Friday, December 9, 2016

Mencari makna hidup

Tak pasti jika ada yang pernah terfikir berkenaan kehidupan masing-masing. Mungkin ada yang tak sempat berfikir disebabkan  masa banyak terluang dengan kesibukan berbuat itu dan ini, mungkin sudah azali sibuk berfikir bagaimana hendak 'survive' untuk hidup, maka kebanyakkan masa dikerah
tenaga untuk berusaha untuk terus hidup, sibuk bekerja mencari nafkah seperti pepatah kais pagi makan pagi, kais petang makan petang, maka tak sempat nak berfikir kenapa,mengapa,apa makna hidup ini.

Untuk beberapa bulan yang telah dilalui sebaik sahaja menyambung pelajaran di peringkat pasca siswazah, terasa sunyi, keadaan diam tanpa tawa gurau senda sahabat-sahabat sekelas dahulu. Keadaan mula berubah, sedikit-sedikit perubahan ini mula terasa dan memberi beban pada hati, jadi tekanan. Keputusan-keputusan yang lalu pula seperti keluar jemaah, berenggang kerana ideologi berbeza membuatkan diri ini kurang sibuk,tidak sperti dahulu. Terlalu banyak ruang untuk berfikir daripada bertindak.

Disebabkan keadaan ini, terpacul pada fikiran, untuk kehidupan ini, apa makna yang aku hendak beri? Bagi fasa ini, dua tiga tahun ini, aku nak berharap untuk apa? Kenapa aku di sini? Syukur bahagia, fikiran seperti ini timbul supaya langkah ke hadapan tidak dipacu dengan tergesa-gesa. Murnikan niat,murnikan niat. Kadang rasa sesak dan gelisah kerana sendirian, jarang berteman, tapi kembali aku mengingat hubungan dengan Allah, mungkin aku sudah melonggarkan hubungan hati yang teramat penting ini, sehingga aku merasa sendiri. Menjerit dalam hati "Ya Allah, bawa aku dekat padaMU!"

Terlalu banyak sedar tapi tiada tindakan itu sama saja seperti omong kosong. Plan and plan and plan, when are u going to pursue it?! 

Gejolak jiwa takkan berhenti, hanya perlu ditenangkan...istighfar istighfar istighfar...

*siapa yang tak berfikir begini, lagilah parah...

No comments: