Sunday, December 22, 2013

Bisingnya muslimat

Tidak dinafikan perempuan lebih banyak bercakap daripada lelaki.Kalau nak dibandingkan sehari berapa patah perkataan perempuan boleh keluarkan berbandingkan lelaki, sememangnya jauhlah lelaki. Ini salah satu kelebihan perempuan, terutama bila sampai bab memberi nasihat a.k.a meleter, bagi jelah kat perempuan.

Tetapi..kelebihan ni kadang-kadang sukar dikawal. Terutama apabila berada di tempat yang tak sepatutnya buat bising. Contohnya apabila berada di surau. Baiklah, biarlah saya berterus terang. Para pelajar perempuan suka buat bising kat surau atau masjid.Tak kiralah tudung labuh ke, tudung selempang ke, sama je.. Hal ni selalu berlaku kat surau Fakulti Pertanian, UPM. Rasanya mana-mana tempat pun macamni..

Sebab-sebab berlaku keadaan sebegini:
1) Sebab mereka duduk dalam surau, lepak-lepak,bincang-bincang,bersenang-lenang dalam tu.
2) Tak tahu bahawa adalah berdosa membuat bising di dalam tempat ibadat dan membicarakan hal-hal keduniaan.

Solusi:
Sebenarnya tak susah pun solusinya.Dengan ini saya mempersembahkan solusinya:
1) Bukak je lah tirai pemisah antara lelaki dan perempuan. Kalau buat camni, para perempuan takkan berani nak melepak di dalam surau dan buat bising, jadi hanya akan datang untuk beribadat saja.
2) Gantikan dengan tirai yang telus.Boleh nampak ada orang di bahagian sebelah tirai.

Kalau setakat tampal notis, tak terkesan ramai orang.

Bukan setakat hal bising je, kekadang ada yang tidur dan mengganggu ruang solat dan tempat lalu-lalang.Kalau bukan waktu solat fardhu nak tidur, taklah hairan sangat.Tapi sampai waktu orang solat fardhu pun masih bergelimpangan.Nak husno zon pun susah bila ianya sememangnya mengganggu.Peringatan ni untuk diri sendirilah yang bergelar muslimat..huhu.

Mudah-mudahan kita bukanlah orang yang menyumbang kepada ketidak khusyukan orang yang tengah solat.


Saturday, December 7, 2013

Semangat 'get back on track' yang terpaksa ditahan sementara

AMARAN:Kata ganti nama 'aku' digunakan bagi menggantikan 'saya'.Kekacauan berbahasa mungkin berlaku disini.
Hampir dua minggu selepas pembedahan memasukkan screw dan metal plat di bahagian buku lali kaki,aku masih begini,bertongkat kemana sahaja.Di sisi aku,masih ada peneman setia,kakak aku..
Dua tiga hari lepas,sikit demi sedikit aku cuba menapak dengan kedua belah kaki,masih gagal.Kaki kiri aku masih tidak mampu menanggung berat badan.Andai dipaksa bimbang nanti aku terpaksa menjalani pembedahan kali kedua kerana screw patah.Tak sanggup mengulang rasa kesakitan selepas pembedahan.
Hari ini,aku gagahkan diri untuk kembali ke landasan menuntut ilmu dan pengalaman luar sesi kelas.Kelmarin lagi,aku daftar nama untuk mengikuti kursus Masjid Tour Guide(MTG) yang berlangsung hari ini dan esok(7&8 Disember).Sengaja aku diam tak membalas mesej ketua usrahku berkenaan daurah esok hari kerana aku lebih berminat mengikuti kursus MTG.Maaflah..aku sejak akhir-akhir ini meletakkan keutamaan pada aktiviti luar usrah.Sebab?Tiada yang bertanya,biarlah aku sendiri yang menyimpan sebabnya.
Seawal 7.30 pagi,aku dan kakak menyusur ke Masjid Negara supaya nanti tak terlewat untuk pendaftaran.Sampai disitu,merayau-rayau di tingkat atas,mencari tempat kursus dijalankan.Akhirnya mendapat tahu,kursus di jalankan di bahagian bawah.Aku terkedu mendengar hanya tangga laluan ke situ.Sesaat dua,hati aku sudah dipagut duka.Semangat untuk get back on track luntur..Akhirnya,keringat menongkat diri yang aku bawa pulang hari ini..Tak apalah mungkin bukan rezekiku...
Malam,seusai maghrib,aku tunaikan kata untuk pergi ke pesta buku bersama kakakku.Sampai di sana,aku akhirnya hanya duduk di bangku laluan ke tandas,kerna hanya tangga yang ada dari level 3.Sekali lagi..sedih..Tak apalah..
ALLAH benar-benar memberi aku rehat..mungkin ini balasannya selalu menolak turun padang membantu sahabat mengedarkan risalah.Alasan letih baru balik ladang selalu aku gunakan.Sekarang rasakan apa ertinya tidak mampu melakukan kerja islah dan dakwah..*Semester ni sememangnya menuntut komitmen yang lebih di ladang*.
Astaghfirullah...sekarang aku baru rasa banyak hak orang kurang upaya tak diberi sebaiknya di kebanyakan fasiliti yang ada di sekitar aku.Contohnya:
1)Bilik orang kurang upaya takda kat kolej aku.Aku kena duduk kat bilik pengurus kolej floor level(Thanks kat pihak kolej bagi aku duduk bilik ni).Tapi 7 pintu aku kena lalu untuk sampai tandas.Hari pertama lepas aku keluar hospital,aku nangis dalam tandas sebab super susah aku nak pergi tandas tambah dengan jauh..
2)Tak semua tempat ada laluan untuk orang kelaianan/kurang upaya.Aku tengok tangga kat mana-mana.Even kat masjid pun...sedih(T T).
Tapi tak apalah..harap perkara macamni jadi penguat semangat..

Sunday, November 24, 2013

Under depression

Dah dekat seminggu lebih sejak hari kemalangan dan patah kaki. Hari ni, rasa agak tertekan. Rasa nak menangis. Tapi semua ni tertahan. Esok nak test statistik dan entomology. Tak masuk kelas untuk dua minggu, rasa macam,apa dah belajar kelas statistik sebenarnya.

Mula-mula lepas kemalangan, boleh lagi nak tersenyum. Lama-ama rasa diri menyusahkan orang, lepastu fikir assignment banyak tak buat lagi. Lepas tu kena attend operation on 28th November ni seterusnya sambung test 2 pembiak bakaan lagi.

Pagi ni buka lagi bandage dan tengok luka, masih bernanah macam 2 tiga hari lepas. Timbul rasa risau. Janganah ada perkara buruk berlaku. Pihak hospital tak bagitahu kena pergi dressing atau tak.

I am depress. Pray for me that I would able to complete my assignment on time. I struggle to complete this semester study although there's strong reason for me to just put my study aside for a moment.

Ala..baru patah kaki,bukan permanent pun.Tengok orang yang memang takde kaki, lain upaya,boleh je pun kan?

Yep..thats true. Tapi tekanan perasaan dia berbeza..

Doakan aku kuat.
Kirimkan aku Al-fatihah semoga hati aku sabar menghadap dugaan Allah di hujung se

Friday, November 22, 2013

aku tak bermimpi menjadi nombor satu lagi

lepas pengajian peringkat diploma, azam dan semangat aku berubah.Banyak perkara aku ubah,bermulanya hidup baru aku kat universiti baru, bidang baru,rakan-rakan dan persekitaran baru. Aku sengaja tak sambung belajar di institusi yang sama seperti diploma dulu.Sebab...aku mahukan hidup yang serba baru..

Alhamdulillah..Allah tak pernah sia-siakan doa dan harapan hambaNya. Banyak harapan dan cita-cita aku makin termakbul dalam persekitaran baru ni.

Aku tak bermimpi menjadi nombor satu. Berdasarkan pengalaman masa diploma aku, aku taknak hanya belajar menelaah buku dan skor exam aje.Dulu aku sangat-sangat berusaha untuk menjadi nombor satu dalam kelas.Tapi sekarang aku dah tak menginginkan perkara sedemikian. Cukuplah aku berusaha mengutip ilmu yang termampu aku usahakan selama disini..Nombor bukan lag pengukur bagi kejayaan aku,tapi bagaimana aku mampu aplikasikan apa aku belajar itulah yang paling utama sekarang.

Allahuakbar..dipertemukan dengan orang yang super osem, semakin hari semakin aku menghayati bahawa kita belajar kerna ingin memberi dan mengaplikasikan. Bukan sekadar salin nota, balik bilik simpan nota, nak ujian baru bukak balik.

Belajar agama, fardhu ain, usrah mengajar aku erti bahawa, keikhlasan akan menuntut aku buka balik nota-nota usrah yang aku belajar bukan kerana lepas tu ku ada ujian yang perlu diduduki,tapi kerna aku perlu menghadam supaya nanti mudah menyampaikan..

harapan aku sekarang satu je..semoga segala ilmu dapat di gunakan sebaiknya..

Friday, November 15, 2013

Street Dakwah bersama Maaruf Club UIA.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang

Syukur ke hadrat Ilahi, hari Ahad lepas,

Beberapa orang alumni FCR yang terdiri daripada pelajar Universiti Islam Antarabangsa (UIA) dan Universiti Putra Malaysia(UPM) telah melibatkan diri dengan aktiviti yang dijalankan oleh Maaruf Club UIA. Kak Faiqah post poster street dakwah UIA tu masa cuti.Tak tahu pulak sebenarnya tu khas untuk pelajar UIA aje. Tapi beruntunglah alumni FCR (Mat klate) ada yang biasa sertai program club tu, jadi boleh lah negotiate dengan bos besaq club tu.Akhirnya, kitarang 3 orang yang seciput ni boleh la join sekaki.

Maaruf club UIA ni dia buat lebih untuk muslim untuk hari Ahad tu, kitarang plak lebih kepada bukan muslim.Bilangan sebenar alumni FCR yang terlibat haritu tak tahu la.Aktiviti mula pukul 11 pagi di sekitar Bukit Bintang.Tempat ni memang ramaiiiiiiiiii orang lalu lalang.Maaruf club siap buat busking dan street talent masa hari tu. Tapi kitarang tak sempat la nak tengok sebab banyak masa kitarang tak berkumpul sama.

Hasil daripada Street Dakwah haritu, kitarang dapat jumpa dengan seorang sami daripada China, mak cik cina,budak melayu lelaki seorang dengan kawan kristian dia seorang asal Sabah, pelajar jurusan syariah di KUIS, dan Lily iaitu seorang lelaki india yang lembut.Dah tak ingat yang lain.

Masa mula-mula nak approach orang di sekitar kawasan tu, kiatarang blurr dan agak gementar la..Tapi dengan muka selamba, kitarang jadikan pak guard di tangga Sungei Wang tu client pertama kami. Saya tanya kat dia,

"nak seberang jalan ni, naik jejantas lalu tangga dalam ke?"

"Ya..masuk dalam ada tangga naik atas sana,sebelah kanan ini tangga.."lebih kurang gitu la pakcik ni jawab.

"OOO...boleh tak tolong isi questionaire ni..kitarang tengah buat survey ni.."saya hulurkan borang soal selidik.

 Dia pun ambik tapi......dot dot dot..dia keluarkan dompet dia hulurkan RM10.Kepelikan pulak kitarang kat situ. Macam mintak duit ke kitarang nih?Tak cakap pun.

" Eh..kami tak mintak duit..ni tak perlu bayar.." lepas tu terus speaking London ar piker pakcik ni tak reti melayu.nampak cam bangla ke india orang asing gitu dia nih.

" No..no..we don't need money,you don't have to pay, we just want you to answer this questionaire.."senyum-senyum cakap kat dia.

Muka dia blur aje..ok..mungkin dia tak paham english. Tulisan tamil mungkin dia paham.Lain kali kena la buat dalam tamil punya versi ar..Kitarang pun terus la ke seberang..ni gi seberang sebab nak jumpa Mat Klate, yang turut merancang kehadiran kami pada hari kejadian.

EPISOD BERSAMA MAK CIK CINA
Masa jumpa makcik ni, dia tengah duduk kat bangku simen dengan kaki  menjulur .Dia tengah tunggu orang jemput dia. Mak cik ni jenis ramah.Masa tengah jawab soalan tu, mak cik ni blurr nak jawab soalan "What is the purpose of life?" Mak cik ni cakap, ni soalan yang susah nak jawab. Bukan mak cik ni aje yang susah nak jawab, budak lelaki melayu islam tu pun susah nak jawab..Mak cik tu bila jawab mengenai belief dia, dia macam fikir sebentar..pastu dia tanya, apa ya belief ni.Kitarang cakap la kepercayaan dia, dia agama apa..lepas tu dia jawab...

"OOOOOOOOO..Ok.ok.I am a buddhist.So,I'll just put buddhist ha.."..

Melalui sejarah hidup mak cik ni yang dia cerita, dia ni jenis mengikut aje..Sebab mak ayah dia buddhist jadi dia pun ikutla.Tapi kalau orang ajak dia pergi gereja dia pergi aje.Bila borak-borak dengan dia, rupanya dia mengaku yang dia free thinker..Dia pernah baca quran terjemahan versi bahasa Melayu kalau x silap,tapi banyak perkataan yang dia tak faham sangat. Apa-apa pun,dia percaya bahawa hanya ada satu Tuhan aje. Kitarang tanyelah dia minat tak nak baca quran versi English, kalau nak kita bagi..dia cakap nak, dan mintak alamat pun dia kasi la.Mak cik ni tak kahwin,xde anak,suami,tinggal sendiri di kawasan Pudu,yang ada anak saudara dan adik beradik aje..umur dalam lewat 60 tapi masih cergas,cuma haritu dia ada masalah kat lutut.


EPISOD BERSAMA GADIS MELAYU
Sebab dah takde pelanggan bukan islam, saya pergilah mendekati dua orang wanita jelita  Melayu yang tengah berehat di bangku simen. Saya hulurkan borang soal selidik sambil berkenalan. Pelajar jurusan syariah rupanya.* Fuhh..dalam otak aku masa ni,mesti hebat diarang..*

Dah selesai jawab soalan tu, saya pun scan jawapan. Soalan yang agak terakhir tu, berkenaan Jesus Christ, boleh tak orang islam sayang ? Tak ingat soalan sebenar..lebih kurang ginila soalannya.. Mereka ni jawab TIDAK. ok.Itu normal. Saya pun bagitau la, kita orang Islam tak salah nak sayangkan Jesus Christ,sebabnya, Jesus tu kan Nabi Isa. Cuma kefahaman kita dengan orang bukan islam itu yang berbeza mengenai Jesus ni. Orang islam anggap Jesus a.k.a Nabi Isa tu adalah Rasul bukan lebih daripada itu. Yang sorang nampak macam tak boleh terima, macam cepat-cepat nak ajak kawan dia blah cepat..kawan dia plak cool aje siap bagi email lagi cakap yang dia berminat nak tahu jugak lebih soal jawab non-muslim dengan muslim.


EPISOD BERSAMA BUDAK LELAKI MELAYU

Budak ni ok r,tapi blurr nak jawab soalan apa tujuan hidup.Baru 18 tahun,belajar di Pahang kalau x silap. Orang macamni senang lah nak ajak. Soalan akhir-akhir berkenaan Jesus Christ pun dia o.k. Dia faham yang Jesus tu Nabi Isa dan kefahaman kita dengan orang bukan islam aje berbeza. Kawan kristian dia tu senyum-senyum aje.

Episod bersama sami dari China dan Lily ni, Faiqah dan Niza lebih tahu.Untungnya Faiqah dia boleh berbahasa cina mandarin, jadi sami yang tak tahu berbahasa inggeris ni tadi, bolehlah Faiqah borak-borak. Lily ni Niza yang banyak borak kat dia.


KELEMAHAN 

 Kitarang tak berapa pandai nak divert conversation tu untuk present Islam. Lagipun rasanya lebih elok,sorang aje yang bercakap dalam satu-satu masa. Tapi tak apela,ni pengalaman pertama. InsyaAllah masa akan datang akan diperbaiki lagi.

Jutaan terima kasih pada Maaruf club sebab benarkan kitarang untuk tumpang sekaki program korang,walaupun tak sempat nak berkenalan sepenuhnya,macam buat program asing-asing plak haritu. Balik tu memang sakit kaki,tapi Alhamdulillah seronok. Semoga lain kali dapat buat lagi walaupun tak perlu la nak gempak promosi. Dengan cara ni, akan timbul kesedaran bahawa adalah tanggungjawab semua orang islam untuk menyampaikan islam pada orang lain, dan hak orang lain untuk disampaikan perkara yang benar.Selain tu, takutlah kalau-kalau di akhirat nanti ada orang persoalkan kenapa tak sampaikan pada mereka perkara yang benar ni sehingga mereka terhumban di neraka selamanya..Astaghfirullah...lepas ni mungkin ketuk bilik orang supaya bangun subuh pun sanggup insyaAllah.Hidayah itu ada dua, taufiq dan al-bayyan. Allah sahaja yang berhak memberi hidayah  taufiq pada manusia, tapi Allah juga memberi manusia pilihan untuk kita mencari hidayah al-bayyan dan memperolehnya dengan usaha sendiri.

Wallahualam .betulkan saya jika ada silap.saya orang yang sedang belajar.

Friday, October 18, 2013

Apa rasa menjadi dewasa

Masa kecil dulu, kita tak perlu fikir banyak. Hanya tahu berseronok. Cukup ke sekolah, pulang ke rumah bermain,membaca buku di bilik, menonton tv ,berjenaka sesama kawan. Andai di sekolah, ada teman baru, hanya sejam dua, menjadi rakan sepermainan. Masa itu tak fikir, boleh ke main dengan dia. Semua masalah, balik rumah bagitau mak ayah.Esok bila dah celik mak ayah dah selesaikan. Kalau tak selesai, kita tak perlu buat apa-apa, hari kita seperti biasa. Sebab mak ayah cakap,
          " Takpa, adik pergi belajar, nanti ayah tolong buatkan."

Itu umur 5 tahun,7 tahun,9 tahun...Lepas dah naik umur 13 tahun. Mak ayah mula cakap,
          " Jangan balik lewat..kamu tu perempuan."
          "Siapa kawan baru kamu tu? Jangan main kawan je."
Masa tu kalau ada masalah, takut nak bagitau mak ayah,sebab mak ayah suka cakap,
          " Itula kamu, kan ayah dah cakap tadi,kenapa kamu degil. Kamu ni menyusahkan mak ayah saja."
          " Pergilah buat sendiri. Kamu dah besar."
Masa tulah kita mula faham, kita kena buat keputusan sendiri.Sikit-sikit kita belajar macamana nak urus hidup.Fikir tentang masalah sendiri, masalah dengan kawan dan macamana nak selesaikan.

Habis sekolah, kita masuk Universiti. Ada kawan kerja terus. Tapi kami sama. Masa ni kami bukan kena fikir masalah kami,masalah kawan je.Masa ni kami kena fikir kos makan,kos tempat tinggal,kos belajar.Pendek kata, masalah yang kena fikir tu makin banyak. Dari satu tahun ke satu tahun, kami tak cari masalah,kami baik-baik saja,tapi orang ramai suka buat masalah, dan bagi kami fikir macamana nak selesaikan.Kenapa? Mereka sendiri tak pernah dulu kena marah dengan mak ayah,
"Fikirlah macamana nak buat, kan dah besar."

Atau...sebab mereka terlalu banyak kena marah macamtu, sampai mereka tergesa-gesa cari cara untuk selesaikan masalah tanpa tanya orang yang lebih pakar dulu?.Pelik sungguh mereka ni. Pandai cipta masalah,tapi mintak kita yang fikirkan penyelesaian. Adakah soalan ujian yang diberikan kepada setiap seorang pelajar mempunyai kemungkinan untuk mempunyai jawapan yang sama dari segi tatabahasa dan susun ayat? Mungkin pelajar-pelajar itu adalah orang yang sama atau mereka berkongsi jawapan yang sama ?


Entah..........kenapa manusia suka cipta masalah kemudian menyusahkan diri untuk cari penyelesaian. Manusia memang makhluk kompleks. Kalau tumbuhan/haiwan/air tak wujud di muka bumi ini, Bumi akan mempunyai masalah besar, tapi jika manusia tiada di atas muka Bumi ini,adakah Bumi akan ada masalah atau hanya menjadi seperti sedia kala.Manusia lupa,mereka diturunkan untuk memakmurkan bukan menghancurkan.......................................

Wednesday, October 16, 2013

Kehidupan Jesus versi Kristian

Video ni saya jumpa di youtube semalam. Marilah kita sama-sama menonton. Jangan takut, insyaAllah iman kita tak futur. Sebab dengan cara mengkaji agamalah kita akan lebih yakin pada ketulenan dan kesucian agama kita, ISLAM.

Lain kali, insyaAllah saya akan berkongsi apa yang telah saya pelajari selama mengikuti kelas Fardhu Ain dan kelas Unit Dakwah. InsyaAllah. Nah..saya sertakan surah yang mengukuhkan ketauhidan kita pada Allah,yang menolak ke-Esaan selain Allah s.w.t.



