Dahulu..saya seorang gadis yang sangat aktif.Sejak di bangku sekolah lagi, sukan merupakan perkara yang sangat saya minati.Setiap kali sukan sekolah, pasti ada saja nama saya tercatat di dalam acara lumba lari atau lompat jauh.Masa itu saya tidak punya perasaan malu untuk mengenakan seluar pendek paras peha.Keluarga saya bukanlah sebuah keluarga yang sangat menitik beratkan agama. Tapi satu kemestian bagi kami adik-beradik untuk belajar mengaji dan menghadiri KAFA. Ibu saya amat tegas dalam hal ini, sehinggalah kami menginjak usia remaja, paksaan itu sudah berkurang dan masing-masing sudah boleh membuat pilihan samada mahu tingkatkan ilmu membaca Quran mengikut atau tidak.Saya tidak pernah khatam belajar mengaji Quran, tapi saya tahu membaca dan Alhamdulillah berkat pendedahan pada pertandingan tilawah Quran semasa sekolah menengah,tajwid saya mulai bertambah baik.
Mula bertudung
Saya sejak kecil tidak berjilbab atau bertudung dengan istiqamah.Bila pergi sekolah dan kenduri barulah saya memakai tudung.Sehinggalah satu hari, saya terbaca satu salinan buku yang dalam mengatakan ,"Perempuan-perempuan yang tidak menutup aurat itu ibarat perempuan yang bertelanjang."
Jujur saya kata, saya amat terkesan pada kata-kata itu dan ianya membuat saya merenung kewajiban saya untuk bertudung (masa tu fikir bertudung tu tutup aurat dah). Kebetulan masa itu,kakak saya mula berjinak untuk bertudung, dan pengetua sekolah saya memberi tahu kepada pelajar perempuan bahawa mereka diwajibkan mengenakan tudung semasa di sekolah samada pagi atau petang dan juga semasa pergi luar. Saya jadikan itu sebagai alasan untuk saya mula bertudung.
Kesukaran untuk bertudung
Memang amat sukar untuk berubah secara tiba-tiba. Ramai orang bersikap prejudis,mengejek-ngejek bila kita mula mengenaikan tudung."Alimnye..pergh..".Tapi itu bukan sebab untuk saya berhenti. Alhamdulillah Allah kurniakan saya kekuatan hati dan sifat degil untuk terus mengenakan tudung walaupun pada pengertian menutup auratnya saya belum sempurna lagi.Mulai dari umur 14 tahun, saya mula bertudung.tapi lepas tu masa main futsal ada juga lepaskan jilbab sebab kena becak..(jahilnya).entah bilamasa nya saya mula menutup aurat...Entah-entah sekarang pun saya tidak cukup menutup aurat :(. Suka saya ingatkan diri saya, jalan menuju syurga Allah itu memang sukar...bermujahadah itu sukar...tapi saya yakin pengakhirannya sangat manis.Kuatkanlah hati untuk berubh..biarlah sikit atau lambat sekalipun,asal niat itu sentiasa dikukuh dan diusahakan..tapi jangan pula dijadikan alasan untuk berlambat-lambat kerana setiap detik tersingkapnya aurat itu dikira dosanya..wallahualam.

1 comment:
comel kisah akak :)
suka ayat ni "Suka saya ingatkan diri saya, jalan menuju syurga Allah itu memang sukar...bermujahadah itu sukar...tapi saya yakin pengakhirannya sangat manis" :D
Post a Comment