Tuesday, September 20, 2011

Beberapa hajat yang masih tak tertunai sampai hari ni!

Nama saya Nurlisa Su Sy Ei, saya berumur 19 tahun. Saya sukakan aktiviti lasak dan mencabar ketahanan mental dan fizikal. Sejak di sekolah rendah lagi saya selalu berhajat untuk menyertai sebarang aktiviti lasak.Namun,disebabkan banyak halangan yang berlaku,sampai hari ni saya tak capai lagi hajat tu!(karangan dah (=,=)).

Hajat yang tak kesampaian lagi :

* Go-kart

* Berkayak

* Daki gunung (daki tangga pun malas,kalo daki gunung gney ndak ka?)


*Snorkeling


* Paint ball


Bila dapat buat semua ni ?



Friday, September 16, 2011

Indahnya Muzik

Indahnya muzik masa kini dengan rentak irama yang begitu unik dan mengasyikkan pada masa kini.Tambah-tambah lagi ianya sentiasa melalui revolusi demi revolusi mengikut kesesuaian jiwa pendengar. Indie, rock,jazz,pop dan sebagainya jika ditanya pada para remaja kini terutamanya pastinya ramai antara mereka dapat mengklasifikasikan apa jenis muzik yang sedang dimainkan.



Pentingnya muzik pada dunia kita tidak dapat dipertikaikan lagi.Ianya membantu kita mencipta suasana samada ceria,suram,sedih dan sebagainya.Ditambah pulak dengan lirik lagu yang beriiringan dengan muzik, pasti benar-benar mengasyikkan kita bukan ? Terutama yang kena pada mood dan jiwa pendengar ketika itu.

Jika diberi pilihan dalam tempoh masa satu jam di dalam sebuah ruang,adakah kita mahu mendengar muzik semasa atau bacaan quran,mana satu yang menjadi pilihan kita ? Rasanya, ramai yang memilih untuk mendengar muzik semasa bukan ?

Persoalan seterusnya, kenapa kita lebih rela pasang muzik semasa walaupun masa tu tengah berkumandang bacaan quran ? Benci kah kita pada bacaan quran ?

Lupa agaknya kita ni ,mendengar bacaan quran itu lebih berpahala berbanding mendengar muzik semasa.Bila dah sedih,ada masalah baru nak dengar bacaan quran atau baru nak baca ke? Takkan lah masa lain kita tak boleh nak dengar muzik semasa tu. Apalah sangat berbanding 24 jam sehari ni,15-30 minit kita dengar bacaan quran.Baru dengar bacaan dah malas,kalau membaca quran lain plak kisahnya. Nak cakap pasal fadhilat mendengar dan membaca quran tak payah je la panjang lebar,kita dah tahu ianya suatu kebaikan yang tak dapat dipertikaikan.




Hati kita ni umpama sebuah rumah di tengah malam yang gelap gelita. Manusia takkan sanggup bergelap malam di dalam rumah bukan ? Dalam kegelapan tu ketakutan akan cepat melanda,perasaan cemas dan was-was akan mudah timbul.Betul tak ? Jadi membaca quran ni bagaikan kita memasang lampu didalam rumah kita.Menerangi keadaan gelap tadi.Bila dah ada lampu,perasaan takut tu akan hilang,cemas dan was-was dengan sendirinya.


                            VS





Susah-susah je nak bagi perumpamaan,pendek kata al-quran itu bakal menerangi kubur kita nanti dan akan memberikan syafaat pada pembacanya yang beramal dengannya. Tepuk dada tanyalah iman..wallahualam.


** Pesanan yang tak berapa nak ringkas ni ditujukan untuk menjadi peringatan diri sendiri terutamanya dan sesiapa yang membacanya.


Thursday, September 15, 2011

Impian ke sana..

Setiap yang dilahirkan di dunia ni pasti mempunyai impian masing-masing tak kisah lah dari segi apa samada logik atau tak impian tu kan.Macamtu gak saya.Dari sekian banyak impian saya, saya nak kongsi satu impian saya ni kat blog iaitu Impian ke Mekah.



Beberapa tahun yang lalu, masa masih lagi di sekolah menengah lah rasanya,otak ni pernah terfikir tak nak g Mekah lah.Orang lain sibuk nak pergi Mekah,tapi saya pulak tak mau.Sebab apa ? Sebab saya takutt....yela.saya ni suka baca majalah Variasari,Mistik ..Dalam majalah tu baca lah kisah-kisah pelik yang berlaku dekat Mekah tu..

TAK KISAH lah apa yang berlaku beberapa tahun lalu..yang penting sekarang saya dah berniat nak ke Mekah,tak kisahlah pergi umrah atau haji.Kalau boleh nak pergi masa umur masih muda ni,dalam 5-7 tahun akan datang macamtulah..

TAPI kan saya takda duit nak pegi.. =( JADI...mulai bulan ni saya akan berusaha untuk menabung duit=).Nak menabung kat mana? Mestilah kat Tabung Haji kan. UiTM kan baik sangatttt..diarang tolong pelajar muslim UiTM untuk bukak akaun dan sediakan buku akaun untuk pelajar-pelajar muslim. Kawan-kawan saya semua dah ada buku akaun Tabung Haji tapi kan.....saya tak dapat pun sebab nama saya tak tersenarai pun ..

NAMPAKNYA..saya kena pergi ler kat mana-mana cawangan Tabung Haji untuk buka akaun. Kenapalah kan nama saya selalu tercicir..dulu buat kad matrix pun tercicir.Hampir akhir semester ke-2 baru dapat kad matrik tu pun lepas pergi lapor kat HEA.Orang lain semester 1 je dah dapat..takpela..dugaan aje kan..=)

Apa-apa pun,saya harap impian saya yang satu ni tercapai sebelum saya tak mampu nak berjalan dan sebagainya..dan saya harap dengan perginya saya ke Mekah nanti akan membawa perubahan besar dalam hidup saya..InsyaAllah..


* Setiap detik hatiku sarat menampung rindu..


Wait for me...

Saturday, September 10, 2011

Orang yang tak boleh kita nikahi..

Jadi sila tutup aurat di hadapan mereka ini..:)

Sila klik kat tajuk tu untuk tahu siapa  kita tak boleh nikahi.

Thursday, September 8, 2011

PURA2 BANYAK FREE TIME

PURA-PURA mempunyai free time yang agak banyak telah membuatkan diriku rajin meng upload video lagi..
Sambil upload video jari jemariku dengan kenja nya menelusuri GOOGLE MAP dan GOOGLE EARTH untuk mendapatkan peta tapak projek ETR...Akhirnya kegatalanku membuahkan hasil .yeahh..ETR is coming...TEST is coming...

Kumpulan  Tepuk Amai-amai DPIM..Mampukah mereka menghiburkan anda ?Jawapannya setelah anda klik
"PLAY" button di atas.

Thursday, August 25, 2011

website yg menarik..

Media malaya..maybe any of us had heard it before..just wanted to share..=).Here is the link:

http://mediamalaya.com/category/others/

Watch this video !what do u feel ?



Sunday, August 14, 2011

Penantian..



Benar ..penantian itu kadang-kadang membuat hati hamba-hambaNYA terseksa. Tapi ingatlah, orang yang paling banyak bersabar adalah orang paling beruntung sekali. Jangan kerana tidak sabar menemui penghujung penantian, kita mula mencari sesuatu yang tampak indah tapi sebenarnya racun duniawi.nauzubillah minzalik.Mudahan hati-hati kita dipelihara daripada kelalaian dan kelemahan terhadap godaan nafsu yang tidak baik.InsyaAllah.

Monday, August 8, 2011

Impian kematian











Assalamualaikum kawan-kawan !




Selama ni kita selalu je dengar,baca ,lihat orang kat sekeliling kita menyatakan Impian Kehidupan diarang. Tak kurang juga diri kita sendiri yang dah list out semua impian kehidupan kita. "Aku nak capai tu..,nak capai ni...Kalau aku kahwin nanti  ambik gambar macam ni..



nak rumah macam ni..


anak- anak comel macamni..






 dan macam-macam lagilah impian kita kan.Semuanya berkisar tentang kehidupan kita  kat dunia ni kan,masa hidup kita dunia ni.

Pernah tak  kita fikir, impian kematian kita..Macamana kita mati,sempat ke mengucap ?Bagaimana keadaan kematian kita ? Tempatnya ? Adakah orang yang akan menangisi kematian kita ? Sebenarnya banyak lagi soalan berkisar kematian yang kita selalu lupa.Malahan prihal MATI itu sendiri kita selalu lupa.Betul ke tak betul ?

