Wednesday, June 19, 2013

PATUTKAH KOTAK DIBERI PERCUMA ATAU BERBAYAR?

Budak laki cina : You beli kotak ni dari mana?
Budak perempuan cina : Oh..saya beli di kedai india.
Budak perempuan Melayu: A'a..Kedai tu Shah Ain..yang hujung.
Budak perempuan cina: A..jangan beli kat kedai india yang banyak orang pergi tu..situ mahal..yang ni seringgit satu.
Budak laki cina: Ha.. kotak ni sepatutnya you patut dapat free bukan beli. Tak patutla mereka jual. You jangan beli sana. Sepatutnya kotak ni free saja. Saya dulu kerja supermarket kotak ni boleh bagi free saja, letak di luar saja dan boleh ambil. Ni dia jual, sangat mahal oo..

Situasi lepas balik dari old flat semalam, tetiba seorang pelajar cina ni sapa,tanya soalan pasal kotak. Beria-ia kita dua orang ni explain beli kat mana, fikir dia pun berminat nak beli, rupanya dia nak cakap kotak tu tak patut dijual dan sepatutnya boleh dapat dengan percuma je. Reaksi wajah pelajar cina tu memang sangat-sangat tak setuju. Haha...Nak buat macamana, saya pun dah beli, dan tak tahu nak komen apa hal harga yang dikenakan.Kalau fikir logik betul kot, orang kedai tu daPat percuma dari tempat lain pastu dia jual kat kita ni.Label kat kotak tu pun 'Ain Medicare Sdn. Bhd.' Sekarang benda yang patut percuma pun orang nak jual.hmm...tak lama lagi..semua manusia akan dikenakan charge untuk oksigen.Yelah kan..oksigen pun makin sikit, lama-lama manusia perlu hidup dengan membawa tong oksigen ke mana-mana...huhu..

Sunday, June 16, 2013

HARI IBU,HARI AYAH,HARI LAHIR.;)

AMARAN: ENTRY KALI INI MENGANDUNGI BAHASA GANAS. JANGAN BACA KALAU TAK TAHAN BAHASA GANAS.

Hari ni, bila tengok status-status di Facebook, ucapan Selamat Hari Bapa memenuhi ruang 'wall'. Post kali ni bukannya nak mengatakan 'haram sambut hari ibu, haram sambut hari ayah' atau ' nak berhujah apa salahnya kita nak sambut hari ayah sebagai tanda menghargai atau apa pun...

Bila orang lain sibuk nak bahas isu seperti di atas, aku sendiri tak ada perasaan pun dalam hal ni..sejak lahir kot, aku tak pernah pun nak sibuk-sibuk sambut hari ayah atau ibu, bila hari ayah atau ibu pun aku sampai sekarang tak tau bila melainkan disebabkan aku tengok post orang kat facebook atau iklan dimana-mana. Tak payah cakap hal sambutan hari ibu atau ayah ni..birthday sendiri pun aku dari kecik lagi tak sambut melainkan sekali masa birthday yang ke 20 tahun.Tu pun nasib baik bapak aku dah diingatkan oleh makcik dan kakak aku..Selalu, aku akan dapat wish je daripada mak,kakak dengan adik aku.Orang lain? Diarang tak tau pun,sebab aku pun malas nak kecoh-kecoh..

Pasal hari ayah atau ibu tu..maaflah..aku ni jenis pelik sikit..less appreciation punya orang la pendek cerita. Tapi kalau nak aku organise party yang happy-happy, yang suprise-suprise boleh la kot..cuma aku hal birthday aku sendiri dengan sambutan hari mak ayah ni, aku tak kisah sangat.Salah satu sebab, aku ni duduk kawasan terpencil kot dulu, mana reti sambutan hari ibu, ayah semua tu.Birthday aku tau..sebab mak aku dulu akan wish tiap kali birthday (sekarang dia takda dah nak wish). Tapi satu je la yang aku pastikan aku ada buat tiap hari sebagai tanda aku hargai dan ingati diarang tiap hari, doa untuk mak aku diterima jasadnya,dirahmati rohnya,diampuni dosanya..untuk bapak/ayah/papa aku, aku doakan semoga Allah berikan hidayah dan petunjuk kepadanya..

Apaun cara kita nak hargi mak ayah..make sure..perkataan yang korang luah cakap sayang bagai tu selari dengan perbuatan..mudahan urusan kita dipermudahkan.

Sunday, May 19, 2013

Ah Chong tak bersalah

"Takkan kita nak harapkan Ah Chong untuk bela nasib kita."

Baiklah saudara saudari sekalian, sidang pembaca yang dihormati. Hari ini, ini saya ingin mengutarakan sedikit kekesalan kita dalam berbicara. Bukanlah tujuan saya untuk mengkritik dan berpandangan negatif pada sesetengah pihak, tapi ini adalah perasaan peribadi terhadap isu percakapan yang kadang-kadang kita terlepas pandang.

Jujurnya saya sedikit tersinggung apabila ada pihak yang memperkotak-katikkan kaum lain. Contohnya, apa yang berlaku semasa PRU yang lepas sehingga hari ni dan entah sampai bila, sembrono saja kita mengatakan, orang cina itu dan ini (hal negatif), ada pihak yang mengatakan, "takkan kita nak harap orang cina untuk bela nasib kita (orang Melayu)." Terus-terang saya cakap, orang sebegini sebenarnya golongan yang rasis dan bersikap prejudis terhadap kaum lain. Datuk Ridhuan Tee ada membuat ulasan dalam blognya mengenai topik "Usah salahkan orang Cina secara pukal."Ya betul,usahlah menyebut pada kaum, kerna tak semestinya semuanya bersalah.

Tahukah anda ?

Permasalahan seperti perbalahan, tak sebulu selalu berlaku disebabkan budaya kita suka perli-memperli dan tidak suka berterus-terang. Kenapa tidak kita sebutkan nama orang yang anda rasa bersalah tetapi sebaliknya menggunakan pembayang kata seolah bermain teka-teki yang tidak berkesudahan ? Ini semua tanda kita masih ragu-ragu pada kebenaran yang kita cuba sampaikan.Betul??Tepuk dada tanya selera. Perasaan prasangka yang tebal menyebabkan kita berfikiran negatif tapi tidak berani menyatakan pada orang itu,sebaliknya hanya mampu berkata belakang. Ini seperti mengumpat! Cuba kita lihat pada situasi harian kita, andai ada perbalahan dengan sahabat, mana yang lebih baik? Berterus -terang atau bercakap belakang?

Dalam satu ucapan pula, ada yang menyebut,"Takkan kita nak harapkan si Ah Chong untuk bela nasib kita." Ya..saya faham..niatnya untuk mengatakan, takkan kita nak harap orang bukan kaum kita, bukan agama kita untuk bela agama kita, hanya kaum kita, orang seagama dengan kita saja akan betul-betul boleh bela kaum dan agama kita seikhlasnya.Tapi sayangnya, Ah Chong dipersalahkan..

Siapa Ah Chong ?

Ah Chong yang dirujuk oleh si pecakap mungkin seperti deskripsi saya di atas, namun, harus saya ingatkan, Ah Chong juga mungkin islam, seagama dengan kita, cuma mungkin berbeza kaum. Jadi di sini, apa yang saya hendak usulkan adalah, betapa nama itu menggambarkan identiti, penggunaan nama sebegini dalam memberi perumpamaan mungkin boleh menyinggung perasaan orang lain yang seagama dengan kita tetapi berbeza kaum dengan menggunakan nama sedemikian. Ah..mungkin saja hati saya kotor untuk befikiran negatif begini, tapi haruslah diingat,jika orang seperti saya boleh berfikiran begini,apatah lagi orang lain,kaum lain mungkin melihat kita sudah hampir dengan cara diskriminasi kaum.

Melihat pada masyarakat hari ini, pembangunan akhlak dan insaniah mungkin sukar berlaku kerana kita masih lagi di tangkup yang lama, asyik memikirkan kaum sendiri, sehingga kita terlupa agama itu lebih utama, sehingga kita melihat,agama itu hanya milik satu kaum saja, dan telah mengaburkan pandangan bahawa ISLAM itu syumul. Perjuangan memartabatkan kaum dan agama itu merupakan perjuangan yang agak sukar, namun, teluslah dalam berbicara, sedarlah agama bukan milik bangsa arab saja walaupun ianya diturunkan melalui seseorang berbangsa Arab begitu juga kita di Malaysia,ianya bukan milik Melayu saja.Mudahan kita tidak menjadi asbab pada fitnah agama. Maafkan saya. Wallahualam.

Yang Berusaha ke jalan benar,
Si Anak campur,
punya nilai neutralisasi kaum,
tidak suka diskriminasi,
kadang-kadang berfikir perjuangan kaum kurang relevan bukan tidak relevan,
kerna ianya bagai simbol ketakutan kerana sedar atas kelemahan,
bukan seorang yang lupa diri,
sedar pada arah tuju negara iaitu Pluralisme dan Kesatuan Sosial,
tidak sesekali menyokong liberalisme,sekularisme,dualisme dan seangkatan dengannya.

Tuesday, May 14, 2013

Membayar dengan Paypal

Dunia yang makin maju membuatkan banyak kerja menjadi senang. Tambah-tambah dengan wujudnya jualan atas talian yang mudah. Tak payah nak mengharungi kesesakan jalan raya, mengeluarkan tenaga untuk berjalan membeli-belah. Dunia di hujung jari lah katakan. Untuk memanfaatkan sepenuhnya kemudahan yang ada, hampir semua urusan bayaran dan pembelian dilakukan atas talian. Kalau saya sendiri, pembayaran bil jalur lebar dan pesanan barangan online semua dilakukan atas talian.*malas nak keluar*.Tambah-tambah ada Cimb Clicks ni,makin lancar ler jari-jemari ni nak klik itu dan ini.

Beberapi minggu lepas, saya telah mendaftar untuk menggunakan Paypal,supaya mudah untuk bayar bil MAXIS. Lepas tu, saya pun cuba bayar bil guna Paypal. Apa yang tak menariknya, satu mesej diterima menyatakan caj akan dibuat ke atas akaun saya sebab menggunakan Paypal. Dan..masa tu rasa macam.."What???!!ada caj? and it cost not RM 0.20 atau RM 0.50, tapi RM 3 something!".

Just now, I paid for online shopping, lotion mustajab yang tengah promo (twin pack form RM30),dan sekali lagi,saya menggunakan paypal,yang saya fikir, pada mulanya,bukan pay via paypal,tapi directly guna debit, tapi...via Paypal jugak rupanya*ok..aksi ni macam saya ni tak pandai/tak reti membaca dan faham apa yang terpapar di skrin.* dan telah dicaj sebanyak RM 3.31 untuk menggunakan khidmat Paypal.GRRRRR!!Hapela...

*Atau aku yang sebenarnya agak bebal mengenai hal ini...*

Monday, May 13, 2013

Usah bersedih kalau mengantuk dalam kelas..blh buat mcm2.

Kekadang rasa mengantuk datang tanpa diundang(Ada ke ngantuk yg diundang?).Untuk hilangkan mengantuk dalam kelas, saya pun ambil la sketch book.Mencari-cari objek apa untuk dilukis.Akhirnya jumpa juga,lelaki yang berdiri tegak di depan dan khusyuk melontarkan kata-kata.Objek menarik untuk jadi sketch draw.hoho..minta maaf sesangat.

Friday, May 10, 2013

Mujahadah itu payah sekali- mula bertudung

Dahulu..saya seorang gadis yang sangat aktif.Sejak di bangku sekolah lagi, sukan merupakan perkara yang sangat saya minati.Setiap kali sukan sekolah, pasti ada saja nama saya tercatat di dalam acara lumba lari atau lompat jauh.Masa itu saya tidak punya perasaan malu untuk mengenakan seluar pendek paras peha.Keluarga saya bukanlah sebuah keluarga yang sangat menitik beratkan agama. Tapi satu kemestian bagi kami adik-beradik untuk belajar mengaji dan menghadiri KAFA. Ibu saya amat tegas dalam hal ini, sehinggalah kami menginjak usia remaja, paksaan itu sudah berkurang dan masing-masing sudah boleh membuat pilihan samada mahu tingkatkan ilmu membaca Quran mengikut  atau tidak.Saya tidak pernah khatam belajar mengaji Quran, tapi saya tahu membaca dan Alhamdulillah berkat pendedahan pada pertandingan tilawah Quran semasa sekolah menengah,tajwid saya mulai bertambah baik.

