Friday, July 29, 2011

Jangan minum nanti mabuk

Jangan minum nanti mabuk.
Kalau dah mabuk nanti tak sedar diri.
Bila dah seronok,
rasa bahagia,
tak sedar dah apa yang patut dan apa yang tak patut dibuat.

Jangan minum nanti mabuk.
Bila dah mabuk,
Tahi sapi rasa coklat,
Air basi rasa yogurt,
Bunga tahi ayam macam bunga ros.

Jangan minum nanti mabuk..
Bila mula mabuk,
Mak ayah tinggal belakang,
Orang yang  tak patut didahulukan,
Dah jadi orang besar pula.

Jangan minum nanti mabuk.
Bila mabuk,
neraka nampak macam syurga,
syurga nampak macam neraka,
pahala nampak macam dosa,
dosa nampak macam neraka.


Jangan minum nanti mabuk.
Kalau minum sedikit pun,
dah dosa,
Kalau minum banyak sampai mabuk,
dosa jadi apa?
Niat nak minum saja,
tapi apa yang dinamakan dosa,
tetap dosa...


Minum ni banyak istilah..minum arak boleh,minum jus buah pun kadang-kadang boleh mabuk..minum disini adalah metafora bagi apa-apa saja perbuatan yang melalaikan manusia.



~Wala takrabuzinna...

Wahai mawar..sedarlah mahkota mu adalah sifat malu..hilang malu,hilanglah pagar bagi dirimu..
Wahai mujahid..janganlah kau dorong mawar yang belum teguh mekarnya menjadi mawar yang hilang kelopaknya..









2 comments: