Sunday, June 8, 2014

Don't worry,akhirat nanti dosa tidak ditanya.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang.
Dalam surah Ar-Rahman ayat 39 terjemahannya;
"Maka pada hari itu manusia dan jin tidak ditanya tentang dosanya."822
'Hari itu' merujuk kepada hari akhirat.Pada waktu itu manusia tidak akan ditanya berkenaan dosanya?Jadi apa yang kita risaukan di dunia ini?Bukankah kerisauan kita berkitar si dia melakukan dosa atau si dia pasti mendapat pahala,aku buat ni supaya dapat pahala,aku mesti jauhi ini kerna ianya satu dosa.Jadi adakah kerisauan kita berkenaan hal dosa dan pahala ini adalah sia-sia?
Nota kaki bagi ayat ini mencatatkan bahawa,'822.Tetapi pada saatnya akan dimintai pertanggungjawaban atas segala amal perbuatannya.'
Kerna menghitung sesuatu perbuatan itu kerja Allah,hak Allah.Tetapi yang melakukan perbuatan itu,kerja manusia,jadi dipertanggungjawabkan hak ke atas perbuatan itu ke atas manusia.Jadi sesuailah manusia hanya dipertanyakan apa amal perbuatannya. Seandainya di tanya berkenaan dosa dan pahala,kita manusia tak mampu nak jawab.Kita hukum hakam pun banyak khilaf,apatah lagi untuk menimbang pahala dan dosa.
Tapi hari ini ramai yang perasan mereka berhak dalam menimbang dosa dan pahala manusia.Padahal mereka lupa,nanti Allah tanya apa amal perbuatan kita untuk amal makruf nahi mungkar.
Suka untuk saya petik kata-kata seorang pendakwah setiap kali melihat perbuatan dosa dan jahil iaitu lebih kurang berbunyi,"minta maaf,ini semua salah saya,tak cukup buat kerja ".Rendah diri menyalahkan diri apabila ada kejahilan yang berlaku.
Berbalik persoalan adakah sia-sia kerisauan kita atas hal dosa dan pahala.Sudah tentulah ianya tidak sia-sia.Dengan mengetahui hal yang mendatangkan pahala atau dosa akan mendorong kita untuk menjadi lebih baik dan berhati-hati dalam perbuatan malahan menyedarkan atas tanggungjawab sebagai seorang Islam dan merasakan diri bertuhan.
Kesimpulannya,dalam hal berapa pahala atau dosa kita atau orang lain dapat atau tak dapat,Allah sahaja mengetahui.Kita usaha saja untuk membetulkan ibadah(ibadah mencakupi seluruh lingkungan hidup) kita,lalu bertawakallah kerana sifat tawakal itu sifat orang yang beriman.:).
Wallahualam.

No comments: