Sunday, March 31, 2013

My family photos

Mr Father with fierce eyebrows.No smile.


Madam Mama who has sweet smile ever as she loves to laugh and make other people smile. This photo looks somekind of old,an old photo perhaps.:p.May Allah bless her.
 This is my eldest sister with her  pair of spectacle. She have few collections of spectacle frames and watches( thing that we wear like bangle to know what time is it now.). She is two years older than me.

This is me with a not really naughty face.There is no pimples on my face.Photo taken when I was 8 or 9 or 10 or whenever I don't have pimples yet.XD





Mr.young brother,Third child.Stubborn but he is caring enough.

This schema look boy is my youngest brother. Happy to have him in our family:)


# pretend like I have those photos and able to publish it here.







Sunday, March 24, 2013

Cara nak pilih calon terbaik untuk PRU13

Bahang PRU13 semakin hari semakin panas macam zasss macam tah la macam apa..macam cili padi kat cafe tu kot. Masa nak PRU ni macam-macam gelagat boleh tengok.Kes yang berlaku 10 tahun dulu dah jadi mcam kes yang baru berlaku 2,3 tahun yang lepas. Umpama tok karut takdok modal nak di karutkan,asyik mengulang cerita sama. Ada jugak cerita sensasi baru, wujudnya seperti filem TWILIGHT Series baru. Pendek cerita macam-macam adalah sampaikan orang yang dulunya 'penganut' tegar sesebuah parti tu boleh pulak tukar 'pegangan' parti.hewhew.Tapi tu hak masing-masinglah, kebenaran tu kita tak tau secara jelas dan ramai yang masih samar-samar pada kebenaran setiap satu pihak parti ni.

Orang-orang muda yang baru naik bujang,naik dara dengan semangat waja kerana telah diberi hak mengundi dan bertanding di PRU terus-terusan lantang bersuara mengetengahkan isu hak itu dan ini.Argh...kenapa banyak hak yang perlu dipertikaikan..Semakin bijak,cerdas dan sihat para mahasiswa/i hari ini! Sampaikan 1+1 jugak kena kira dengan kalkulator saintifik sebab sifat kesangsian yang menebal dalam generasi muda hari ini. Oh hebatnya ketelitian itu! Tapi sekarang banyak auta dari fakta atau yang fakta tu sebenarnya auta atau sebaliknya? Argh!PENING KEPALA!

Politik itu kotor! JOMLAH kita bersihkan politik tu. Allah tak suka kotor-kotor ni.Bukan lambang Muslim sejati tu. "Tapi aku tak punya kuasa/Malaslah nak kisah/ Biar jela diarang nak berbunuhan yang penting aku hidup." Ops..jangan begitu. Tanah ini tanah kamu,kamu dan kamu..ada tiga kamu darab lagi 10 kamu darab lagi 30 dan darab lagi 300000 kamu..argh!matematik apa ni..darab2 je..Ye..terlalu ramai kamu-kamu di tanah kita ini,kamu-kamu inilah yang memikul tanggungjawab membentuk negara macamana yang kamu mahukan. Negara seperti Amerika simbol negara bebas,termasuklah bebas seks(nauzubillah) yang kita mahukan? Kamu-kamu lah yang menentukannya sebab kuasa undi itu ada pada kamu.Susahkan dunia ni...Tapi itulah hakikatnya hidup di dunia..

Dah berbulan otak ni berfikir,macamana orang tau diarang pilih calon yang terbaik untuk memegang tampuk pemerintahan,dengan macam-macam cerita yang keluar memerlukan tahap penilaian yang tinggi dan teliti pada si pengundi untuk memilih yang terbaik. Akhirnya,pilih je ikut hati..Haip...ikut hati mati,ikut rasa binasa.benar mata itu melihat,otak memikirkan tapi manusia selalu hilang dalam pertimbangan kan? "Susah-susah tak payah pergi undilah"..Haip..jangan begitu..satu undi itu membezakan yang menang dan kalah..betull..macam kite dlm ujian semester,1 markah tu membezakan kite dpt 80 markah atau 79 markah,gred A atau B.kan2?

Hati,mata dan akal dah menilai,tapi betul ke apa yang aku nak pilih ni? Usah biarkan diri terus sangsi.Meh la tanya dengan Yang Maha Mengetahui. Tak suka ke dapat jawapan dari Yang Maha Mengetahui,yang ilmunya meliputi segala-galanya dan tiada satu manusia yang lebih mengetahui malahan Maha Adil,Maha Bijaksana. Tanyalah sama Allah s.w.t.Istikharahlah sebelum mengundi..istikharahlah..seruan hamba yang kerdil ni,yang tak daftar mengundi,yang usianya setahun jagung ni,Istikharahlah untuk memilih yang mana satu pilihan hati..Allah tak pernah menghampakan hambanya yang menadah tangan memohon pertolongan dariNya.InshaAllah apapun jawapanNya ianya adalah yang terbaik Allah dah sediakan. Nanti di akhirat taklah takut disoal kenapa kamu-kamu mengundi orang zalim dan sebagainya ye dok?(Wallhualam)hehew.Alam ini Allah amanahkan kita untuk menjaga dan memakmurkannya.Gunakanlah talian bebas tol Allah dah sediakan untuk bertanyakan soalan yang diragu-ragukan:)Selamat mencuba.Minta maaf banyak-banyak deh.:D.

"Aku tidak menyokong bangsa,kaum,atau ras.Aku hanya menyokong agama Allah swt iaitu ISLAM.Hanya ISLAM.Aku tidak murtad pada kaum ku,cuma di akhirat nanti Allah tak tanya aku ni kaum apa,tapi siap-siap masuk kubur Allah utuskan malaikat untuk bertanya apa agamaku..Inilah cabaran hidup kita,bersatu di bawah panji Islam atau bersatu dibawah panji kaum,atau kedua-duanya?Wallahualam."

DARIPADA,
Hamba Allah yang fakir.
(Layakkah bergelar hamba Allah?)

Sunday, March 3, 2013

KECIK KE BESAR

Kecik ke besar.

Allah s.w.t Maha Bijaksana.Sesungguhnya,setiap perkara baik di atas dunia ni,jika dilakukan dengan niat kerana Allah s.w.t semata,inshaAllah akan mendapat balasan baik daripada Allah s.w.t.
Hatta perkara kecil sekali pun.

DARIPADA IBADAH KECIL TERBUKA JALAN UNTUK IBADAH BESAR.

Contohnya,ibadah berwudhuk.Selalunya kenapa kita berwudhuk?(Jawab sendiri.)Masa berwudhuk kita selalu buat ape?
Jadi,seandainya kita setiap waktu berwudhuk,jalan untuk kita melakukan ibadah besar seperti baca quran,solat sunat akan terbuka luas,malahan dari segi pergaulan pulak,inshaAllah,seandainya kita ni jenis menjaga wudhuk,kita akan berusaha untuk mengelak daripada bersentuhan antara lelaki dan perempuan sebab ianya membatalkan wudhuk.Ada betul?

Salah satu sunnah Nabi S.A.W,adalah berwudhuk.Wallahualam.(Semoga Allah mengampunkan salah dan silap kita.)

p/s:Seronoknya kalau kita sentiasa berwudhuk.Sibuk baca quran,sampaikan mata tak meliar melihat sekeliling akhirnya terjagalah pandangan,hati dan kemaluan.InshaAllah.Sunnah Nabi hikmahnya besar.Peringatan buat diriku yang hina dina dan cetek ilmunya.

Monday, February 4, 2013

tidak

tidak..
aku tak perlukan harta melimpah ruah,
yang tak mampu membeli bahagia abadi.

tidak,
aku tak perlukan popular yang tiada batas,
yang tak mampu memberi senyum kekal.

tidak,
aku tak perlukan wajah indah bak bidadari,
yang akan lekang dimamah usia,

tidak,
aku tak perlu pendamping yang hebat,
yang ku tahu takkan kekal.

Lalu apa mahu ku?
ku mahu tiap masa ku ada kamu,
Rab yang memiliki harta,popular,keindahan,pendamping yang tak bertepi.














Thursday, January 31, 2013

Bermain kata

Manis mulut berbicara boleh membuatkan perkara yang tak betul pun jadi betul.Bijak bermain kata sampai fakta nampak macam fakta. Betapa pentingnya kita memilih kata-kata yang sesuai untuk diluahkan dari mulut kita.

Adek saya selalu biarkan barang mainan,selimut,basikal dan kasut sekolah bersepah sesuka hati.Bila kita suruh dia kemaskan semua tu,dengan selamba dia jawab balik ,"TOLONG ADEK LOK.(Tolong adek dulu).Maksudnya dia nak suruh orang kemaskan sepah-sepah yang dia dah buat dan dia tak nak buat.Dia tak cakap "TAK NAK" tapi dia ganti dengan perkataan "TOLONG" which is more pleased.

Saturday, January 26, 2013

Ciri suami Awesome, mengikut Ustaz Azhar Idrus...

1. Solat fardhu cukup 5 waktu.
2. Ada kerja gaji RM800-1500 ke atas, boleh bayar rumah sewa,
boleh beli beras, boleh isi minyak, boleh antar ke tempat keje. Nafkah zahir boleh bagi, bukan nafkah batin je tau.
3. Ada kenderaan: moto kapcai dah cantek. honda EX5 orait sangat la tu dengan 2 helmet. Basikal pun boleh, tapi penat kayuh kalau dari Bangsar ke KLIA. Sebaik-baiknya kereta, sebab nanti nak bawa isteri yang mengandung ke klinik setiap bulan.
4. Lulus ujian fardhu ‘ain sekolah rendah. Maknanya boleh mandi wajib dengan baik dan boleh ajar isteri mandi wajib dengan betul,
apatah lagi mandi-mandi yang lain.
5. Boleh baca al-Quran dan boleh mengajar al-Quran walaupun setakat “Alif Ba’ Ta’” sampai Surah “Iqra’ Bismirabbikallazi Khalaq.”
6. Jenis lurus, baik & hati baik, tak menipu. Tadelah sampai menipu kata nak pergi Mydin tapi pergi mengorat jiran taman sebelah.
7. Dia paham kamu, kamu paham dia. Paham jiwo gitu. Serasi bersama. Berbeza tapi boleh masuk.
8. Gedik joget-joget pun depan bini dan anak-anak je. Depan orang lain sopan santun gitu.
9. Jenis tak cemburu buta sangat. Cemburu macam ni ok, “Ehemm..ramainya kawan laki kat opis.. Jangan sampai lupa abang
taw..”
10. Belajar takat PMR je pun takpe, janji cara dia fikir tu matang dari yang belajar PhD.
11. Kalau dia jenis diam tak delah sampai orang kata tak bergaul dengan manusia lain. Kalau dia banyak bercakap pun tadelah sampai dia mengata-ngata orang lain.
12. Malas juga ke masjid, tapi dia pergi gak dalam sehari tu 2 kali sekurang-kurangnya Maghrib danIsyak.
13. Walaupun tak kerap ke kuliah agama, tapi bila tengok Youtube Ustaz Azhar Idrus ngajar tu sampai terlupa nak tengok bola. Jika da kuliah di masjid muka dialah ada di antara orang-orang kampung.
14. Boleh susah senang bersama. Kalau isteri nangis, dia tolong riba isteri dan tenangkan. Kalau isteri sakit, dia tolong jaga dari malam sampai pagi.
15. Jenis senyum sokmo.
16. Tak tengok sangat awek cuns, duk tengok bini dia je walaupn bini dia tak cuns (Tak cun tak pe, boleh tutup lampu)

Kalau jumpa dan yakin dia belum hak wanita lain, lamar lelaki jenis ini!hehe.. :


credit:https://www.facebook.com/BercintaSelepasNikah

Friday, January 11, 2013

Sambung belajar:di mana?aku keliru?

Keliru lagi

Tadi ada adik junior DPIM telefon bertanyakan hal permohonan UPU.Banyak perkara yang dibualkan berkisar tentang pilihan melanjutkan pelajaran.Bagi orang lain,mungkin perkara ni nampak mudah,tapi sebahagian yang lain yang kuat memilih minat melebihi yang lain yang ada,hal sebegini memang sangat kritikal untuk difikirkan.Macam junior saya ni,masih belum dapat nak putuskan samada nak sambung belajar di UiTM atau di universiti lain.Tapi yang pasti menyambung ke bidang lain,bukan lanjutan program yang diambil semasa diploma dahulu.

Kelebihan dan kekurangan

Pada asasnya,mana-mana program pun baik bagi masa depan.Jika kita hanya memikirkan mengenai peluang pekerjaan,kena ingat,pasaran kerja kurang menentu.Pendek kata, semua itu rezeki Allah.Apa yang perlu difikirkan bila nak sambung belajar ni,arah mana kecenderungan kita dan niat haruslah ikhlas untuk menimba ilmu.

Selain tu,kita kena juga consider pendapat mak ayah.Seandainya mereka merestui tak ada masalah nak pilih apa yang kita minat berbanding dengan apa yang kita tawarkan.Hal camni takda masalah sangat bagi orang yang dapat satu tawaran je.Bagi macam pelajar lepasan UiTM contohnya,bagi lepasan diploma,mereka dapat membuat dua permohonan berbeza melalui dua saluran berbeza iaitu,directly ke UiTM, dan satu lagi melalui sistem UPU.

CONTOH Situasi: Seperti saya sendiri,bagi pengambilan pelajar ijazah kemasukan September tahun lepas,saya mendapat dua tawaran iaitu satu dari UiTM,satu lagi daripada UPU(tawaran masuk UPM) bagi dua program berbeza.Banyak perkara kena dipertimbangkan sebelum membuat keputusan.

Kelebihan menyambung pengajian di institusi yang sama.cth UiTM Diploma sambung UiTM ijazah.

1) Pengecualian mata kredit mudah dilakukan.Sekaligus anda boleh menyingkatkan waktu  contohnya pengajian dari 4 tahun ke 2 Tahun setengah atau 3 tahun.(Time consumption).

2) Anda sudah biasa dengan sistem pengurusan sedia ada.

3)Dapat duduk kelas dengan kawan-kawan,sekampus atau se program dengan kawan.


Kelebihan menyambung di institusi yang berlainan:

1) Terdedah pada persekitaran yang sangat baru(hampir semua baru).

2) Terdedah pada sistem pengurusan universiti yang baru.


Pendapat saya sendiri: Bertukar universiti bagi melanjutkan pelajaran di peringkat lebih tinggi memberikan saya pengalaman yang lain.Contohnya,pendedahan kepada sistem yang lain(u can do a lot of comparison).Personally thinking,setiap tempat kita belajar tu ada pro and kontra,salah satu sebab kenapa saya memilih universiti lain kerana saya nak sesuatu yang totally out from what I was,environment,culture and the program.TAPI..harus untuk saya memberitahu bahawa,salah satu risiko yang anda perlu hadapi bila bertukar institusi pengajian adalah,anda mungkin pada mulanya akan banyak membuat perbezaan,keduanya masa pengajian akan bertambah panjang(program pengajian saya mengambil masa 4 tahun,jika ditambah dengan waktu pengajian diploma saya,untuk sampai ke tahap ijazah sarjana muda saya memerlukan masa 7 tahun,sedangkan jika anda belajar di institusi yang sama,anda mampu memiliki segulung master dalam tempoh masa yang sama*bagi yang membuat lanjutan program dari diploma*.).


Kerana minat pada landskap dan bunga-bungaan juga pertanian,saya memilih program sekarang iaitu horticulture:).Tidak terlalu lari dari skop diploma dulu.*UiTM ditawarkan ijazah seni landskap:p*.Penguat hati untuk memilih program ni jugak,because one day I want to have my own nursery:).Memanglah sesiapa pun boleh ada nursery,but,it will be my advantage to have specific knowledge on it.kan2?Nanti kalau ada rezeki sambung plak amik master in urban landscape(adakah tok?)(tukar fakulti plak.)




Perjalanan ke Ladang 2 UPM.


Antara ujikaji ringkas

Aktiviti di Ladang 10-Marcotting

Kursus-kursus bagi program hortikultur(kelas-kelas yang perlu diambil  untuk B.Sc.Horticulture).

Tahun 1
Semester 1 :

1)Oral Interaction Skills
2)Prinsip Ekonomi
3)Plant propagation and Nursery Management.
4)Biokimia pertanian
5)Kenegaraan Malaysia
6)Pertanian dan Manusia
7)Kokurikulum

Semester 2:
1)Principles of weed science
2)TITAS
3)Fundamentals of soil science
4)Ethnic relations
5)General writing skills
6)Botany and physiology of Horticultural crops.
7)Kokurikulum.

Tahun 2:

Semester 1
1)Pengucapan awam.
2)Pembiakkan tumbuhan
3)Pengeluaran sayur-sayuran
4)Pomology.
5)Amalan ladang:Pengeluaran sayur-sayuran.
6)Amalan ladang:Pengeluaran buah-buahan
7)Entomologi asas
8)Asas statistik bagi sains pertanian.

Semester 2:

1) Amalan ladang:Hortikultur hiasan.
2)Amalan ladang:Turf
3)Pengeluaran Tanaman hiasan dan bunga.
4)Pengeluaran tanaman hiasan.
5)Sains turf
6)Fundamentals of Plant Pathology
7)Prinsip pengurusan dan pemasaran pertanian.
8)Fisiologi lepas tuai.
9)Elektif

Tahun 3:

Semester 1
1)Mekanisasi Pertanian
2)Pengembangan pertanian
3)Prinsip pertanian lestari
4)Elektif

Semester 2

1)Keusahawanan pertanian.
2)Pengenalan rekabentuk landskap.
3)Rekabentuk dan Analisis Eksperimen.
4)Projek ilmiah Tahun Akhir.

Tahun 4:
Semester 1:
1)Projek ilmiah Tahun akhir.
2)Elektif

semester 2:
1)Latihan industri





It's 11/01/2013

Today is 11 January 2013,birthday anniversary for our little boy in the house.:)

Happy birthday yang ke 9 to my lil bro ,Muhamad Izrul bin Ya'kob@ Ismail. Grown up boy.
May Allah bless u always over all the difficulties,dugaan that u had been through.We love u so much.4 years living with mother,a year of struggle with a bad sister*me*,left at my aunty home,nanny's home,uncle's home and a neighbor's home until last year,Allah make the way for u to live with big sister.InshaAllah, we will take care of U the best we can.



A story of him:

Cuti lepas diploma haritu,duduk kat rumah di Miri bersama dengan adek ni dengan akak.Satu hari tu(Lepas sebulan gtu duduk rumah),sebelum adek g sekolah,ternampak la ada nombor kat beg sekolah dy.Bila tengok betul-betul tu nombor telefon saya ditulis dengan pen marker bewarna hitam! Kenapa plak ada nombor telefon saya kat situ.Lepas tu bawah nombor tu tulis "EMAK".Haip!!Bila la plak tukar status dari seorang kakak kepada seorang mak ni?*Uwaaa*.Timbul perasaan kesian kat adek,sebab,orang lain sibuk dengan mak ayah,tapi dier sibuk dengan kakak dan abang je.

Satu kejadian lagi:

Kakak bagitau,ada satu hari tu,cikgu bagi tugasan suruh lukis gambar keluarga.Kat rumah dier pun lukislah.Dalam lukisan tu,adek lukis kakak dengan abang je dengan dy skali.*Faham tak ?*(T T).Kesian je tengok dier.


TAPI...

Ini semua bukan satu sebab untuk kita mengingkari takdir Allah dan tidak mensyukuri nikmat yang Allah bagi.Kita fikir kitalah orang yang teruk dugaannya di dunia,tapi sebenarnya ada lagi orang yang diduga dengan lebih teruk daripada kita.Apapun semuanya hanyalah dugaan.
Dunia itu kan persinggahan sementara:)Allah tu Maha Mengetahui segala sesuatu.Allah tahu,dengan memberi dugaanlah hambaNya takkan lupa padaNya,jadi makin kuat dan sedar siapa diri mereka sebenarnya.Lagipun,setiap dugaan yang Allah bagi adalah setimpal dengan kemampuan kita,macam dalam firmanNya:




:)

Wednesday, January 9, 2013

Bahaya ada dimana-mana

Petang tadi, nak dijadikan kisah,adalah seorang makcik ni datang bilik Si mak cik Jepun, nama dia Chibi Maruko Chan(Maruko nama pendek).

Maruko: Ko nak g makan tak?

Mak cik Jepun: Tu..aku dah beli tadi.Kenapa?

Maruko:Eh..takda pape..

Mak cik Jepun: Habis ko datang ni mesti ada pape kan.

Maruko: Aku nak ajak ko g makanlah tadi.

Mak cik Jepun: Oooo.aku dah beli tadi.

Maruko: Ooo..aku sebenarnya nak beli ais lagi,tapi aku malu la,sebab abg air tu bagi free tadi.Selalu sgt.Aku rasa macam perempuan murahan plak.

Mak cik Jepun: Melampau ar kau..ade plak perempuan murahan.

*Just cut the crab,let's jump into next scene.Kind of bored yah.*

Mak cik Jepun: Eee..aku rasa x selesa ar..makin gemuk la..

Maruko: Oo..ko pegi la besenam.Sem depan pe kata ko g jalan-jalan,joging.

Makcik Jepun: Tak nak.Aku nak cycling,gne basikal.

Maruko: la..tu bahaya la..nanti orang pegang-pegang nanti*there was an incident,where her friend was harrased by motorcyclist.*

Mak cik Jepun: La..kalau jalan sme jugak.Lagi bahaya.

Maruko:Gne basikal lagi bahaya sebab nanti motosikal tu sama laju dengan basikal ko kayuh lagi senang.At least, kalau ko jalan kaki,bawak payung boleh hempap sekali.

Mak cik Jepun: Kalau naik basikal pun boleh hempap jugak,hempap dengan basikal.

Maruko: Yela..ko ni...

Mak cik Jepun: Bahaya ada dimana-mana la..

Maruko: At least ko take precaution.

Mak cik Jepun: Hmm..berani dy nak kacau*buat muka ganas*

Bahaya ada dimana-mana.

#saja merapu sebab tadi blogwalking terbaca berita sal hidup seharian blogger tu.tengok dy blog hal seharian nak jugak ar.


Waktu/masa/time












Al-Mujadilah:11

What I am trying to say :
1) Masa itu kepunyaan Allah swt.Allah yang cipta masa.U can't deny that right?
2.It is our responsible to really do care how do we spend our time.
3. Every seconds,minutes that we have,that we had past,we can't have them back.There's only three days in our life,yesterday,today and tomorrow.
4. Sekiranya kita meluangkan masa Lillahi Taala,inshaAllah,it will bring us closer to Allah swt.How is it?By consuming time lillahi Taala especially for majlis ilmu,u r not only gaining knowledge,but also rahmat from Allah,the blessing,dua' of the angels and ukhuwah..too much isn't just we ourself who don't realise all the benefits.
5. Seandainya kita yakin bahawa Allah yang menjadikan segalanya,tiada kerisauan untuk kita meninggalkan sesuatu yang kurang penting untuk menghadirkan diri ke majlis ilmu,solat jemaah and everything regarding ibadah to Allah either Fardhu Ain or Fardhu kifayah.just to think the priority.

From me to me,
I am Abdullah.

"Ya Allah kurniakanlah kami lisan yang paling lembut basah mengingati dan menyebut (nama)Mu,serta badan yang ringan menyempurnakan ketaatan kepada (perintah)Mu."

Sunday, January 6, 2013

Attempt to become an artist

Masa kecik-kecik dulu,mak selalu perli sebab suka lukis perempuan kawen.Siap ada satu buku latihan yang garis-garis tu lagi untuk melukis.Dari mukasurat pertama sampai la habis buku tu lukis perempuan pakai baju pengantin je.Tapi lama-lama hobi tu hilang,sebab ada hobi baru iaitu pegi sukat luas kampung.*pegi jalan2 satu kampung belagak macam semua rumah kat kampung tu rumah sendiri*.Tu sebelum jadi anak dara.

Dah jadi anak dara,minat masih ada hal melukis ni,tapi lukis plan rumah la.Sampai lah satu tahap boleh renovate rumah ikut design yg tak professional tu.

Masa diploma,tengok roomate budak art and design buat keje art,then try la jugak melukis potrait sendiri masa bayi.huwarg.tak tau a serupa tak.sorok je dalam laci sebab malu sehh.

Hari ni..melukis jugak..tp suka melukis potret and sketching la sikit-sikit.saja-saja untuk buang bosan.
















Gelak lah klu rasa kelakar..huhu..sememangnya orang yang tak berapa reti melukis.Sekadar mencuba sahaja.Banyak ketidakseimbangan berlaku jadi herot berot,terbesar la,terkcikla..huhu

Akhir kalam,tiada lukisan yang lebih indah seindah lukisan Sang Pencipta yang Luhur.Allahuakbar,Subhanallah,Alhamdulillah..Tengoklah diri kita sendiri,pada cap jari kita sahaja,tiada manusia yang mempunyai cap jari yang sama.Allahuakbar!

Thursday, January 3, 2013

Gagal rukun iman ke 2

Situasi: Berada di kelas fardhu ain,malam Khamis,(3/1/2013)

Teacher Ng : Adakah iblis itu malaikat atau jin?

Me             : Dulu iblis tu malaikat,kerana iblis tak patuh perintah Allah untuk tunduk pada Nabi
                    Adam jadi Allah tak jadikan dia malaikat lagi.

Soalan ni nampak mudahkan? Cuba anda plak yang jawab soalan tersebut.

Ramai antara kita masih tergagap lagi menjawab seandainya ditanya soalan sebegini.Dan adakah anda tahu bahawa jawapan yang saya(Me) berikan itu adalah salah sama sekali.I fail  to answer which mean I don't understand apa itu malaikat.Jawapan pada persoalan ringkas ini sudah Allah nyatakan di dalam Al-Quran,Surah Al-Kahf:50.

"Dan (ingatlah) ketika Kami berfirman kepada para malaikat,"Sujudlah kamu kepada Adam!" Maka mereka pun sujud kecuali iblis.Dia adalah dari (golongan) jin,maka dia mendurhakai perintah Tuhannya.Pantaskah kamu menjadikan dia dan keturunannya sebagai pemimpin selain Aku,padahal mereka adalah musuhmu?Sangat buruklah (iblis itu) sebagai pengganti (Allah) bagi orang yang zalim."

Betul tak? Jadi,jangan ada salah faham lagi.Iblis tu dari dulu sampai selamanya(bila-bila) adalah dari golongan Jin,bukan mula-mula malaikat pastu jadi Iblis.

Konsep mula-mula malaikat kemudian jadi iblis itu tanpa kita sedari adalah konsep Fallen Angel.Dalam Islam tiada konsep Fallen Angel.Allah menciptakan malaikat yang tidak akan mengingkari arahan atau perintah Allah.Tidak akan pernah sama sekali.Ketaatan para malaikat ini sudah Allah nyatakan dalam surah  at-Tahrim ayat 6:

"Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu;penjaganya malaikat-malaikat yang kasar,dan keras,yang tidak durhaka kepada Allah terhadap apa yang Dia perintahkan kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan."

Kesimpulannya nak jelaskan kat sini,Iblis tak pernah jadi malaikat, dia dari azali lagi memang golongan jin.Kalau dia bukan malaikat kenapa dia ada bersama para malaikat semasa Allah memerintahkan para malaikat untuk tunduk pada Nabi Adam a.s?Nak tahu jawapannya?To be continued.Selamat menjalani ujian akhir para sahabat.

(Semua ni dapat dari kelas fardhu ain,inshaAllah berpandukan Quran dan sunnah).