Thursday, May 1, 2014

Berlarilah laju..


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih dan Penyayang.

Masa ni, aku pasti..Kakak Naqibah aku tengah terfikir-fikir kenapa aku selalu menolak untuk hadir daurah dan program-program besar yang dianjurkan oleh jemaah. Masalahnya bukan pada jemaah tapi ada pada aku sendiri yang menyebabkan aku selalu tak hadir. Telahan orang mungkin juga betul.Telahan seperti futur juga aku tak menolak kebenarannya.Tapi disebalik tu ada lagi perkara yang menambahkan keinginan aku untuk menjarakkan diri buat sementara ini. Syaitan mungkin sudah mengorak langkah menjauhkan aku daripada selalu bersama akhwat dan apa yang aku terus-terusan lakukan hanyalah mencari alasan?

Jujurnya, aku sendiri hilang fokus pada apa yang aku cuba capai.Pandangan menjadi kelabu disebabkan cabaran besar yang ada di rumah ditambah dengan kurang motivasi. Fokus aku pada masa ini adalah untuk mengisi diri dengan ilmu berkaitan akidah, akhlak dan ibadah, yang mana belajarnya seperti pelajar jurusan agama. Aku tidak lagi punya minat untuk sekadar membincangkan hal-hal hati, tapi tidak menyentuh hal dasar iaitu akidah. Apa yang mengikat aku untuk terus ber usrah adalah kerana hal kebersamaan dan tazkirah untuk mengingati, dan juga tidak mahu tertinggal dalam membantu usaha islah dan dakwah.OPS! "Ko nak dakwah dan islah orang tapi ko malas pergi daurah, malas di tarbiyah ?" yep..ada benarnya kata-kata itu. Cuma buat masa ini, aku lebih suka meletakkan diriku dalam posisi dormant dan memerhati apa yang berlaku. Tambahan dengan kecelaruan ku mengatur masa harian.

Apa yang aku perlukan buat masa ini adalah doa dari kalian, agar aku terus tsabat dalam usaha dakwah dan islah.Bukan sekadar berkata-kata di facebook, duduk ber usrah dan membaca buku. Dua tahun banyak mengubah cara ku berfikir. Doakan aku mendapat petunjuk dan hidayahNYA sentiasa, walau satu hari nanti jalan yang aku pilih, seperti tidak sama denganmu. Tapi kita menuju pada yang sama. dan ketahuilah sentiasa wahai orang yang berjemaah, Allah akan sentiasa menguji samada kamu mengajak kepadaNYA atau mengajak kepada jemaah kamu..wallahualam..maafkan aku..

1 comment:

Anonymous said...

:)