Sunday, October 23, 2011

Ingin ku bertanya

Ya Allah..
Ingin ku bertanya..
kenapa diri ini kian hilang.

Ya Allah..
Ingin ku bertanya..
Kenapa hati ini kian kosong...

Ya Allah...
Ingin ku bertanya...
Hitamkah hatiku sarat dengan dosa..

Ya Allah..
Ingin ku bertanya..
Kenapa sukar untuk aku mengalirkan air mata keranamu..

Ya Allah..
Ingin ku bertanya..
Kenapa tatkala aku sujud
hatiku tidak bersamaMu



Ya Allah..
Ya Allah..
Ya Allah..
Bantulah aku menyucikan hatiku
seperti sucinya kalam mu...
Bantulah kami..

Saturday, October 15, 2011

kerana KAU!

Musuh! Tengok je perkataan ni terus terdetik kat otak adalah orang yang membenci,orang tak suka kat kita,cuba untuk menjatuhkan kita walau  apa cara pun,dengki dan seangkatannya.

Korang ada musuh tak ? Takda? Kalau musuh dari pandangan mata kasar tu takda Alhamdulillah...mesti korang ni baik orangnya sampai takda orang yang membenci korang dan yang bermusuh dengan korang sampai sanggup melakukan apa sahaja bagi menjatuhkan korang.Tapi betul ke korang ni langsung takda musuh ?

Kalau korang yakin korang langsung takda musuh sebenarnya korang silap. Ada je pun musuh korang ,dan semestinya setiap manusia tu ada musuh dia sendiri.Korang nak tau siapa musuh korang yang setia bermusuh tu?

Jawapannya : Diri korang sendiri..Diri kita sendiri boleh jadi musuh dalam selimut bagi diri kita.Bagaimana ?
Melalui nafsu dan bisikan syaitan.YA..KERANA KAU SI NAFSU!



Aik..pelik ke ? Kenapa diri kita sendiri adalah musuh kita sendiri ?

Sebab Musabab :

1. Lumrah manusia ni ada negatif dan positif. Kadang-kadang unsur negatif dalam diri kita lebih kuat daripada unsur positif. Nafsu yang berlebihan penyebab unsur negatif.Sekiranya anda menghadapi situasi ini sedarlah bahawa anda DIJAJAH OLEH DIRI ANDA SENDIRI  DARI SEGI NEGATIF.Maksudnya, nafsu jadi BOS korang.Apabila kita tidak mampu mengawal nafsu kita, pelbagai perkara negatif boleh timbul dan memudahkan syaitan memasukkan jarumnya untuk merosakkan hati manusia.

2. Hati manusia ni boleh kotor. Setiap kali kita melakukan dosa, satu titik hitam akan timbul di hati kita,makin banyak kita buat dosa makin hitamlah hati kita.BAYANGKAN, DALAM SEHARI KITA BUAT DOSA SEBANYAK LEBIH DARI SATU RIBU, BERAPA TITIK HITAM YANG KITA BUAT DIHATI KITA ? Ianya umpama kita buat titik-titik atas kertas putih dengan pen hitam kita.Susah gak nak 'blanko ' kan semua titik tu kan.Penjajahan negatif mudah berlaku di sini.Selalu je dosa tu bermula dengan nafsu.

3. MANUSIA PALING MUDAH MENGINGKARI JANJI PADA DIRI SENDIRI. Tak perlu nak kemukakan bukti kajian dan ilmiah dari segi ni rasanya.TENUNG DIRI ANDA.Berapa banyak janji pada diri sendiri yang telah kita mungkiri.Contohnya, lepas ni kita janji tak buang sampah merata-rata, bangun awal setiap pagi untuk solat tahajud.Berapa ramai yang akan meneruskan janji mereka ?Sangat-sangat kecil jumlahnya.Kenapa ini terjadi? kerana nafsu.Tawaduk dan istiqamah itu sukar dilaksanakan apabila janji itu tidak terus-terus diingati ditambah dengan godaan sekeliling yang merangsang nafsu.

4. Berapa ramai penagih dadah yang masuk pusat pemulihan lepas tu diarang terus tinggalkan najis dadah ? Berapa ramai pula yang kembali menagih ? Kenapa situasi sedemikian berlaku ? Jawapannya mudah.Sebab diri mereka sendiri,dalaman mereka tidak mahu menerima perubahan itu. Kurangnya kekuatan semangat dan kurangnya istiqamah mereka dalam usaha menuju kebaikan menyebabkan mereka mudah kembali ke lembah hitam.Disini juga nafsu bermaharajalela.



5. Selalu dengar tak ayat ni,' Kalau diri sendiri tak nak berubah,buat macamana pun takkan berubah' ?Ada kaitan tak dengan musuh dalam diri ?

Betapa hebat sekali pun pengaruh negatif disekeliling kita tetapi apabila diri kita  KUAT mengatakan TIDAK pada perkara negatif itu, kita tetap akan berjaya melepaskan diri dari pengaruh negatif itu.PAGAR DIRI KITA TERLETAK DIDALAM DIRI KITA SENDIRI, PEDANG KEMUSNAHAN JUGA TERDAPAT PADA DIRI KITA SENDIRI.

CARA NAK MENAWAN MUSUH DALAM DIRI KITA :

1. Cara yang afdal semestinya mendekatkan diri pada Yang Esa.

* Banyakkan istighfar.
*Tuluskan hati untuk berubah.
*Memaafkan dan meminta maaf.
*Pendek kata,kembalilah pada agama.

2. Berusaha untuk istiqamah.Buat sekali je tak guna,kena berterusan baru ada hasil. Macam makan ubat jugak la.



3. Bertawakal setelah berusaha.Pengabdian diri pada Yang Esa setelah berusaha adalah sangat penting.Jangan terlalu yakin segala kejayaan itu kerana diri sendiri,tapi kerana Allah swt yang mengizinkan perubahan dan kejayaan itu berlaku.

4. Jangan mudah menyerah kalah. Muhasabah diri setiap masa.Selalu ingat,disetiap perkara itu ada hikmahnya.Seandainya diberikan kejayaan jangan lupa ianya juga dugaan.

5.Perbaharu niat setiap masa kerana DIA YANG ESA.


KENAPA CARA-CARA MENAWAN MUSUH SENDIRI NI BANYAK SEBUT AGAMA ?

Sebab agama adalah tunjang segala hal.Penentu kehidupan kita adalah agama. Jadi kalau kita pegang pada agama, inshaAllah SEGALA YANG SUKAR AKAN JADI MUDAH.




SEKARANG anda percaya anda ada musuh ? Mari kita kuatkan semangat untuk berubah. Macam biasa, nak jadi sempurna tu susah, tapi kenapa tidak kita berusaha kearah kesempurnaan itu ?Tak salahkan?Renung-renungkan.

P/S : Setiap kali diri ni menaip 'entry' teringat diri sendiri ni yang terlalu kurang...'Entry' ni khas untuk diri sendiri dan khusus untuk orang yang mahu berfikir.Mudahan ada isinya.


Pernahkah kita berfikir ?

1. Nanti di saat kita meninggal dunia dimana roh mula meninggalkan jasad mampukah kita mengucap mengakui keEsaan Allah swt ? 

2. Kuatkan semangat kita untuk menampan godaan Dajal?

3. Mungkinkah satu hari nanti kita berpaling daripada Allah ?

Nauzubillah...


Titipkan dalam doa harian kita :

Ya Allah...matikanlah kami dalam keimanan kepadaMu..
Ya Allah..janganlah kami dibutakan dengan kehidupan duniawi..
Ya Allah...peliharalah kami dari fitnah Dajal..

Astaghfirullah al adzim...

Gentar hati ni bila fikir seandainya di akhir usia nanti tiba-tiba hati ni dipalingkan daripada Allah..nauzubillah...
Belum lagi memikirkan dosa yang bertimbun tiap saat dikumpul..Azab..Azab..Allahuma ajirna minannar..

Mudahan setiap perkataan di 'entry-entry' membawa kepada manfaat bukannya dosa..Amin...


