Friday, February 5, 2016

Mengenal diri :Mencuba Resepi Masakan

Semalam ayah saya bertanya kenapa kaki nampak besar? Selamba saya jawab itu suatu kebiasaan,saya kuat makan, jadi berat saya sudah bertambah. Tak dinafikan sejak kurang ke ladang berat badan saya bertambah dengan mendadak disebabkan pengambilan makanan dalam kadar yang sama tetapi aktiviti harian telah banyak berubah dan kurang aktif di luar. Mula naik berat badan semasa raya dua tahun lepas, masa tu galak belajar memasak sebab boleh hitung guna jari menu yang boleh dimasak.

Pada ketika itu juga, saya mula sedar bahawa saya harus belajar memasak pelbagai jenis makanan kerana suatu hari ianya mungkin satu keperluan, dan kena belajar dengan sendiri kerana saya tiada orang tua yang boleh mengajar saya memasak terutama lauk-pauk hari raya. Tak apalah bila ada orang mengatakan saya sudah naik berat badan dan bersikap seperti "emak-emak" sebab lumrah orang yang hidup sendiri harus bersikap demikian sebab kena jadi "emak" kepada diri sendiri dan adik-beradik. Naik berat badan tu lumrah, setiap 4 tahun saya akan kurus seperti sebelumnya (polar perubahan..haha)

Tapi tanpa disedari sebenarnya bagus juga belajar memasak, dapat isi masa lapang dan meningkatkan kemahiran,mana tahu satu hari nanti ada rezeki dengan kemahiran memasak boleh dijadikan modal perniagaan. Peluang untuk belajar memasak menu baru hanya datang pada waktu cuti panjang sahaja.  Setakat ini saya sudah cuba memasak nasi arab ayam mandi, nasi lemak sambal sotong, nasi ayam penyet berempah, soto dan beberapa masakan biasa yang lain. Untuk 'baking' pula hanya Kek Red Velvet yang berjaya dibuat. Hari ini pula saya telah berjaya membuat hidangan ringkas 'roasted beef' mengikut resepi Jamie Oliver yang super mudah tapi sedap.

Well done roasted beef with roasted potato and carrot
Saya perasan apabila sudah hampir waktu untuk saya menamatkan pengajian saya di peringkat ijazah saya mula memikirkan semula apa yang saya mahukan dalam hidup saya sebenarnya dan apa yang sepatutnya saya lakukan mengikut apa yang saya minat. Mungkin memasak boleh menjadi salah satu minat yang dengannya saya boleh mengembangkan potensi diri. Masih terlalu banyak perkara yang saya suka lakukan dan ingin capai sehingga kadang-kadang saya tidak fokus kepada apa yang sepatutnya. Tinggal satu semester lagi baki pengajian, dalam tempoh tersebut saya harus, saya wajib membuat keputusan untuk masa depan saya. Pemikiran saya telah banyak melalui perubahan sejak tahun lepas. Tidak saya nafikan faktor berjumpa dengan pelbagai orang, terdedah dengan banyak pemikiran dan kepelbagaian majlis ilmu yang saya pergi sedkit sebanyak telah mempengaruhi cara fikir dan tindakan saya hari ini.Kemungkinan pada saat ini saya kelihatan seperti orang yang lemas atau orang yang mencari arah, itu ada benarnya..Apa yang mampu saya lakukan setakat ini adalah berdoa kepada Allah supaya ditetapkan iman saya di dalam Islam dan Allah bantu saya bangkitkan keimanan saya..tempoh ini tempoh yang menguji dan menyucikan keihklasan amal ibadah saya.

Berbalik kepada cerita mencuba resepi masakan, resepi melambak di internet, tinggal rajin atau tidak sahaja. Kepada sahabat-sahabat saya yang bosan,belajarlah masak, nanti kemudian hari tak rugi InsyaaAllah..

No comments: