Thursday, February 16, 2017

Trip ke Iran(Tehran, Isfahan dan Shiraz) 7 hari 6 malam

Lebih kurang 5 minggu lepas, aku dan dua orang lagi kawan berkesempatan untuk jalan-jalan di Iran. Pada awalnya, aku rasa ragu-ragu sikit nak ikut serta sebab memang Iran ni tak ada dalam senarai negara yang aku ingin nak jejak. Tapi sebab simpati kat Najwa sebab kawan yang seorang lagi (Mirul) tak dapat nak pergi sebab mak ayah dia tak bagi pergi. Jadi belilah tiket pergi Iran untuk 7 hari 6 malam dengan harga dalam RM1500 sekali meals pergi dan balik, balik tu ada 20kg baggage. Lepas aku confirm dapat pergi, Mirul confirmkan dia dapat ikut sekali, mak ayah dia bagi pergi.

Perkara best

Thursday, February 9, 2017

Bukit Batu Putih, Tanjung Tuan, Port Dickson

Bukit Batu Putih merupakan sebuah kawasan tanjung berdekatan dengan rumah api di Tanjung Tuan. Populariti tempat ni lebih kurang popular macam Bukit Broga la sebab kalau cuti je penuh dan kalau lambat sampai (lebih pukul 8) dah penuh la kat atas tu. Kesukaran untuk sampai ke 'puncak' dari kawasan letak kereta tu daripada 10 ,setakat 2 je, sebab naik bukit sikit je,sempatlah jugak nak semput tapi taklah sesukar mana pun. Jalan masuk ke puncak Batu Putih ni ada dua, boleh pilih nak sampai puncak dahulu baru turun ke kawasan pantai atau sebaliknya. Kalau jalan yang senang dan nak ke puncak dulu,pilihlah jalan masuk sebelah kanan yang berdekatan dengan rumah api. Jalan satu lagi bawah sikit ada nampak macam tali pemegang, yang tu akan lalu pantai dulu baru kena panjat naik bukit dari pesisir laut.

Pergi untuk kedua kali sememangnya menambahkan lagi ilmu berkenaan Batu Putih ni, sebabnya masa kali pertama datang, sampai ke puncak je, tak tahu ada jalan ke bawah, kali kedua ,explore sikit jalan ke bawah dan mulanya hampir tak jumpa jalan ke pantai, hampir nak redah ke sana lalu jalan laut yang ada batu-batu besar, nasib baik tak buat sebab dalammmm oi...masa nak balik tu terjumpa pulak jalan ke pantai..rezeki tu ada namanya..huhu.

Ni entrance untuk naik ye, kena bayar RM1 ke RM2 untuk dewasa..


Jalan naik ke Batu Putih
Macamni penuhnya bila pergi hari cuti..tempat untuk turun bukit ke pantai tu ada di sebelah tangan yang pegang monopod,tepi batu yang kat area hujung  tu turun ke bawah nanti jumpa la..

Ni laluan yang jalan masuk berdekatan dengan rumah api, terus ke puncak, tak lalu pantai
Ni jalan naik ke bukit melalui pantai, tapi gambar ni, kitarang balik masa turun bukit lalu pantai

Kalau terasa nak susah boleh lah naik guna ni ke puncak tu, kalau tak boleh guna jalan belah kiri,takda tali la..




Pantai yang boleh nampak dari puncak bukit Batu Putih

Terserempak teammates naik G.Rajah haritu..hahaha..bagus depa ni tak sombong..cam aku yang segan silu selalu nak tegur orang..


View dari puncak Bukit Batu Putih

Laluan turun dari puncak Bukit Batu Putih menuju ke kawasan pantai..tricky sikit ye..sebab jalan ni macam pusing keliling bukit tu dari sebelah kiri(ngadap laut bila diri kat puncak) turun ke bawah nampak laut then kena jalan lagi ke sebelah kanan bawah tu lalu hutan ye baru sampai ke pantai..

dah turun akan jumpa tempat macamni..dari sini masuk semula dalam semak tu menuju ke belah kanan, macam keliling bukit la..

Kat belakang,bahagian bawah ni la kalau tak silap jalan turun ke bawah,ni sebelah kiri menghadap laut.

Bukit Batu Putih ni sesuai tengok matahari terbenam sebab dekat dengan pantai,kalau nak tengok rumah api kat atas, bolehlah jalan lurus je masa naik bukit yang ada jalan tar tu, dan janganlah datang lewat pagi ke Batu Putih ni sebab ramai orang dah atas puncak tu takda pokok untuk berteduh ye. Kesesuaian umur untuk naik bukit ni, semua peringkat umur yang mampu berjalan dengan entrance fee yang murah. Selamat berbukit putih Port Dickson yoo..Post outdoor seterusnya adalah...nak cerita berkenaan trip 7 hari 6 malam ke Iran ke atau Bukit Kutu Dayhike ke camane eh..huhu..tunggu la nanti..