Ketahuilah bahawa,atau ingatlah bahawa dalam Al-Quran ada menyatakan :




"Setiap yang bernyawa akan merasakan mati. Dan hanya pada hari kiamat sajalah diberikan dengan sempurna balasanmu.Barang siapa yang dijauhkan  dari neraka dan dimasukkan ke dalam surga, sungguh, dia memperoleh kemenangan.Kehidupan dunia hanyalah kesenangan yang memperdaya ."

Surah Al-Imran : 185


Kita semua akan mati ..M > A > T > I. Kalau rasa-rasa perkataan mati ni terlalu kasar, kita ganti dengan meninggal dunia.Apa -apa pun istilah yang digunakan yang membawa maksud bahawa terputusnya hubungan manusia kepada kehidupan duniawi kecuali amal yang berterusan, sedekah jariah dan doa' anak yang soleh adalah merujuk kepada mati.

Berapa kali dalam sehari kita ingat pada kematian ?

Berapa kali dalam sehari kita ingat nak makan apa hari ni, nak pergi shopping mana lepas ni, nanti nak call si dia,dan macam-macam lagi hal dunia ni.

Bukan bermaksud mengabaikan kehidupan dunia serta-merta tapi cuba fikir kembali , yang mana membawa lebih banyak kebaikan bila diingati ? Mati atau Dunia ?

Bilaman kita selalu mengingati mati, kita akan bersegera membuat segala kebaikan yang mampu kita garap.Kalau tak percaya, mari kita sama-sama uji diri kita. Seandainya lepas ni kita mati,tengah saya menaip ni saya mati,atau masa anda tengah membaca ni tiba-tiba badan anda kaku lalu tiba-tiba anda merasa teramat sakit seperti dihunus pedang dan sekelip mata anda melihat jasad anda yang kaku didepan mata anda .Bayangkan saudara-saudari..bayangkan...Mesti kita rasa takutkan..dan semua hal kebaikan kita rasa segera nak buat..

Ajal Maut Jodoh semuanya rahsia Allah..


 Impian kematian mukmin dan mukminat

Saya yakin setiap dari mukmin dan mukminat pasti mengimpikan kematian yang baik, yang dirahmati.Siapa yang tak nak mati dengan mengucap kalimah syahadah ,dalam keadaan diri ini dimuliakan seperti tengah bersujud pada Allah , mayatnya nampak berseri dan bibirnya menguntumkan senyum dan wajahnya sangat tenang sekali.Malahan mampu menghempuskan nafas terakhir dengan senang sekali ,pada hari dan bulan yang baik contohnya hari jumaat bulan ramadhan.

Bukan semua manusia terpilih menerima rahmat Allah untuk kematian yang sungguh mulia.Tapi tak mustahil jikalau kita mulai saat ini berusaha mencapai keredhaan Allah  bermulanya dengan memyatukan syhadah dibibir dengan hati dan amalan kita.Mudah-mudahan kita tidak meninggalkan dunia dengan kematian yang hina macam...








Nauzubillah minzalik.InsyaAllah, amin...Wallahualam...



Ya Allah..
Hanya rahmat dariMu yang akan membawa hambaMu ke syurga 
Hanya rahmat dariMu yang akan memekarkan cinta kami hambaMu padaMu

Ya Allah..
kami lemah tanpa petunjuk Mu...
kami buta tanpa cahaya Mu..

Ya Allah..
sesungguhnya raja pada jasad kami ini milikMu,
sesungguhnya kau berkuasa membolak balikkan hati kami,
Kami mohon rahmat,keampunan serta petunjukMu,
Agar ditetapkan hati kami memegang teguh tali agamaMu,
Matikanlah kami dalam  keadaan beriman kepadaMu 
Matikanlah kami dalam keadaan beriman kepadaMu
Matikanlah kami dalam keadaan beriman kepadaMu..





p/s : Ingat kawan-kawan..memang benar saya, awak dan ramai lagi manusia yang tak sempurna ,tapi tak salah kan kalau kita berusaha untuk menjadi sempurna. Kalau 100 % tak dapat , kita cubalah capai 80 % .Tapi jangan perasan perfect pulak o.k.Tawadhuk dan istiqamah.Selamat beramal!

Addition !



Post ni untuk saya mengingatkan diri saya  sendiri terutamanya ! Tarikh lahir kita semua tau...bila ditanya bila tarikh kematian siapa yang tau ?










Friday, July 29, 2011

Jangan minum nanti mabuk

Jangan minum nanti mabuk.
Kalau dah mabuk nanti tak sedar diri.
Bila dah seronok,
rasa bahagia,
tak sedar dah apa yang patut dan apa yang tak patut dibuat.

Jangan minum nanti mabuk.
Bila dah mabuk,
Tahi sapi rasa coklat,
Air basi rasa yogurt,
Bunga tahi ayam macam bunga ros.

Jangan minum nanti mabuk..
Bila mula mabuk,
Mak ayah tinggal belakang,
Orang yang  tak patut didahulukan,
Dah jadi orang besar pula.

Jangan minum nanti mabuk.
Bila mabuk,
neraka nampak macam syurga,
syurga nampak macam neraka,
pahala nampak macam dosa,
dosa nampak macam neraka.


Jangan minum nanti mabuk.
Kalau minum sedikit pun,
dah dosa,
Kalau minum banyak sampai mabuk,
dosa jadi apa?
Niat nak minum saja,
tapi apa yang dinamakan dosa,
tetap dosa...


Minum ni banyak istilah..minum arak boleh,minum jus buah pun kadang-kadang boleh mabuk..minum disini adalah metafora bagi apa-apa saja perbuatan yang melalaikan manusia.



~Wala takrabuzinna...

Wahai mawar..sedarlah mahkota mu adalah sifat malu..hilang malu,hilanglah pagar bagi dirimu..
Wahai mujahid..janganlah kau dorong mawar yang belum teguh mekarnya menjadi mawar yang hilang kelopaknya..









Wednesday, July 13, 2011

Satu hari nanti cahaya itu akan tetap menjadi milik aku

yap! Suatu hari nanti cahaya itu akan jadi milik aku ,kukuh di genggaman aku dan takkan terlepas sampai bila-bila.Cahaya apa ? Fikir sendiri.=).Walau apa pun yang terjadi,walau siapa pun aku aku tetap akan berusaha kejar cahaya tu.SEBAB AKU MAHUKANNYA.

Cuma sekarang ni aku kena pandai imbangkan urusan dunia dan akhirat.huhu..KENA BERWASPADA PADA PENCURI MASA!aku tengok masa aku banyak terluang macamtu je dengan tido and online.aku akan try manage dengan menulis apa yang aku nak buat hari esok atau lepas subuh terus rancang apa nak buat lepas tu .

JANGAN KALAH DENGAN SYAITAN! aku kena kuatkan perjuangan aku dalam menentang syaitan yang selalu membelai-belai nafsu kita.

BETULKAN NIAT! aku mesti betulkan niat aku dalam setiap hal aku buat supaya nanti tak jadi kes ungkit-mengungkit dan penyesalan yang tak patut.

MENJAGA ADAB DAN AKHLAK !orang yang paling baik adalah orang yang menjaga akhlaknya.Aku akui hal akhlak islamiyah aku masih jauh kurang..aku kena usaha sikit demi sedikit membetulkan tulang aku yang bengkok ni.Satu perkara kat aku ni yang susah sikit buat aku berubah,aku ni ramai kawan laki,dengan perangai aku yang suka menyakat orang dan agak kasar.Takpa .sikit-sikit lama2 jadi bukit.

PERGI MAJLIS ILMU dan MEMBACA BUKU ILMIAH..Aku harap semangat aku untuk menimba iilmu Allah tak akan padam sampai bila-bila.Aku harap dengan bergaul dengan orang yang lebih sempurna fikrahnya akan bantu aku membetulkan fikrah aku.

ISTIQAMAH! Aku selalu je lalai dengan kerja tak berfaedah sampaikan susah nak istiqamah.Terutama bangun pagi untuk tahajud.Jadi kena usaha dengan sungguh-sungguh untuk istiqamah .JANGAN KALAH DENGAN SYAITAN!

BERBICARA PADA ALLAH SWT!adakalanya bila aku stress aku cakap sorang diri.Aku cakap mula dengan "Ya Allah..ampunilah aku..dan seterusnya aku sambung lagi apa yang terbuku dalam hati aku..".Cara ni buat aku kurang beban di hati bila susah..sebab aku dah bagitau Allah swt apa yang buat aku rasa susah ,minta ampun dan minta ditunjukkan jalan.PERCAYA PADA ALLAH SWT.Wajib percaya Allah dengar apa yang kita cakap.Kalau kurang percaya kena semak balik kedudukan iman kita.

AKU harap dengan cara yang aku dah tahu dari dulu ni tapi liat sangat nak buat aku akan dapat capai cahaya yang paling indah dalam kehidupan manusia yang mampu jadi penerang di akhirat nanti.Serius aku gitau,aku nak berubah jadi lebih baik terutama dari segi adab.Doakan aku=)

Aku benci orang yang "menyampah"

Aku benci orang menyampah! Menyampah camna? Buang sampah merata-rata lah. Tadi masa perjalanan balik ke rumah dari kampus, berhenti kat traffic light terpandang la 2 orang laki-laki yang menunggang dan membonceng berhenti sama kat traffic light tu. Pastu..si tukang tunggang tu selamba je buang sampah "Twisties" dia tu kat tepi  jalan,atas rumput! Pastu si pembonceng pulak join sekali buang sampah kotak "chrysanthemum" pakej kecik kat tempat yang sama.Apa salahnya dia pegang kejap sampah tu lagipun tangan si pembonceng tu bukan ada pegang barang pun.


DAH TU NAPA AKU TAK KUTIP ?

Tu soalan yang saya tanya kat diri sendiri.Kenapa tak tolong kutip je sampah yang diarang buang tu, kan kat traffic light. Jawapannya, sebab kat traffic light, jadi ragu-ragu nak keluar .Tapi serius nyesal plak.

KITA BAGAIMANA ? Suka jugak menyampah?

Bila fikir balik bila waktu terakhir saya buang sampah merata tanpa rasa bersalah .Tak tergambar dengan jelas waktu bila, tapi masa kecik-kecik dulu ada kot,selamba je buang sampah sana-sini especially sampah kecik macam bekas plastik keropok dan gula-gula. Rasanya orang yang buang sampah merata-rata tu kecik lagi kot cuma badan dia je besar kan? Ada setuju tak? Kenapa? Yela.Kalau dia sedar dia tu dah besar panjang mestilah tau apa makna sifat bertanggungjawab dan amanah dalam menjaga kebersihan diri dan sekeliling.

LANTAKLAH ..HAL DIA...


Kalau semua manusia berfikiran "kau-kau dan aku-aku" apa nak jadi pada dunia ? Contohnya macam hal buang sampah , setiap satu hari ada je orang buang sampah merata-rata,takda sorang pun,takda orang yang berkempen menjaga kebersihan.Agaknya lama-lama nanti dah jadi macam tong sampah global plak bumi ni.Dah tu kalau lah tabie dia tu buang sampah merata menyusahkan diri dia aje kemudian hari tu bolehlah cakap "lantak kau la",tapi dalam jangka masa yang panjang akan beri effect kat orang lain dengan longkang sumbat semua.Kalau effect waktu terdekat plak,boleh ada kemalangan kalau sampah tu la terbang plak kat cermin hadapan kereta lalu mengganggu pandangan.Kan naya tu!!


MAJLIS PEMBANDARAN kan ada

Memang betul ada. Tapi tak fikir ke nak ringankan beban orang lain.Memang diarang dibayar gaji tapi kalaulah pekerja yang buat pembersihan tu dari kalangan keluarga kita bekerja pulak susah kutip sampah tak ke kesian? Lagipun diarang bukan selalu buat keja membersih,ada jadual aje.Tak setiap kawasan diarang dapat jaga dengan teliti tambah-tambah lagi tempat awam.

DAH KENA KUTUK MARAH PULAK

Kalau ada keluar kenyataan dalam akhbar-akhbar pasal tempat tinggal mereka kotor pandai pulak marah-marah pihak media ni suka-suka aje papar berita tak betul.Masakan pokok bergoyang kalau tiada angin yang menggoncang.Kalau masa tu ada pelancong datang tempat kita tak ke malu tengok perangai masyarakat setempat tak bertanggungjawab.Malu beb!! mana nak letak muka woo?? pahtu jangan harap orang nak respect!


Renung-renungkan ...jadilah orang yang bertanggungjawab,KALAU BUKAN KITA SIAPA LAGI?

p/s :  setiap kali membebel tgk org lain sbnrnya bebel kat diri sdiri jugak,mengingatkan diri sendiri b4 ingatkan org lain!=)