Mula bertudung

Saya sejak kecil tidak berjilbab atau bertudung dengan istiqamah.Bila pergi sekolah dan kenduri barulah saya memakai tudung.Sehinggalah satu hari, saya terbaca satu salinan buku yang dalam mengatakan ,"Perempuan-perempuan yang tidak menutup aurat itu ibarat perempuan yang bertelanjang."
Jujur saya kata, saya amat terkesan pada kata-kata itu dan ianya membuat saya merenung kewajiban saya untuk bertudung (masa tu fikir bertudung tu tutup aurat dah). Kebetulan masa itu,kakak saya mula berjinak untuk bertudung, dan pengetua sekolah saya memberi tahu kepada pelajar perempuan bahawa mereka diwajibkan mengenakan tudung semasa di sekolah samada pagi atau petang dan juga semasa pergi luar. Saya jadikan itu sebagai alasan untuk saya mula bertudung.

Kesukaran untuk bertudung

Memang amat sukar untuk berubah secara tiba-tiba. Ramai orang bersikap prejudis,mengejek-ngejek bila kita mula mengenaikan tudung."Alimnye..pergh..".Tapi itu bukan sebab untuk saya berhenti. Alhamdulillah Allah kurniakan saya kekuatan hati dan sifat degil untuk terus mengenakan tudung walaupun pada pengertian menutup auratnya saya belum sempurna lagi.Mulai dari umur 14 tahun, saya mula bertudung.tapi lepas tu masa main futsal ada juga lepaskan jilbab sebab kena becak..(jahilnya).entah bilamasa nya saya mula menutup aurat...Entah-entah sekarang pun saya tidak cukup menutup aurat :(. Suka saya ingatkan diri saya, jalan menuju syurga Allah itu memang sukar...bermujahadah itu sukar...tapi saya yakin pengakhirannya sangat manis.Kuatkanlah hati untuk berubh..biarlah sikit atau lambat sekalipun,asal niat itu sentiasa dikukuh dan diusahakan..tapi jangan pula dijadikan alasan untuk berlambat-lambat kerana setiap detik tersingkapnya aurat itu dikira dosanya..wallahualam.

Thursday, May 9, 2013

One of my dream that Allah s.w.t knows..

It is normal for us to be dreaming of something regarding our future. What I mean with dream is something that I really hope to be happen in my reality life. Allah gives me a hard life, growing up with mother and without father around me and now it is vice versa. But that is not a reason for me to say my life is bad and Allah gives me something that I does not reserved to go through in my life,something that I can't afford it. What can I say after all the years that I had struggled knowing what actually happen in my family is that, Allah thanks for what U had gave me in this life..


Al-baqarah:286


I put all my believe on this quote from Surah Al-baqarah. Allah doesn't create anything in this world for nothing. So, I believe I have my own part of responsibility. I might not able to join Islamist force to fight the enemies of Islam, but what I can do are strengthen my iman,understand what my religion is, practice it and convey it especially to my family. It frightened me a lot to imagine our beloved one being burned in fire or being slashed to dead. Tahlil and dua after their death doesn't mean anything to save them from misdeed and from the judgment day and hereafter if they don't comply the good deeds in their dunya life. 

And biggest challenge ever is...to convey our religion to someone who is not a muslim..yes..It is my dream to be able to convey the truth of Islam to my family.

May Allah ease my path..


Wednesday, April 24, 2013

Cuba melukis potret.



Cuba untuk lukis muka sendiri dengan melihat gambar tapi ini je la yang mampu jadi. Cuba-cuba buat shading macam yang video kat bawah ni buat. Macam best je buat style macam tu. Macam biasa gambar yang dilukis akan jadi senget ..sebab melukis dgn tangan yang disengetkan.Rasa nak cuba sampai serupa tapi takda masa sangat.Takpe.Keep trying yeah.



Kita terlupa

Setiap hari Jumaat inshaAllah saya dan sahabat akan mengadakan tazkirah ringkas bersama-sama adik-adik di surau kolej bagi mengisi waktu sebelum solat zuhur. Alhamdulillah,atas izin Allah swt, sudah 3 kali kami dapat berkumpul bersama-sama. Untuk usrah ke-3 kami membincangkan perkara berkaitan niat seperti yang terkandung dalam hadis no 1 daripada hadis 40. Sebelum saya memulakan tazkirah pendek tersebut, saya keluarkan buku-buku kecil atau saya namakan 'pocket book' kerana saiznya sebesar tapak tangan dan boleh muat dalam saku. Buku-buku itu saya serahkan kepada adik-adik untuk dipinjam dan dibaca oleh mereka.

Alhamdulillah,kesemua buku kecil itu habis dipinjam oleh adik-adik tapi ada satu buku kecil yang dipulangkan kembali kepada saya. Buku bertajuk "Solat orang sakit". Saya teringat kembali apa yang terlintas di benak saya semasa saya memilih buku bacaan sehinggalah saya terserempak dengan buku ini di rak jualan. Pada mulanya saya seperti tidak berkeingin untuk membeli buku tersebut.Namun, setelah saya belek-belek, dan menilai sebentar samada patut atau tidak saya beli buku itu,akhirnya saya membuat keputusan untuk membeli buku itu kerana saya merasakan perlunya saya bersedia untuk kalau-kalau saya sakit dan tidak boleh berdiri teguh.

Pada masa itulah saya sedar bahawa, kita terlupa bahawa pada satu masa nanti,mungkin kita akan sakit. tidak kiralah sakit yang tidak serius atau sangat serius yang mungkin menyebabkan kita tidak mampu bersolat seperti biasa. Diberi nikmat sihat berpanjangan sehingga kita lupa bahawa sakit juga bila-bila akan datang.Wallahualam. Disebabkan hal beginilah, ramai antara kita bila diduga dengan sakit yang menyebabkan kita tidak boleh bersolat seperti biasa, kita terus tinggalkan kewajiban itu dengan alasan tidak boleh bangun, tidak boleh kena air dan sebagainya.

Rukhsah yang Allah swt kurniakan hambaNya berupa fleksibiliti posture tubuh untuk solat seperti solat dalam keadaan duduk,berbaring ,melalui pergerakan mata haruslah diambil tahu supaya hal solat fardhu tidak dipandang ringan.

Kesimpulannya, kerana nikmat kegembiraan yang banyak kita sering terlupa bahawa duka dan sedih juga satu nikmat dan pasti akan datang.Wallahualam.

Sunday, March 31, 2013

My family photos

Mr Father with fierce eyebrows.No smile.


Madam Mama who has sweet smile ever as she loves to laugh and make other people smile. This photo looks somekind of old,an old photo perhaps.:p.May Allah bless her.
 This is my eldest sister with her  pair of spectacle. She have few collections of spectacle frames and watches( thing that we wear like bangle to know what time is it now.). She is two years older than me.

This is me with a not really naughty face.There is no pimples on my face.Photo taken when I was 8 or 9 or 10 or whenever I don't have pimples yet.XD





Mr.young brother,Third child.Stubborn but he is caring enough.

This schema look boy is my youngest brother. Happy to have him in our family:)


# pretend like I have those photos and able to publish it here.







Sunday, March 24, 2013

Cara nak pilih calon terbaik untuk PRU13

Bahang PRU13 semakin hari semakin panas macam zasss macam tah la macam apa..macam cili padi kat cafe tu kot. Masa nak PRU ni macam-macam gelagat boleh tengok.Kes yang berlaku 10 tahun dulu dah jadi mcam kes yang baru berlaku 2,3 tahun yang lepas. Umpama tok karut takdok modal nak di karutkan,asyik mengulang cerita sama. Ada jugak cerita sensasi baru, wujudnya seperti filem TWILIGHT Series baru. Pendek cerita macam-macam adalah sampaikan orang yang dulunya 'penganut' tegar sesebuah parti tu boleh pulak tukar 'pegangan' parti.hewhew.Tapi tu hak masing-masinglah, kebenaran tu kita tak tau secara jelas dan ramai yang masih samar-samar pada kebenaran setiap satu pihak parti ni.

Orang-orang muda yang baru naik bujang,naik dara dengan semangat waja kerana telah diberi hak mengundi dan bertanding di PRU terus-terusan lantang bersuara mengetengahkan isu hak itu dan ini.Argh...kenapa banyak hak yang perlu dipertikaikan..Semakin bijak,cerdas dan sihat para mahasiswa/i hari ini! Sampaikan 1+1 jugak kena kira dengan kalkulator saintifik sebab sifat kesangsian yang menebal dalam generasi muda hari ini. Oh hebatnya ketelitian itu! Tapi sekarang banyak auta dari fakta atau yang fakta tu sebenarnya auta atau sebaliknya? Argh!PENING KEPALA!

Politik itu kotor! JOMLAH kita bersihkan politik tu. Allah tak suka kotor-kotor ni.Bukan lambang Muslim sejati tu. "Tapi aku tak punya kuasa/Malaslah nak kisah/ Biar jela diarang nak berbunuhan yang penting aku hidup." Ops..jangan begitu. Tanah ini tanah kamu,kamu dan kamu..ada tiga kamu darab lagi 10 kamu darab lagi 30 dan darab lagi 300000 kamu..argh!matematik apa ni..darab2 je..Ye..terlalu ramai kamu-kamu di tanah kita ini,kamu-kamu inilah yang memikul tanggungjawab membentuk negara macamana yang kamu mahukan. Negara seperti Amerika simbol negara bebas,termasuklah bebas seks(nauzubillah) yang kita mahukan? Kamu-kamu lah yang menentukannya sebab kuasa undi itu ada pada kamu.Susahkan dunia ni...Tapi itulah hakikatnya hidup di dunia..

Dah berbulan otak ni berfikir,macamana orang tau diarang pilih calon yang terbaik untuk memegang tampuk pemerintahan,dengan macam-macam cerita yang keluar memerlukan tahap penilaian yang tinggi dan teliti pada si pengundi untuk memilih yang terbaik. Akhirnya,pilih je ikut hati..Haip...ikut hati mati,ikut rasa binasa.benar mata itu melihat,otak memikirkan tapi manusia selalu hilang dalam pertimbangan kan? "Susah-susah tak payah pergi undilah"..Haip..jangan begitu..satu undi itu membezakan yang menang dan kalah..betull..macam kite dlm ujian semester,1 markah tu membezakan kite dpt 80 markah atau 79 markah,gred A atau B.kan2?

Hati,mata dan akal dah menilai,tapi betul ke apa yang aku nak pilih ni? Usah biarkan diri terus sangsi.Meh la tanya dengan Yang Maha Mengetahui. Tak suka ke dapat jawapan dari Yang Maha Mengetahui,yang ilmunya meliputi segala-galanya dan tiada satu manusia yang lebih mengetahui malahan Maha Adil,Maha Bijaksana. Tanyalah sama Allah s.w.t.Istikharahlah sebelum mengundi..istikharahlah..seruan hamba yang kerdil ni,yang tak daftar mengundi,yang usianya setahun jagung ni,Istikharahlah untuk memilih yang mana satu pilihan hati..Allah tak pernah menghampakan hambanya yang menadah tangan memohon pertolongan dariNya.InshaAllah apapun jawapanNya ianya adalah yang terbaik Allah dah sediakan. Nanti di akhirat taklah takut disoal kenapa kamu-kamu mengundi orang zalim dan sebagainya ye dok?(Wallhualam)hehew.Alam ini Allah amanahkan kita untuk menjaga dan memakmurkannya.Gunakanlah talian bebas tol Allah dah sediakan untuk bertanyakan soalan yang diragu-ragukan:)Selamat mencuba.Minta maaf banyak-banyak deh.:D.

"Aku tidak menyokong bangsa,kaum,atau ras.Aku hanya menyokong agama Allah swt iaitu ISLAM.Hanya ISLAM.Aku tidak murtad pada kaum ku,cuma di akhirat nanti Allah tak tanya aku ni kaum apa,tapi siap-siap masuk kubur Allah utuskan malaikat untuk bertanya apa agamaku..Inilah cabaran hidup kita,bersatu di bawah panji Islam atau bersatu dibawah panji kaum,atau kedua-duanya?Wallahualam."

DARIPADA,
Hamba Allah yang fakir.
(Layakkah bergelar hamba Allah?)