Tuesday, July 1, 2014

Gelagat Tarawih: Tak rapat saf

Syukur ke hadrat Ilahi, Allah mengizinkan kita merasai nikmat Ramadhan sekali lagi, memberi peluang untuk hambaNya menebus dosa-dosa yang telah dilakukan.Em.....

Kalau sebut Ramadhan je orang akan ingat beberapa perkara  iaitu solat sunat tarawih dan puasa.Puasa siang malam tarawih,maghrib waktu berbuka,subuh dah tak boleh makan minum.Satu lagi, bazaar ramadhan.Seminggu nak puasa ramai orang tak pergi tarawih dah sebab sibuk jaga kek dan biskut yang tengah bakar dalam ketuhar padahal malam-malam terakhir tu lah yang dianjurkan memperbanyakkan ibadah. 

Itu essence bulan Ramadhan kat Malaysia. Mungkin suasana yang meriah nak sambut raya lah menambahkan kerinduan kepada Ramadhan.Adik saya setiap malam bertanya nak solat kat masjid mana, pergi ke tak.Kalau ikutkan hati nak solat tarawih di rumah sahaja,tapi sebab nak biasakan adik saya pergi ke masjid, kena pergi juga temankan.

Nak dijadikan cerita...

Sedih sebenarnya, masalah tidak rapatkan saf bukan perkara yang tidak biasa,seolah-olah orang tak faham atau orang tak pernah dengar berkenaan perintah rapatkan saf apabila solat berjemaah (Imam selalu ulang suruh rapatkan saf sebelum solat).Apabila kita ajak rapatkan saf jawapan balasnya,
            
                                     "Takpalah..macam ni pun dah dekat..selesa lagi."

Dekat la kalau nak senamrobik, tapi ni nak solat,tak cukup dekat selagi sisi lengan tak bersentuhan,orang boleh lalu kat tengah-tengah antara dua orang. Nak solat pun tak senang, sebab kita rasa kosong kat sisi,rasa macam kena lebarkan badan pulak untuk tutup jarak.

 Itu satu hal,satu hal lagi,makcik-makcik ni suka bawa sejadah kecil letak kat tempat sujud. Disebabkan malas nak alih-alihkan sejadah tu, dibiar saf jadi lompong. Aduhai..apokondo nye makcik oi...tak payah la guna sejadah kecik tu,masjid punya karpet punyalah bersih, hampir setiap hari kena sedut dengan mesin hampagas.Lagipun kenapa plak nak sujud kat sejadah kecik tu? Kalau samakan dengan sujud atas sejadah kecil tu dengan batu karbala nanti marah pulak.Selalunya golongan dewasa yang degil bila nak merapatkan saf terutama yang senior citizen.(Minta maaf, ini realiti). Masa tu lah saya berfikir,betullah apa kata orang, kalau nak ubah masyarakat,ubahlah orang mudanya.Sebab orang tua liat sikit untuk menerima sesuatu yang mereka tak pernah tahu atau tak biasa.Memang nak bersangka baik 'mungkin mereka tak tahu' tapi dah berkali kot..imam ulang-ulang setiap hari 'Rapatkan saf..."


'Eh,kau ni,orang datang nak beribadat,kau sibuk nak judge plak?'.Ayat ni saya gunakan untuk redakan rasa tak senang bila orang taknak rapatkan saf, tapi nak beribadat kena betul caranya..hmmm.hmmm.hmm.

Kesimpulannya, kita kena sedar betapa kita ni sentiasa kurang ilmu,tak kisah tua ke muda,berlumba-lumbalah menimba ilmu,jangan biarkan diri terus-terusan berada dalam kejahilan. Lepastu, imam ke bilal ke suami ke anak ke isteri ke yang dah tahu kenalah sampaikan pada ahli keluarga/sahabat yang tak tahu alright?Sejadah kecil tu tak payahlah  bawa pergi masjid,letak je atas printer buat alas printer.Akhir sekali ,klik link ni untuk baca selanjutnya berkenaan anjuran rapatkan saf ----->http://al-atsariyyah.com/wajibnya-merapatkan-dan-meluruskan-shaf.html. Kalau terasa Alhamdulillah,semoga keterasaan itu menjadikan kita lebih baik, yang menulis juga harus tahu, dia lebih dekat dengan kata-katanya daripada orang lain. Salam Ramadhan buat umat islam.Wallahualam.

Nurlisa Su Sy Ei,
1/7/2014.
3 Ramadhan.

No comments: