Setiap hari Jumaat inshaAllah saya dan sahabat akan mengadakan tazkirah ringkas bersama-sama adik-adik di surau kolej bagi mengisi waktu sebelum solat zuhur. Alhamdulillah,atas izin Allah swt, sudah 3 kali kami dapat berkumpul bersama-sama. Untuk usrah ke-3 kami membincangkan perkara berkaitan niat seperti yang terkandung dalam hadis no 1 daripada hadis 40. Sebelum saya memulakan tazkirah pendek tersebut, saya keluarkan buku-buku kecil atau saya namakan 'pocket book' kerana saiznya sebesar tapak tangan dan boleh muat dalam saku. Buku-buku itu saya serahkan kepada adik-adik untuk dipinjam dan dibaca oleh mereka.
Alhamdulillah,kesemua buku kecil itu habis dipinjam oleh adik-adik tapi ada satu buku kecil yang dipulangkan kembali kepada saya. Buku bertajuk "Solat orang sakit". Saya teringat kembali apa yang terlintas di benak saya semasa saya memilih buku bacaan sehinggalah saya terserempak dengan buku ini di rak jualan. Pada mulanya saya seperti tidak berkeingin untuk membeli buku tersebut.Namun, setelah saya belek-belek, dan menilai sebentar samada patut atau tidak saya beli buku itu,akhirnya saya membuat keputusan untuk membeli buku itu kerana saya merasakan perlunya saya bersedia untuk kalau-kalau saya sakit dan tidak boleh berdiri teguh.
Pada masa itulah saya sedar bahawa, kita terlupa bahawa pada satu masa nanti,mungkin kita akan sakit. tidak kiralah sakit yang tidak serius atau sangat serius yang mungkin menyebabkan kita tidak mampu bersolat seperti biasa. Diberi nikmat sihat berpanjangan sehingga kita lupa bahawa sakit juga bila-bila akan datang.Wallahualam. Disebabkan hal beginilah, ramai antara kita bila diduga dengan sakit yang menyebabkan kita tidak boleh bersolat seperti biasa, kita terus tinggalkan kewajiban itu dengan alasan tidak boleh bangun, tidak boleh kena air dan sebagainya.
Rukhsah yang Allah swt kurniakan hambaNya berupa fleksibiliti posture tubuh untuk solat seperti solat dalam keadaan duduk,berbaring ,melalui pergerakan mata haruslah diambil tahu supaya hal solat fardhu tidak dipandang ringan.
Kesimpulannya, kerana nikmat kegembiraan yang banyak kita sering terlupa bahawa duka dan sedih juga satu nikmat dan pasti akan datang.Wallahualam.

No comments:
Post a Comment