Tuesday, June 28, 2011

Kenapa cinta itu menyakitkan?


KUALA LUMPUR: Seorang lelaki berusia awal 30-an patah kaki kanan, leher dan tangan kiri selepas terjatuh dari tingkat empat sebuah apartmen di Plaza Idaman, Setapak, di sini, semalam.
Difahamkan, lelaki terbabit terjatuh ketika leka berbual di telefon dengan teman wanitanya.

Dalam kejadian kira-kira jam 3 pagi itu, mangsa mencangkung di tembok tempat letak kereta apartmen berkenaan sebelum tergelincir dan terjatuh.

Menurut sumber, seorang wanita berusia awal 20-an yang menyaksikan kejadian itu menghubungi Balai Polis Setapak, di sini.

“Wanita terbabit baru pulang dari kerja sebelum melihat seorang lelaki terjatuh dari kawasan itu ketika dia mahu meletakkan kenderaannya di tingkat sama.

“Sepasukan anggota polis dan ambulans dikejarkan ke tempat kejadian. Ketika pasukan perubatan tiba kira-kira 10 minit kemudian, mangsa yang parah dilaporkan tidak sedarkan diri,” katanya.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan kejadian terbabit dan memberitahu tiada unsur jenayah dalam insiden itu.

Dipetik dari myMetro


p/s : jatuh sampai patah-patah..betullah jatuh cinta itu menyakitkan..hua3..semoga cepat sembuhnya supaya boleh cepat-cepat menikah.. =)

Saturday, June 25, 2011

sahabt selamanya

Sahabat selamanya-padi ost upin & ipin


Dua tiga kapal berlayar di samudra
Ayo sahabatku kita bergembira
Bermain bernyanyi bersama menikmati indahnya dunia
*courtesy of LirikLaguIndonesia.net
Karena Sahabat untuk selamanya
Bersama untuk selamanya
Kau dan aku sahabat
Untuk selamanya setia
Berakit-rakit kita kehulu
Berenang-renang kita ketepian
Kita berbeda untuk saling mengisi
Segala kekurangan kita
mencari Sahabat untuk selamanya
Atasi semua perbedaan
Kau dan aku sahabat
Untuk selamanyaa€¦ Selamanya setia
Sahabat untuk selamanya
Berbagi dan saling menjaga
Kau dan aku sahabat
Untuk selamanyaa€¦ Selama-lamanyaa€¦ setiaa€¦


Source: http://liriklaguindonesia.net/p/padi/padi-sahabat-selamanya-ost-upin-dan-ipin/#ixzz1QFjgh9a9

Wednesday, June 22, 2011

Tersentuh jiwaku, semarak semangatku

Beberapa hari lepas , saya terima satu novel dari seorang sahabat yang saya kenali menerusi Y M . Dengan izin Allah , sahabat ni memberi sedikit perkongsian berbetuk novel (ulang ayat kat atas pulak? ). Terima kasih yang terhingga di atas perkongsian novel " Seindah mawar berduri ".

Lepas baca cerpen ni , ada getar di hati , merenung kembali diri sendiri ni macamana, memberi gambaran sebenar bagaimana cinta dua insan di dalam islam.Orang yang masih belum berkahwin terutama remaja sangat tertarik dengan cerita cinta, jadi, tahniah buat penulis yang sangat bijak mengadaptasikan agama dan kehidupan harian.(betulke ayat ni?) takpela.yang penting cerpen ni menyentuh jiwaku  dan menyemarakkan semangatku! peace to all..


Seindah mawar berduri


KLIK tajuk di atas untuk baca  novel "Seindah Mawar Berduri ". Lain kali keluar plak novel " Seindah Mawarwalis "  =D..hehehehe..guro guro..

Monday, June 20, 2011

Y M

Yahoo messenger  10


Y!supra

Y!epic


apa hal tok ? YM 10? Y!supra? Y!epic? apa  benda tok? tok la agent chatting ku lamak tok..mun torang biasa dengar YM  versi biasa ajak nak? yang duak e-gek atas ya (Y!supra and Y!epic ) ya merupakan yahoo 3rd party.Sapa nok kaki chatting ya nang tauk la version2 yahoo messenger tok (macam aku).hahaha..

DOLOK marek nak, hampir 24 hours la aku on9 chat (nah madah kuatannya on9 chat tek nak).Mun sik cayak tanyak jak kawan-kawan ku..hohoho..rah chat ya macam-macam perangey orang ditemu.Ada nok tua,muda,pertengahan.ada duda,ada bujang,single.ada laki orang..ada nok bait,ada nok kenja,ada juak nok gila-gila tp sik kenja.hahaha.nok kenja2 ya nang sik rajin nak chat dengan aku la , sik tahan kenak ceramah.hua3.

Tapi aku chat ramey la salu..aku join room yahoo chat..oleh kerana yahoo chat - sarawak room dah kenak bom tek nak (tah sapa mpun keja ),ID pun dr atas ke debah salu sama nama,mun sik messenger admin ya jak lepak sorang2 rah siya,so aku sik lepak siya la.Room lepak aku JB-3 , KEDAH-1 or 2, paling selalu JB-3 lah..sebab siya rami mbiak srwk juak.Aku chat sik suka webcam .

PERNAH ADD ORANG SEKAMPUS

kayo punya kayo rah ym ,terjumpa la mbiak UiTM SARAWAK rah siya..iboh madah sapa lah nak..huhu..adalah lam 3 orang giya di add lam ym list (cdak add aku app jak),tapi cdak sampey kinek siktauk aku sapa kali ,tauk sekampus jak )..hahaha..mbiak IM ,mbiak building sorang (laki 2-2 )..APA ku POLAH bila dah tauk sidak mbiak sekampus?? Aku polah permanent invisible..hahaha..jumpa orang sekampung pun pernah..haha..kantoi aku..


AKU DAH UNINSTALL YM ..





y!supra and y!epic aku dah lamak sikda sebab aku format lappy time praktikal riya.sengaja ku sik install balit.malas..gikpun nafsu chat ya dah makin berkurang lepas ku puasa lebih kurang 3 minggu.hehehe..Latest,marek, aku dah unistall ym aku..tetiba aku rasa insaf pas baca sigek artikel sal chatting dengan bukan muhrim.klik syirik cinta.

ANJAKAN PARADIGMA




Anjakan paradigma adalah anjakan dari tahap yang baik kepada yang lebih baik. Manusia selalu sik sempurna, tapi apa salahnya kita mencuba untuk jadi sempurna ? Semua kita berhak.Dalam fikiran dan hti kita tok sebenarnya tauk apa yang baik dan apa yang baik,tinggal kita nak molah ka sik ajak.Memang mula-mulanya susah,tapi last2 lak akan mudah..so.aku na try lah juak molah anjakan paradigma dari satu masa ke satu masa.Mun dulok aku dah delete FB aku ( no.tel pun ku salu delete ),YM pun aku dah delete.

MUN PANDEY NAHAN NAFSU,SIKDA MASALAH.





Aok..bena..mun pandey tahan nafsu sikda masalah ada media ya semua.Setiap orang ada cara masing-masing untuk menahan nafsu ya nak.Terpulang lah pada diri masing-masing menentukan apa yang terbaik buat diri sidak.


Kesimpulannya , aku dah uninstall YM..hahaha..tapi sik bermakna aku sik kan on YM sampai bila-bila.Bila ada kepentingan yang mustahak aku on la..sebab rah yahoomail pun ada mini YM nak ?cuma rah siya sik boleh enter chatroom..tapi ya la,pandey2 la nahan nafsu..FB pun , buat masa tok belum ada kepentingan ku nak molah akaun baru,masa datang siktauk..huhu..






AKU NAK SHARE VIDEO ku jumpa rah youtube tek time ko berjalan-jalan carik cerita seram.

ya sigek part jak,mun torang berminat nak nangga agik,torang pandey-pandey lah carik .

Sunday, June 19, 2011

2 minggu dah..

2 minggu dah kuliah mula..
tapi tak start revise agi..
otak pun lembap..
mungkin sebab duduk dekat rumah..


tiap hari g kuliah kena drive
penat walaupun sekadar duduk and drive
rasa macam takda masa plak..

tapi takpe..
lepas ni try urus masa..
inshaAllah boleh catch up semua keje..

Sunday, June 5, 2011

MAK AYAH ,kita pergi bercuti!!!

Bercuti? siapa tak suka bila dengar perkataan BERCUTI ? Secara umumnya, semua orang suka bercuti kecuali sebilangan kecil yang tak suka bercuti sebab fikir ianya merugikan dan mendatangkan masalah (sebilangan kecil saja, terutama yang workaholic).

Bila nak pergi bercuti?

Kalau dalam negara kita ni, selalunya orang sibuk nak pergi bercuti bila musim cuti sekolah atau 'semester break' terutama bagi yang dah berkeluarga. Ada jugak yang suka pergi bercuti bila-bila masa diarang nak pergi walaupun masa tu bukan masa untuk orang bercuti pun.

WAKTU CUTI  UMUM UNTUK MALAYSIA:

Hari keputeraan Yang Dipertuan Agong
Hari keputeraan Sultan Negeri tersebut, Yamtuan atau Tuan Yang Terutama bagi Sabah  & Sarawak.
Hari buruh
Ester day
Good Friday
Hari Raya Aidilfitri
Hari Gawai Dayak
Hari Keamatan
Tahun Baru Cina
Hari Krismas
Sabtu & Ahad (bagi kerajaan dan sesetengah institusi bukan kerajaan sahaja).
Deepavali
Wesak Day

"Most workers expect to be able to enjoy public holidays. However, the Employment Act only entitles workers to 10 public holidays per year whereas Malaysia has 16 or 17 (depending on the state ) such holidays.Four of the 10 public holidays to be offered to employees are fixed.They are : Labour or Workers Day, Independence Day, The Birthday of Yang di Pertuan  Agong and the birthday of the state ruler (or Federal Territory Day for Kuala Lumpur and Labuan)."
                                                                                                          
                                                                                   (Maimunah Aminuddin)
Banyak lagi waktu cuti umum , kalau kat Sarawak macam-macam cuti kitarang dapat (Sila tnegok cuti yang diwarna kuning kan, cuti yang hanya Sarawak saja yang cuti,kalau silap sila betulkan).Tak semua cuti tersenarai,kalau ada lagi sila tambahkan=)

Kalau kita pergi bercuti ,apa ye aktiviti yang kita boleh buat?

Berjemur kat panas ke ? macam ni ke ==> best sun tanning.

Pergi scuba diving?(sila klik)

pergi memancing?(sila klik)

Swimming?(sila klik)

Itu kalau kita pergi bercuti kat tempat peranginan yang ada pantai dan nature base tourism la kan..

tapi macamana kalau kita bercuti dalam bandar?



macam-macam boleh buat kan? tapi saya paling suka pergi tempat yang mempunyai kecantikan semulajadi dengan alam sekitar yang indah dan bersih..

kalau kita nak pergi bercuti kita naik apa?

kalau pergi tempat dekat-dekat kita boleh naik kereta atau bas , monorel dan mana-mana kemudahan awam (yang setanah) je..tapi kalau tempat yang sangat jauhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh (banyak 'h' tu jauh sangat la tu), terutama yang tak setanah terpisah disebabkan laut atau malas nak drive dan sebagainya, mesti la kena naik kapal terbang takpun boat atau feri kan..kalau naik kapal terbang plak,mesti nak yang tambang murah macam yang ni 'penerbangan tambang yang tersangat murah'(klik2).Tapi kat MALAYSIA ni tambang penerbangan masih lagi affordable,tambah-tambah lagi Air Asia dengan moto ' Now Everyone Can fly'.(klik2)

Setiap orang ada perancangan sendiri untuk bercuti,tak semestinya bercuti kita kena keluar rumah pergi jejalan,duduk rumah dengan keluarga pun boleh,jimat segalanya,tak perlu sibuk cari penerbangan tambang murah macam dalam video tu kan? huhu..Apa yang penting masa cuti tu dipenuhi dengan aktiviti bermanfaat bagi kita..

Selamat Bercuti =)


Reference : Mc Graw Hill Education, Malaysian Industrial Relations & Employment Law, Maimunah Aminuddin,Chap.2,pg 47.

Wednesday, June 1, 2011

shuffle plak dah??

What is shuffle?

To be more specific, what I mean here is shuffle dance..hmm..rasanya semua orang tau kan? Shuffle dance adalah tarian yang melibatkan pergerakan pantas tumit dan juga jari-jemari kaki..(yeke ni?)..argh.susah-susah nak translate, fast heel and toe movement..tapi dari satu masa ke satu masa, pergerakan tarian ni mengalami evolusi melibtakan pergerakan tangan dan badan...nak tahu lebih lanjut sila klik disini Melbourne shuffle.

Kalau dah malas nak klik sana sini tak apa,sure ramai yang dah tau kan..tengah jalan-jalan mencari santapan mata kat youtube terjumpa la satu video shuffle nih.Selama ni asyik tengok orang korea ,china and orang putih je kot buat shuffle,tak kurang gak melayu kan...(Melayu boleh!),video ni membawa sedikit kelainan,nak tau apa?tengok lah sendiri...==>>shuffle unik.

Unik ke? I don't know..judge sendiri..

pastu kan,memang shuffle ni tarian semua lapisan masyarakat lah nampaknya,dari kecik sampai besar,tua ke muda layan shuffle nih..Macamana ea tu?Cakap je tak guna kan? Ini buktinya...

bukti 1
bukti 2
bukti 3
bukti 4

bukan itu sahaja...abang polis pun shuffle...

But, this somehow a special video clip..iban shuffle..klik ba ditu===>>iban shuffle. well..kita tak duduk terperuk dalam hutan and know nothings alright..huhu..lagipun,bukannya hutan,tapi kampung..tempat tinggal...no racist k..><..

Sunday, May 29, 2011

aku bukan kera yang sumbang..

kera yang sumbang?awk bukan kera? memanglah bukan..kalau kera camner nak buat blog ,twitter and boleh plak berfikir macam manusia...siapa cakap awak kera??ish...ish...ish...

Me : Memang saya bukan kera,sebab dah sah-sah saya ni manusia ,boleh buat post kat blog plak tu kan.. saya bukan kera yang sumbang, tapi mungkin kera sumbang..hmmm... :'(



I'm not saying I am a "kera",tapi ianya satu pepatah yang menggambarkan seseorang yang tak pandai bergaul dengan orang lain dan suka bersendirian.erm..kakak saya selalu cakap saya kera sumbang sebab saya tak suka layan tetamu...uuu...adakah saya seorang pemalu?(pemalu ke aku?hampes...)..

Apa yang saya fikirkan...saya sebenarnya bukan seorang kera sumbang, cuma sedikit defensive(sikit ke?),agak pemalu atau segan(agak-agak je),and less topic nak borak....pokoknya,mungkin sayalah manusia paling membosankan kat dunia ni..uwa...tapi saya ni banyak bercakap sampai orang naik bosan bila saya dah kenal orang tu....when I start talking,it is very difficult for me to stop talking or telling stories...satu lagi masalah, bila dah kenal orang and selesa borak melebih-melebih plak cerita dan guraunya sampai orang boleh kecik hati gak kekadang...itu yang saya sangat takut....


erm..saya ni camner ea sebenarnya?so, untuk kenal diri sendiri dengan lebih rapat lagi saya try la search kat internet mengenai personalities manusia...

Mari kenali diri anda melalui tarikh lahir anda...jeng..jeng..jeng...

sila klik kat laman web ini okies?><

http://alkiram.net/salam/2008/03/09/rahsia-tarikh-lahir-mengikut-bulan-kelahiran-dr-fadhilah-kamsah/

 ni saya punya analisis bulan kelahiran...

  1.  orangnya comel,mulus..
  2. baik hati
  3. bersopan -santun, lemah lembut
  4. bijak dan cerdik..
  5. menghormati orang tua
  6. jujur dan amanah..
  7. bertanggungjawab
  8. dedikasi
anda percaya?tak perlu percayalah k...memang tak nampak saya camtu pon..sebab tu cuma rekaan saya..yang sebenarnya sebahagian dari matlamat saya, suatu anjakan paradigma yang melibatkan nilai di atas yang ingin saya capai..hohoo..hanya satu doa untuk diri sendiri...hehe.

saya lahir ke dunia bulan november, tanggal 21, 1991...

tgk gambar ni ok..

















Friday, May 20, 2011

apa aku dah buat..









hari ni ( 20.5.2011) , aktivitis nyer adalah g practical , g tgk wayang cerita nur kasih, pastu pergi jalan-jalan kat waterfront kuching, photoshot time ,naik perahu g seberang sungai ,cakap dengan orang putih yang kulit dier hitam sorang ngan putih sorang (foreingner),pastu balik uitm..

pasala gambar-gambar kat atas,semua ori dari saya ya...kalau nampak gambar perempuan baju putih yang pelik, jangan rasa nyampah...ciptaan tuhan tu...hua3..saya memang tak pandai posing..tak kisah bila org tgk gmbr sy tak lawa ne pun, yang penting I am who I am...real me isn't a picture only..(ayat pasrah main...hua3..)..

Friday, April 29, 2011

setiap kita bersenjata!

Doa hamba yang sedang gelisah sebab nak exam(^_^)

Ya Allah,
hambaMu mohon agar ditenangkan hati kami yang sedang gelisah,
Jauhkanlah kami dari kegusaran,
Jauhkanlah kami dari sifat terburu-buru,
Terangilah hati kami dengan Nur Mu,
Permudahkanlah bagi kami sesuatu urusan itu,
Bantulah kami menyempurnakan urusan kami,
Redhailah kami,
Jauhkanlah kami dari sifat lupa,
Kuatkanlah ingatan kami,
KepadaMu kami mohon kemudahan di dunia dan akhirat.

Amin.........................


Ya..kita semua bersenjata,setiap muslim itu bersenjata,tapi tinggal senjatanya lemah atau kuat sahaja..apa senjata itu? Doa itu senjata kita...



Selalu kita terlupa bahawa Allah ada di sisi kita. Ramai di antara kita yang selalu merasa sepi, sunyi dan bersendirian walhal berada di khalayak ramai.Kenapa? kerana yang terisi hanya luaran namun dalamannya masih kurang.Bila di jawab ubat sepi yang sedemikian rupa adalah zikrullah iaitu mengingati Allah ramai yang berkata sinis dan mengeluh di dalam hati, merasa berat untuk mendekatkan diri pada Yang Esa dan tidak kurang merasakan nasihat sedemikian tidak membantu langsung dalam menghilangkan kesepian.KENAPA?kerana manusia cenderung pada sesuatu yang terlihat di depan mata..


Ya benar...Allah tidak kelihatan di mata kasar kita..namun mata hati kita dapat merasai kewujudan Allah andai kita ikhlas dan berusaha mendekati Allah. Ketahuilah , Allah Maha Melihat, Allah Maha Mengasihi, Allah Maha Menyayangi hamba-hambaNYA...tanya pada hati.berfikirlah sejenak.sejauh mana nikmat yang aku perolehi dari Allah?Sejauh mana yang telah kita bayar untuk nikmat yang kita perolehi..

Tepuk dada tanyalah iman..


p/s : kita sama-sama tak sempurna,tapi tak salah kalau kita berusaha mencapai kesempurnaan..Biarlah segala usaha kita disertai dengan kalimah syahadah yang agung..


Biar aku naif,
Asal aku sedar aku dalam kekurangan,
Biar aku papa,
Asal aku berusaha mengejar kecukupan dariNYA.
Biar aku lambat,
Asal hatiku ikhlas mencari sinarNYA.


Menangislah bila rasa anda perlu menangis terutama bila anda tertekan..

sekian...

Tuesday, April 26, 2011

Fikiran yang menerawang...

Masa tengah revise and refresh otak ni dengan nota-nota ringkas untuk exam esok, tetiba pulak lah fikiran ni menerawang kat kampung,teringat kat adik yang kecik sekali tu.haish...our brains is incredibly multi-processing units ,complex,uniques and high storage capacity with long life span..dalam satu-satu masa kita boleh monoloq, berfikir,mengawal refleksi tubuh badan dan macam-macam lagi...hebat benar pencipta otak kita ni..huhu..SUBHANALLAH...

berbalik pada tajuk post, teringat kat adik kecik ..teringat masa kitarang still duduk sama,masa tu still age 17-18 , masa saya(si kakak) diamanahkan untuk menjaga si kecik tu.yela,masa tu my dad wasn't around,my only eldest sis plak tengah study,so tinggal kitarang 3 beradik.ingat balik detik-detik tu tetiba rasa menyesal plak..dulu ingat lagi..masa bawak dia(si budak kecik) p main kat taman permainan petang-petang, dah puas main ajak balik tak nak,hari dah senja,dah la kakak si budak kecik ni tak reti nak pujuk,lepas tu ,apalagi,meradang la,cubit-cubitan jadi mainan..aish,..apa jadahnya buat budak kecik camtu...

tu hal pertama,ni plak hal kedua, sebagai seorang remaja biasa, si kakak ni pun ingin menikmati kebebasan bersama rakan sebaya.Nak dijadikan cerita,si kakak ni suka berjalan ke sana ke mari,pastu adik dier lak tinggal la sorang-sorang dengan nenek dier kat umah..kalau adik dier nak ikut je,memang kena tengking ar...macam mak tiri yang kejam or kakak tiri yang kejam aje la si kakak tu kan..ish3..

tapi tak setiap masa si kakak tu kejam tau, rasa kasih dia untuk si kecik tu sebenarnya melimpah ruah,cuma kadang-kadang si kakak tu perlukan ruang untuk diri sendiri jugak..malam-malam kakak tu bawak adik dier p jalan(baik ke jalan malam?gagaga),kalau nak p picnic dengan kawan-kawan selalu adik dier tu kena angkut sekali la,pastu kakak dier suka sediakan bekal untuk adik dier pergi tadika..

Tapi kalau orang lain hairan la jugak tengok si kakak dengan si adik ni malam-malam kat cyber cafe,kakak tu buat ape?kakak tu sibuk online dengan chating nye agi,adik plak tertidur-tidur la kat riba si kakak nih..bila dah tiba time balik,si kakak pun angkat la adik ni p kuar cc..masa tu orang nak kutuk si kakak selalu keluar malam ke,apa ka, si kakak memang tak ambik port pun..yang penting tak buat hal tak elok..(perempuan memang tak elok keluar malam ok=))
                               suka belanja minum budak-budak nih


                       gambar lama dah ni..


Sekarang ni bila kita 2 orang ni duduk jauh,asing-asing,rasa rindu teramat sangat tu selalu menyapa.Rindu nak siapkan dia pergi tadika , rindu nak siapkan bekal, rindu nak menyakat budak kecik tu sampai menangis,rindu nak bawak p makan ice cream,rindu nak ngajar dier ngaji,rindu nak membebel,rindu dengar dier tanya camner nak mengeja..semuanya rindu..jadi bila tiba je musim cuti,beria-ria nak balik kampung walaupun kadang-kadang my daddy tak suruh..:((..sebab cuti singkat and lambat book tiket..tapi disebabkan anaknya sangat degil,mahu atau tidak selalunya anak dierakan balik jugak!(teruk teruk)..tiap kali dah tau nak balik,otak ni akan ligat berputar apa je nak buat kat kampung nanti,dan semestinya semua planning berkaitan dengan si kecik jugak!Sekarang si budak kecik dah darjah satu,tah dah pandai membaca ke belum,tak sempat pun nak siap-siapkan dier untuk g sekolah,dulu tadika je,hopefully cuti ni dapat tengok dier p skolah..

end of this week saya balik kampunggggggggggg..sebab otak saya dah menerawang ..hua3..

p/s : Aku juga rindu kat bonda aku yang tersayang,kekadang rasa nak mesej and call je ,tapi mana boleh..
takpe..kiter ganti dengan Al-fatihah je,untuk kakak dan adik besar aku, aku sentiasa ingat kat korang seperti korang ingat our relation..love u all always..untuk papa , I miss u as a daughter of a father..


                                ~TO BE CONTINUED~

Monday, April 25, 2011

perbincangan yang hangat

masa tengok tubelawak.blogspot terjumpa la dier nye video.busuk.org,pastu jumpa plak video klip dari astro awani ni mengenai perbincangan gaza dan israel.Memang nampak best perbincangan ni,nampak hangat,tapi ye la..kalo orang tak tahan sabar,dah gaduh kut..Tapi Alhamdulillah,kedua-duanya penyabar..hohok..emosi plak..tapi tak faham la kat ujung video tu..nape tetibe lak ade Tun Abdullah Ahmad Badawi kat situ,pahtu kalo tak silap ada Ridhuan Tee ke tu?ke silap mata memandang?kalo nak tau tengok sendiri la..

Sunday, April 24, 2011

aku ingin mencintaimu-edcoustic


Bila dengar lagu ni macam dengar lagu cintan-cintun je...tapi kalo dengar bebetul,fahami betul-betul liriknya baru kita tau cinta yang dirujuk dalam lagu ni sebenarnya pada yang Esa...best...

Lirik lagu Aku Ingin Mencintaimu by edcoustic


Tuhan betapa aku malu
Atas semua yang Kau beri
Padahal diriku terlalu sering membuat-MU kecewa

(^)
Entah mungkin karna ku terlena
Sementara Engkau beri aku kesempatan berulang kali agar aku kembali

Dalam fitrahku sebagai manusia untuk menghamba pada-MU
betapa tak ada apa-apanya
aku dihadapan-MU

(^^)
Aku ingin mencintai-MU setulusnya sebenar-benar aku cinta
dalam doa
dalam ucapan
dalam setiap langkahku

aku ingin mendekati-MU
selamanya
sehina apapun diriku
kuberharap
untuk bertemu dengan-MU Ya Rabbi…



gudanglagu.com Free Download Lagu Edcoustic Aku Ingin Mencintaimu Setulusnya MP3 Lirik 4shared Gratis Chord Video Album 



(^_^)sentiasa sempat nak on9 walaupun tgh bz exam...makin dekat exam makin suka dgr lagu..huhuk..mudahan tak lupa..