Saturday, November 12, 2016

Trip Langkawi + Trip Dr Salim

Untuk cuti pertengahan semester lepas, lepas naik Rajah, sambung cuti di Langkawi. Dah lama teringin nak pergi ke Langkawi, kali ni direzekikan pergi itu pun
sebab Munifah ajak ikut serta trip kelas Dr Salim yang merupakan penyelia kepada Munifah. Pertama kali jumpa Dr Salim bila ikut Munifah pergi ke 'International Agriculture Congress 2016' , ternyata Dr Salim ramah seperti yang dikabarkan oleh pelajar-pelajar lain (Apakah?)haha

Munifah 'insist' nak ambil gambar belakang.

*Setiap tulis blog entry mesti aku rasa macam keliru identiti, nak bahasakan diri 'aku' ke 'saya' nak guna 'formal' ata 'non-formal'.Jadinya aku rasa kalau tulis kat blog ni, better santai je la..so aku guna aku.


Pergi balik Langkawi ni aku naik flight sebab aku penat naik bas dan nak sampai cepat. Masa tu emas kan. Lagipun aku dan Munifah dua hari awal sebab nak pergi jejalan tempat yang trip tu tak cover. Untuk dua hari pertama, kami berdua cover island hoping dan Pantai Cenang.

Menikmati 'sunset' di Pantai Cenang.

Pantai Cenang, Langkawi ni bolehlah dikatakan cantik dan mendamaikan kalau dibandingkan dengan pantai public yang aku pernah pergi. Tempat tu tak ramai sangat manusia jadi tak merimaskan. Aku memang suka kecantikkan alam, terutama bila melibatkan warna alam. Petang hari pertama sengaja aku ke Pantai Cenang dan menunggu senja di situ untuk menikmati cahaya senja Matahari. Memang tak menyesal sebab ' stunning beauty' Matahari terbenam memang memukau petang tu. Kira rezeki kami berdua hari pertama tu panas sepanjang hari kalau dibandingkan dengan hari-hari lain yang selalunya hujan.

Bila tengok sesuatu yang cantik ni, jangan lupa puji Allah...


Hari kedua pergi 'island hoping'. Bayaran sebanyak RM40 per orang dikenakan dan tempahan boleh dibuat di hotel tempat menginap, nanti ada wakil syarikat 'tour' yang akan datang untuk jemput kita di hotel dibawa ke jeti bot. Setiap hari perjalanan mula jam 9 pagi (pick up), dan habis dalam jam 1 tengahari. Dengan bayaran RM40 tu kita akan dibawa ke Pulau Beras Basah, Pulau Singa Besar (tengok eagle feeding), dan akhir sekali Pulau Dayang Bunting. Pulau Beras Basah ni kita akan ditinggalkan sejam untuk buat aktiviti sendiri di sana. Pulau ni tiada kemudahan tandas , jualan makanan dan apa-apa pun takda. Jadinya, pengunjung datang layan diri sendiri sahaja.. Cukup sejam, nanti bot yang sama yang bawa kita datang akan jemput di jeti untuk bawa ke tempat seterusnya.

Pantai Pulau Beras Basah yang sunyi

Aku jadi 'life guard' je tepi pantai

'Dayang Bunting Marble'

Tasik Dayang Bunting yang luas.

Pulau Singa Besar seterusnya..tapi...tak singgah ke darat, cuma tengok dari jauh helang-helang beterbangan.. Dikatakan Langkawi ni dapat nama daripada wujudnya banyak burung helang di pulau ni.. Di Pulau Singa Besar ni  ada tiga atau lebih spesis helang berbanding tempat lain..

Lepas Pulau Beras Basah, singgah di Pulau Singa Besar, dari sini boleh tengok burung helang berterbangan.


Akhir sekali di bawa ke Pulau Dayang Bunting.. Pulau ni ada kemudahan tandas dan kiosk makanan, selain tu ada ditawarkan aktiviti air seperti berkayak, berenang, paddle boat...tapi tu semua buat kat Tasik Dayang Bunting.. Tasik Dayang Bunting ni kena jalan kaki dalam 10 minit dari jeti untuk sampai..nak mandi ke apa kena pergi ke Tasik Dayang Bunting bukan bahagian persisir pulau.

Naik 'cable car' lepas hujan memang nampak kabus saja la..

Muzium 3D di Oriental Village

Makan malam bersama pelajar Trip Perencanaan di Uncle Jai Cafe Pekan Kuah


Hari Khamis petang tu Dr Salim naik flight awal ke Langkawi. Jadi episod seterusnya memang ikut Dr je la. Trip Dr bawa pelajar ke Orietal Village Langkawi yang ada skycab, skybridge, muzium 3D dan beberapa tarikan lain. Ada pakej yang tersedia ikut pilihan pengunjung. Tempat lain yang 'cover' adalah MARDI Agropark dan Pantai Pasir Hitam.

'Self-watering pot' di MARDI untuk pokok-pokok besar

Penanaman anggur ternyata boleh menarik pelancong tempatan untuk datang ke MARDI Langkawi.

'Self Watering trench' untuk sayuran.


Akhir sekali ke Wildlife Park, Langkawi. Gambar ni ada Dr Salim, isteri dan pelajar pasca siswazah Dr.




Secara keseluruhan, Langkawi tempat yang mempunyai potensi besar terus dibangunkan sebagai tempat pelancongan. Tapi kalau nak dibandingkan dengan lawatan ke Taman Tunku Abdul Rahman Sabah, aku rasa, Sabah lebih menyeronokkan, lebih 'lively' sebab pengunjung datang walau bukan musim cuti sekolah pun masih ramai orang yang berkunjung. Apapun, yeay! Langkawi sudah dijejaki. Di mana seterusnya?





Harus siapkan writing dulu..priority first!

No comments: