt bersalah sebab macam dah mungkir janji,kalau aku pergi bapak aku marah,kalau tak pergi macam mungkir janji.makcik tu siap sms aku lagi cakap aku putar belit cerita dan taknak bayar.aku terpaksa dengar cakap bapak aku.
Sampai saat aku menulis ni,aku tak bayar sesen pun dan tak tahu lagi camna kes tu.Aku harap makcik tu lama-lama nanti maafkan aku.Tu la lain kali,makcik tu kena mintak tolong dengan orang yang betul-betul nak tolong.Niat sebenar orang yang tolong dia tu wallahualam.Ni sedutan cerita  dari bapak dan makcik aku(kuku)  bila diarang pergi jumpa mak cik tu:
Bapak aku,"Kenapa tak report polis saja?"
Makcik tu jawab,
"Anak kamu yang tak nak report polis."

Ops..pembetulan sebenarnya kat situ,aku tak kisah pun nak report polis,memang aku tak nak report sebab makcik tu sendiri pun setuju bila laki yang dia mintak tolong tu cakap elok urus sendiri a.k.a settle luar je.Aku ikut je mana diarang rasa selesa.Bukan aku taknak o.k=).

Disebabkan kes ni,aku rasa takut-takut jugak la nak kuar merayau-rayau kat sini.Tapi,aku fikir balik,kalaulah aku terserempak,dia nak maki aku,aku buat muka tak bersalah je la..malaslah nak fikir banyak.Biarlah bapak aku settle down semua tu.

Itulah cerita yang menarik sungguh ..Dugaan dari Allah..mudahan hati ni redha.Amin..




ilustrasi kejadian hari tu.=)



masalah kat fb aku..ayik je timbul benda tu.dah klik load anyway pun lembap betul.takpela.ada sebab kot.biar je.ada rezeki lebih akan ku hantar netbook ini ke klinik.


PESANAN AKHIR ENTRI NI.



Friday, April 6, 2012

kau terlupa atau aku yang terlupa

bila aku lupa,
kau cerca aku,
kau marah padaku,
kau pandang rendah padaku,
kau jeling dengan sorotan mata yang tajam,
kau umpat aku..

tapi kau terlupa,
yang aku terlupa apa yang kau ingat.
tapi kau terlupa,
yang kau terlupa,
pegang tangan ku erat.
tapi kau terlupa,
kau tak bawa aku bersama,
tapi kau terlupa,
yang kau terlupa aku ada bersamamu,
tapi kau terlupa,
yang aku terlupa untuk menggapai tanganmu,
tapi kau terlupa,
yang aku kadang terlupa,
aku seorang pelupa,
tapi kau terlupa,
aku terlupa bila kau melupakan.

jadi,kau atau aku sebenarnya terlupa ? sama-sama terlupa jawabnya.

Saturday, March 3, 2012

InshaAllah

InshaAllah..hari jumaat minggu lepas adalah kelas terakhir untuk peringkat diploma ni.InshaAllah, saya akan berjuang sehabisnya untuk dapat ang terbaik bagi peperiksaan akhir nanti.InshaAllah,saya akan serap dan terapkan semua ilmu yang dah dipelajari.InshaAllah.3 tahun telah hampir berakhir untuk mendapat segulung skrol diploma.
  Beg ni peneman paling setia.dari sem 1 gik.

Kampus tok la tempat aku berhempas pulas melawan ngantok.

InshaAllah,3 tahun juak ku berkenalan dengan miak kelas ku.Apuu..thanks u all and I am sorry if I have ever offence u all.

Today 


Today is just a fantastic day .
As the semester going to end,
our relationship is not going to end.

What I had waste my time for today?










Saturday, February 18, 2012

I miss u

Dear,
        My home

How are you my home ? Doing pretty well lately ? Feel empty ? Of course you do feel so,as you are empty,nobody lives in you.No laughter, no conversation. Did the villagers threat you well ? Hope they act very kind to you, if not,my face will turn red .I just wanted to leave a short message to say "I MISS U!".






Sorry I left not long time after I renovated you. I'm going to make over it soon.=)

Daif mana pun umah, umah sendiri jugakla yang dikenang..

Tuesday, February 7, 2012

Allah.terima kasih atas dugaan yang kau ciptakan, kerana dengan dugaan itu hamba mengenal dunia.Atas dugaan Mu yang berliku itu,hamba membentuk kekuatan diri.Ya Allah,sekali lagi aku diduga dengan dugaan yang telah lama aku lupakan.Bagaimana harus aku menampan?

Allah,jangan sampai aku jatuhkan maruah diriku,hanya kerana sekelumit rasa.Jagalah hatiku,pegang eratlah ia ya Allah..Mudahan kau kurniakan ku bimbingan yang takkan membuatkan ku terleka pada realiti.

Sunday, February 5, 2012

Praise Allah

Praise Allah...
For giving me eyes to see
Hand to hold
Leg to walk
Tongue to talk
Skin to feel
Nose to breath in air
Stomach to fill with food and drinks
Bladder that contain urine
 Too much that I can't list all of it..


The most that I am grateful is aqal to think with and heart that contain with love...
I LOVE YOU ALLAH.. 

Saturday, February 4, 2012

"Barangkali apa yang kamu suka itu satu keburukan"

”.... dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya” (Al-Baqarah : 216)


Firman Allah sentiasa benar.Setiap perkara yang kita rancang tak selalu terjadi dan kadang-kadang apa yang kita tak harapkan terjadi pula pada diri kita.Begitulah jua soal hati dan perasaan yang selalu ingin diulit cinta.

Kadang-kadang kita suka pada orang tu, tapi Allah tak benarkan kita dekat dan mendapat tempat di hati orang yang kita suka tu.Takpun,hubungan istimewa kita dengan seseorang tu putus di tengah jalan.Situasi ni selalu berlaku bukan ?

Mari kita renung kehidupan mak ayah kita :

Ayah telah menikahi mak lebih 20 tahun yang lalu,hasil perkahwinan mereka lahirlah kita sebagai anak-anak mereka.Ada orang menyesali perkara yang dah berlaku khasnya orang yang menghadapi masalah keluarga,ada yang bersyukur.Mereka yang bersyukur ini mampu melihat sisi yang cerah di setiap masalah yang timbul,sebab dia yakin Allah Maha Mengetahui setiap sesuatu.Kalau mak ayah tak kahwin, tak wujudlah kita kan,kalau tak terjadi masalah ,tak kuatlah hati kita.Tak begitu ?

Dalam situasi keluarga yang bahagia pula, mesti mak ayah kita pernah terfikirkan,"Nasib baiklah aku tak kahwin dengan perempuan/laki tu dulu,kalau tak tah apalah hidup aku..".Siapa tahu kisah silam mereka.

Argh..susah-susah memberi contoh.Tengok je la kat diri kita ni, laki yang pernah kita suka dulu mungkin kita dah tak suka sekarang(tu sebab la kita putus).Mungkin banyak lagi kekurangan yang kita tengok dan tak serasi dengan kita.


Niat memulakan perhubungan:

Kalau korang nak mulakan sesuatu perhubungan istimewa dan korang ragu-ragu ada tak korang niatkan begini dalam hati ?

"Ya Allah..jika dia tercipta untukku menjadi imamku,satukanlah kami di dalam redha Mu,agar tiada kemaksiatan yang berlaku di antara kami."

Pernah tak? kalau tak pernah kena la niatkan:).Selalu-selalulah niat,InshaAllah,Allah akan tunjukkan kebenaran..Ni betulllllllllll....kalau tak caya cubalah sendiri..Kalau dia bukan untuk kita, Allah akan palingkan hati...hubungan tu akan menjadi semakin jauh dan jauh...

p/s :ni fasa sedia untuk bernikah .kalau setakat pakwe toksah ye..


Bagitau Allah kita suka kat orang tu :

"Ya Allah...hambaMu jatuh suka pada ............................."

Macam kita gitau mak ayah kita nak duit tu ler..."Omak,nak duit beli minyak keto."

Kalau bagtau direct kat orang tu boleh jatuh maruah bila di reject.Bagitau ALLAH,tak de risiko pun.

Senang aje...nanti Allah akan balas ler isi hati kita tu..Samada dia benarkan atau tak.Kita tengoklah seterusnya apa yang berlaku,kalau takda reaksi dari si dia,sabar,tumpukan cinta pada Ilahi..lama-lama kita akan faham kenapa Allah tak beri kita teruskan cinta kita pada si dia.Tapi ingat,kena revise kenapa kita jatuh suka kat orang tu?Betul ke kita cinta sebab Allah ?

Tak percaya??Cubalah sendiri...

"Dan rahsiakanlah perkataanmu atau nyatakanlah.Sungguh,Dia Maha Mengetahui segala isi hati." (Surah Al-Mulk:13)

Kejarlah cinta Ilahi,nescaya kau kan bertemu cinta sejati :

Tipu kalau di kalangan muslimat ni tak nak suami yang solehah.Yang di kalangan muslimin pula ,tipu kalau tak nak isteri yang solehah.Petua untuk mendapat cinta sejati dan suci dan menemui pasangan yang dihajati(soleh/solehah) adalah dengan mengejar cinta Ilahi.Yang penting kena tetapkan matlamat jangan pula kata "takpe la,yangs edang-sedang jadilah,aku bukan baik sangat."Cinta yang baik akan membawa ke syurga..Kalau cinta kurang baik bawa ke mana ?.Wallahualam..

Apa yang perlu sebenarnya hanyalah redha dan redha dari hati seorang hamba dalam menerima ketentuan dari Allah..Kalau Allah tak beri apa yang kita kehendaki,yakinlah ada hikmah di sebalik kejadian..Yakin padaNya..


Personally,saya sendiri telah melihat ke belakang berjuta kali,pernah menyesali takdir,pernah menangisi takdir.Saya berhenti apabila tahu menangisi takdir itu adalah salah sama sekali.Tidak mahu kufur nikmat.Terluka hati bila apa yang kita idamkan kita tak dapat.Pernah jatuh suka,tapi belum jatuh cinta.Tapi Allah tak dekatkan hati kami.Sebab Allah tahu,apa sebenarnya yang saya perlukan.Itu sejarah lama,hanya pengajaran bagi hidup baru.Sekarang kita dah cukup matang menilai sesuatu yang baik dan buruk.Cukuplah kita cuba mencintai apa yang ada di sekeliling kita .Cinta pada sahabat pun belum terpenuhi dengan betul..

Tak perlu fikir sangat apa yang kita nak,nanti bila dah sampai jodoh,dah jadi suami,laki-laki seperti suami kita itulah laki-laki idaman kita.Betul? Hahaha

”.... dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya” (Al-Baqarah : 216)

*****sik perlu pun laki yang kaya kalau nya sik pandey jaga hubungan dengan Allah*****
> > >pandey duhal aku tok bermadah cinta...adedeh..

~The end~

hasil nukilan menunggu lantai rumah kering.

Thursday, January 19, 2012

rahsia istimewa

Wanita itu diibaratkan seperti bunga,kalau dipetik akan layu bukan pada masanya.Kecantikan wanita juga merupakan keindahan seperti bunga.Kalau kecantikan itu selalu dipamerkan,mesti ada yang gatal untuk mencabutnya,menjentik,menyentuh dan akhirnya bunga itu rosak dan dibiarkan begitu saja mereput dimakan Bumi.Sungguh,sebagai wanita sendiri,saya sendiri mengakui kadang kala sukar untuk menjaga aurat dan menjauhi kumbang-kumbang kurang baik yang berterbangan di sana sini menghampiri para bunga.

Namun begitu, kumbang kurang baik takkan tertarik pada bunga jikalau tidak ada faktor penarik.Tiap hari ke hulu ke hilir,mata ni bukan senang nak jaga,pasti ada saja benda yang tak elok kelihatan.Walhal sesama wanita sendiri,kekadang istighfar sambil menggeleng kepala melihat sesuatu yang tak patut dilihat.Sampai kadang-kadang tak sanggup nak terpandang.

Kita marah bila dilabel 'murahan' bukan?Ketahuilah, kecantikan seorang wanita itu terlalu istimewa dan berharga dan ianya harus disembunyikan pada yang bukan hak.Semakin kuat hijab seorang muslimat itu,semakin tinggilah harganya,sehingga tidak ramai yang mampu memilikinya.Sama seperti berlian yang punya dimensi yang menarik.Tidak semua boleh melihatnya,tidak semua yang mampu memilikinya.

Sungguh, wanita itu cantik,tiada satu pun makhluk Allah yang tak cantik.Kepelbagaian fesyen menambahkan lagi keindahan yang ada seperti bunga yang diberi sentuhan gubahan yang menarik.Tapi, sedarkah kita sebagai bunga,pada siapa kita mempamerkan kecantikan tersebut?Adakah pada yang hak ?

