Tak pasti jika ada yang pernah terfikir berkenaan kehidupan masing-masing. Mungkin ada yang tak sempat berfikir disebabkan masa banyak terluang dengan kesibukan berbuat itu dan ini, mungkin sudah azali sibuk berfikir bagaimana hendak 'survive' untuk hidup, maka kebanyakkan masa dikerah
Friday, December 9, 2016
Saturday, November 12, 2016
Trip Langkawi + Trip Dr Salim
Untuk cuti pertengahan semester lepas, lepas naik Rajah, sambung cuti di Langkawi. Dah lama teringin nak pergi ke Langkawi, kali ni direzekikan pergi itu pun
Wednesday, November 9, 2016
Gunung Rajah via KKB
GUNUNG RAJAH VIA KKB!
Dah lama mengidam mendaki gunung, tapi kerana tahun-tahun dahulu amat sibuk dan kurang terdedah dengan peluang misi daki gunung, jadi tak pernah lagi mendaki sehinggalah tahun ini. Itu pun sebab seorang junior yang gigih memperkenalkan trip daki gunung dari awal tahun lagi. Kali ni penuh tekad nak jugak merasa dan kebetulan tarikh mendaki kena pada cuti mid sem, jadi mendaftarlah untuk misi mendaki Gunung Rajah via KKB anjuran Caracal Adv. yang diketuai oleh Faiz Naimi (bekas student UPM). No second thought
Monday, October 31, 2016
It was hard, but worth it
Kayuh basikal pelan-pelan,
Sambil makan buah rambutan,
Pahit kehidupan harus ditelan,
Supaya hidup dapat diteruskan.
Thanks to Allah swt, for all nikmah that had given to me and blessed that I had received, I managed to obtain my Bachelor Degree of Horticultural Science after four years of study.
Friday, February 5, 2016
Mengenal diri :Mencuba Resepi Masakan
Semalam ayah saya bertanya kenapa kaki nampak besar? Selamba saya jawab itu suatu kebiasaan,saya kuat makan, jadi berat saya sudah bertambah. Tak dinafikan sejak kurang ke ladang berat badan saya bertambah dengan mendadak disebabkan pengambilan makanan dalam kadar yang sama tetapi aktiviti harian telah banyak berubah dan kurang aktif di luar. Mula naik berat badan semasa raya dua tahun lepas, masa tu galak belajar memasak sebab boleh hitung guna jari menu yang boleh dimasak.
Pada ketika itu juga, saya mula sedar bahawa saya harus belajar memasak pelbagai jenis makanan kerana suatu hari ianya mungkin satu keperluan, dan kena belajar dengan sendiri kerana saya tiada orang tua yang boleh mengajar saya memasak terutama lauk-pauk hari raya. Tak apalah bila ada orang mengatakan saya sudah naik berat badan dan bersikap seperti "emak-emak" sebab lumrah orang yang hidup sendiri harus bersikap demikian sebab kena jadi "emak" kepada diri sendiri dan adik-beradik. Naik berat badan tu lumrah, setiap 4 tahun saya akan kurus seperti sebelumnya (polar perubahan..haha)
Tapi tanpa disedari sebenarnya bagus juga belajar memasak, dapat isi masa lapang dan meningkatkan kemahiran,mana tahu satu hari nanti ada rezeki dengan kemahiran memasak boleh dijadikan modal perniagaan. Peluang untuk belajar memasak menu baru hanya datang pada waktu cuti panjang sahaja. Setakat ini saya sudah cuba memasak nasi arab ayam mandi, nasi lemak sambal sotong, nasi ayam penyet berempah, soto dan beberapa masakan biasa yang lain. Untuk 'baking' pula hanya Kek Red Velvet yang berjaya dibuat. Hari ini pula saya telah berjaya membuat hidangan ringkas 'roasted beef' mengikut resepi Jamie Oliver yang super mudah tapi sedap.
Saya perasan apabila sudah hampir waktu untuk saya menamatkan pengajian saya di peringkat ijazah saya mula memikirkan semula apa yang saya mahukan dalam hidup saya sebenarnya dan apa yang sepatutnya saya lakukan mengikut apa yang saya minat. Mungkin memasak boleh menjadi salah satu minat yang dengannya saya boleh mengembangkan potensi diri. Masih terlalu banyak perkara yang saya suka lakukan dan ingin capai sehingga kadang-kadang saya tidak fokus kepada apa yang sepatutnya. Tinggal satu semester lagi baki pengajian, dalam tempoh tersebut saya harus, saya wajib membuat keputusan untuk masa depan saya. Pemikiran saya telah banyak melalui perubahan sejak tahun lepas. Tidak saya nafikan faktor berjumpa dengan pelbagai orang, terdedah dengan banyak pemikiran dan kepelbagaian majlis ilmu yang saya pergi sedkit sebanyak telah mempengaruhi cara fikir dan tindakan saya hari ini.Kemungkinan pada saat ini saya kelihatan seperti orang yang lemas atau orang yang mencari arah, itu ada benarnya..Apa yang mampu saya lakukan setakat ini adalah berdoa kepada Allah supaya ditetapkan iman saya di dalam Islam dan Allah bantu saya bangkitkan keimanan saya..tempoh ini tempoh yang menguji dan menyucikan keihklasan amal ibadah saya.
Berbalik kepada cerita mencuba resepi masakan, resepi melambak di internet, tinggal rajin atau tidak sahaja. Kepada sahabat-sahabat saya yang bosan,belajarlah masak, nanti kemudian hari tak rugi InsyaaAllah..
Pada ketika itu juga, saya mula sedar bahawa saya harus belajar memasak pelbagai jenis makanan kerana suatu hari ianya mungkin satu keperluan, dan kena belajar dengan sendiri kerana saya tiada orang tua yang boleh mengajar saya memasak terutama lauk-pauk hari raya. Tak apalah bila ada orang mengatakan saya sudah naik berat badan dan bersikap seperti "emak-emak" sebab lumrah orang yang hidup sendiri harus bersikap demikian sebab kena jadi "emak" kepada diri sendiri dan adik-beradik. Naik berat badan tu lumrah, setiap 4 tahun saya akan kurus seperti sebelumnya (polar perubahan..haha)
Tapi tanpa disedari sebenarnya bagus juga belajar memasak, dapat isi masa lapang dan meningkatkan kemahiran,mana tahu satu hari nanti ada rezeki dengan kemahiran memasak boleh dijadikan modal perniagaan. Peluang untuk belajar memasak menu baru hanya datang pada waktu cuti panjang sahaja. Setakat ini saya sudah cuba memasak nasi arab ayam mandi, nasi lemak sambal sotong, nasi ayam penyet berempah, soto dan beberapa masakan biasa yang lain. Untuk 'baking' pula hanya Kek Red Velvet yang berjaya dibuat. Hari ini pula saya telah berjaya membuat hidangan ringkas 'roasted beef' mengikut resepi Jamie Oliver yang super mudah tapi sedap.
![]() |
| Well done roasted beef with roasted potato and carrot |
Berbalik kepada cerita mencuba resepi masakan, resepi melambak di internet, tinggal rajin atau tidak sahaja. Kepada sahabat-sahabat saya yang bosan,belajarlah masak, nanti kemudian hari tak rugi InsyaaAllah..
Bila jatuh,bangkit,jangan terus terduduk
Kau tahu...bila kau jatuh, mungkin takda sapa tempat berpaut, sebab mungkin kau sendiri tak percaya pada orang lain untuk kau berpaut...apapun alasannya, kau kena bangkit..tak kira apa kau kena bangkit..ingat..Allah ada..
Thursday, September 17, 2015
Right aim bring to right path
This morning,I watched a national geographic series on the story of Aaron Swartz who is a computer programmer that had died at a very young age,26 years old after all of struggles he had been facing against the government who had charged him over the crimes and faults that government had look for to charge on him not what he really had did the crimes.
His story is amazing as it pictured a very talented brilliant kid then grown up man who could own the world through his ability with his invention and innovation but he prefer not to do so..We are enjoying today world wide web for free because the man who invented it,Tim Berner Lee(Aaron's mentor) decided to give it for free instead of make us buy in order to use it like what Bill Gates had done for his Microsoft.
Paraphrasing what Aaron had wrote in his early age of becoming well known of his ability,he want to make this world as a better place and guess what,he hold the words and live up with it until the end of his life.His right aim had lead him to the right path.. The spirit that he had while he is alive does not end with his death...this is what people says..usia mungkin telah terhenti..tapi umurnya berpanjangan kerana jasa dan budinya membuatkannya disebut-sebut bertahun lamanya..

Tuesday, August 18, 2015
Bermain dengan catatan ringkas
Secara semulajadinya, aku memang tak ada komitmen dalam mengarang cerita yang panjang. Menulis yang serius, duduk di hadapan komputer dan mengarang apetah lagi, memang agak malas. Tapi aku masih suka menulis rekod-rekod ringkas bergambar. Jadi, aku 'post' tulisan ringkas ini di instagram.
Kadang-kadang ada idea untuk bersenandung di tengah malam, jadi sebelum tidur aku karanglah senandung itu..:p. Saja nak kongsi, kot-kot boleh bertukar ig id kan, macam orang bertukar id bb pin dulu-dulu,yang aku tak pernah buat pun.
Baiklah.Saja menulis di blog yang dah lama terbiar.Sedangkan sebelum ni aku kata termotivasi untuk menulis bila tengok buku mat lutfi yang catatan tu.
Itu sahaja dahulu.
Selamat malam.
:)

Sunday, August 16, 2015
After The Rain
'Update' untuk bulan kemerdekaan kita.:)
Selamat menyambut bulan kemerdekaan rakyat Malaysia.
Lirik lagu 'After the rain' nyanyian Najwa Mahiadin ft Juny menyebut,
"From the rising of the sun,
Together we are one,
We are stronger,
Stronger forever."
Untuk mencapai kemerdekaan, nenek moyang kita telah rela menjadi 'satu' walaupun berbilang bangsa dan kaum serta agama. Jika mereka melihat olah kita hari ini, tidak mustahil tangisan kesedihan dan penyesalan yang akan kita dengari. Mungkin kita terlalu senang, jadi kita mahukan lebih.Atau kerana sememangnya kita tidak menghargai sejarah kerana kita terlalu melihat ke depan dan telah terlupa memandang ke belakang. Bersamalah kita doakan negara kita mendapat rahmat Allah s.w.t dan juga dipimpin dengan saksama. Untuk memperoleh pemimpin yang benar, rakyat perlu menjadi benar terlebih dahulu.Ayuh.Kita betulkan akal kita!Jadilah manusia yang berakal!
"These are times we must get through,
Courage and wisdom must live in you,
The way of our future lies in you."
(sebahagian lirik 'After the rain.'
'You' ..consider it as ourselves..
:)
Tuesday, February 24, 2015
Tulisan raw berkenaan falsafah.
Trend kebelakangan ini, anak-anak muda semakin giat mempromosikan falsafah sekaligus menjadikan ianya satu garis intelektual. Siapa yang banyak membaca falsafah dan mengulasnya umpama diangkat menjadi 'ulamak'
Friday, December 26, 2014
Inspirasi dan Motivasi
Hari ni, lepas exam Plant Micropropagation, aku ajak kawan-kawan pergi AEON Taman Equine.Ehem. We are still like a freshman that don't really know what we have around us. Sebab tu pergi bawak diarang jejalan sekitar lepas exam. Nak fresh air lah lebih kurang. Sebab jalan takde tujuan yang jelas, masuk je mana-mana kedai yang nampak best dan sememangnya kedai buku menjadi pilihan utama walaupun sebenarnya dah muak tengok buku dan tak bernafsu beli buku buat masa ni.Perempuan kan suka window shopping (tapi bukan aku.)
Nak dijadikan cerita, kawan aku cari buku Mat Lutfi yang baru-baru lagi dikeluarkan. Em..aku macam..em pada mulanya kenapa nak beli buku leisure je..tapi aku tak halanglah diarang nak beli..cuma kalau aku nak beli...nay nay...aku tak beli melainkan sememangnya aku rasa duit aku memang tak tau nak beli apa dan aku sangat bosan..agak kedekut di situ.
Bila dah balik bilik aku pun belek-belek la buku Mat Lutfi ni..and..it is just a leisure material.Just as I expected.Yela takkan pasal politik,agama plak kan. Bila baca catatan dia ni..lawak ja..dan ini buku kedua selepas buku 'Permata yang Hilang Kini telah dijumpai' by Hamka(BUKU INI BUKAN TULISAN BUYA HAMKA) yang berjaya buat aku gelak sendiri..
Buku ni menggumpulkan catatan Mat Lutfi dari tahun-tahun dulu tak tau la start tahun bila dikumpul dari blog(ada ke?), status Tweeter dan sebagainya kot. Apapun aku nak cakap,buku atau catatan ni bagi inspirasi untuk aku record kehidupan aku..maksud aku bukan yang self-centred tu..tapi apa yang patut di kongsi kita kongsi...walaupun hidup aku ni tak seberapa! Hidup Mat Lutfi pun takde beza sebenarnya dengan kehidupan orang lain..but hey! That's his life! Like yours..its your life!your own life.
Jadi! Menulislah dari hati..not because you want to obtain 100 or more 'LIKES' hit or your articles read by millions unknown silent readers but because you want to do it..:)
Nak dijadikan cerita, kawan aku cari buku Mat Lutfi yang baru-baru lagi dikeluarkan. Em..aku macam..em pada mulanya kenapa nak beli buku leisure je..tapi aku tak halanglah diarang nak beli..cuma kalau aku nak beli...nay nay...aku tak beli melainkan sememangnya aku rasa duit aku memang tak tau nak beli apa dan aku sangat bosan..agak kedekut di situ.
Buku ni menggumpulkan catatan Mat Lutfi dari tahun-tahun dulu tak tau la start tahun bila dikumpul dari blog(ada ke?), status Tweeter dan sebagainya kot. Apapun aku nak cakap,buku atau catatan ni bagi inspirasi untuk aku record kehidupan aku..maksud aku bukan yang self-centred tu..tapi apa yang patut di kongsi kita kongsi...walaupun hidup aku ni tak seberapa! Hidup Mat Lutfi pun takde beza sebenarnya dengan kehidupan orang lain..but hey! That's his life! Like yours..its your life!your own life.
Jadi! Menulislah dari hati..not because you want to obtain 100 or more 'LIKES' hit or your articles read by millions unknown silent readers but because you want to do it..:)
Saturday, November 22, 2014
"Just Do It"
Antara kata-kata motivasi yang aku selalu tengok dicetak atas 'bookmark' adalah perkataan Just do it. Selama ni aku fikir hape la kata-kata motivasi macamni..macam takde makna je..termotivasi ke orang kalau tengok ayat ni.
Sehinggalah satu hari apabila seorang otai ni dia bagitau lebih kurang maknanya 'tak payah tanya bagaimana nak mula,cara nak mula bila menyampaikan dakwah.Tak payah fikir banyak.Just do it!Kekadang bila kita nampak sasaran kita,kita akan fikir..."macamana eh aku nak cakap dengan dia","ape eh aku patut cakap dulu","kalau dia marah macamane"...sehingga akhirnya kita tak buat apa-apa.Jadi just do it.Then the conversation will go on and on...'
Pernah terbaca di dalam buku motivasi,terlalu memikirkan akibat menyebabkan kita tidak mengambil tindakan.Kita sudah ada panduan,ilmu dan sebagainya.Sepatutnya kita tidak perlu terlalu teragak-agak untuk melakukan sesuatu itu sedangkan kita sudah mengambil masa untuk membuat persediaan.Akhir pada persediaan kita tadi adalah dengan mengambil tindakan bukan hanya berfikir.
Begitu juga dengan kehidupan harian kita,Allah dah bagi jelas-jelas panduan hidup tapi kita masih nak fikir banyak perkara itu dan ini dan akhirnya mengubah banyak hal mengikut kesesuaian kita padahal kita lah yang sepatutnya menyesuaikan diri dengan hukum Allah.
Kesimpulannya,'Just do it' memberi banyak makna.Bukan 'Just do it' sembrono sukahati je..tapi 'Just do it' bila kita dah buat persediaan dan kita sedar kita perlu bertindak ke atas apa yang dipertanggungjawabkan ke atas kita.Seandainya ibu bapa kita tak guna konsep 'Just do it' mungkin takda seorang pun yang bergelar anak agaknya..sebab betapa untuk memikirkan kerja dan tanggungjawab adanya anak boleh menyebabkan stress teramat.Wallahualam.

Wednesday, November 5, 2014
kawan aku yang daring
Aku ada seorang kawan,bangsa India. Dia ni seorang yang senang untuk orang lain bergaul,sopan dan sangat polite.Dia ni jugak sangat daring.Tapi bukan daring yang tak sepatutnya.Daring dia bertempat.
Beberapa hari lalu,pensyarah kami ada bercerita berkenaan latihan industri yang boleh dilakukan di luar negara.Nasihat beliau juga,kalau boleh mula dari sekarang cari walaupun nak buat latihan industri setahun lebih lagi.Jadi,nak dijadikan cerita,kawan aku yang daring ni dah mula berjumpa dan meninjau peluang ni padahal orang lain tak kisah pun...
bukan hal macamni je dia daring..hampir kesemua hal daring.Malu jugak aku kalau nak bandingkan dengan diri aku yang pemalu dan malas nak ambil kisah bila nak berbincang dengan pensyarah ni.huhu.
Dan bukan nak cakap apela...bangsa lain selain orang bumi ni berani sikit dalam banyak hal...aku pun tak tau kenapa..tapi perkara berani hal camni aku belajar la dari kawan India aku ni.:)Doakan dia dapat hidayah :)

Subscribe to:
Posts (Atom)