Saturday, October 15, 2011

kerana KAU!

Musuh! Tengok je perkataan ni terus terdetik kat otak adalah orang yang membenci,orang tak suka kat kita,cuba untuk menjatuhkan kita walau  apa cara pun,dengki dan seangkatannya.

Korang ada musuh tak ? Takda? Kalau musuh dari pandangan mata kasar tu takda Alhamdulillah...mesti korang ni baik orangnya sampai takda orang yang membenci korang dan yang bermusuh dengan korang sampai sanggup melakukan apa sahaja bagi menjatuhkan korang.Tapi betul ke korang ni langsung takda musuh ?

Kalau korang yakin korang langsung takda musuh sebenarnya korang silap. Ada je pun musuh korang ,dan semestinya setiap manusia tu ada musuh dia sendiri.Korang nak tau siapa musuh korang yang setia bermusuh tu?

Jawapannya : Diri korang sendiri..Diri kita sendiri boleh jadi musuh dalam selimut bagi diri kita.Bagaimana ?
Melalui nafsu dan bisikan syaitan.YA..KERANA KAU SI NAFSU!



Aik..pelik ke ? Kenapa diri kita sendiri adalah musuh kita sendiri ?

Sebab Musabab :

1. Lumrah manusia ni ada negatif dan positif. Kadang-kadang unsur negatif dalam diri kita lebih kuat daripada unsur positif. Nafsu yang berlebihan penyebab unsur negatif.Sekiranya anda menghadapi situasi ini sedarlah bahawa anda DIJAJAH OLEH DIRI ANDA SENDIRI  DARI SEGI NEGATIF.Maksudnya, nafsu jadi BOS korang.Apabila kita tidak mampu mengawal nafsu kita, pelbagai perkara negatif boleh timbul dan memudahkan syaitan memasukkan jarumnya untuk merosakkan hati manusia.

2. Hati manusia ni boleh kotor. Setiap kali kita melakukan dosa, satu titik hitam akan timbul di hati kita,makin banyak kita buat dosa makin hitamlah hati kita.BAYANGKAN, DALAM SEHARI KITA BUAT DOSA SEBANYAK LEBIH DARI SATU RIBU, BERAPA TITIK HITAM YANG KITA BUAT DIHATI KITA ? Ianya umpama kita buat titik-titik atas kertas putih dengan pen hitam kita.Susah gak nak 'blanko ' kan semua titik tu kan.Penjajahan negatif mudah berlaku di sini.Selalu je dosa tu bermula dengan nafsu.

3. MANUSIA PALING MUDAH MENGINGKARI JANJI PADA DIRI SENDIRI. Tak perlu nak kemukakan bukti kajian dan ilmiah dari segi ni rasanya.TENUNG DIRI ANDA.Berapa banyak janji pada diri sendiri yang telah kita mungkiri.Contohnya, lepas ni kita janji tak buang sampah merata-rata, bangun awal setiap pagi untuk solat tahajud.Berapa ramai yang akan meneruskan janji mereka ?Sangat-sangat kecil jumlahnya.Kenapa ini terjadi? kerana nafsu.Tawaduk dan istiqamah itu sukar dilaksanakan apabila janji itu tidak terus-terus diingati ditambah dengan godaan sekeliling yang merangsang nafsu.

4. Berapa ramai penagih dadah yang masuk pusat pemulihan lepas tu diarang terus tinggalkan najis dadah ? Berapa ramai pula yang kembali menagih ? Kenapa situasi sedemikian berlaku ? Jawapannya mudah.Sebab diri mereka sendiri,dalaman mereka tidak mahu menerima perubahan itu. Kurangnya kekuatan semangat dan kurangnya istiqamah mereka dalam usaha menuju kebaikan menyebabkan mereka mudah kembali ke lembah hitam.Disini juga nafsu bermaharajalela.



5. Selalu dengar tak ayat ni,' Kalau diri sendiri tak nak berubah,buat macamana pun takkan berubah' ?Ada kaitan tak dengan musuh dalam diri ?

Betapa hebat sekali pun pengaruh negatif disekeliling kita tetapi apabila diri kita  KUAT mengatakan TIDAK pada perkara negatif itu, kita tetap akan berjaya melepaskan diri dari pengaruh negatif itu.PAGAR DIRI KITA TERLETAK DIDALAM DIRI KITA SENDIRI, PEDANG KEMUSNAHAN JUGA TERDAPAT PADA DIRI KITA SENDIRI.

CARA NAK MENAWAN MUSUH DALAM DIRI KITA :

1. Cara yang afdal semestinya mendekatkan diri pada Yang Esa.

* Banyakkan istighfar.
*Tuluskan hati untuk berubah.
*Memaafkan dan meminta maaf.
*Pendek kata,kembalilah pada agama.

2. Berusaha untuk istiqamah.Buat sekali je tak guna,kena berterusan baru ada hasil. Macam makan ubat jugak la.



3. Bertawakal setelah berusaha.Pengabdian diri pada Yang Esa setelah berusaha adalah sangat penting.Jangan terlalu yakin segala kejayaan itu kerana diri sendiri,tapi kerana Allah swt yang mengizinkan perubahan dan kejayaan itu berlaku.

4. Jangan mudah menyerah kalah. Muhasabah diri setiap masa.Selalu ingat,disetiap perkara itu ada hikmahnya.Seandainya diberikan kejayaan jangan lupa ianya juga dugaan.

5.Perbaharu niat setiap masa kerana DIA YANG ESA.


KENAPA CARA-CARA MENAWAN MUSUH SENDIRI NI BANYAK SEBUT AGAMA ?

Sebab agama adalah tunjang segala hal.Penentu kehidupan kita adalah agama. Jadi kalau kita pegang pada agama, inshaAllah SEGALA YANG SUKAR AKAN JADI MUDAH.




SEKARANG anda percaya anda ada musuh ? Mari kita kuatkan semangat untuk berubah. Macam biasa, nak jadi sempurna tu susah, tapi kenapa tidak kita berusaha kearah kesempurnaan itu ?Tak salahkan?Renung-renungkan.

P/S : Setiap kali diri ni menaip 'entry' teringat diri sendiri ni yang terlalu kurang...'Entry' ni khas untuk diri sendiri dan khusus untuk orang yang mahu berfikir.Mudahan ada isinya.


Pernahkah kita berfikir ?

1. Nanti di saat kita meninggal dunia dimana roh mula meninggalkan jasad mampukah kita mengucap mengakui keEsaan Allah swt ? 

2. Kuatkan semangat kita untuk menampan godaan Dajal?

3. Mungkinkah satu hari nanti kita berpaling daripada Allah ?

Nauzubillah...


Titipkan dalam doa harian kita :

Ya Allah...matikanlah kami dalam keimanan kepadaMu..
Ya Allah..janganlah kami dibutakan dengan kehidupan duniawi..
Ya Allah...peliharalah kami dari fitnah Dajal..

Astaghfirullah al adzim...

Gentar hati ni bila fikir seandainya di akhir usia nanti tiba-tiba hati ni dipalingkan daripada Allah..nauzubillah...
Belum lagi memikirkan dosa yang bertimbun tiap saat dikumpul..Azab..Azab..Allahuma ajirna minannar..

Mudahan setiap perkataan di 'entry-entry' membawa kepada manfaat bukannya dosa..Amin...


No comments: