Sunday, October 2, 2011

Takyah belajar sangat, kita boleh tiba-tiba pandai..

"Tak payah belajar sangat untuk exam,nanti masa exam kita automatik boleh pandai..."

Berapa orang setuju dengan pernyataan di atas ? Sila klik "Interesting" kat bawah entri ni .Terima kasih.Kalau tak setuju sila klik butang  nombor tiga pulak,yang ada Thumbs up.Terima kasih juga untuk itu.

Hari ni kitarang ada paper AGR 208 (Basic Agriculture Engineering). Dari semalam lagi tangan ni tak lekang dengan nota-nota untuk paper ni. Awal pagi lagi dah bangun untuk refresh dan revise balik apa yang dipelajari.

Masa tengah revise tu tersedarlah dari angan-angan pemalas selama ni.Banyak lagi yang tak cover sebenarnya!Padan muka kan..Nampak sangat tak jaga niat untuk belajar ni sampaikan last-last hari,jam dan minit baru nak cover up semua chapters.

Setiap semester masa ujian, ramai pelajar akan rasa menyesal.Antara kata-kata yang selalu muncul:

"Rugilah aku tak belajar dari awal sem dulu,kalau tak ,tak jadi gini".

" Lah...naper banyak soalan past final ni takde dalam chapter ?".

"Lepas ni aku akan atur masa elok-elok".


Argh...kata-kata hanya tinggal kata-kata yang tak dikotakan selalunya kan! Selalunya janji pada diri sendiri la kita selalu mungkiri dengan senang dan rela hati.

Bercerita mengenai tajuk entri,mesti korang fikir,boleh ke kita tiba-tiba pandai? Boleeeeeehhhhhhhhhhhh sangat la..Masa jawab exam macam-macam kepandaian yang akan keluar dari diri korang.Antaranya :

1) Pandai nak kelentong.(dari tak pandai nak kelentong, dah pandai kelentong dalam menjawab soalan.)

2) Menjadi ahli fikir (memikirkan kelogikan yang berlaku pada soalan itu).

3) Pandai mencipta formula dan akta-akta sendiri(sebab tak tahu nak jawab, main agak-agak lah...)

4)Menjadi ahli nujum .

Korang rasa apa lagi bila time ujian korang tetiba pandai?


Sebenarnya....

Setiap soalan yang terpampang pada kertas ujian tu semua jawapannya dah ada dalam kepala hotak kita ni. Sebab apa ? Sebabnya gambaran pada tiap apa yang kita belajar tu dah terakam dalam minda kita cuma bila kita tak tajamkan minda kita dengan gambara tu ianya akan jadi kurang jelas dan kabur. Kalau korang rasa ianya takdoooo..soooo...maksunya korang ni masuk kelas untuk tayang diri aje,tertinggal mata,telinga korang kat atas katil.

Antara sebab lain korang tak ingat adalah disebabkan korang rasa terlalu gementar dan terlalu memikirkan akibat.Jadi cadangan aku lah kan, grab as many as you can, leave if u think u can't . Ni tips memang pemalas la jugak khas untuk orang yang suka revise last minit.Tak payan stress dah..tapi sedia la menerima apa-apa kemungkinan ye..


Tips terhebat dari aku lah kan pasal exam ni, korang baca nota korang sambil senyum:)...Bila korang senyum,hati korang senang dan tenang dan ilmu mudah nak masuk..tak percaya cuba lah..Kalau korang rasa ngantuk, korang dengarlah lagu ( mendengar ayat suci quran sangat digalakkan) dan tengok filem ke ..tapi kalau korang rasa tak boleh beri tumpuan pada dua perkara dalam satu masa, korang menulislah sambil membaca.


TIDUR AWAL DAN BANGUN AWAL.Sebaiknya korang tak panjangkan antara waktu isyak dengan waktu tidur(jangan buat macam aku sem ni tidur lewat je, aku bagi tips ni pun berdasarkan pengalaman sem 2 and 3 aku )..Jangan sesekali korang tak tidur sebab nak belajar sampai ke pagi.Bila korang tak tidur, otak akan jadi penat tau tak.Tak dapat dia nak cerna apa yang dah belajar.


Apapun...cara utama adalah dengan memperbetulkan niat untuk exam ni...Kerana Allah Taala..hehehe..Moh la sama-sama kita perbaiki diri ye..Aku pun susah hati dengan diri aku ni...

No comments: