Friday, October 14, 2011

Why Should I care about people who Don't care about me?!

Masa tengah 'pendafour light dinner ' dengan 'assistance' di malam yang sunyi dan sepi,tiba-tiba pula terpacul sebaris ayat yang kini dah jadi tajuk 'entry' kali ni..

Kalau kita terjemahkan tajuk 'entry' kali ni maksudnya, 

KENAPA AKU NAK KISAH PASAL ORANG YANG TAK KISAH PASAL AKU?.

Ni korang reti kan ? Pernah dengarkan ? Selalu? Kekadang? Siapa yang cakap? Diri sendiri? Rakan? Mak? Ayah? Kakak? Suku dan sakat ? Argh...persetankan itu semua ..tak kisah la siapa yang selalu ke tak selalu sebut ayat ni.Sekarang kita fokus pada apa yang SAYA nak cerita..(mode garang kening bertemu).

Ayat ni selalu berkumandang di corong telinga atau mulut kita bila mana kita atau seseorang tu rasa bengang atau sifat malas yang ber MahaRaja Lawak! Dan sesungguhnya ayat ni menggambarkan kesombongan seseorang itu.SETUJU atau TIDAK SETUJU?

Korang tau tak, setiap perkataan yang terluah daripada mulut korang yang seksi dan munggil gitu melambangkan hati dan peribadi korang.(lama dah tau kan?).Kalaulah korang jadikan perkataan di atas sebagai motto hidup korang ,jangan harap korang hidup senang dalam dunia ni .Nak tau kenapa ?

SEBAB MUSABAB:

1. What you give you will earn it back . (Hukum Karma beb..)

2. Bila ko tak kisah pasal orang lain, orang lain pun tak kisah pasal ko,jadi ko mati nanti ko kubur sendiri.

3. Takda kemuafakatan akan menghancurkan masyarakat.


JAGA TEPI KAIN SENDIRI...

Kalau kita perhatikan sekarang ni, terutama kat bandar, tak ramai yang mahu ambil tahu mengenai jiran tetangga.Kenapa? TAKUT kena tuduh 'busybody' ye? Memanglah 'busybody' kalau ambil tahu pada perkara yang tak patut.Cuba kalau ambil tahu pada perkara yang betul bukannya keburukan jiran kita, tak ke lebih elok ..Istilah JAGA TEPI KAIN SENDIRI membawa kepada kebaikan dan keburukan,jadi sila guna istilah ni sebaik-baiknya.

CE Bayang Ce bayang :

Andai katalah kan perdana menteri,doktor,cikgu semua fikir "apasal aku nak kisah pasal orang tak kisah sal aku",macam manalah dunia sekarang ni kan.Semua sibuk dengan diri sendiri je. 

Lagipun macamana orang nak kisah pasal kita kalau kita tak kisah pasal orang lain dulu.Mesti ada orang  yang mula kisah barulah ada yang dikisah  kan? Tak faham ? Macamni, saling memberi dan menerima,kalau kita tunggu orang yang kisah pasal kita padahal kita tak kisah padal orang,jadi 'tajuk entry' ni sampai matilah bawak.Tukar tajuk jap,jadi kalau bukan kita yang mula untuk kisahkan orang lain, kita nak tunggu siapa lagi ?
"Why I care about people who care about me ?" jawap soalan ni.Ianya menjawab kenapa kita tak elok hanya ambil kisah pada orang tertentu sahaja.

p/s : mengantuk.esei ni tergantung tak berapa jelas.sebab takda buat apa2 ,post je la..

3 comments:

purplekyu^_^ said...

betol jugak :)

purplekyu^_^ said...

betol jugak :)

lisa said...

adek ku eja..lama dah takdok aie.