Thursday, October 6, 2011

Maaf..sedang dalam proses pembinaan..


Sebelum start scanning,skimming semua tu, smell the roses with your closed eyes...hm....wangi...


Mula !
Pernah tak korang menjadi tempat untuk diluahkan perasaan cinta dan kasih? dan perasaan tu ditujukan kat korang?

Mesti pernahkan?



Kadang-kadang perasaan tu diberitahu dengan jelas dengan ucapan :

"Saya suka kat awak"

"Saya dah jatuh hati kat awak"

"Saya rasa saya ada hati kat awak"


Kalau yang biasa cakap omputih pulak cakap gini :

"I fell in love in you"
 "I love you"
"Is there any place in your heart for me?"

Ada jugak yang berkias-kias seperti :

Awak ni baiklah,untung siapa dapat awak.
Awak manis..sweet..comel...(kembang kempis je perempuan@laki-laki tu kena puji)
Kalau lah saya dapat awak,saya takkan sia-siakan..
Mak awak,mak saya jugak...
Berapa ea hantaran awak?

Hujung-hujungnya di jemput masuk ke industri perkapalan plak (couple).

Semua perkataan ni sinonim kan?

Jangan tipulah cakap "Tak pun".Terutama kat adik-adik dan akak-akak yang tak dapat nak jauhkan diri daripada lelaki dalam pergaulan sosial..Betul tak ?

Phewitttt.....hotnya korang....
Tahu tak berapa plastiknya ucapan sedemikian?Kalau anda terima juga maksudnya anda pun plastik.Kalau dah menikah lain cerita (mata blink-blink).
Kalau betul dia tu cinta kat awak,naper dia ajak "couple",dia tak tau ke kalau "couple" tu tak boleh ?
Dia ajak kita berkasih sayang tapi dia sedar ke kasih sayang yang dia beri tak halal?

(macam menggalakkan korang putus plakkan?hua3..takdola..andai ada boleh guna ni..)


Ops..pembetulan..."couple" itu boleh..tapi lepas nikah...
Ada cop "Halal" pulak tu kan.(^_^)



Kita ni selalu je kan, dah tahu salah ,benda yang salah gak kita nak buat...
Tak rasa bersalah ke?

Suatu hari nanti, kita akan menyesal atas kesilapan lalu kita,terutama bab " couple" ni.Rasa malu yang teramat pada diri sendiri.Tambah-tambah lagi kalau pakwe korang tu tak jadi suami atau isteri korang.

Kalau yakin jodoh Allah ,kenapa "couple" ? Kalau awak yakin dia milik awak,dia akan jadi isteri atau suami awak suatu hari nanti,kenapa awak nak "couple" dengan dia? Sebab awak takut dia terlepas kat orang lain ye?

Kalau jawab "YA" maksudnya tak yakinlah tu.
Kalau jawab "Takdelah..sbb sy yakinlah saya couple dengan dia ."

Jawapan kedua ni kita tanya lagi, kalau awak yakin kenapa awak tak menikah je terus?ke awak belum yakin dia boleh jadi isteri awak dan nak berkenalan dulu masa couple?atau awak rasa awak belum mampu memikul amanah di alam perkahwinan?





Dah tahu tak mampu,pergilah mampukan diri dulu .Tak da duit  tak mampu nak menikah ?Kalau rasa tak mampu tu kenapa belanja makwe mampu pulak ?(seluar dalam mak bapak beli sibuk nak belanja makwe plak dah.)Kumpul je la duit untuk belanja tu isi dalam tabung buat mas  kahwin nanti. Bayangkan kalaulah makwe tu tak jadi isteri, tak ke membazir duit tu.Plus plus pulak dengan rasa kasih yang dah dibazir,merajuk yang kena layan tapi akhirnya orang tu bukan jodoh kita,macamana? Apa ? EKSPRESI RASA SAYANG ? dengan pembaziran ke?



Isteri : Abang, kita ada duit ke nak bayar bil?
Suami : Awak jangan risau,duit simpanan abang ada.
Isteri : Harapnya cukuplah bang..
Suami:InshaAllah..(Cukup-cukup bayar bil je,menyesal aku habiskan duit untuk ex makwe aku dulu).




Wanita ni umpama berlian, makin selalu kita pamer,makin selalu kita sentuh makin hilang serinya. Rasa biasa je kalau dah selalu tengokkan. Macam bunga mawar juga, selalu dihidu,dibelai-belai dan dipetik dengan cara yang salah akan menyebabkannya layu bukan pada masanya.Jadi wanita sila fikir(termasuk saya).

Sebelum kita fikir hal berpasangan ni, apa kata kita ambil seminit dua untuk bertanyakan pada diri kita beberapa soalan mudah :

1. Dah cukupkah ilmu aku untuk membimbing keluarga aku ?
2. Berapa jauh kemantapan hati aku berusaha menyempurnakan hak aku sebagai hamba Allah selama ni ?
3. Kalau nak jadi suami atau isteri perlu apa ?Aku dah ada ka semua tu ?
4.Apa tujuan aku bina perhubungan tu nanti ?



Lepas kita fikir semua ni baru putuskan samada nak couple atau tak ? Kalau tak,jawab pada orang yang ajak awak couple tu macam ni.
 "Maaf..sedang dalam proses pembinaan."
"Awak dah siap ke ?"



Memang takkan pernah sempurna diri kita ni,tapi adakah kita berusaha atau tak itu yang jadi persoalannya sekarang bukan ?

Cara nak elakkan masalah dalam hal macamni :

Jauhi ikhtilat (pergaulan bebas).
Tak kira samada secara bersemuka atau melalui teknologi masa kini (sms,mms,3g,ym,fb,twitter).


Apa ? Hanya kawan sahaja ?Baiklah hanya kawan.Tapi kenapa perlu nak berhubung 24:7 ? Banyak sangat ke perkara penting nak dibincang tu? Apa ? BFF? Maaf saya katakan, laki-laki dan perempuan takda istilah BFF(Best Friend Forever),dari BFF ler timbul perasaan lain lagipun nanti dah menikah mana ada BFF lagi..BFF dia orang umah dia la.Pertolongan tak semestinya kita dapat dari rakan kita kebiasaannya,tapi dimana-mana dan siapa saja yang Allah tentukan...Tak perlu cipta kenangan yang sememangnya tak perlu...



p/s : Pesanan ni khas untuk menyedarkan diri si penulis agar tak terus leka dengan pancaroba duniawi.Tak lupa juga untuk sahabat handai (andai ada yang membaca).Semoga sama kita menuju kejayaan.InshaAllah.Amin. Pada yang dah menikah :


Pada diri sendiri yang masih seperti buah kelapa ditengah lautan,diharap tak lama lagi akan sampai ke destinasi yang diredhai DIA dalam keadaan utuh dan berguna.Amin...

*Imej hasil Mak Cik Google yang tolong"

No comments: