Thursday, January 19, 2012

rahsia istimewa

Wanita itu diibaratkan seperti bunga,kalau dipetik akan layu bukan pada masanya.Kecantikan wanita juga merupakan keindahan seperti bunga.Kalau kecantikan itu selalu dipamerkan,mesti ada yang gatal untuk mencabutnya,menjentik,menyentuh dan akhirnya bunga itu rosak dan dibiarkan begitu saja mereput dimakan Bumi.Sungguh,sebagai wanita sendiri,saya sendiri mengakui kadang kala sukar untuk menjaga aurat dan menjauhi kumbang-kumbang kurang baik yang berterbangan di sana sini menghampiri para bunga.

Namun begitu, kumbang kurang baik takkan tertarik pada bunga jikalau tidak ada faktor penarik.Tiap hari ke hulu ke hilir,mata ni bukan senang nak jaga,pasti ada saja benda yang tak elok kelihatan.Walhal sesama wanita sendiri,kekadang istighfar sambil menggeleng kepala melihat sesuatu yang tak patut dilihat.Sampai kadang-kadang tak sanggup nak terpandang.

Kita marah bila dilabel 'murahan' bukan?Ketahuilah, kecantikan seorang wanita itu terlalu istimewa dan berharga dan ianya harus disembunyikan pada yang bukan hak.Semakin kuat hijab seorang muslimat itu,semakin tinggilah harganya,sehingga tidak ramai yang mampu memilikinya.Sama seperti berlian yang punya dimensi yang menarik.Tidak semua boleh melihatnya,tidak semua yang mampu memilikinya.

Sungguh, wanita itu cantik,tiada satu pun makhluk Allah yang tak cantik.Kepelbagaian fesyen menambahkan lagi keindahan yang ada seperti bunga yang diberi sentuhan gubahan yang menarik.Tapi, sedarkah kita sebagai bunga,pada siapa kita mempamerkan kecantikan tersebut?Adakah pada yang hak ?

Sedikit persoalan yang berlegar diminda :

1. Kita ber 'cantik-cantik' sebelum ke majlis atau berjumpa orang yang penting tetapi bila tiba masa kita nak bertemu Allah (solat), tak mandi pun takpa,toksah kata mandi,gosok gigi pun tak,padahal mulut dah mula berbau.Adilkah?

2. Kadang-kadang timbul isu perempuan memarahi lelaki kerana memandang pada tempat yang tak patut(buah dada,bontot,tubuh),tapi terlupa nak bertanya,apa yang kita hidangkan buat penglihatan mereka ?Syukur jika kita masih ada perasaan malu bila dipandang sedemikian,jangan sampai berbangga pula.Kita macamana?

3. Bila orang laki mula membincangkan saiz tubuh kita berapa,panjang rambut kita,'cup' saiz kita tanpa perlu bertanya pada kita dan hanya dengan melihat,tak malukah kita ?




Berfesyen, siapa kata tak boleh ? Tak wajib kita pakai tudung pun untuk tutup aurat.Selagi pemakaian itu menutup setiap inci aurat kita,ianya sudah dibolehkan.Ingat..labuhkan ke dada..macam pokok yang lebat berbuah,mesti kena sembunyikan,nanti ada yang datang mencuri..jangan tutup pangkal pokok je,buah terkeluar,tu yang senang orang nak curi.Betul?




Dunia kita ni dah terlalu hapir pada penghujungnya.Bila-bila masa Allah akan matikan kita,terkujurlah tubuh yang sudah puas melakukan dosa atau sudah puas mengejar rahmat Allah dimuka Bumi ni.Jadi,marilah kita sama semak balik diri kita,muhasabah .Mudah-mudahan kita tergolong dalam golongan yang husnul khatimah dan para mukminin dan mukminat yang di berkati Allah s.w.t.Amin Ya Rabb..


Sekian,terima kasih,maaf.
Hamba Mu yang ulang kali tersungkur lemah.
19.01.12

Ya Allah,mekarkanlah cinta kami padaMu.Semoga dengan itu,bertebaranlah kewangian iman kami kepadaMu.

No comments: