Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang
Syukur ke hadrat Ilahi, hari Ahad lepas,
Beberapa orang alumni FCR yang terdiri daripada pelajar Universiti Islam Antarabangsa (UIA) dan Universiti Putra Malaysia(UPM) telah melibatkan diri dengan aktiviti yang dijalankan oleh Maaruf Club UIA. Kak Faiqah post poster street dakwah UIA tu masa cuti.Tak tahu pulak sebenarnya tu khas untuk pelajar UIA aje. Tapi beruntunglah alumni FCR (Mat klate) ada yang biasa sertai program club tu, jadi boleh lah negotiate dengan bos besaq club tu.Akhirnya, kitarang 3 orang yang seciput ni boleh la join sekaki.
Maaruf club UIA ni dia buat lebih untuk muslim untuk hari Ahad tu, kitarang plak lebih kepada bukan muslim.Bilangan sebenar alumni FCR yang terlibat haritu tak tahu la.Aktiviti mula pukul 11 pagi di sekitar Bukit Bintang.Tempat ni memang ramaiiiiiiiiii orang lalu lalang.Maaruf club siap buat busking dan street talent masa hari tu. Tapi kitarang tak sempat la nak tengok sebab banyak masa kitarang tak berkumpul sama.
Hasil daripada Street Dakwah haritu, kitarang dapat jumpa dengan seorang sami daripada China, mak cik cina,budak melayu lelaki seorang dengan kawan kristian dia seorang asal Sabah, pelajar jurusan syariah di KUIS, dan Lily iaitu seorang lelaki india yang lembut.Dah tak ingat yang lain.
Masa mula-mula nak approach orang di sekitar kawasan tu, kiatarang blurr dan agak gementar la..Tapi dengan muka selamba, kitarang jadikan pak guard di tangga Sungei Wang tu client pertama kami. Saya tanya kat dia,
"nak seberang jalan ni, naik jejantas lalu tangga dalam ke?"
"Ya..masuk dalam ada tangga naik atas sana,sebelah kanan ini tangga.."lebih kurang gitu la pakcik ni jawab.
"OOO...boleh tak tolong isi questionaire ni..kitarang tengah buat survey ni.."saya hulurkan borang soal selidik.
Dia pun ambik tapi......dot dot dot..dia keluarkan dompet dia hulurkan RM10.Kepelikan pulak kitarang kat situ. Macam mintak duit ke kitarang nih?Tak cakap pun.
" Eh..kami tak mintak duit..ni tak perlu bayar.." lepas tu terus speaking London ar piker pakcik ni tak reti melayu.nampak cam bangla ke india orang asing gitu dia nih.
" No..no..we don't need money,you don't have to pay, we just want you to answer this questionaire.."senyum-senyum cakap kat dia.
Muka dia blur aje..ok..mungkin dia tak paham english. Tulisan tamil mungkin dia paham.Lain kali kena la buat dalam tamil punya versi ar..Kitarang pun terus la ke seberang..ni gi seberang sebab nak jumpa Mat Klate, yang turut merancang kehadiran kami pada hari kejadian.
EPISOD BERSAMA MAK CIK CINA
Masa jumpa makcik ni, dia tengah duduk kat bangku simen dengan kaki menjulur .Dia tengah tunggu orang jemput dia. Mak cik ni jenis ramah.Masa tengah jawab soalan tu, mak cik ni blurr nak jawab soalan "What is the purpose of life?" Mak cik ni cakap, ni soalan yang susah nak jawab. Bukan mak cik ni aje yang susah nak jawab, budak lelaki melayu islam tu pun susah nak jawab..Mak cik tu bila jawab mengenai belief dia, dia macam fikir sebentar..pastu dia tanya, apa ya belief ni.Kitarang cakap la kepercayaan dia, dia agama apa..lepas tu dia jawab...
"OOOOOOOOO..Ok.ok.I am a buddhist.So,I'll just put buddhist ha.."..
Melalui sejarah hidup mak cik ni yang dia cerita, dia ni jenis mengikut aje..Sebab mak ayah dia buddhist jadi dia pun ikutla.Tapi kalau orang ajak dia pergi gereja dia pergi aje.Bila borak-borak dengan dia, rupanya dia mengaku yang dia free thinker..Dia pernah baca quran terjemahan versi bahasa Melayu kalau x silap,tapi banyak perkataan yang dia tak faham sangat. Apa-apa pun,dia percaya bahawa hanya ada satu Tuhan aje. Kitarang tanyelah dia minat tak nak baca quran versi English, kalau nak kita bagi..dia cakap nak, dan mintak alamat pun dia kasi la.Mak cik ni tak kahwin,xde anak,suami,tinggal sendiri di kawasan Pudu,yang ada anak saudara dan adik beradik aje..umur dalam lewat 60 tapi masih cergas,cuma haritu dia ada masalah kat lutut.
EPISOD BERSAMA GADIS MELAYU
Sebab dah takde pelanggan bukan islam, saya pergilah mendekati dua orang wanita jelita Melayu yang tengah berehat di bangku simen. Saya hulurkan borang soal selidik sambil berkenalan. Pelajar jurusan syariah rupanya.* Fuhh..dalam otak aku masa ni,mesti hebat diarang..*
Dah selesai jawab soalan tu, saya pun scan jawapan. Soalan yang agak terakhir tu, berkenaan Jesus Christ, boleh tak orang islam sayang ? Tak ingat soalan sebenar..lebih kurang ginila soalannya.. Mereka ni jawab TIDAK. ok.Itu normal. Saya pun bagitau la, kita orang Islam tak salah nak sayangkan Jesus Christ,sebabnya, Jesus tu kan Nabi Isa. Cuma kefahaman kita dengan orang bukan islam itu yang berbeza mengenai Jesus ni. Orang islam anggap Jesus a.k.a Nabi Isa tu adalah Rasul bukan lebih daripada itu. Yang sorang nampak macam tak boleh terima, macam cepat-cepat nak ajak kawan dia blah cepat..kawan dia plak cool aje siap bagi email lagi cakap yang dia berminat nak tahu jugak lebih soal jawab non-muslim dengan muslim.
EPISOD BERSAMA BUDAK LELAKI MELAYU
Budak ni ok r,tapi blurr nak jawab soalan apa tujuan hidup.Baru 18 tahun,belajar di Pahang kalau x silap. Orang macamni senang lah nak ajak. Soalan akhir-akhir berkenaan Jesus Christ pun dia o.k. Dia faham yang Jesus tu Nabi Isa dan kefahaman kita dengan orang bukan islam aje berbeza. Kawan kristian dia tu senyum-senyum aje.
Episod bersama sami dari China dan Lily ni, Faiqah dan Niza lebih tahu.Untungnya Faiqah dia boleh berbahasa cina mandarin, jadi sami yang tak tahu berbahasa inggeris ni tadi, bolehlah Faiqah borak-borak. Lily ni Niza yang banyak borak kat dia.
KELEMAHAN
Kitarang tak berapa pandai nak divert conversation tu untuk present Islam. Lagipun rasanya lebih elok,sorang aje yang bercakap dalam satu-satu masa. Tapi tak apela,ni pengalaman pertama. InsyaAllah masa akan datang akan diperbaiki lagi.
Jutaan terima kasih pada Maaruf club sebab benarkan kitarang untuk tumpang sekaki program korang,walaupun tak sempat nak berkenalan sepenuhnya,macam buat program asing-asing plak haritu. Balik tu memang sakit kaki,tapi Alhamdulillah seronok. Semoga lain kali dapat buat lagi walaupun tak perlu la nak gempak promosi. Dengan cara ni, akan timbul kesedaran bahawa adalah tanggungjawab semua orang islam untuk menyampaikan islam pada orang lain, dan hak orang lain untuk disampaikan perkara yang benar.Selain tu, takutlah kalau-kalau di akhirat nanti ada orang persoalkan kenapa tak sampaikan pada mereka perkara yang benar ni sehingga mereka terhumban di neraka selamanya..Astaghfirullah...lepas ni mungkin ketuk bilik orang supaya bangun subuh pun sanggup insyaAllah.Hidayah itu ada dua, taufiq dan al-bayyan. Allah sahaja yang berhak memberi hidayah taufiq pada manusia, tapi Allah juga memberi manusia pilihan untuk kita mencari hidayah al-bayyan dan memperolehnya dengan usaha sendiri.
Wallahualam .betulkan saya jika ada silap.saya orang yang sedang belajar.

No comments:
Post a Comment