Saturday, February 4, 2017

Ubahsuai layout blog

Harini tetiba terdetik nak ubahsuai blog ni memandangkan design blog ni dah lama tak terusik dan tak diuruskan dengan baik. Macam rumah kita, kalau asyik dekorasi yang sama boleh menyebabkan kebosanan,. Jadinya untuk perbaiki lagi mood supaya lebih rajin nak tengok blog, kita belajar sikit bagaimana nak tambah baik atau 'upgrade' rupa blog. Langkah pertama nak 'upgrade' rupa blog adalah.

1. Google kan 'How to upgrade your blogspot',sebabnya kita tak ada idea sangat bagaimana nak perbaiki dan nak mulakan dengan apa. 
2. Nanti dah tekan 'search' akan keluarlah banyak-banyak saranan, ikutlah kita nak perbaiki dari segi apa. 
3. Untuk blog ni, kali ni objektifnya nak perbaiki layout dan template bagi kemas sikit dan ceria. Masa tengah cari idea, muncul saranan bagaimana nak tambah tab 'page' ,sebelum ni pernah buat, tapi tak boleh nak 'update' content, jadi umpama hiasan je tab bahagian atas. Menarik kalau ada 'page tab' ni macam kita ada website sendiri..ok,video tutorial ni sangat membantu untuk ajar kita bagaimana nak wujudkan page tab yang hidup, maksudnya setiap update kita ada untuk page yang kita wujudkan tu.




Kita aplikasikan untuk blog kita sendiri, hasil akhirnya....jeng jeng jeng....



Langkah-langkah nak bina 'page tab' ni senang je. Sebelum wujudkan page tu kena pastikan ada post blog yang kita nak post bawah tajuk page tab yang kita nak wujudkan tu. Contohnya nak wujudkan satu page tab tajuk 'Life' , kena ada post-post yang berkaitan. Ataupun kita boleh buka semula post-post kita terdahulu untuk kita klasifikasikan bawah page 'Life'. Step untuk ni sila baca seterusnya..

1. Klik akaun blog kita.
2. Akan nampak sebelah kiri kita ada 'Posts','Stats','Comments' dan seterusnya..Klik bahagian 'Post' dan akan terpaparlah post-post kita yang lepas...
3. Pilih salah satu tajuk post yang kita nak letak bawah page tab yang kita nak wujudkan tu, macam blog ni nak wujudkan page tab 'Life' jadi cari post berkenaan life dan klik 'Edit'.
4. Bila dah klik edit, akan ada box 'Label' di sebelah kanan, sebelum ni main taram je letak apa kan, sekarang kalau rasa tak suka semak, padam label lain dan taip 'Life'(sama dengan tajuk page tab yang kita nak wujudkan).Kalau tak nak padam label yang merapu pun takpa, yang penting label yang sama nama dengan page tab baru tu dah ada.Klik 'Done' dan 'Update'. 
5. Ok, balik ke 'Post' tadi, klik 'View' untuk post yang dah di edit tadi.



6. Bila dah ada paparan penuh post tu, scroll ke hujung post akan jumpa 'Label', klik pada label yang sama nama dengan page baru kita nak wujudkan tadi, contohnya untuk blog ni, label 'Life', jadi klik pada 'Life' dan paparan baru akan keluar.



7. Copy URL link yang keluar untuk paparan yang baru tu dan...


8. Buka bahagian 'Layout' blog, klik pada 'Edit' untuk widget page.



9.Klik 'Add external link', dan 'paste' kan url yang dah copy tadi, dan namakan page tab tu dengan nama label tadi..tekan ' Save'.

tajuk tab tu boleh letak nama tak sama dengan nama label, tapi lebih baik sama la dengan nama nama label takut nanti celaru

10. Boleh semak di bahagian 'View blog' akan muncul page tab 'Home' dan 'Life' contohnya untuk blog ni..Klik pada page tab baru, jadi semua update bog yang ada label 'Life' akan muncul bawah page tab tu..huhu..senangkan? Hasil akhir boleh tengok pada gambar pertama, jadinya bila kita klik pada page tab tu akan keluar hanya post yang ada label yang sama sahaja.Jadi kesimpulannya, label pada setiap post kita yang akan menentukan ianya muncul di bawah page tab yang mana..Nak tau jadi tak sila cuba klik pada page tab saya:)