Friday, October 14, 2011

Why Should I care about people who Don't care about me?!

Masa tengah 'pendafour light dinner ' dengan 'assistance' di malam yang sunyi dan sepi,tiba-tiba pula terpacul sebaris ayat yang kini dah jadi tajuk 'entry' kali ni..

Kalau kita terjemahkan tajuk 'entry' kali ni maksudnya, 

KENAPA AKU NAK KISAH PASAL ORANG YANG TAK KISAH PASAL AKU?.

Ni korang reti kan ? Pernah dengarkan ? Selalu? Kekadang? Siapa yang cakap? Diri sendiri? Rakan? Mak? Ayah? Kakak? Suku dan sakat ? Argh...persetankan itu semua ..tak kisah la siapa yang selalu ke tak selalu sebut ayat ni.Sekarang kita fokus pada apa yang SAYA nak cerita..(mode garang kening bertemu).

Ayat ni selalu berkumandang di corong telinga atau mulut kita bila mana kita atau seseorang tu rasa bengang atau sifat malas yang ber MahaRaja Lawak! Dan sesungguhnya ayat ni menggambarkan kesombongan seseorang itu.SETUJU atau TIDAK SETUJU?

Korang tau tak, setiap perkataan yang terluah daripada mulut korang yang seksi dan munggil gitu melambangkan hati dan peribadi korang.(lama dah tau kan?).Kalaulah korang jadikan perkataan di atas sebagai motto hidup korang ,jangan harap korang hidup senang dalam dunia ni .Nak tau kenapa ?

SEBAB MUSABAB:

1. What you give you will earn it back . (Hukum Karma beb..)

2. Bila ko tak kisah pasal orang lain, orang lain pun tak kisah pasal ko,jadi ko mati nanti ko kubur sendiri.

3. Takda kemuafakatan akan menghancurkan masyarakat.


JAGA TEPI KAIN SENDIRI...

Kalau kita perhatikan sekarang ni, terutama kat bandar, tak ramai yang mahu ambil tahu mengenai jiran tetangga.Kenapa? TAKUT kena tuduh 'busybody' ye? Memanglah 'busybody' kalau ambil tahu pada perkara yang tak patut.Cuba kalau ambil tahu pada perkara yang betul bukannya keburukan jiran kita, tak ke lebih elok ..Istilah JAGA TEPI KAIN SENDIRI membawa kepada kebaikan dan keburukan,jadi sila guna istilah ni sebaik-baiknya.

CE Bayang Ce bayang :

Andai katalah kan perdana menteri,doktor,cikgu semua fikir "apasal aku nak kisah pasal orang tak kisah sal aku",macam manalah dunia sekarang ni kan.Semua sibuk dengan diri sendiri je. 

Lagipun macamana orang nak kisah pasal kita kalau kita tak kisah pasal orang lain dulu.Mesti ada orang  yang mula kisah barulah ada yang dikisah  kan? Tak faham ? Macamni, saling memberi dan menerima,kalau kita tunggu orang yang kisah pasal kita padahal kita tak kisah padal orang,jadi 'tajuk entry' ni sampai matilah bawak.Tukar tajuk jap,jadi kalau bukan kita yang mula untuk kisahkan orang lain, kita nak tunggu siapa lagi ?
"Why I care about people who care about me ?" jawap soalan ni.Ianya menjawab kenapa kita tak elok hanya ambil kisah pada orang tertentu sahaja.

p/s : mengantuk.esei ni tergantung tak berapa jelas.sebab takda buat apa2 ,post je la..

Sunday, October 9, 2011

Dia jemput aku dan kamu!


animated gif how to
Dari Blog Picisan Kata yang perlu diungkap
                                                 

Amacam ? cantek tak banner ni? nampak comel dengan tudung pink. Banner ni Reynn minah suka korea yang buat..betul ke reyn suka korea? tak tahuuuu lah...atau silap orang..maaf...


Reyn buat entry ni khas untuk menjemput,mempersilakan dengan karpet merah menyala-nyala untuk korang join blogslist dier..So..all are welcome...


Ni gambaran blog Reynn...


Klik image tu o.k.tq.
JOM..JOM...!

Friday, October 7, 2011

STALKERS VS READERS

Stalkers  vs Readers





Kalau kita nak terjemahkan dua perkataan kat atas secara mudah mengikut kamus kefahaman kita sendiri,secara mudahnya kita boleh cakap  stalkers adalah orang yang mengintip, dan Readers pula adalah orang yang membaca (pembaca lah tu).





Kenapa dengan stalkers ?

Sebahagian bloggers menganggap  individu yang datang bertandang ke blog diarang tanpa diundang dan juga bukan dari kalangan followers adalah stalkers,atau pengintip yang sememangnya bunyi dia jahat la...Jadi, kebanyakannya bloggers memang anti giler dengan para stalkers ni (terutama bloggers yang menjadikan blog diarang tu personal diary)





 Gadis A : Rimaslah aku blog aku ada stalker la..p*******! betul la..


Gadis B : Mana kau tau ada stalkers ?


Gadis A : Mana aku tak tau..siap dia p bahan aku kat status fb lagi..


Gadis B : Mana kau tau dia p bahan ko ?


Gadis A : dah terang-terang dia update status yang sama makna cam blog aku tiap kali aku update blog aku..


Gadis B : Ko pasti ke ? Mana tau dia maksudkan orang lain..atau dia suka kat blog ko ke..


Gadis A : itu aku tak tau..yang pasti dia stalker!


Pernah berhadapan dengan masalah camni ? TAK PERNAH ? mesti situasi lain kan (apa la aku ni tak pandai bagi contoh ) tapi hampir sama je kan..





Selalunya,golongan stalkers ni suka datang untuk cari maklumat pasal si blogger ni,tak tahu la kenapa, mungkin dia minat kat tuan punya blog kut...(phewittt..hot gitu..),takpun dia nak gain knowledge ke (knowledge apa kalau stalking blog aku yang khas untuk kutuk orang ?eh!belajar mengutuk gak ke?) kalau tak pun dia tu kenalan kepada followers tuan punya blog..mana tahu(yang ni bukan stalker ni reader!)





Kalau readers tu macamana plak ?

Kalo pendapat I lah kan (I plak dah..), readers tu sesiapa yang bertandang kat blog dan sudi membaca karya-karya seni mengutuk,menulis,bersyair,berpuisi,bercereka kita kat dalam blog tu...Tak kisahlah dia tu datang dengan niat apa pun,nak stalking ke,nak cari aib ke, nak gain knowledge ke apa-apa je la tujuan dia datang asalkan dia baca entry tu dikira readers lah tu...yela..dia membaca bukan dia tenung je entry kita tu...

Macamana nak tahu dia baca atau tak ? Tu dia sendiri tau la...takpun melalui komen atau responds di setiap entry..kekadang ,ada yang memilih untuk jadi silent reader.Korang tak fikir ke diarang tu menyumbang kepada trafik blog korang ? Jadi,berterima kasih je la pada diarang kan.Jangan fikir orang yang tak jadi followers anda tu sahaja stalkers,tapi followers juga boleh jadi stalkers!(yela..diarang follow sebab nak intip korang ler..)Kesimpulan,halalkan dan redhakanlah ziarah diarang ke blog anda tu  o.k.Lagipun,kalau tak nak orang baca, tak payah je la korang buat entry tu o.k.Apedaaaaa....buang karen je nak marah.






p/s : Ketuk kepala,fikir sendiri..hehe...thanks to my followers..





Thursday, October 6, 2011

Maaf..sedang dalam proses pembinaan..


Sebelum start scanning,skimming semua tu, smell the roses with your closed eyes...hm....wangi...


Mula !
Pernah tak korang menjadi tempat untuk diluahkan perasaan cinta dan kasih? dan perasaan tu ditujukan kat korang?

Mesti pernahkan?



Kadang-kadang perasaan tu diberitahu dengan jelas dengan ucapan :

"Saya suka kat awak"

"Saya dah jatuh hati kat awak"

"Saya rasa saya ada hati kat awak"


Kalau yang biasa cakap omputih pulak cakap gini :

"I fell in love in you"
 "I love you"
"Is there any place in your heart for me?"

Ada jugak yang berkias-kias seperti :

Awak ni baiklah,untung siapa dapat awak.
Awak manis..sweet..comel...(kembang kempis je perempuan@laki-laki tu kena puji)
Kalau lah saya dapat awak,saya takkan sia-siakan..
Mak awak,mak saya jugak...
Berapa ea hantaran awak?

Hujung-hujungnya di jemput masuk ke industri perkapalan plak (couple).

Semua perkataan ni sinonim kan?

Jangan tipulah cakap "Tak pun".Terutama kat adik-adik dan akak-akak yang tak dapat nak jauhkan diri daripada lelaki dalam pergaulan sosial..Betul tak ?

Phewitttt.....hotnya korang....
Tahu tak berapa plastiknya ucapan sedemikian?Kalau anda terima juga maksudnya anda pun plastik.Kalau dah menikah lain cerita (mata blink-blink).
Kalau betul dia tu cinta kat awak,naper dia ajak "couple",dia tak tau ke kalau "couple" tu tak boleh ?
Dia ajak kita berkasih sayang tapi dia sedar ke kasih sayang yang dia beri tak halal?

(macam menggalakkan korang putus plakkan?hua3..takdola..andai ada boleh guna ni..)


Ops..pembetulan..."couple" itu boleh..tapi lepas nikah...
Ada cop "Halal" pulak tu kan.(^_^)



Kita ni selalu je kan, dah tahu salah ,benda yang salah gak kita nak buat...
Tak rasa bersalah ke?

Suatu hari nanti, kita akan menyesal atas kesilapan lalu kita,terutama bab " couple" ni.Rasa malu yang teramat pada diri sendiri.Tambah-tambah lagi kalau pakwe korang tu tak jadi suami atau isteri korang.

Kalau yakin jodoh Allah ,kenapa "couple" ? Kalau awak yakin dia milik awak,dia akan jadi isteri atau suami awak suatu hari nanti,kenapa awak nak "couple" dengan dia? Sebab awak takut dia terlepas kat orang lain ye?

Kalau jawab "YA" maksudnya tak yakinlah tu.
Kalau jawab "Takdelah..sbb sy yakinlah saya couple dengan dia ."

Jawapan kedua ni kita tanya lagi, kalau awak yakin kenapa awak tak menikah je terus?ke awak belum yakin dia boleh jadi isteri awak dan nak berkenalan dulu masa couple?atau awak rasa awak belum mampu memikul amanah di alam perkahwinan?





Dah tahu tak mampu,pergilah mampukan diri dulu .Tak da duit  tak mampu nak menikah ?Kalau rasa tak mampu tu kenapa belanja makwe mampu pulak ?(seluar dalam mak bapak beli sibuk nak belanja makwe plak dah.)Kumpul je la duit untuk belanja tu isi dalam tabung buat mas  kahwin nanti. Bayangkan kalaulah makwe tu tak jadi isteri, tak ke membazir duit tu.Plus plus pulak dengan rasa kasih yang dah dibazir,merajuk yang kena layan tapi akhirnya orang tu bukan jodoh kita,macamana? Apa ? EKSPRESI RASA SAYANG ? dengan pembaziran ke?



Isteri : Abang, kita ada duit ke nak bayar bil?
Suami : Awak jangan risau,duit simpanan abang ada.
Isteri : Harapnya cukuplah bang..
Suami:InshaAllah..(Cukup-cukup bayar bil je,menyesal aku habiskan duit untuk ex makwe aku dulu).




Wanita ni umpama berlian, makin selalu kita pamer,makin selalu kita sentuh makin hilang serinya. Rasa biasa je kalau dah selalu tengokkan. Macam bunga mawar juga, selalu dihidu,dibelai-belai dan dipetik dengan cara yang salah akan menyebabkannya layu bukan pada masanya.Jadi wanita sila fikir(termasuk saya).

Sebelum kita fikir hal berpasangan ni, apa kata kita ambil seminit dua untuk bertanyakan pada diri kita beberapa soalan mudah :

1. Dah cukupkah ilmu aku untuk membimbing keluarga aku ?
2. Berapa jauh kemantapan hati aku berusaha menyempurnakan hak aku sebagai hamba Allah selama ni ?
3. Kalau nak jadi suami atau isteri perlu apa ?Aku dah ada ka semua tu ?
4.Apa tujuan aku bina perhubungan tu nanti ?



Lepas kita fikir semua ni baru putuskan samada nak couple atau tak ? Kalau tak,jawab pada orang yang ajak awak couple tu macam ni.
 "Maaf..sedang dalam proses pembinaan."
"Awak dah siap ke ?"



Memang takkan pernah sempurna diri kita ni,tapi adakah kita berusaha atau tak itu yang jadi persoalannya sekarang bukan ?

Cara nak elakkan masalah dalam hal macamni :

Jauhi ikhtilat (pergaulan bebas).
Tak kira samada secara bersemuka atau melalui teknologi masa kini (sms,mms,3g,ym,fb,twitter).


Apa ? Hanya kawan sahaja ?Baiklah hanya kawan.Tapi kenapa perlu nak berhubung 24:7 ? Banyak sangat ke perkara penting nak dibincang tu? Apa ? BFF? Maaf saya katakan, laki-laki dan perempuan takda istilah BFF(Best Friend Forever),dari BFF ler timbul perasaan lain lagipun nanti dah menikah mana ada BFF lagi..BFF dia orang umah dia la.Pertolongan tak semestinya kita dapat dari rakan kita kebiasaannya,tapi dimana-mana dan siapa saja yang Allah tentukan...Tak perlu cipta kenangan yang sememangnya tak perlu...



p/s : Pesanan ni khas untuk menyedarkan diri si penulis agar tak terus leka dengan pancaroba duniawi.Tak lupa juga untuk sahabat handai (andai ada yang membaca).Semoga sama kita menuju kejayaan.InshaAllah.Amin. Pada yang dah menikah :


Pada diri sendiri yang masih seperti buah kelapa ditengah lautan,diharap tak lama lagi akan sampai ke destinasi yang diredhai DIA dalam keadaan utuh dan berguna.Amin...

*Imej hasil Mak Cik Google yang tolong"

Wednesday, October 5, 2011

"Maaf..saya tak berapa nak suka benda manis"





Petang itu, pondok bas dipenuhi dengan para jejaka dan tak kurang juga para jejaki yang mungkin mempunyai matlamat yang sama,iaitu menaiki bas.Tidak ketinggalan juga seorang wanita yang bertudung labuh dan berjubah hijau zamrud berdiri di pinggir pondok setia menanti bas.

:::::::::::::::::5 minit::::::::::::::::::::::::::::::
:::::::::::::::::2 minit:::::::::::::::::::::::::::::
:::::::::::::::::1 minit:::::::::::::::::



Akhirnya bas yang dinanti pun tiba...semua manusia yang wujud kat situ pun berpusu-pusulah masuk ke dalam bas.Dan yang terakhir sekali wanita yang bertudung labuh tersebut..Setia dia menunggu giliran yang terakhir sekali asalkan tidak berebut-rebut dengan laki-laki yang tidak menghiraukan orang lain..

Alhamdulillah...masuk-masuk je kat dalam bas,terlihat satu tempat kosong tapi disebelahnya duduk seorang laki-laki yang memandang dengan mata liar.Disebabkan rasa lenguh kaki yang teramat,dia pun duduk di tepi pemuda itu,meletakkan beg sandangnya sebagai perantara antara dia dan pemuda itu.


Terasa diperhati,wanita itu memandang sekilas ke arah pemuda disebelahnya.Betul!Dia diperhati..


Hati mulai gelisah,dia memalingkan muka ke arah kanan dengan tubuh yang sedikit dipaling  mengikut arah mata nya. 


"Awak ni cantikla..siapa nama ea?,"kedengaran suara halus yang begitu hampir di telinganya.Dua kali pertanyaan sama diulang.


Terasa hangat membakar jiwa wanita itu.Disabarkan diri tanpa memalingkan wajah jauh sekali memberi balasan.


"Assalamualaikum..awak..siapa nama..?,"suara sama memberi salam.


Masih juga si wanita tak  mengendahkan.


"Bagusnya...dahla cantik..pemalu pulak...sopan..,"ujar sipemuda itu separuh berbisik..


Perlahan wanita itu mengalihkan wajah ke arah pemuda itu,namun matanya  tetap ditundukkan.





"Waalaikumusalam saudara..maaf..saya tak berapa nak suka benda manis..sebab benda manis ni boleh bawak banyak penyakit..jadi saudara tolong simpan gula-gula saudara,beri pada yang berhak ..minta maaf ye saudara..,"rendah saja suaranya dilontarkan namun jelas kedengaran satu dua baris tempat duduk yang bersebelahan dan belakang.






Selesai berkata-kata, wanita itu memalingkan semula tubuhnya ke arah sebelumnya.


Terkedu pemuda itu...lalu bersiul kecil mengarahkan pandangan ke luar tingkap..pasti dia memikirkan maksud kata-kata si wanita tadi...dan menghilangkan malunya..


"Gula-gula ? Bila masa pulak aku kasi dia gula-gula ?Aku puji ada la..,"bisik kesil si pemuda..


Wanita itu turun di perhentian yang pertama tanpa memberi penjelasan pada kata-katanya dan meninggalkan persoalan di benak pemuda itu.

Cer teka cer teka apa gula-gula yang dimaksudkan ?

Kadang-kadang meninggalkan suatu persoalan adalah cara terbaik untuk mengenali sesuatu.Tanpa soalan,manusia akan malas berfikir.

Gula-gula yang dimaksudkan adalah kata-kata pujian. Pujian ni elok,memang bagus untuk menaikkan semangat kalau kena pada tempatnya.Tapi kenalah beringat, pujian ni boleh mendatangkan masalah hati yang lain,Contohnya riak dan ujub.Wanita pulak nalurinya mudah terganggu dengan pujian yang diberikan.Bila disorong "gula-gula" di depan mata,sukar untuk kita tolak bukan ?Jangan ambil gula-gula sembarangan. Terimalah gula-gula yang halal dan barakah saje .Kalau tak suka, simpan je kat tepi dan ucap terima kasih pada si pemberi.


Kalau ada orang puji, kita lafazkan "Alhamdulillah " bermaksud segala puji bagi Allah.Sesungguhnya pujian itu  hanya layak bagi Allah pencipta semesta alam...Segalanya dia punya..kita pinjam je..


"Berhati-hatilah dalam memuji(menyanjung-nyanjung),sesungguhnya itu adalah penyembelihan."(HR Bukhari)

Jadi kamu nak ke kena sembelih?hahaa

"Taburkanlah pasir ke wajah orang-orang yang suka memuji dan menyanjung-nyanjung." (HR Muslim).

Jadi standby pasir dalam beg,kalau ada orang puji terus tabur ye.hahaha...amik kolah untuk tabur pasir kat si pemuji..hua2..(jangan realisasikan kata-kata ni)

Pada wanita pulak,jangan terlalu suka dipuji sebab kadang-kadang pujian tu mendatangkan musibah..dan ingat ..malu tu mahkota wanita..malu lah terima pujian sebab diri kita sebenarnya takda apa-apa untuk dipuji..


p/s :walaupun kita tak sempurna,apa salahnya kita cuba untuk sempurnakan.Sama-sama kita beringat dan beramal o.k(^_^)



Sunday, October 2, 2011

Takyah belajar sangat, kita boleh tiba-tiba pandai..

"Tak payah belajar sangat untuk exam,nanti masa exam kita automatik boleh pandai..."

Berapa orang setuju dengan pernyataan di atas ? Sila klik "Interesting" kat bawah entri ni .Terima kasih.Kalau tak setuju sila klik butang  nombor tiga pulak,yang ada Thumbs up.Terima kasih juga untuk itu.

Hari ni kitarang ada paper AGR 208 (Basic Agriculture Engineering). Dari semalam lagi tangan ni tak lekang dengan nota-nota untuk paper ni. Awal pagi lagi dah bangun untuk refresh dan revise balik apa yang dipelajari.

Masa tengah revise tu tersedarlah dari angan-angan pemalas selama ni.Banyak lagi yang tak cover sebenarnya!Padan muka kan..Nampak sangat tak jaga niat untuk belajar ni sampaikan last-last hari,jam dan minit baru nak cover up semua chapters.

Setiap semester masa ujian, ramai pelajar akan rasa menyesal.Antara kata-kata yang selalu muncul:

"Rugilah aku tak belajar dari awal sem dulu,kalau tak ,tak jadi gini".

" Lah...naper banyak soalan past final ni takde dalam chapter ?".

"Lepas ni aku akan atur masa elok-elok".


Argh...kata-kata hanya tinggal kata-kata yang tak dikotakan selalunya kan! Selalunya janji pada diri sendiri la kita selalu mungkiri dengan senang dan rela hati.

Bercerita mengenai tajuk entri,mesti korang fikir,boleh ke kita tiba-tiba pandai? Boleeeeeehhhhhhhhhhhh sangat la..Masa jawab exam macam-macam kepandaian yang akan keluar dari diri korang.Antaranya :

1) Pandai nak kelentong.(dari tak pandai nak kelentong, dah pandai kelentong dalam menjawab soalan.)

2) Menjadi ahli fikir (memikirkan kelogikan yang berlaku pada soalan itu).

3) Pandai mencipta formula dan akta-akta sendiri(sebab tak tahu nak jawab, main agak-agak lah...)

4)Menjadi ahli nujum .

Korang rasa apa lagi bila time ujian korang tetiba pandai?


Sebenarnya....

Setiap soalan yang terpampang pada kertas ujian tu semua jawapannya dah ada dalam kepala hotak kita ni. Sebab apa ? Sebabnya gambaran pada tiap apa yang kita belajar tu dah terakam dalam minda kita cuma bila kita tak tajamkan minda kita dengan gambara tu ianya akan jadi kurang jelas dan kabur. Kalau korang rasa ianya takdoooo..soooo...maksunya korang ni masuk kelas untuk tayang diri aje,tertinggal mata,telinga korang kat atas katil.

Antara sebab lain korang tak ingat adalah disebabkan korang rasa terlalu gementar dan terlalu memikirkan akibat.Jadi cadangan aku lah kan, grab as many as you can, leave if u think u can't . Ni tips memang pemalas la jugak khas untuk orang yang suka revise last minit.Tak payan stress dah..tapi sedia la menerima apa-apa kemungkinan ye..


Tips terhebat dari aku lah kan pasal exam ni, korang baca nota korang sambil senyum:)...Bila korang senyum,hati korang senang dan tenang dan ilmu mudah nak masuk..tak percaya cuba lah..Kalau korang rasa ngantuk, korang dengarlah lagu ( mendengar ayat suci quran sangat digalakkan) dan tengok filem ke ..tapi kalau korang rasa tak boleh beri tumpuan pada dua perkara dalam satu masa, korang menulislah sambil membaca.


TIDUR AWAL DAN BANGUN AWAL.Sebaiknya korang tak panjangkan antara waktu isyak dengan waktu tidur(jangan buat macam aku sem ni tidur lewat je, aku bagi tips ni pun berdasarkan pengalaman sem 2 and 3 aku )..Jangan sesekali korang tak tidur sebab nak belajar sampai ke pagi.Bila korang tak tidur, otak akan jadi penat tau tak.Tak dapat dia nak cerna apa yang dah belajar.


Apapun...cara utama adalah dengan memperbetulkan niat untuk exam ni...Kerana Allah Taala..hehehe..Moh la sama-sama kita perbaiki diri ye..Aku pun susah hati dengan diri aku ni...