Friday, October 18, 2013

Apa rasa menjadi dewasa

Masa kecil dulu, kita tak perlu fikir banyak. Hanya tahu berseronok. Cukup ke sekolah, pulang ke rumah bermain,membaca buku di bilik, menonton tv ,berjenaka sesama kawan. Andai di sekolah, ada teman baru, hanya sejam dua, menjadi rakan sepermainan. Masa itu tak fikir, boleh ke main dengan dia. Semua masalah, balik rumah bagitau mak ayah.Esok bila dah celik mak ayah dah selesaikan. Kalau tak selesai, kita tak perlu buat apa-apa, hari kita seperti biasa. Sebab mak ayah cakap,
          " Takpa, adik pergi belajar, nanti ayah tolong buatkan."

Itu umur 5 tahun,7 tahun,9 tahun...Lepas dah naik umur 13 tahun. Mak ayah mula cakap,
          " Jangan balik lewat..kamu tu perempuan."
          "Siapa kawan baru kamu tu? Jangan main kawan je."
Masa tu kalau ada masalah, takut nak bagitau mak ayah,sebab mak ayah suka cakap,
          " Itula kamu, kan ayah dah cakap tadi,kenapa kamu degil. Kamu ni menyusahkan mak ayah saja."
          " Pergilah buat sendiri. Kamu dah besar."
Masa tulah kita mula faham, kita kena buat keputusan sendiri.Sikit-sikit kita belajar macamana nak urus hidup.Fikir tentang masalah sendiri, masalah dengan kawan dan macamana nak selesaikan.

Habis sekolah, kita masuk Universiti. Ada kawan kerja terus. Tapi kami sama. Masa ni kami bukan kena fikir masalah kami,masalah kawan je.Masa ni kami kena fikir kos makan,kos tempat tinggal,kos belajar.Pendek kata, masalah yang kena fikir tu makin banyak. Dari satu tahun ke satu tahun, kami tak cari masalah,kami baik-baik saja,tapi orang ramai suka buat masalah, dan bagi kami fikir macamana nak selesaikan.Kenapa? Mereka sendiri tak pernah dulu kena marah dengan mak ayah,
"Fikirlah macamana nak buat, kan dah besar."

Atau...sebab mereka terlalu banyak kena marah macamtu, sampai mereka tergesa-gesa cari cara untuk selesaikan masalah tanpa tanya orang yang lebih pakar dulu?.Pelik sungguh mereka ni. Pandai cipta masalah,tapi mintak kita yang fikirkan penyelesaian. Adakah soalan ujian yang diberikan kepada setiap seorang pelajar mempunyai kemungkinan untuk mempunyai jawapan yang sama dari segi tatabahasa dan susun ayat? Mungkin pelajar-pelajar itu adalah orang yang sama atau mereka berkongsi jawapan yang sama ?


Entah..........kenapa manusia suka cipta masalah kemudian menyusahkan diri untuk cari penyelesaian. Manusia memang makhluk kompleks. Kalau tumbuhan/haiwan/air tak wujud di muka bumi ini, Bumi akan mempunyai masalah besar, tapi jika manusia tiada di atas muka Bumi ini,adakah Bumi akan ada masalah atau hanya menjadi seperti sedia kala.Manusia lupa,mereka diturunkan untuk memakmurkan bukan menghancurkan.......................................

Wednesday, October 16, 2013

Kehidupan Jesus versi Kristian

Video ni saya jumpa di youtube semalam. Marilah kita sama-sama menonton. Jangan takut, insyaAllah iman kita tak futur. Sebab dengan cara mengkaji agamalah kita akan lebih yakin pada ketulenan dan kesucian agama kita, ISLAM.

Lain kali, insyaAllah saya akan berkongsi apa yang telah saya pelajari selama mengikuti kelas Fardhu Ain dan kelas Unit Dakwah. InsyaAllah. Nah..saya sertakan surah yang mengukuhkan ketauhidan kita pada Allah,yang menolak ke-Esaan selain Allah s.w.t.