Our Lord! (they say), Let not our hearts deviate now after Thou hast guided us, but grant us mercy from Thine own Presence; for Thou art the Grantor of bounties without measure
[3:8]




Tuesday, October 1, 2013

Anti MLM

AMARAN KERAS : Post blog kali ini ada kena mengena dengan yang hidup dengan yang mati. Kalau takde kena mengena, takkan terfikir untuk menulis post ini. Sila terasa jika ada kena mengena. Post agak panjang, tapi seandainya anda baca hingga habis, insyaAllah otak anda akan boleh berfikir dengan lebih aktif. Selamat membaca.


MLM : Multi level marketing. Umum mengetahui MLM merupakan salah satu strategi pemasaran perniagaan yang sangat efektif, pantas dan mudah.Tambahan daripada itu, ianya agak mengelirukan dan menimbulkan was-was pada ramai orang.


di ambil daripada  http://www.investopedia.com/terms/m/multi-level-marketing.asp

Saya secara peribadinya meragui cara kerja bisnes MLM ni.Mungkin saya sendiri kurang faham dengan rangkaian  dan cara kerja mereka. Apa yang paling mengelirukan adalah cara mendapat komisen. Sememangnya sesiapa yang terlibat  melibatkan diri dengan bisnes cara ini merupakan orang yang komited dan bermotivasi tinggi. Salah satu faktor menyumbang kebangkitan semangat mereka untuk melakukan kerja ini adalah pendapatan berupa komisen yang tinggi.(Boleh kaya cepat!) Tapi persoalannya, berapa ramai yang terlibat dengan bisnes cara ini sebenarnya mendapat pulangan modal yang dilaburkan ke atas produk dan berapa ramai yang berjaya daripada jumlah peserta keseluruhannya?

Tapi bukan itu yang hendak diketengahkan sebenarnya,perkara sebenar yang nak ketengahkan sejujurnya, "Aku tak suka dengan MLM".

Sebab :

1) Korang buat iklan bagai nak rak ke sana ke mari, niat bukan nak jual produk tu sangat, tapi nak cari downline je lebih. Sebab melalui dapat tarik orang beli dan dapat  tarik orang jadi membership tu la korang dapat komisen.
2) Kadang-kadang cara promosi korang tu NEGATIF. Terlalu membuat perbandingan dan tanpa disedari atau sememangnya disengajakan sebenarnya dah memburuk-burukkan produk lain. Come on la guys..thats not fair and less obedient!
3) Disebabkan orang yang terlibat dengan MLM ni kena deal dengan ramai orang yang bermacam kerenah,dan sampai membuatkan orng yang join ni boleh rasa nak give up, mereka perlu mengikuti seminar, talks and etc bagi memastikan semangat sentiasa naik supaya dapat jalankan bisnes secara berterusan. Ni macam lagha je bagi aku. Buang banyak duit dan masa. Lagha je lebih dengan dinner,talk dan seminar. Jangan bagi alasan dapat tingkatkan soft skill. Banyak lagi cara lain yang lebih elok dan jelas untuk tingkatkan soft skill.

*Eh-eh, ko cakap macam tau sangat*

Nak cakap saya tau sangat tu tak la, tapi, saya dah pernah melihat kesannya pada orang yang menyertai MLM ni pada ahli keluarga saya sendiri. Mungkin ada impak positifnya, tapi sejauh mana kebaikannya yang boleh mengatasi keburukkannya ?

Okeylah, katakanlah..sememangnya korang fikir sememangnya produk tu sangat bermanfaat untuk target group korang, teruskanlah kerja korang tu.Itu  seandainya korang rasa produk jualan korang tu memang mampu memberi manfaat besar pada ramai orang dan niat korang memang ikhlas nak bantu orang. Tapi..tolonglah jangan buat kerja tu seandainya sebab korang nak buat benda sebab komisen. Nampak tak kalau niat tu tak betul, ramai orang akan mula tak suka dan menjauhkan diri. 

Minta maaf kepada pengamal MLM seandainya pemahaman saya ni agak menyimpang daripada takrifan sebenar MLM sepertimana yang korang faham, bukan apa, sampai hari ni saya sendiri meragui ke 'halal' an metod ni dalam menjalankan perniagaan.

Nak berbisnes tu takde masalah, tapi sesuatu yang syubhah yang mendatangkan keraguan dan was-was tu seeloknya korang hati-hati dan fikirlah semasaknya. Amatlah malang seandainya produk yang dijual sememangnya bagus dan berkesan tetapi dicemari dengan "MLM" yang membuatkan sesetengah orang tak nak cuba.

*Sejuta kemaafan atas kekasaran*

Baca lagi mengenai MLM di sini.

Pesanan akhir :Berfikirlah sebelum bertindak. Jangan sekadar tahu tapi tak faham.


Sunday, September 29, 2013

Semester tiga minggu ketiga-hectic life has just begun



Dah tiga minggu kelas untuk semester satu sesi 2013/2014 mula, tapi masih dalam mood bercuti. Mungkin akar kemalasan yang dibaja semasa cuti semester terlalu kuat hingga tak terkawal. Inilah padahnya bila mutabaah amal goyah.Disiplin entah ke mana prestasi harap-harap tidak ke laut.

Semester ni kena daftar 17 mata kredit. Nampak sikit, tapi jadual sungguh la tak secantik semester lepas.Khamis dan Jumaat sepenuhnya untuk berkhidmat di lapangan untuk amalan pengeluaran sayur-sayuran, amalan ladang pengeluaran buah-buahan dan pembiak bakaan tumbuhan. Ponat memang ponat ar tapi takpa...takla kebosanan duduk di kelas saja.

*Kenapalah aku paksa diri aku buat ayat skema*


Amali Ladang Pengeluaran Sayur-sayuran
Entomology : Insects Study (Amali) Credit to Amin.

Amali Pengeluaran Buah-buahan


Semoga semester ini lebih cemerlang dari sebelumnya.:)

Friday, September 27, 2013

Rajin satu pertiga

Situasi : Di dalam kelas Pembiak bakaan tumbuhan.

Dr. : Siapa bawak buku ni, Plant Breeding?
Pelajar: Lisaaaa..
Dr. : Berapa orang je bawak buku.Tu sape punya? Awak?
Ayu: A'a.
Dr : Tu buku apa?Novel?Plant Breeding?(tengok Hayyu)
Hayyu : Ha.Plant breeding.
Dr.: Berapa orang je yang rajin bawak buku. Itu pun rajin satu pertiga je.

Dr. pesan minggu lepas, setiap orang bawak tiga buku datang kelas pembiak bakaan tumbuhan. Orang lain tak bawak, tiga orang je bawak,tapi yang tiga orang ni pun bawak satu je buku daripada tiga buku yang dibawak ke kelas.

Saya terfikir, bagaimana nak baca habis buku yang tebalnya sebanyak lebih 500 muka surat  dalam masa satu semester? Hujung minggu yang tak pernah kosong. Malam yang sentiasa ada aktiviti.Jawapannya mungkin pada kesungguhan dan disiplin pelajar agaknya.Pernah terfikir untuk tidak melibatkan diri dengan aktiviti sampingan dan hanya mengabdikan diri untuk menelaah buku pelajaran saja,tapi itu umpama kehidupan yang tidak bewarna-warni.Bosan dan boleh menyegerakan kemasukan ke Tanjung Rambutan. Kokurikulum dan kurikulum hari ni adakah benar-benar sesuai untuk menggalakkan perkembangan pemikiran pelajar atau banyak menekan pelajar ? Biar saya fikir dahulu:)

Monday, September 2, 2013

Empat macam lelaki

Khalil bin Ahmad berkata," Lelaki itu ada empat macam lelaki yang tahu bahawa dia tahu. Inilah orang alim sejati. Lelaki yang tahu namun tidak tahu bahawa dia tahu. Orang semacam ini tertidur. Bangunkan dia! Kemudian lelaki yang tidak tahu namun dia tahu bahawa dia tidak tahu. Inilah orang yang minta petunjuk, tunjukkanlah! Dan terakhir adalah lelaki yang tidak tahu dan tidak tahu lagi bahawa dia itu tidak tahu. Inilah orang yang bodoh. Tinggalkan saja dia!"

Petikan daripada buku Penenang Jiwa:Pengubatan dan Rawatan
Imam Al-Ghazali
Terjemahan kitab Mukashafah Al- Qulub

Kita pilihlah yang mana satu daripada empat macam lelaki yang kita mahu. Wallahualam.

Wednesday, June 19, 2013

PATUTKAH KOTAK DIBERI PERCUMA ATAU BERBAYAR?

Budak laki cina : You beli kotak ni dari mana?
Budak perempuan cina : Oh..saya beli di kedai india.
Budak perempuan Melayu: A'a..Kedai tu Shah Ain..yang hujung.
Budak perempuan cina: A..jangan beli kat kedai india yang banyak orang pergi tu..situ mahal..yang ni seringgit satu.
Budak laki cina: Ha.. kotak ni sepatutnya you patut dapat free bukan beli. Tak patutla mereka jual. You jangan beli sana. Sepatutnya kotak ni free saja. Saya dulu kerja supermarket kotak ni boleh bagi free saja, letak di luar saja dan boleh ambil. Ni dia jual, sangat mahal oo..

Situasi lepas balik dari old flat semalam, tetiba seorang pelajar cina ni sapa,tanya soalan pasal kotak. Beria-ia kita dua orang ni explain beli kat mana, fikir dia pun berminat nak beli, rupanya dia nak cakap kotak tu tak patut dijual dan sepatutnya boleh dapat dengan percuma je. Reaksi wajah pelajar cina tu memang sangat-sangat tak setuju. Haha...Nak buat macamana, saya pun dah beli, dan tak tahu nak komen apa hal harga yang dikenakan.Kalau fikir logik betul kot, orang kedai tu daPat percuma dari tempat lain pastu dia jual kat kita ni.Label kat kotak tu pun 'Ain Medicare Sdn. Bhd.' Sekarang benda yang patut percuma pun orang nak jual.hmm...tak lama lagi..semua manusia akan dikenakan charge untuk oksigen.Yelah kan..oksigen pun makin sikit, lama-lama manusia perlu hidup dengan membawa tong oksigen ke mana-mana...huhu..

Sunday, June 16, 2013

HARI IBU,HARI AYAH,HARI LAHIR.;)

AMARAN: ENTRY KALI INI MENGANDUNGI BAHASA GANAS. JANGAN BACA KALAU TAK TAHAN BAHASA GANAS.

Hari ni, bila tengok status-status di Facebook, ucapan Selamat Hari Bapa memenuhi ruang 'wall'. Post kali ni bukannya nak mengatakan 'haram sambut hari ibu, haram sambut hari ayah' atau ' nak berhujah apa salahnya kita nak sambut hari ayah sebagai tanda menghargai atau apa pun...

Bila orang lain sibuk nak bahas isu seperti di atas, aku sendiri tak ada perasaan pun dalam hal ni..sejak lahir kot, aku tak pernah pun nak sibuk-sibuk sambut hari ayah atau ibu, bila hari ayah atau ibu pun aku sampai sekarang tak tau bila melainkan disebabkan aku tengok post orang kat facebook atau iklan dimana-mana. Tak payah cakap hal sambutan hari ibu atau ayah ni..birthday sendiri pun aku dari kecik lagi tak sambut melainkan sekali masa birthday yang ke 20 tahun.Tu pun nasib baik bapak aku dah diingatkan oleh makcik dan kakak aku..Selalu, aku akan dapat wish je daripada mak,kakak dengan adik aku.Orang lain? Diarang tak tau pun,sebab aku pun malas nak kecoh-kecoh..

Pasal hari ayah atau ibu tu..maaflah..aku ni jenis pelik sikit..less appreciation punya orang la pendek cerita. Tapi kalau nak aku organise party yang happy-happy, yang suprise-suprise boleh la kot..cuma aku hal birthday aku sendiri dengan sambutan hari mak ayah ni, aku tak kisah sangat.Salah satu sebab, aku ni duduk kawasan terpencil kot dulu, mana reti sambutan hari ibu, ayah semua tu.Birthday aku tau..sebab mak aku dulu akan wish tiap kali birthday (sekarang dia takda dah nak wish). Tapi satu je la yang aku pastikan aku ada buat tiap hari sebagai tanda aku hargai dan ingati diarang tiap hari, doa untuk mak aku diterima jasadnya,dirahmati rohnya,diampuni dosanya..untuk bapak/ayah/papa aku, aku doakan semoga Allah berikan hidayah dan petunjuk kepadanya..

Apaun cara kita nak hargi mak ayah..make sure..perkataan yang korang luah cakap sayang bagai tu selari dengan perbuatan..mudahan urusan kita dipermudahkan.