Sedikit persoalan yang berlegar diminda :

1. Kita ber 'cantik-cantik' sebelum ke majlis atau berjumpa orang yang penting tetapi bila tiba masa kita nak bertemu Allah (solat), tak mandi pun takpa,toksah kata mandi,gosok gigi pun tak,padahal mulut dah mula berbau.Adilkah?

2. Kadang-kadang timbul isu perempuan memarahi lelaki kerana memandang pada tempat yang tak patut(buah dada,bontot,tubuh),tapi terlupa nak bertanya,apa yang kita hidangkan buat penglihatan mereka ?Syukur jika kita masih ada perasaan malu bila dipandang sedemikian,jangan sampai berbangga pula.Kita macamana?

3. Bila orang laki mula membincangkan saiz tubuh kita berapa,panjang rambut kita,'cup' saiz kita tanpa perlu bertanya pada kita dan hanya dengan melihat,tak malukah kita ?




Berfesyen, siapa kata tak boleh ? Tak wajib kita pakai tudung pun untuk tutup aurat.Selagi pemakaian itu menutup setiap inci aurat kita,ianya sudah dibolehkan.Ingat..labuhkan ke dada..macam pokok yang lebat berbuah,mesti kena sembunyikan,nanti ada yang datang mencuri..jangan tutup pangkal pokok je,buah terkeluar,tu yang senang orang nak curi.Betul?




Dunia kita ni dah terlalu hapir pada penghujungnya.Bila-bila masa Allah akan matikan kita,terkujurlah tubuh yang sudah puas melakukan dosa atau sudah puas mengejar rahmat Allah dimuka Bumi ni.Jadi,marilah kita sama semak balik diri kita,muhasabah .Mudah-mudahan kita tergolong dalam golongan yang husnul khatimah dan para mukminin dan mukminat yang di berkati Allah s.w.t.Amin Ya Rabb..


Sekian,terima kasih,maaf.
Hamba Mu yang ulang kali tersungkur lemah.
19.01.12

Ya Allah,mekarkanlah cinta kami padaMu.Semoga dengan itu,bertebaranlah kewangian iman kami kepadaMu.

Sunday, January 8, 2012

Bagaimana mungkin

Bagaimana mungkin..
Aku..
Seorang yang daif..
Ingin menyatakan cinta pada manusia..

Bagaimana mungkin..
Aku..
Seorang yang serba kekurangan..
Cuba meraih cinta sang manusia..

Bagaiman mungkin..
Aku..
Cuba untuk mengisi hati.
Dengan cinta manusia..

Sedangkan..
Aku..
Mengetepikan hak cinta pada Ilahi..
yang masih tak terpenuhi..
masih lagi sejengkal cuma..
masih lagi tak semanis madu..
tak seputih kapas..
masih lagi dalam kekeruhan ..
tidak terang lafaz cinta pada Nya..

Bagaimana mungkin..
Aku..
jatuh dalam syirik cinta..

Bagaimana mungkin....


* Nak lafazkan perasaan cinta kita kat orang bukan hal yang payah,senang sesenangnya sebenarnya.Mesej je "I love u so much" confirm orang yang kita tujukan perkataan tu akan faham.Tapi kalau kita nak lafazkan cinta pada Ilahi belum tentu senang.Mungkin terlafaz di bibir tapi tak terkesan di hati.Kalau ada yang terkesan,sungguh dia telah merasai kemanisan iman..Oh..sebelum kita lafazkan kata cinta pada orang lain,niatkanlah,"aku jatuh cintamu kerana Allah".Tengok berani ke tak bagitau lafaz cinta tu.Kalau yang benar-benar ikhlas untuk dijadikan suri hati atau sura hati dalama keredhaanNya tentu takda masalah.wallahualam.Semoga hati kita berada dalam pemeliharaan Allah..

*Bukan senang nak jaga hati,nak jaga mata,jaga perlakuan untuk menjadi seorang yang solehah.Tapi kena mengorak langkah ke arah tu jugak.Ya Allah..kepadamu aku sandarkan hati,sandarkan kekuatan dalam mencari hidayah Mu.Izinkan kami mati dalam agamaMu.Amin ya rabb..

~Sudah masa untuk berubah,sudah masa untuk mengukuhkan batas yang sedia ada~