Our Lord! (they say), Let not our hearts deviate now after Thou hast guided us, but grant us mercy from Thine own Presence; for Thou art the Grantor of bounties without measure
[3:8]




Tuesday, October 1, 2013

Anti MLM

AMARAN KERAS : Post blog kali ini ada kena mengena dengan yang hidup dengan yang mati. Kalau takde kena mengena, takkan terfikir untuk menulis post ini. Sila terasa jika ada kena mengena. Post agak panjang, tapi seandainya anda baca hingga habis, insyaAllah otak anda akan boleh berfikir dengan lebih aktif. Selamat membaca.


MLM : Multi level marketing. Umum mengetahui MLM merupakan salah satu strategi pemasaran perniagaan yang sangat efektif, pantas dan mudah.Tambahan daripada itu, ianya agak mengelirukan dan menimbulkan was-was pada ramai orang.


di ambil daripada  http://www.investopedia.com/terms/m/multi-level-marketing.asp

Saya secara peribadinya meragui cara kerja bisnes MLM ni.Mungkin saya sendiri kurang faham dengan rangkaian  dan cara kerja mereka. Apa yang paling mengelirukan adalah cara mendapat komisen. Sememangnya sesiapa yang terlibat  melibatkan diri dengan bisnes cara ini merupakan orang yang komited dan bermotivasi tinggi. Salah satu faktor menyumbang kebangkitan semangat mereka untuk melakukan kerja ini adalah pendapatan berupa komisen yang tinggi.(Boleh kaya cepat!) Tapi persoalannya, berapa ramai yang terlibat dengan bisnes cara ini sebenarnya mendapat pulangan modal yang dilaburkan ke atas produk dan berapa ramai yang berjaya daripada jumlah peserta keseluruhannya?

Tapi bukan itu yang hendak diketengahkan sebenarnya,perkara sebenar yang nak ketengahkan sejujurnya, "Aku tak suka dengan MLM".

Sebab :

1) Korang buat iklan bagai nak rak ke sana ke mari, niat bukan nak jual produk tu sangat, tapi nak cari downline je lebih. Sebab melalui dapat tarik orang beli dan dapat  tarik orang jadi membership tu la korang dapat komisen.
2) Kadang-kadang cara promosi korang tu NEGATIF. Terlalu membuat perbandingan dan tanpa disedari atau sememangnya disengajakan sebenarnya dah memburuk-burukkan produk lain. Come on la guys..thats not fair and less obedient!
3) Disebabkan orang yang terlibat dengan MLM ni kena deal dengan ramai orang yang bermacam kerenah,dan sampai membuatkan orng yang join ni boleh rasa nak give up, mereka perlu mengikuti seminar, talks and etc bagi memastikan semangat sentiasa naik supaya dapat jalankan bisnes secara berterusan. Ni macam lagha je bagi aku. Buang banyak duit dan masa. Lagha je lebih dengan dinner,talk dan seminar. Jangan bagi alasan dapat tingkatkan soft skill. Banyak lagi cara lain yang lebih elok dan jelas untuk tingkatkan soft skill.

*Eh-eh, ko cakap macam tau sangat*

Nak cakap saya tau sangat tu tak la, tapi, saya dah pernah melihat kesannya pada orang yang menyertai MLM ni pada ahli keluarga saya sendiri. Mungkin ada impak positifnya, tapi sejauh mana kebaikannya yang boleh mengatasi keburukkannya ?

Okeylah, katakanlah..sememangnya korang fikir sememangnya produk tu sangat bermanfaat untuk target group korang, teruskanlah kerja korang tu.Itu  seandainya korang rasa produk jualan korang tu memang mampu memberi manfaat besar pada ramai orang dan niat korang memang ikhlas nak bantu orang. Tapi..tolonglah jangan buat kerja tu seandainya sebab korang nak buat benda sebab komisen. Nampak tak kalau niat tu tak betul, ramai orang akan mula tak suka dan menjauhkan diri. 

Minta maaf kepada pengamal MLM seandainya pemahaman saya ni agak menyimpang daripada takrifan sebenar MLM sepertimana yang korang faham, bukan apa, sampai hari ni saya sendiri meragui ke 'halal' an metod ni dalam menjalankan perniagaan.

Nak berbisnes tu takde masalah, tapi sesuatu yang syubhah yang mendatangkan keraguan dan was-was tu seeloknya korang hati-hati dan fikirlah semasaknya. Amatlah malang seandainya produk yang dijual sememangnya bagus dan berkesan tetapi dicemari dengan "MLM" yang membuatkan sesetengah orang tak nak cuba.

*Sejuta kemaafan atas kekasaran*

Baca lagi mengenai MLM di sini.

Pesanan akhir :Berfikirlah sebelum bertindak. Jangan sekadar tahu tapi tak faham.


Sunday, September 29, 2013

Semester tiga minggu ketiga-hectic life has just begun



Dah tiga minggu kelas untuk semester satu sesi 2013/2014 mula, tapi masih dalam mood bercuti. Mungkin akar kemalasan yang dibaja semasa cuti semester terlalu kuat hingga tak terkawal. Inilah padahnya bila mutabaah amal goyah.Disiplin entah ke mana prestasi harap-harap tidak ke laut.

Semester ni kena daftar 17 mata kredit. Nampak sikit, tapi jadual sungguh la tak secantik semester lepas.Khamis dan Jumaat sepenuhnya untuk berkhidmat di lapangan untuk amalan pengeluaran sayur-sayuran, amalan ladang pengeluaran buah-buahan dan pembiak bakaan tumbuhan. Ponat memang ponat ar tapi takpa...takla kebosanan duduk di kelas saja.

*Kenapalah aku paksa diri aku buat ayat skema*


Amali Ladang Pengeluaran Sayur-sayuran
Entomology : Insects Study (Amali) Credit to Amin.

Amali Pengeluaran Buah-buahan


Semoga semester ini lebih cemerlang dari sebelumnya.:)

Friday, September 27, 2013

Rajin satu pertiga

Situasi : Di dalam kelas Pembiak bakaan tumbuhan.

Dr. : Siapa bawak buku ni, Plant Breeding?
Pelajar: Lisaaaa..
Dr. : Berapa orang je bawak buku.Tu sape punya? Awak?
Ayu: A'a.
Dr : Tu buku apa?Novel?Plant Breeding?(tengok Hayyu)
Hayyu : Ha.Plant breeding.
Dr.: Berapa orang je yang rajin bawak buku. Itu pun rajin satu pertiga je.

Dr. pesan minggu lepas, setiap orang bawak tiga buku datang kelas pembiak bakaan tumbuhan. Orang lain tak bawak, tiga orang je bawak,tapi yang tiga orang ni pun bawak satu je buku daripada tiga buku yang dibawak ke kelas.

Saya terfikir, bagaimana nak baca habis buku yang tebalnya sebanyak lebih 500 muka surat  dalam masa satu semester? Hujung minggu yang tak pernah kosong. Malam yang sentiasa ada aktiviti.Jawapannya mungkin pada kesungguhan dan disiplin pelajar agaknya.Pernah terfikir untuk tidak melibatkan diri dengan aktiviti sampingan dan hanya mengabdikan diri untuk menelaah buku pelajaran saja,tapi itu umpama kehidupan yang tidak bewarna-warni.Bosan dan boleh menyegerakan kemasukan ke Tanjung Rambutan. Kokurikulum dan kurikulum hari ni adakah benar-benar sesuai untuk menggalakkan perkembangan pemikiran pelajar atau banyak menekan pelajar ? Biar saya fikir dahulu:)

Monday, September 2, 2013

Empat macam lelaki

Khalil bin Ahmad berkata," Lelaki itu ada empat macam lelaki yang tahu bahawa dia tahu. Inilah orang alim sejati. Lelaki yang tahu namun tidak tahu bahawa dia tahu. Orang semacam ini tertidur. Bangunkan dia! Kemudian lelaki yang tidak tahu namun dia tahu bahawa dia tidak tahu. Inilah orang yang minta petunjuk, tunjukkanlah! Dan terakhir adalah lelaki yang tidak tahu dan tidak tahu lagi bahawa dia itu tidak tahu. Inilah orang yang bodoh. Tinggalkan saja dia!"

Petikan daripada buku Penenang Jiwa:Pengubatan dan Rawatan
Imam Al-Ghazali
Terjemahan kitab Mukashafah Al- Qulub

Kita pilihlah yang mana satu daripada empat macam lelaki yang kita mahu. Wallahualam.

Wednesday, June 19, 2013

PATUTKAH KOTAK DIBERI PERCUMA ATAU BERBAYAR?

Budak laki cina : You beli kotak ni dari mana?
Budak perempuan cina : Oh..saya beli di kedai india.
Budak perempuan Melayu: A'a..Kedai tu Shah Ain..yang hujung.
Budak perempuan cina: A..jangan beli kat kedai india yang banyak orang pergi tu..situ mahal..yang ni seringgit satu.
Budak laki cina: Ha.. kotak ni sepatutnya you patut dapat free bukan beli. Tak patutla mereka jual. You jangan beli sana. Sepatutnya kotak ni free saja. Saya dulu kerja supermarket kotak ni boleh bagi free saja, letak di luar saja dan boleh ambil. Ni dia jual, sangat mahal oo..

Situasi lepas balik dari old flat semalam, tetiba seorang pelajar cina ni sapa,tanya soalan pasal kotak. Beria-ia kita dua orang ni explain beli kat mana, fikir dia pun berminat nak beli, rupanya dia nak cakap kotak tu tak patut dijual dan sepatutnya boleh dapat dengan percuma je. Reaksi wajah pelajar cina tu memang sangat-sangat tak setuju. Haha...Nak buat macamana, saya pun dah beli, dan tak tahu nak komen apa hal harga yang dikenakan.Kalau fikir logik betul kot, orang kedai tu daPat percuma dari tempat lain pastu dia jual kat kita ni.Label kat kotak tu pun 'Ain Medicare Sdn. Bhd.' Sekarang benda yang patut percuma pun orang nak jual.hmm...tak lama lagi..semua manusia akan dikenakan charge untuk oksigen.Yelah kan..oksigen pun makin sikit, lama-lama manusia perlu hidup dengan membawa tong oksigen ke mana-mana...huhu..

Sunday, June 16, 2013

HARI IBU,HARI AYAH,HARI LAHIR.;)

AMARAN: ENTRY KALI INI MENGANDUNGI BAHASA GANAS. JANGAN BACA KALAU TAK TAHAN BAHASA GANAS.

Hari ni, bila tengok status-status di Facebook, ucapan Selamat Hari Bapa memenuhi ruang 'wall'. Post kali ni bukannya nak mengatakan 'haram sambut hari ibu, haram sambut hari ayah' atau ' nak berhujah apa salahnya kita nak sambut hari ayah sebagai tanda menghargai atau apa pun...

Bila orang lain sibuk nak bahas isu seperti di atas, aku sendiri tak ada perasaan pun dalam hal ni..sejak lahir kot, aku tak pernah pun nak sibuk-sibuk sambut hari ayah atau ibu, bila hari ayah atau ibu pun aku sampai sekarang tak tau bila melainkan disebabkan aku tengok post orang kat facebook atau iklan dimana-mana. Tak payah cakap hal sambutan hari ibu atau ayah ni..birthday sendiri pun aku dari kecik lagi tak sambut melainkan sekali masa birthday yang ke 20 tahun.Tu pun nasib baik bapak aku dah diingatkan oleh makcik dan kakak aku..Selalu, aku akan dapat wish je daripada mak,kakak dengan adik aku.Orang lain? Diarang tak tau pun,sebab aku pun malas nak kecoh-kecoh..

Pasal hari ayah atau ibu tu..maaflah..aku ni jenis pelik sikit..less appreciation punya orang la pendek cerita. Tapi kalau nak aku organise party yang happy-happy, yang suprise-suprise boleh la kot..cuma aku hal birthday aku sendiri dengan sambutan hari mak ayah ni, aku tak kisah sangat.Salah satu sebab, aku ni duduk kawasan terpencil kot dulu, mana reti sambutan hari ibu, ayah semua tu.Birthday aku tau..sebab mak aku dulu akan wish tiap kali birthday (sekarang dia takda dah nak wish). Tapi satu je la yang aku pastikan aku ada buat tiap hari sebagai tanda aku hargai dan ingati diarang tiap hari, doa untuk mak aku diterima jasadnya,dirahmati rohnya,diampuni dosanya..untuk bapak/ayah/papa aku, aku doakan semoga Allah berikan hidayah dan petunjuk kepadanya..

Apaun cara kita nak hargi mak ayah..make sure..perkataan yang korang luah cakap sayang bagai tu selari dengan perbuatan..mudahan urusan kita dipermudahkan.

Sunday, May 19, 2013

Ah Chong tak bersalah

"Takkan kita nak harapkan Ah Chong untuk bela nasib kita."

Baiklah saudara saudari sekalian, sidang pembaca yang dihormati. Hari ini, ini saya ingin mengutarakan sedikit kekesalan kita dalam berbicara. Bukanlah tujuan saya untuk mengkritik dan berpandangan negatif pada sesetengah pihak, tapi ini adalah perasaan peribadi terhadap isu percakapan yang kadang-kadang kita terlepas pandang.

Jujurnya saya sedikit tersinggung apabila ada pihak yang memperkotak-katikkan kaum lain. Contohnya, apa yang berlaku semasa PRU yang lepas sehingga hari ni dan entah sampai bila, sembrono saja kita mengatakan, orang cina itu dan ini (hal negatif), ada pihak yang mengatakan, "takkan kita nak harap orang cina untuk bela nasib kita (orang Melayu)." Terus-terang saya cakap, orang sebegini sebenarnya golongan yang rasis dan bersikap prejudis terhadap kaum lain. Datuk Ridhuan Tee ada membuat ulasan dalam blognya mengenai topik "Usah salahkan orang Cina secara pukal."Ya betul,usahlah menyebut pada kaum, kerna tak semestinya semuanya bersalah.

Tahukah anda ?

Permasalahan seperti perbalahan, tak sebulu selalu berlaku disebabkan budaya kita suka perli-memperli dan tidak suka berterus-terang. Kenapa tidak kita sebutkan nama orang yang anda rasa bersalah tetapi sebaliknya menggunakan pembayang kata seolah bermain teka-teki yang tidak berkesudahan ? Ini semua tanda kita masih ragu-ragu pada kebenaran yang kita cuba sampaikan.Betul??Tepuk dada tanya selera. Perasaan prasangka yang tebal menyebabkan kita berfikiran negatif tapi tidak berani menyatakan pada orang itu,sebaliknya hanya mampu berkata belakang. Ini seperti mengumpat! Cuba kita lihat pada situasi harian kita, andai ada perbalahan dengan sahabat, mana yang lebih baik? Berterus -terang atau bercakap belakang?

Dalam satu ucapan pula, ada yang menyebut,"Takkan kita nak harapkan si Ah Chong untuk bela nasib kita." Ya..saya faham..niatnya untuk mengatakan, takkan kita nak harap orang bukan kaum kita, bukan agama kita untuk bela agama kita, hanya kaum kita, orang seagama dengan kita saja akan betul-betul boleh bela kaum dan agama kita seikhlasnya.Tapi sayangnya, Ah Chong dipersalahkan..

Siapa Ah Chong ?

Ah Chong yang dirujuk oleh si pecakap mungkin seperti deskripsi saya di atas, namun, harus saya ingatkan, Ah Chong juga mungkin islam, seagama dengan kita, cuma mungkin berbeza kaum. Jadi di sini, apa yang saya hendak usulkan adalah, betapa nama itu menggambarkan identiti, penggunaan nama sebegini dalam memberi perumpamaan mungkin boleh menyinggung perasaan orang lain yang seagama dengan kita tetapi berbeza kaum dengan menggunakan nama sedemikian. Ah..mungkin saja hati saya kotor untuk befikiran negatif begini, tapi haruslah diingat,jika orang seperti saya boleh berfikiran begini,apatah lagi orang lain,kaum lain mungkin melihat kita sudah hampir dengan cara diskriminasi kaum.

Melihat pada masyarakat hari ini, pembangunan akhlak dan insaniah mungkin sukar berlaku kerana kita masih lagi di tangkup yang lama, asyik memikirkan kaum sendiri, sehingga kita terlupa agama itu lebih utama, sehingga kita melihat,agama itu hanya milik satu kaum saja, dan telah mengaburkan pandangan bahawa ISLAM itu syumul. Perjuangan memartabatkan kaum dan agama itu merupakan perjuangan yang agak sukar, namun, teluslah dalam berbicara, sedarlah agama bukan milik bangsa arab saja walaupun ianya diturunkan melalui seseorang berbangsa Arab begitu juga kita di Malaysia,ianya bukan milik Melayu saja.Mudahan kita tidak menjadi asbab pada fitnah agama. Maafkan saya. Wallahualam.

Yang Berusaha ke jalan benar,
Si Anak campur,
punya nilai neutralisasi kaum,
tidak suka diskriminasi,
kadang-kadang berfikir perjuangan kaum kurang relevan bukan tidak relevan,
kerna ianya bagai simbol ketakutan kerana sedar atas kelemahan,
bukan seorang yang lupa diri,
sedar pada arah tuju negara iaitu Pluralisme dan Kesatuan Sosial,
tidak sesekali menyokong liberalisme,sekularisme,dualisme dan seangkatan dengannya.

Tuesday, May 14, 2013

Membayar dengan Paypal

Dunia yang makin maju membuatkan banyak kerja menjadi senang. Tambah-tambah dengan wujudnya jualan atas talian yang mudah. Tak payah nak mengharungi kesesakan jalan raya, mengeluarkan tenaga untuk berjalan membeli-belah. Dunia di hujung jari lah katakan. Untuk memanfaatkan sepenuhnya kemudahan yang ada, hampir semua urusan bayaran dan pembelian dilakukan atas talian. Kalau saya sendiri, pembayaran bil jalur lebar dan pesanan barangan online semua dilakukan atas talian.*malas nak keluar*.Tambah-tambah ada Cimb Clicks ni,makin lancar ler jari-jemari ni nak klik itu dan ini.

Beberapi minggu lepas, saya telah mendaftar untuk menggunakan Paypal,supaya mudah untuk bayar bil MAXIS. Lepas tu, saya pun cuba bayar bil guna Paypal. Apa yang tak menariknya, satu mesej diterima menyatakan caj akan dibuat ke atas akaun saya sebab menggunakan Paypal. Dan..masa tu rasa macam.."What???!!ada caj? and it cost not RM 0.20 atau RM 0.50, tapi RM 3 something!".

Just now, I paid for online shopping, lotion mustajab yang tengah promo (twin pack form RM30),dan sekali lagi,saya menggunakan paypal,yang saya fikir, pada mulanya,bukan pay via paypal,tapi directly guna debit, tapi...via Paypal jugak rupanya*ok..aksi ni macam saya ni tak pandai/tak reti membaca dan faham apa yang terpapar di skrin.* dan telah dicaj sebanyak RM 3.31 untuk menggunakan khidmat Paypal.GRRRRR!!Hapela...

*Atau aku yang sebenarnya agak bebal mengenai hal ini...*

Monday, May 13, 2013

Usah bersedih kalau mengantuk dalam kelas..blh buat mcm2.

Kekadang rasa mengantuk datang tanpa diundang(Ada ke ngantuk yg diundang?).Untuk hilangkan mengantuk dalam kelas, saya pun ambil la sketch book.Mencari-cari objek apa untuk dilukis.Akhirnya jumpa juga,lelaki yang berdiri tegak di depan dan khusyuk melontarkan kata-kata.Objek menarik untuk jadi sketch draw.hoho..minta maaf sesangat.

Friday, May 10, 2013

Mujahadah itu payah sekali- mula bertudung

Dahulu..saya seorang gadis yang sangat aktif.Sejak di bangku sekolah lagi, sukan merupakan perkara yang sangat saya minati.Setiap kali sukan sekolah, pasti ada saja nama saya tercatat di dalam acara lumba lari atau lompat jauh.Masa itu saya tidak punya perasaan malu untuk mengenakan seluar pendek paras peha.Keluarga saya bukanlah sebuah keluarga yang sangat menitik beratkan agama. Tapi satu kemestian bagi kami adik-beradik untuk belajar mengaji dan menghadiri KAFA. Ibu saya amat tegas dalam hal ini, sehinggalah kami menginjak usia remaja, paksaan itu sudah berkurang dan masing-masing sudah boleh membuat pilihan samada mahu tingkatkan ilmu membaca Quran mengikut  atau tidak.Saya tidak pernah khatam belajar mengaji Quran, tapi saya tahu membaca dan Alhamdulillah berkat pendedahan pada pertandingan tilawah Quran semasa sekolah menengah,tajwid saya mulai bertambah baik.

Mula bertudung

Saya sejak kecil tidak berjilbab atau bertudung dengan istiqamah.Bila pergi sekolah dan kenduri barulah saya memakai tudung.Sehinggalah satu hari, saya terbaca satu salinan buku yang dalam mengatakan ,"Perempuan-perempuan yang tidak menutup aurat itu ibarat perempuan yang bertelanjang."
Jujur saya kata, saya amat terkesan pada kata-kata itu dan ianya membuat saya merenung kewajiban saya untuk bertudung (masa tu fikir bertudung tu tutup aurat dah). Kebetulan masa itu,kakak saya mula berjinak untuk bertudung, dan pengetua sekolah saya memberi tahu kepada pelajar perempuan bahawa mereka diwajibkan mengenakan tudung semasa di sekolah samada pagi atau petang dan juga semasa pergi luar. Saya jadikan itu sebagai alasan untuk saya mula bertudung.

Kesukaran untuk bertudung

Memang amat sukar untuk berubah secara tiba-tiba. Ramai orang bersikap prejudis,mengejek-ngejek bila kita mula mengenaikan tudung."Alimnye..pergh..".Tapi itu bukan sebab untuk saya berhenti. Alhamdulillah Allah kurniakan saya kekuatan hati dan sifat degil untuk terus mengenakan tudung walaupun pada pengertian menutup auratnya saya belum sempurna lagi.Mulai dari umur 14 tahun, saya mula bertudung.tapi lepas tu masa main futsal ada juga lepaskan jilbab sebab kena becak..(jahilnya).entah bilamasa nya saya mula menutup aurat...Entah-entah sekarang pun saya tidak cukup menutup aurat :(. Suka saya ingatkan diri saya, jalan menuju syurga Allah itu memang sukar...bermujahadah itu sukar...tapi saya yakin pengakhirannya sangat manis.Kuatkanlah hati untuk berubh..biarlah sikit atau lambat sekalipun,asal niat itu sentiasa dikukuh dan diusahakan..tapi jangan pula dijadikan alasan untuk berlambat-lambat kerana setiap detik tersingkapnya aurat itu dikira dosanya..wallahualam.

Thursday, May 9, 2013

One of my dream that Allah s.w.t knows..

It is normal for us to be dreaming of something regarding our future. What I mean with dream is something that I really hope to be happen in my reality life. Allah gives me a hard life, growing up with mother and without father around me and now it is vice versa. But that is not a reason for me to say my life is bad and Allah gives me something that I does not reserved to go through in my life,something that I can't afford it. What can I say after all the years that I had struggled knowing what actually happen in my family is that, Allah thanks for what U had gave me in this life..


Al-baqarah:286


I put all my believe on this quote from Surah Al-baqarah. Allah doesn't create anything in this world for nothing. So, I believe I have my own part of responsibility. I might not able to join Islamist force to fight the enemies of Islam, but what I can do are strengthen my iman,understand what my religion is, practice it and convey it especially to my family. It frightened me a lot to imagine our beloved one being burned in fire or being slashed to dead. Tahlil and dua after their death doesn't mean anything to save them from misdeed and from the judgment day and hereafter if they don't comply the good deeds in their dunya life. 

And biggest challenge ever is...to convey our religion to someone who is not a muslim..yes..It is my dream to be able to convey the truth of Islam to my family.

May Allah ease my path..