Wednesday, November 5, 2014

kawan aku yang daring

Aku ada seorang kawan,bangsa India. Dia ni seorang yang senang untuk orang lain bergaul,sopan dan sangat polite.Dia ni jugak sangat daring.Tapi bukan daring yang tak sepatutnya.Daring dia bertempat.
Beberapa hari lalu,pensyarah kami ada bercerita berkenaan latihan industri yang boleh dilakukan di luar negara.Nasihat beliau juga,kalau boleh mula dari sekarang cari walaupun nak buat latihan industri setahun lebih lagi.Jadi,nak dijadikan cerita,kawan aku yang daring ni dah mula berjumpa dan meninjau peluang ni padahal orang lain tak kisah pun...
bukan hal macamni je dia daring..hampir kesemua hal daring.Malu jugak aku kalau nak bandingkan dengan diri aku yang pemalu dan malas nak ambil kisah bila nak berbincang dengan pensyarah ni.huhu.
Dan bukan nak cakap apela...bangsa lain selain orang bumi ni berani sikit dalam banyak hal...aku pun tak tau kenapa..tapi perkara berani hal camni aku belajar la dari kawan India aku ni.:)Doakan dia dapat hidayah :)

Sunday, October 19, 2014

"Sampai hati saya buat Allah begini.."

Minggu lepas saya telah menghadiri satu kursus anjuran MAIS. Segala puji bagi Allah. Ramainya orang-orang yang hebat hadir sekali ke kursus tersebut. Jika dibandingkan kerja yang mereka telah buat berbanding dengan kerja yang saya dah buat untuk tujuan dakwah , mereka superb lebih hebat daripada saya umpama kereta sorong dan lori enam tayar.

Salah seorang daripada peserta kursus tersebut adalah saudari Huda. Dahulu seorang mualaf kini seorang mukallaf ( beliau telah memeluk islam beberapa tahun lepas). Semasa slot kes dan cara menanganinya, beliau telah berkongsi berkenaan situasi beliau sendiri semasa baru-baru berjinak dengan Islam sehinggalah saat bagaimana beliau mendapat kekuatan untuk mengisytiharkan pengislaman beliau secara terang-terangan.

Kehidupan seorang mualaf yang tidak mendapat sokongan dan tentangan keluarga bukanlah mudah. Tambahan pula, identiti baru mereka harus disembunyikan sebaik mungkin walaupun dengan sahabat handai kerana ianya boleh membahayakan keselamatan mereka. Perkara ini juga terjadi ke atas saudari Huda.

Sehinggalah satu saat dimana beliau tidak mampu terus menyembunyikan identitinya kerana satu peristiwa yang menyuntik kekuatan beliau supaya mendedahkan perkara sebenar di khalayak. Peristiwa tersebut adalah apabila beliau terpaksa solat di dalam tandas supaya tiada siapa melihatnya solat. Selepas selesai solat, beliau menangis kesedihan yang teramat lalu terdetik di hatinya mengatakan,

"Sampai hati aku buat Allah macamni..."

Merujuk kepada perbuatannya solat di dalam tandas, tempat yang kotor untuk menghadap Allah..

Bila kita baca kisah macamni, kita mungkin tak rasa apa-apa, sebab kita mendapat kebebasan untuk beramal ibadah di mana sahaja. Bayangkan seandainya kita berada di tempatnya, atau fikirkan jika pergi ke negara bukan Islam yang muslim adalah minoriti, barulah kita tahu nikmatnya dapat solat.

"Sampai hati aku buat Allah macamni sedangkan Allah dah bagi segalanya " hanya datang dari keimanan yang benar..ya..keimanan yang benar..akidah yang benar..

Kesimpulannya, ramai orang yang belum merasai nikmat keimanan kepada Allah yang sebenarnya, belum sedar nikmat Islam yang sebenarnya, mungkin ramai orang tahu, tapi pasti ramai yang tak sedar lagi..mungkin saya sendiri pun belum cukup sedar atas nikmat yang Allah dah beri.Semoga hayat yang kita ada akan dipergunakan sebaiknya untuk merasai nikmat kehidupan dalam nikmat keimanan kepada Allah s.w.t.Semoga Allah izinkan.



Sunday, September 28, 2014

Kehidupan baru

Seperti sesuatu yang klise,sahabat-sahabat aku akan up kan status kat blog berkenaan semester baru yang dah pun bermula.Dekat  empat minggu dah pun kuliah.Dah lebih daripada sebulan aku tak tulis apa-apa di blog.Ini semua kerana ketidak mampuan nak 'fix' masa menulis.Lagipun kalau aku tulis siapa nak baca pun....?o.k itu ayat sedih..jawapan untuk itu,tak penting pembaca lain selain diri aku..supaya aku boleh imbas kembali tulisan aku dan apa dah pernah terjadi atas diri aku..

Ceritanya...

Belum mula semester lagi aku dah ada kat UPM,awal seminggu daripada tarikh mula kelas.Ini semua gara-gara Kem Pemantapan Organisasi yang tak menjadi..disebabkan dah terbeli tiket awal,aku kena jugak balik,tapi sebab tak puas lagi duduk rumah,aku beli lagi tiket balik Sarawak(tiket flight bukan bas) dan guna tiket yang aku salah beli untuk balik kampus sekali lagi(sepatutnya tiket ni aku guna untuk balik semenanjung tapi aku salah beli arah perjalanan yang sepatutnya MYY-KL tapi terbeli KL-MYY).Hikmah semua benda tak jadi ni aku boleh ziarah kawan aku yang tengah buat ijazah di UiTM Melaka dan sekaligus tengok-tengok Melaka 1 waktu malam,dan 2 hari seterusnya aku tengok muka kawan aku dan housemate dia dan rumah sewa dia je.

Macam biasa,sebelum semester mula,mesti aku dah warming up join program luar.Kali ni aku join seminar Purification of Act yang dianjurkan oleh Qabeelat Ihsan,disampaikan oleh Sheikh Abdul Bary Yahya.Sangat osem.Aku suka penyampaian yang tak terlalu serius,jadi memang aku suka la pergi seminar macam ni..Cuma..'style international' tu kalau terbiasa mungkin ada side effect pada orang kampung macam aku nih.Takut terkejut budaya plak(merapu).

Then...tak ingat dah join apa je lagi..okla..ini artikel rojak untuk warming up dulu.lain kali aku tulis seformal mungkin dan berinformasi lagi k..aku nak bukak balik nota usrah,daurah,seminar,ceramah aku pernah attend dan memperhalusi isi kandungan.Kalau sempat la..Aku ni impian nak jadi horticulturist,tapi nak bnding aku update post berkenaan bidang aku belaja dengan hal seminar and life experience beserta program aku join,tenggelam lah dunia horticulturist aku..hmmmm..nampak tak cukup menjiwai..okey la.itu sahaja.

Maaflah bahasa yang tak indah bagai sang pemuisi,lintang pukang tak macam guru bahasa dah ajar.Assalamualaikum.

Wednesday, July 30, 2014

Kejadian Hari Raya Aidilfitri

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang.Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin.Semoga Allah terima amalan kita dan kalian.(Klik gambar untuk baca berkaitan tajuk).

Wednesday, July 2, 2014

How to give dakwah

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih dan Penyayang

                                               How to give dakwah?

I watched a video from dakwah work done by this group at Brazil where World Cup 2014 is being held. Then, I asked myself, what can I do here while having semester break? Whats the way?Well, first of course need to make myself better,discipline, but by doing only this won't make me anywhere...hmmmm

Tuesday, July 1, 2014

Gelagat Tarawih: Tak rapat saf

Syukur ke hadrat Ilahi, Allah mengizinkan kita merasai nikmat Ramadhan sekali lagi, memberi peluang untuk hambaNya menebus dosa-dosa yang telah dilakukan.Em.....

Kalau sebut Ramadhan je orang akan ingat beberapa perkara  iaitu solat sunat tarawih dan puasa.Puasa siang malam tarawih,maghrib waktu berbuka,subuh dah tak boleh makan minum.Satu lagi, bazaar ramadhan.Seminggu nak puasa ramai orang tak pergi tarawih dah sebab sibuk jaga kek dan biskut yang tengah bakar dalam ketuhar padahal malam-malam terakhir tu lah yang dianjurkan memperbanyakkan ibadah. 

Itu essence bulan Ramadhan kat Malaysia. Mungkin suasana yang meriah nak sambut raya lah menambahkan kerinduan kepada Ramadhan.Adik saya setiap malam bertanya nak solat kat masjid mana, pergi ke tak.Kalau ikutkan hati nak solat tarawih di rumah sahaja,tapi sebab nak biasakan adik saya pergi ke masjid, kena pergi juga temankan.

Nak dijadikan cerita...

Sedih sebenarnya, masalah tidak rapatkan saf bukan perkara yang tidak biasa,seolah-olah orang tak faham atau orang tak pernah dengar berkenaan perintah rapatkan saf apabila solat berjemaah (Imam selalu ulang suruh rapatkan saf sebelum solat).Apabila kita ajak rapatkan saf jawapan balasnya,
            
                                     "Takpalah..macam ni pun dah dekat..selesa lagi."

Dekat la kalau nak senamrobik, tapi ni nak solat,tak cukup dekat selagi sisi lengan tak bersentuhan,orang boleh lalu kat tengah-tengah antara dua orang. Nak solat pun tak senang, sebab kita rasa kosong kat sisi,rasa macam kena lebarkan badan pulak untuk tutup jarak.

 Itu satu hal,satu hal lagi,makcik-makcik ni suka bawa sejadah kecil letak kat tempat sujud. Disebabkan malas nak alih-alihkan sejadah tu, dibiar saf jadi lompong. Aduhai..apokondo nye makcik oi...tak payah la guna sejadah kecik tu,masjid punya karpet punyalah bersih, hampir setiap hari kena sedut dengan mesin hampagas.Lagipun kenapa plak nak sujud kat sejadah kecik tu? Kalau samakan dengan sujud atas sejadah kecil tu dengan batu karbala nanti marah pulak.Selalunya golongan dewasa yang degil bila nak merapatkan saf terutama yang senior citizen.(Minta maaf, ini realiti). Masa tu lah saya berfikir,betullah apa kata orang, kalau nak ubah masyarakat,ubahlah orang mudanya.Sebab orang tua liat sikit untuk menerima sesuatu yang mereka tak pernah tahu atau tak biasa.Memang nak bersangka baik 'mungkin mereka tak tahu' tapi dah berkali kot..imam ulang-ulang setiap hari 'Rapatkan saf..."


'Eh,kau ni,orang datang nak beribadat,kau sibuk nak judge plak?'.Ayat ni saya gunakan untuk redakan rasa tak senang bila orang taknak rapatkan saf, tapi nak beribadat kena betul caranya..hmmm.hmmm.hmm.

Kesimpulannya, kita kena sedar betapa kita ni sentiasa kurang ilmu,tak kisah tua ke muda,berlumba-lumbalah menimba ilmu,jangan biarkan diri terus-terusan berada dalam kejahilan. Lepastu, imam ke bilal ke suami ke anak ke isteri ke yang dah tahu kenalah sampaikan pada ahli keluarga/sahabat yang tak tahu alright?Sejadah kecil tu tak payahlah  bawa pergi masjid,letak je atas printer buat alas printer.Akhir sekali ,klik link ni untuk baca selanjutnya berkenaan anjuran rapatkan saf ----->http://al-atsariyyah.com/wajibnya-merapatkan-dan-meluruskan-shaf.html. Kalau terasa Alhamdulillah,semoga keterasaan itu menjadikan kita lebih baik, yang menulis juga harus tahu, dia lebih dekat dengan kata-katanya daripada orang lain. Salam Ramadhan buat umat islam.Wallahualam.

Nurlisa Su Sy Ei,
1/7/2014.
3 Ramadhan.

Sunday, June 8, 2014

Don't worry,akhirat nanti dosa tidak ditanya.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang.
Dalam surah Ar-Rahman ayat 39 terjemahannya;
"Maka pada hari itu manusia dan jin tidak ditanya tentang dosanya."822
'Hari itu' merujuk kepada hari akhirat.Pada waktu itu manusia tidak akan ditanya berkenaan dosanya?Jadi apa yang kita risaukan di dunia ini?Bukankah kerisauan kita berkitar si dia melakukan dosa atau si dia pasti mendapat pahala,aku buat ni supaya dapat pahala,aku mesti jauhi ini kerna ianya satu dosa.Jadi adakah kerisauan kita berkenaan hal dosa dan pahala ini adalah sia-sia?
Nota kaki bagi ayat ini mencatatkan bahawa,'822.Tetapi pada saatnya akan dimintai pertanggungjawaban atas segala amal perbuatannya.'
Kerna menghitung sesuatu perbuatan itu kerja Allah,hak Allah.Tetapi yang melakukan perbuatan itu,kerja manusia,jadi dipertanggungjawabkan hak ke atas perbuatan itu ke atas manusia.Jadi sesuailah manusia hanya dipertanyakan apa amal perbuatannya. Seandainya di tanya berkenaan dosa dan pahala,kita manusia tak mampu nak jawab.Kita hukum hakam pun banyak khilaf,apatah lagi untuk menimbang pahala dan dosa.
Tapi hari ini ramai yang perasan mereka berhak dalam menimbang dosa dan pahala manusia.Padahal mereka lupa,nanti Allah tanya apa amal perbuatan kita untuk amal makruf nahi mungkar.
Suka untuk saya petik kata-kata seorang pendakwah setiap kali melihat perbuatan dosa dan jahil iaitu lebih kurang berbunyi,"minta maaf,ini semua salah saya,tak cukup buat kerja ".Rendah diri menyalahkan diri apabila ada kejahilan yang berlaku.
Berbalik persoalan adakah sia-sia kerisauan kita atas hal dosa dan pahala.Sudah tentulah ianya tidak sia-sia.Dengan mengetahui hal yang mendatangkan pahala atau dosa akan mendorong kita untuk menjadi lebih baik dan berhati-hati dalam perbuatan malahan menyedarkan atas tanggungjawab sebagai seorang Islam dan merasakan diri bertuhan.
Kesimpulannya,dalam hal berapa pahala atau dosa kita atau orang lain dapat atau tak dapat,Allah sahaja mengetahui.Kita usaha saja untuk membetulkan ibadah(ibadah mencakupi seluruh lingkungan hidup) kita,lalu bertawakallah kerana sifat tawakal itu sifat orang yang beriman.:).
Wallahualam.

Tuesday, May 13, 2014

Masihkah engkau menharapkan balasan?

Seringkali kita mendengar ketidak puasan hati orang ramai  berkenaan budi yang tak berbalas.Peribahasa seperti 'kacang lupakan kulit' , kata-kata seperti 'tidak mengenang budi' merupakan mainan mulut orang Malaysia apabila perbuatan atau amal kebaikan mereka tidak dibalas dengan penghargaan tetapi tiada tindak balas atau diberi tindak balas yang negatif. Situasi yang paling biasa adalah apabila senyuman tak berbalas.

Kenapa ini terjadi ? Ianya terjadi kerana sememangnya sifat manusia itu mengharapkan penghargaan. Tanpa penghargaan pekerjaan yang dilakukan akan cepat dirasai bosan.Tambahan lagi apabila sudah tercungap-cungap melakukan perbuatan kebaikan itu dan tiada ucapan terima kasih yang diterima,sememangnya rasa marah akan menyelinap atau terkilan. 

Teringat cerita yang disampaikan oleh kakak saya yang berjumpa dengan ketua Baitulmal bahagian Miri atas niat untuk membantu dalam usaha meringankan beban para asnaf dan yang memerlukan.Pesan ketua Baitulmal itu lebih kurang bermaksud buatlah sekadar yang mampu, jangan nanti kita rasa ' aku je buat kenapa orang lain tak buat pun.' Manusia apabila ditahap ghairah, sememangnya boleh buat kerja 'over the limit',disuruh lakukan apa pun akan buat juga,tapi bila lama kelamaan akan rasa bosan sebab buat benda yang sama.

Indahnya Islam..dianjurkan melakukan pekerjaan yang istiqamah walaupun perbuatan hanyalah sekadar yang kecil. Pesan Allah pada orang yang melakukan kebajikan di dalam surah al-Insan ayat 5-10 :


Janganlah kita rasa marah, terkilan atau melenting apabila perbuatan yang baik tidak diberi balasan. Balasan terbaik hanyalah daripada Allah. Dalam ayat ini juga diterangkan apakah maksud orang yang berbuat kebajikan iaitu memenuhi nazar, takut akan azab Allah serta tidak mengharapkan balasan selain daripada Allah s.w.t. Semoga ayat ini akan mengubat kekecewaan orang-orang yang selalu melakukan kebaikan tetapi selalu tidak berbalas dengan perkara yang baik. Semoga dengan berpegangnya kita dengan kata-kata Allah ini, pahala kebaikan yang dilakukan tidak berkurang dan Allah membuka pintu rahmatNya kepada kita seluas-luasnya.Wallahualam.


Thursday, May 1, 2014

Berlarilah laju..


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih dan Penyayang.

Masa ni, aku pasti..Kakak Naqibah aku tengah terfikir-fikir kenapa aku selalu menolak untuk hadir daurah dan program-program besar yang dianjurkan oleh jemaah. Masalahnya bukan pada jemaah tapi ada pada aku sendiri yang menyebabkan aku selalu tak hadir. Telahan orang mungkin juga betul.Telahan seperti futur juga aku tak menolak kebenarannya.Tapi disebalik tu ada lagi perkara yang menambahkan keinginan aku untuk menjarakkan diri buat sementara ini. Syaitan mungkin sudah mengorak langkah menjauhkan aku daripada selalu bersama akhwat dan apa yang aku terus-terusan lakukan hanyalah mencari alasan?

Jujurnya, aku sendiri hilang fokus pada apa yang aku cuba capai.Pandangan menjadi kelabu disebabkan cabaran besar yang ada di rumah ditambah dengan kurang motivasi. Fokus aku pada masa ini adalah untuk mengisi diri dengan ilmu berkaitan akidah, akhlak dan ibadah, yang mana belajarnya seperti pelajar jurusan agama. Aku tidak lagi punya minat untuk sekadar membincangkan hal-hal hati, tapi tidak menyentuh hal dasar iaitu akidah. Apa yang mengikat aku untuk terus ber usrah adalah kerana hal kebersamaan dan tazkirah untuk mengingati, dan juga tidak mahu tertinggal dalam membantu usaha islah dan dakwah.OPS! "Ko nak dakwah dan islah orang tapi ko malas pergi daurah, malas di tarbiyah ?" yep..ada benarnya kata-kata itu. Cuma buat masa ini, aku lebih suka meletakkan diriku dalam posisi dormant dan memerhati apa yang berlaku. Tambahan dengan kecelaruan ku mengatur masa harian.

Apa yang aku perlukan buat masa ini adalah doa dari kalian, agar aku terus tsabat dalam usaha dakwah dan islah.Bukan sekadar berkata-kata di facebook, duduk ber usrah dan membaca buku. Dua tahun banyak mengubah cara ku berfikir. Doakan aku mendapat petunjuk dan hidayahNYA sentiasa, walau satu hari nanti jalan yang aku pilih, seperti tidak sama denganmu. Tapi kita menuju pada yang sama. dan ketahuilah sentiasa wahai orang yang berjemaah, Allah akan sentiasa menguji samada kamu mengajak kepadaNYA atau mengajak kepada jemaah kamu..wallahualam..maafkan aku..

Saturday, April 12, 2014

Bila tak ikhlas menuntut ilmu.



Tengok gambar kat atas ni, kenal? Ini bukan wajah bulan, bintang,planet dan apa saja.Ini adalah  struktur kulat yang telah diambil melalui kanta mikroskop. Mikroskop apa? Kulat apa? Jangan mengharapkan jawapannya di sini.Sebab saya gagal dalam menjawab persoalan sebegitu.Sadis,menyedihkan dan mengecewakan bukan. Masuk kelas, belajar tapi tidak tahu apa-apa. Itu cerita kelas Plant Pathology.Tapi markah ujian tidaklah terlalu mengecewakan.


Kelas Pascatuai (Post harvest), lagi sadis.Nak cakap english sikit, I am a loser when it come to post harvest. I only get 4.87 out of ten! Tak pernah dapat markah teruk macamni.Crying out loud won't change anything!yeah..I know..

Saya mengaku saya hilang fokus,saya mengaku saya belajar hanya di saat akhir, saya mengaku saya malas, saya mengaku saya mula rasa bosan. Kegagalan sebegini berlaku sebab saya tahu saya tidak ikhlas menuntut ilmu. Doakanlah saya ikhlas belajar.

( T T)
Thats all thank you.

Kawan saya ada mengatakan, jika hendak dibandingkan kami (pelajar) dengan pensyarah, bagai langit bukan dengan Bumi, tapi bawah lagi daripada Bumi. Nak menggambarkan betapa loser nya kami.




Thursday, April 10, 2014

Melihat gelagat manusia- Keluarga yang sederhana

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih dan Penyayang..

Mukadimah

Dah lama tak menulis di sini.Sejak masuk semester ke-4 ini, kesibukkannya lain macam,lebih daripada sebelumnya.Mungkin saya sendiri yang rasa begitu sedangkan ada waktu senggang yang saya tidak manfaatkan sebaiknya agaknya.

Hari ini terdetik hati nak menulis di blog memandangkan ada waktu lapang sempena cuti pertengahan semester. Cuti kali ini saya balik awal ke kampus untuk siapkan tugasan-tugasan yang dalam tiga ke empat minggu lagi akan menemui due date. Kecewa tengok spesimen herbarium yang dikumpul sebelum cuti berkulat menandakan ianya tidak dapat digunakan untuk koleksi herbarium.

Melihat gelagat manusia

Tadi, semasa di dalam pesawat dari Miri ke KL, saya duduk di sebelah budak perempuan berumur 11 tahun. Bila dengan budak-budak beranilah nak borak,sapa-sapa. Saya bertanyakan asal dan hendak kemana. Jawab adik perempuan itu, dia dan keluarga hendak menghadiri majlis konvokesyen kakaknya di KLMU. Umurnya baru 11 tahun, tapi dari segi perwatakannya pandai membawa diri.

Turun dari pesawat, saya melihat ayah,abang,emak dan kakaknya.Melihat keluarganya yang cukup sederhana dengan cara pakaiannya yang bersahaja yang pada fikiran saya selalunya orang yang begini baru pertama kali menjejakkan kaki ke kotaraya membuatkan saya malu.Malu kerana mereka masih bersahaja dan besederhana,tapi saya pula berbeza.Mungkin juga perasaan kasih yang jatuh pada mereka yang pada pandangan saya, kurang berkemampuan untuk selalu menaiki pesawat dan menjejakkan kaki ke kotaraya.

Kesimpulannnya, rasa sangat bersyukur atas kurniaan Allah sekaligus saya rasa sepatutnya saya mula memahami apa itu kesederhanaan dan mempraktikkannya.Bukan mudah untuk besederhana tatkala poket masih penuh.Semoga Allah sentiasa membimbing kita ke jalan yang diredhai dan mudahan dengan besederhana rahmat Allah itu bertambah dekat.Wallahualam.

10/4/2014
8.45 pm
UPM
Nurlisa Su

Thursday, February 6, 2014

Trading with God

Well people, I am going to write in English for this article. Please forgive my grammar and vocabulary mistake.

Guess what am I going to write this time? A 'klise' personal story of mine ? Yeah, absolutely right. Many great people keep revising their own history books. As they went through the 'books', then they find answers for today question. So do I.

I gave a thought of what happened to me last few months, starting from the incident of broken leg. Remembering the sad morning before I knocked down by that car, I realized it is just like I had prepared for it. Starting from very unusual way to go for classes which I usually ride a bus not by riding a motorbike, but that day, I decided to ride my motorbike instead of riding a bus. Before I left my room, I pick my matric card, a 10 ringgit note and my IC, inserted in my left blouse pocket. What a coincidence, I need all of that for the treatment registration at the Hospital and University Health Center.

My sister came to assist me. About 2 months and half, she was there acting as my maid and driver. I appreciate all the hard work of her and having great patience in assisting injured cripple sister. Towards the end of her present, I started to sense something had changed. My sister. She had changed herself into someone else. Someone who has more passion to know her own religion. She is now understand the important of dakwah. What a great thing for me to know now I can share my thought in dakwah with my family member. Taking care of me gave her chances to attend Islamic classes and programs where back in my hometown there's very low numbers of such activities.

I remember my dua to Allah. I asked Allah to grant my family hidayah even the cost of the hidayah is my life. I broke my leg and my sister have chances to uplift her spirit in dakwah and upgrading her knowledge regarding our religion. Thus,I think it is worth enough to have a broken leg. Might be that is part of the price that I should pay for the hidayah that Allah gives to my sister. Lol. It actually priceless.



All of this remind me the story of prophet Musa alaihisalam, asking for Harun as his companion. Harun was there, by prophet Musa's side, giving morale support for him, together they face Firaun. Prophet Musa didn't asked for a very muscular strong man that could beat Firaun by just one punch on his face, what he asked was a companion that come from his family members. See...how important your family members are in doing dakwah... Thank you Allah for giving us chance to feel the same. Allah is the greatest!


Tuesday, January 14, 2014

Zakiah seorang Melayu mahir berbahasa

Saya mempunyai seorang sahabat,namanya Zakiah,seorang Melayu tulen, wajahnya juga nampak Melayu,adab dan budi pekertinya juga seorang Melayu yang jika sesiapa yang mengenali walaupun tidak terlalu rapat orang yang bernama Zakiah tahu dia adalah seorang Melayu. Bertuahnya Zakiah,dia seorang yang pintar,cerdas dan bijak menguasai hampir 10 bahasa dunia termasuk Arab,France,Jerman,Belanda,Turki,Cina,Farsi,Siam,English dan Jepun.
Apabila dia bertutur bahasa lain,sahabatnya tidak keliru bahawa dia hanyalah seorang Melayu yang berbahasa lain.Ini kerana mereka kenal bahawa Zakiah sememangnya orang Melayu.Cuma apabila berjumpa dengan orang baru,kadangkala mereka hairan,Zakiah tidak kelihatan seperti bangsa bagi bahasa yang pertuturkannya.Mereka akan bertanya Zakiah berasal dari mana.Zakiah sentiasa memperkenalkan dirinya sebagai orang Melayu tidak pernah mengaku dia berbangsa bahasa yang dipertuturkannya.Ya..rupanya saja sememangnya Melayu,pada yang tahu bahasa wajah Zakiah itu wajah Melayu,wajah Asia takkan keliru kerana mahirnya dia berbahasa.Ya..dia tetap seorang Melayu walaupun mahir berbahasa lain..begitulah mantapnya jati diri Zakiah.