Monday, February 4, 2013

tidak

tidak..
aku tak perlukan harta melimpah ruah,
yang tak mampu membeli bahagia abadi.

tidak,
aku tak perlukan popular yang tiada batas,
yang tak mampu memberi senyum kekal.

tidak,
aku tak perlukan wajah indah bak bidadari,
yang akan lekang dimamah usia,

tidak,
aku tak perlu pendamping yang hebat,
yang ku tahu takkan kekal.

Lalu apa mahu ku?
ku mahu tiap masa ku ada kamu,
Rab yang memiliki harta,popular,keindahan,pendamping yang tak bertepi.









No comments: