Trend kebelakangan ini, anak-anak muda semakin giat mempromosikan falsafah sekaligus menjadikan ianya satu garis intelektual. Siapa yang banyak membaca falsafah dan mengulasnya umpama diangkat menjadi 'ulamak'
dan sepertinya menjadi orang yang gah di dalam arena pemikir.Terutama golongan anak-anak muda yang baru-baru lagi didedahkan dengan hal-hal falsafah. Anak-anak muda ini bukanlah calang-calang orang, kerana menurut pemerhatian saya mereka adalah golongan yang suka berfikir luar dari kebiasaan anak muda zaman kini, golongan yang tidak mengikut membabi buta atau taqlid mengkhinzir buta dan menganggap diri mereka satu kaum rebel. Usahlah dicerca golongan ini kerana mereka hanyalah 'ahli fitrah'.Jika dilihat dari satu sisi ianya adalah satu trend yang sihat sebagai bukti anak muda kita tidak tidur.
dan sepertinya menjadi orang yang gah di dalam arena pemikir.Terutama golongan anak-anak muda yang baru-baru lagi didedahkan dengan hal-hal falsafah. Anak-anak muda ini bukanlah calang-calang orang, kerana menurut pemerhatian saya mereka adalah golongan yang suka berfikir luar dari kebiasaan anak muda zaman kini, golongan yang tidak mengikut membabi buta atau taqlid mengkhinzir buta dan menganggap diri mereka satu kaum rebel. Usahlah dicerca golongan ini kerana mereka hanyalah 'ahli fitrah'.Jika dilihat dari satu sisi ianya adalah satu trend yang sihat sebagai bukti anak muda kita tidak tidur.
Namun begitu, amatlah menyedihkan sekali, kiblat falsafah yang dijadikan trend ini banyak menjurus kepada ahli falsafah barat yang jika dikaji secara mendalam kebanyakkannya tidak ada asas tauhid. Kenapa? Kerana ahli falsafah barat itu sendiri mencari-cari Tuhan. Mungkin malangnya pada zaman itu tiada siapa yang mampu memberi jawapan tepat kepada mereka apakah Tuhan, siapakah Tuhan sehingga di akhir hayat mereka, sehingga di akhir falsafah mereka menceritakan keadaan mereka mencari Tuhan tetapi tidak dijumpai . Apa yang dijumpai civilization yang menurut mereka hasil perkembangan masyarakat iaitu masyarakat yang pada awalnya tidak berbaju seterusnya berkembang mula menutup kemaluan seterusnya berpakaian seperti hari ini. Muncullah teori-teori kemanusiaan dalam membentuk kejayaan mengetengahkan kemandirian manusia dalam segala hal.
Dalam kita membaca tulisan-tulisan ini, banyak sekali kata-kata hikmah yang dijumpai, sehingga kita merasa,'inilah kehidupan,inilah panduannya, inilah sepatutnya cara manusia berfikir.'.Tapi kita terlepas padang bahawa pemikiran itu cuba membebaskan manusia daripada memikirkan adanya Pencipta tetapi hanya menerima wujudnya manusia sebegitu sahaja.Dalam erti kata lain, membebaskan manusia daripada Ketuhanan.
Lalu ada apa dengan semua cakap-cakap ini?
Sebagai seorang Islam, seorang yang beragama, dalam melakukan pekerjaan apapun, kita harus ingat bahawa kita tidak pernah lepas dari pengawasan Allah, dan akar tauhidnya adalah Percaya kepada Allah. Jadi, apa-apa sahaja yang dicerna oleh pemikiran kita seharusnya kita mengaitkannya dengan ketauhidan. Begitu juga falsafah. Jika diambil falsafah yang tidak bertauhid dengan falsafah yang bertunjangkan tauhid umpama kapal yang tidak punya anchor dengan yang punya anchor.Yang tidak punya anchor boleh-boleh saja terhanyut dipukul ombak.
Cabaran buat anak muda.
Ayuh anak muda. Dalam keterujaan kita untuk mengkaji falsafah usah kita lupa mengaitkannya dengan keimanan Islam. Usah lupa juga mengkaji Al-Quran dan Hadith yang merupakan panduan falsafah yang terhebat. Jangan mengaku berintelektual dan memperjuangkan kebebasan serta membangkitkan anak muda dari tidur kepada bangun jika jalan-jalan falsafah yang diperjuangkan tidak menemui jalan kepada kebenaran dalam bertuhan.Kerana perbuatan sedemikian seperti jambatan yang terhenti di tengah lautan.
Orang kita juga mahir berfalsafah.
Jamaludin Al-Afghani,Muhamad 'Abduh, Syed Naquib Al-Attas, HAMKA, Hassan al-Banna, Ibn Rushd dan ramai lagi. Usah terlalu bias dalam membaca. Jangan kerana nafsu kita yang tak terpuas kita menjadi orang yang tidak berfikiran rasional. Orang yang mencari kebenaran puas dengan satu bukti, tetapi orang yang mencari kesalahan tidak akan puas dengan satu bukti. Jika kita membaca kerana ingin menyalahkan orang lain, mengatakan kita lebih tahu maka kitalah yang paling bodoh ketika itu.
Kesimpulannya, kembalilah bersimpuh di hadapan Allah bertauhid kepadanya. Jangan butakan mata hati kerana semata-mata ingin bebas.
* Tulisan ini hanyalah tulisan raw berupa pandangan peribadi serta tidak diperkuatkan dengan hujah-hujah dan bukti yang bernas. Tidak sesuai dijadikan bahan rujukan. Kalau nak tambah silakan.
No comments:
Post a Comment