Saturday, January 26, 2013

Ciri suami Awesome, mengikut Ustaz Azhar Idrus...

1. Solat fardhu cukup 5 waktu.
2. Ada kerja gaji RM800-1500 ke atas, boleh bayar rumah sewa,
boleh beli beras, boleh isi minyak, boleh antar ke tempat keje. Nafkah zahir boleh bagi, bukan nafkah batin je tau.
3. Ada kenderaan: moto kapcai dah cantek. honda EX5 orait sangat la tu dengan 2 helmet. Basikal pun boleh, tapi penat kayuh kalau dari Bangsar ke KLIA. Sebaik-baiknya kereta, sebab nanti nak bawa isteri yang mengandung ke klinik setiap bulan.
4. Lulus ujian fardhu ‘ain sekolah rendah. Maknanya boleh mandi wajib dengan baik dan boleh ajar isteri mandi wajib dengan betul,
apatah lagi mandi-mandi yang lain.
5. Boleh baca al-Quran dan boleh mengajar al-Quran walaupun setakat “Alif Ba’ Ta’” sampai Surah “Iqra’ Bismirabbikallazi Khalaq.”
6. Jenis lurus, baik & hati baik, tak menipu. Tadelah sampai menipu kata nak pergi Mydin tapi pergi mengorat jiran taman sebelah.
7. Dia paham kamu, kamu paham dia. Paham jiwo gitu. Serasi bersama. Berbeza tapi boleh masuk.
8. Gedik joget-joget pun depan bini dan anak-anak je. Depan orang lain sopan santun gitu.
9. Jenis tak cemburu buta sangat. Cemburu macam ni ok, “Ehemm..ramainya kawan laki kat opis.. Jangan sampai lupa abang
taw..”
10. Belajar takat PMR je pun takpe, janji cara dia fikir tu matang dari yang belajar PhD.
11. Kalau dia jenis diam tak delah sampai orang kata tak bergaul dengan manusia lain. Kalau dia banyak bercakap pun tadelah sampai dia mengata-ngata orang lain.
12. Malas juga ke masjid, tapi dia pergi gak dalam sehari tu 2 kali sekurang-kurangnya Maghrib danIsyak.
13. Walaupun tak kerap ke kuliah agama, tapi bila tengok Youtube Ustaz Azhar Idrus ngajar tu sampai terlupa nak tengok bola. Jika da kuliah di masjid muka dialah ada di antara orang-orang kampung.
14. Boleh susah senang bersama. Kalau isteri nangis, dia tolong riba isteri dan tenangkan. Kalau isteri sakit, dia tolong jaga dari malam sampai pagi.
15. Jenis senyum sokmo.
16. Tak tengok sangat awek cuns, duk tengok bini dia je walaupn bini dia tak cuns (Tak cun tak pe, boleh tutup lampu)

Kalau jumpa dan yakin dia belum hak wanita lain, lamar lelaki jenis ini!hehe.. :


credit:https://www.facebook.com/BercintaSelepasNikah

Friday, January 11, 2013

Sambung belajar:di mana?aku keliru?

Keliru lagi

Tadi ada adik junior DPIM telefon bertanyakan hal permohonan UPU.Banyak perkara yang dibualkan berkisar tentang pilihan melanjutkan pelajaran.Bagi orang lain,mungkin perkara ni nampak mudah,tapi sebahagian yang lain yang kuat memilih minat melebihi yang lain yang ada,hal sebegini memang sangat kritikal untuk difikirkan.Macam junior saya ni,masih belum dapat nak putuskan samada nak sambung belajar di UiTM atau di universiti lain.Tapi yang pasti menyambung ke bidang lain,bukan lanjutan program yang diambil semasa diploma dahulu.

Kelebihan dan kekurangan

Pada asasnya,mana-mana program pun baik bagi masa depan.Jika kita hanya memikirkan mengenai peluang pekerjaan,kena ingat,pasaran kerja kurang menentu.Pendek kata, semua itu rezeki Allah.Apa yang perlu difikirkan bila nak sambung belajar ni,arah mana kecenderungan kita dan niat haruslah ikhlas untuk menimba ilmu.

Selain tu,kita kena juga consider pendapat mak ayah.Seandainya mereka merestui tak ada masalah nak pilih apa yang kita minat berbanding dengan apa yang kita tawarkan.Hal camni takda masalah sangat bagi orang yang dapat satu tawaran je.Bagi macam pelajar lepasan UiTM contohnya,bagi lepasan diploma,mereka dapat membuat dua permohonan berbeza melalui dua saluran berbeza iaitu,directly ke UiTM, dan satu lagi melalui sistem UPU.

CONTOH Situasi: Seperti saya sendiri,bagi pengambilan pelajar ijazah kemasukan September tahun lepas,saya mendapat dua tawaran iaitu satu dari UiTM,satu lagi daripada UPU(tawaran masuk UPM) bagi dua program berbeza.Banyak perkara kena dipertimbangkan sebelum membuat keputusan.

Kelebihan menyambung pengajian di institusi yang sama.cth UiTM Diploma sambung UiTM ijazah.

1) Pengecualian mata kredit mudah dilakukan.Sekaligus anda boleh menyingkatkan waktu  contohnya pengajian dari 4 tahun ke 2 Tahun setengah atau 3 tahun.(Time consumption).

2) Anda sudah biasa dengan sistem pengurusan sedia ada.

3)Dapat duduk kelas dengan kawan-kawan,sekampus atau se program dengan kawan.


Kelebihan menyambung di institusi yang berlainan:

1) Terdedah pada persekitaran yang sangat baru(hampir semua baru).

2) Terdedah pada sistem pengurusan universiti yang baru.


Pendapat saya sendiri: Bertukar universiti bagi melanjutkan pelajaran di peringkat lebih tinggi memberikan saya pengalaman yang lain.Contohnya,pendedahan kepada sistem yang lain(u can do a lot of comparison).Personally thinking,setiap tempat kita belajar tu ada pro and kontra,salah satu sebab kenapa saya memilih universiti lain kerana saya nak sesuatu yang totally out from what I was,environment,culture and the program.TAPI..harus untuk saya memberitahu bahawa,salah satu risiko yang anda perlu hadapi bila bertukar institusi pengajian adalah,anda mungkin pada mulanya akan banyak membuat perbezaan,keduanya masa pengajian akan bertambah panjang(program pengajian saya mengambil masa 4 tahun,jika ditambah dengan waktu pengajian diploma saya,untuk sampai ke tahap ijazah sarjana muda saya memerlukan masa 7 tahun,sedangkan jika anda belajar di institusi yang sama,anda mampu memiliki segulung master dalam tempoh masa yang sama*bagi yang membuat lanjutan program dari diploma*.).


Kerana minat pada landskap dan bunga-bungaan juga pertanian,saya memilih program sekarang iaitu horticulture:).Tidak terlalu lari dari skop diploma dulu.*UiTM ditawarkan ijazah seni landskap:p*.Penguat hati untuk memilih program ni jugak,because one day I want to have my own nursery:).Memanglah sesiapa pun boleh ada nursery,but,it will be my advantage to have specific knowledge on it.kan2?Nanti kalau ada rezeki sambung plak amik master in urban landscape(adakah tok?)(tukar fakulti plak.)




Perjalanan ke Ladang 2 UPM.


Antara ujikaji ringkas

Aktiviti di Ladang 10-Marcotting

Kursus-kursus bagi program hortikultur(kelas-kelas yang perlu diambil  untuk B.Sc.Horticulture).

Tahun 1
Semester 1 :

1)Oral Interaction Skills
2)Prinsip Ekonomi
3)Plant propagation and Nursery Management.
4)Biokimia pertanian
5)Kenegaraan Malaysia
6)Pertanian dan Manusia
7)Kokurikulum

Semester 2:
1)Principles of weed science
2)TITAS
3)Fundamentals of soil science
4)Ethnic relations
5)General writing skills
6)Botany and physiology of Horticultural crops.
7)Kokurikulum.

Tahun 2:

Semester 1
1)Pengucapan awam.
2)Pembiakkan tumbuhan
3)Pengeluaran sayur-sayuran
4)Pomology.
5)Amalan ladang:Pengeluaran sayur-sayuran.
6)Amalan ladang:Pengeluaran buah-buahan
7)Entomologi asas
8)Asas statistik bagi sains pertanian.

Semester 2:

1) Amalan ladang:Hortikultur hiasan.
2)Amalan ladang:Turf
3)Pengeluaran Tanaman hiasan dan bunga.
4)Pengeluaran tanaman hiasan.
5)Sains turf
6)Fundamentals of Plant Pathology
7)Prinsip pengurusan dan pemasaran pertanian.
8)Fisiologi lepas tuai.
9)Elektif

Tahun 3:

Semester 1
1)Mekanisasi Pertanian
2)Pengembangan pertanian
3)Prinsip pertanian lestari
4)Elektif

Semester 2

1)Keusahawanan pertanian.
2)Pengenalan rekabentuk landskap.
3)Rekabentuk dan Analisis Eksperimen.
4)Projek ilmiah Tahun Akhir.

Tahun 4:
Semester 1:
1)Projek ilmiah Tahun akhir.
2)Elektif

semester 2:
1)Latihan industri





It's 11/01/2013

Today is 11 January 2013,birthday anniversary for our little boy in the house.:)

Happy birthday yang ke 9 to my lil bro ,Muhamad Izrul bin Ya'kob@ Ismail. Grown up boy.
May Allah bless u always over all the difficulties,dugaan that u had been through.We love u so much.4 years living with mother,a year of struggle with a bad sister*me*,left at my aunty home,nanny's home,uncle's home and a neighbor's home until last year,Allah make the way for u to live with big sister.InshaAllah, we will take care of U the best we can.



A story of him:

Cuti lepas diploma haritu,duduk kat rumah di Miri bersama dengan adek ni dengan akak.Satu hari tu(Lepas sebulan gtu duduk rumah),sebelum adek g sekolah,ternampak la ada nombor kat beg sekolah dy.Bila tengok betul-betul tu nombor telefon saya ditulis dengan pen marker bewarna hitam! Kenapa plak ada nombor telefon saya kat situ.Lepas tu bawah nombor tu tulis "EMAK".Haip!!Bila la plak tukar status dari seorang kakak kepada seorang mak ni?*Uwaaa*.Timbul perasaan kesian kat adek,sebab,orang lain sibuk dengan mak ayah,tapi dier sibuk dengan kakak dan abang je.

Satu kejadian lagi:

Kakak bagitau,ada satu hari tu,cikgu bagi tugasan suruh lukis gambar keluarga.Kat rumah dier pun lukislah.Dalam lukisan tu,adek lukis kakak dengan abang je dengan dy skali.*Faham tak ?*(T T).Kesian je tengok dier.


TAPI...

Ini semua bukan satu sebab untuk kita mengingkari takdir Allah dan tidak mensyukuri nikmat yang Allah bagi.Kita fikir kitalah orang yang teruk dugaannya di dunia,tapi sebenarnya ada lagi orang yang diduga dengan lebih teruk daripada kita.Apapun semuanya hanyalah dugaan.
Dunia itu kan persinggahan sementara:)Allah tu Maha Mengetahui segala sesuatu.Allah tahu,dengan memberi dugaanlah hambaNya takkan lupa padaNya,jadi makin kuat dan sedar siapa diri mereka sebenarnya.Lagipun,setiap dugaan yang Allah bagi adalah setimpal dengan kemampuan kita,macam dalam firmanNya:




:)

Wednesday, January 9, 2013

Bahaya ada dimana-mana

Petang tadi, nak dijadikan kisah,adalah seorang makcik ni datang bilik Si mak cik Jepun, nama dia Chibi Maruko Chan(Maruko nama pendek).

Maruko: Ko nak g makan tak?

Mak cik Jepun: Tu..aku dah beli tadi.Kenapa?

Maruko:Eh..takda pape..

Mak cik Jepun: Habis ko datang ni mesti ada pape kan.

Maruko: Aku nak ajak ko g makanlah tadi.

Mak cik Jepun: Oooo.aku dah beli tadi.

Maruko: Ooo..aku sebenarnya nak beli ais lagi,tapi aku malu la,sebab abg air tu bagi free tadi.Selalu sgt.Aku rasa macam perempuan murahan plak.

Mak cik Jepun: Melampau ar kau..ade plak perempuan murahan.

*Just cut the crab,let's jump into next scene.Kind of bored yah.*

Mak cik Jepun: Eee..aku rasa x selesa ar..makin gemuk la..

Maruko: Oo..ko pegi la besenam.Sem depan pe kata ko g jalan-jalan,joging.

Makcik Jepun: Tak nak.Aku nak cycling,gne basikal.

Maruko: la..tu bahaya la..nanti orang pegang-pegang nanti*there was an incident,where her friend was harrased by motorcyclist.*

Mak cik Jepun: La..kalau jalan sme jugak.Lagi bahaya.

Maruko:Gne basikal lagi bahaya sebab nanti motosikal tu sama laju dengan basikal ko kayuh lagi senang.At least, kalau ko jalan kaki,bawak payung boleh hempap sekali.

Mak cik Jepun: Kalau naik basikal pun boleh hempap jugak,hempap dengan basikal.

Maruko: Yela..ko ni...

Mak cik Jepun: Bahaya ada dimana-mana la..

Maruko: At least ko take precaution.

Mak cik Jepun: Hmm..berani dy nak kacau*buat muka ganas*

Bahaya ada dimana-mana.

#saja merapu sebab tadi blogwalking terbaca berita sal hidup seharian blogger tu.tengok dy blog hal seharian nak jugak ar.


Waktu/masa/time












Al-Mujadilah:11

What I am trying to say :
1) Masa itu kepunyaan Allah swt.Allah yang cipta masa.U can't deny that right?
2.It is our responsible to really do care how do we spend our time.
3. Every seconds,minutes that we have,that we had past,we can't have them back.There's only three days in our life,yesterday,today and tomorrow.
4. Sekiranya kita meluangkan masa Lillahi Taala,inshaAllah,it will bring us closer to Allah swt.How is it?By consuming time lillahi Taala especially for majlis ilmu,u r not only gaining knowledge,but also rahmat from Allah,the blessing,dua' of the angels and ukhuwah..too much isn't just we ourself who don't realise all the benefits.
5. Seandainya kita yakin bahawa Allah yang menjadikan segalanya,tiada kerisauan untuk kita meninggalkan sesuatu yang kurang penting untuk menghadirkan diri ke majlis ilmu,solat jemaah and everything regarding ibadah to Allah either Fardhu Ain or Fardhu kifayah.just to think the priority.

From me to me,
I am Abdullah.

"Ya Allah kurniakanlah kami lisan yang paling lembut basah mengingati dan menyebut (nama)Mu,serta badan yang ringan menyempurnakan ketaatan kepada (perintah)Mu."

Sunday, January 6, 2013

Attempt to become an artist

Masa kecik-kecik dulu,mak selalu perli sebab suka lukis perempuan kawen.Siap ada satu buku latihan yang garis-garis tu lagi untuk melukis.Dari mukasurat pertama sampai la habis buku tu lukis perempuan pakai baju pengantin je.Tapi lama-lama hobi tu hilang,sebab ada hobi baru iaitu pegi sukat luas kampung.*pegi jalan2 satu kampung belagak macam semua rumah kat kampung tu rumah sendiri*.Tu sebelum jadi anak dara.

Dah jadi anak dara,minat masih ada hal melukis ni,tapi lukis plan rumah la.Sampai lah satu tahap boleh renovate rumah ikut design yg tak professional tu.

Masa diploma,tengok roomate budak art and design buat keje art,then try la jugak melukis potrait sendiri masa bayi.huwarg.tak tau a serupa tak.sorok je dalam laci sebab malu sehh.

Hari ni..melukis jugak..tp suka melukis potret and sketching la sikit-sikit.saja-saja untuk buang bosan.
















Gelak lah klu rasa kelakar..huhu..sememangnya orang yang tak berapa reti melukis.Sekadar mencuba sahaja.Banyak ketidakseimbangan berlaku jadi herot berot,terbesar la,terkcikla..huhu

Akhir kalam,tiada lukisan yang lebih indah seindah lukisan Sang Pencipta yang Luhur.Allahuakbar,Subhanallah,Alhamdulillah..Tengoklah diri kita sendiri,pada cap jari kita sahaja,tiada manusia yang mempunyai cap jari yang sama.Allahuakbar!

Thursday, January 3, 2013

Gagal rukun iman ke 2

Situasi: Berada di kelas fardhu ain,malam Khamis,(3/1/2013)

Teacher Ng : Adakah iblis itu malaikat atau jin?

Me             : Dulu iblis tu malaikat,kerana iblis tak patuh perintah Allah untuk tunduk pada Nabi
                    Adam jadi Allah tak jadikan dia malaikat lagi.

Soalan ni nampak mudahkan? Cuba anda plak yang jawab soalan tersebut.

Ramai antara kita masih tergagap lagi menjawab seandainya ditanya soalan sebegini.Dan adakah anda tahu bahawa jawapan yang saya(Me) berikan itu adalah salah sama sekali.I fail  to answer which mean I don't understand apa itu malaikat.Jawapan pada persoalan ringkas ini sudah Allah nyatakan di dalam Al-Quran,Surah Al-Kahf:50.

"Dan (ingatlah) ketika Kami berfirman kepada para malaikat,"Sujudlah kamu kepada Adam!" Maka mereka pun sujud kecuali iblis.Dia adalah dari (golongan) jin,maka dia mendurhakai perintah Tuhannya.Pantaskah kamu menjadikan dia dan keturunannya sebagai pemimpin selain Aku,padahal mereka adalah musuhmu?Sangat buruklah (iblis itu) sebagai pengganti (Allah) bagi orang yang zalim."

Betul tak? Jadi,jangan ada salah faham lagi.Iblis tu dari dulu sampai selamanya(bila-bila) adalah dari golongan Jin,bukan mula-mula malaikat pastu jadi Iblis.

Konsep mula-mula malaikat kemudian jadi iblis itu tanpa kita sedari adalah konsep Fallen Angel.Dalam Islam tiada konsep Fallen Angel.Allah menciptakan malaikat yang tidak akan mengingkari arahan atau perintah Allah.Tidak akan pernah sama sekali.Ketaatan para malaikat ini sudah Allah nyatakan dalam surah  at-Tahrim ayat 6:

"Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu;penjaganya malaikat-malaikat yang kasar,dan keras,yang tidak durhaka kepada Allah terhadap apa yang Dia perintahkan kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan."

Kesimpulannya nak jelaskan kat sini,Iblis tak pernah jadi malaikat, dia dari azali lagi memang golongan jin.Kalau dia bukan malaikat kenapa dia ada bersama para malaikat semasa Allah memerintahkan para malaikat untuk tunduk pada Nabi Adam a.s?Nak tahu jawapannya?To be continued.Selamat menjalani ujian akhir para sahabat.

(Semua ni dapat dari kelas fardhu ain,inshaAllah berpandukan Quran dan sunnah).

Monday, December 24, 2012

Oh wanita-perkara kecil yang yang besar

Kecil yang besar?EH! Kontra tu..

Haaa..ce jawab,apakah jawapan bagi kecil yang besar itu..

-1-

-2-

-3-

Ha...tak tau?perkara ni simple je..tentang kebersihan. kebersihan wanita.Banyak hal kita terlepas pandang dalam hal kebersihan ni,nak-nak duduk kat hostel a.k.a asrama dimana semua manual(mostly) terutama basuh baju.

Jangan tak percaya, ramai antara penduduk asrama ni suka reuse baju.memang sangat-sangat baik la sikap reuse ni,jimat bahan pencuci,tenaga dan masa..TAPI...ce piker balik..pakaian yang kita reuse tu,daam sekali pakai,kita dah pergi masuk tandas berapa kali?Pergi duduk tempat yang kita tak pasti bersih tu,jalan-jalan dan sebagainya..

Ramai yang reuse baju untuk pergi kelaskan?hoho..dan jugak pakaian tidur tiap malam.Yang tak boleh blah  bila REUSE STOKIN..OH MY ALLAH! kalau stokin tu pakai kejap je,tak sampai sejam takpela..ni mau dah pakai sehari suntuk kesana kemari pastu balik simpan dalam kasut esok pakai lagi..euwwww...

Commonla..tak de membazirnya kalau tak REUSE baju yg tak basuh dan lepas pakai basuh dulu baru pakai semula.INGAT..KEBERSIHAN ITU SEBAHAGIAN DARIPADA IMAN..terutama muslimah sekalian,anda harus ingat,kebersihan salah satu lambang peribadi..kalau tak jaga kebersihan nampak sangatlah takde disiplin,kurang peka,pemalas..nak ke kena label negatif?Ha..memangla hal sendiri,tapi ce piker sikit,yang awak tu PEREMPUAN,dahi awak dah tulis nama awak,mak bapak awak,agama,bangsa,negara..ha..semua ada..kalau awak x pandai jaga kebersihan orang akan cakap awak ni pengotor,pastu mula sabit mak ayah tak ajar,sambung plak,kalau org bkn melayu yg komen,"org melayu mmg gitu",pastu"orang islam mmg mcmtu" ha...nampak tak perkaitan...kalau tak mampu nak pakai baju baru ke,haruman  sekalipun,kita pakai bersih dan kemas lebih dari cukup.

Yang paling penting sekali hal kebersihan ni dari segi pakaian dan tubuh badan kena jaga betul-betul..sebab.....

1) Kita nak solat.
2) Kita nak pergi tuntut ilmu.
3) Bermuamalat..

Ape2 jela la..yang pasti kita kena jaga kebersihan!hehe..

Sekian.


Sunday, December 16, 2012

What I spend my money for.

What I spend my money for.

Alhamdulillah..Allah limpahkan rahmat dan rezekinya melimpah ruah pada hambaNya.Walaupun hambaNya ini selalui lalai*istighfar*.

Dalam surah Ar-Rahman(my favourite) ada menyatakan firman Allah s.w.t,

"Maka nikmatKu yang mana yang engkau dustakan?"

Hmm..satu persoalan yang patut kita tanya tiap masa kan?

Back on topic.

Syukur jugak lah sejak sambung study kat UPM ni,bantuan kewangan dari biasiswa PAPA sangat banyak membantu.Kat sini, barulah sangat-sangat merasa betapa hidup seorang pelajar ni sangat-sangat sibuk dan agak banyak perlukan duit dengan assignment yang agak banyak terutama report*ups..ni mengadu ke?*.

Bila dah duduk sini, jarang sangat pergi shopping dan jalan-jalan merewang gitu je sebab extremely pack jadual harian tambahan lebih senang duduk bilik daripada merewang tanpa tujuan.*aiseh..dah mula tahu tujuan hidup ke?*TAPI...masa mid sem my beloved sis,little brother,cousin and her husband*of course with me* pergi jejalan kat Pangkor dan Tambun Lost World.Part of it,I do really enjoyed my vacation.Tapi lepas balik sumpah stress berganda sebab full test week and assignment submission.

FOOD is not that cheap here.Orang cakap kat sini makanan,barang murah..tapi kat cafe bukan itu ceritanya..seriously,the price compared to when I studied at UiTM Sarawak is far too different.Well.I do eat a lot..tp I dont think the price really fit food what I bought.Tapi sik kisah lah..asal boleh hidup ada makan sitok.

Ada satu tambahan lagik ar...


Kamek beli SF beauty product. Sigek set (day cream+ night cream+ pencuci muka kulit sensitif) harga RM120,pakey dalam sebulan lebih.tapi really worth it. Satu gik, Virgin Coconut Oil(VCO) harga RM28/38,ada 60 softgels amik sebagai supplement.Dengan keadaan kulit yang sensitif,susah nak milih produk ngam,pakey jak la produk kakak berik lok,then,luckily it suit me well,so I go on with it.




Gambar kat atas ni adalah gambar bukan bare face,tapi letak jugak krim and sikit bedak.no foundation applied.tapi cela masih nampak kan.Kecuali gambar last sekali dah bersihkan dari segala krim dan bedak.Sebab tu la,selalu amik gambar hampir tiap minggu to see the changes and progress of my skin.Dari atas sebelah kiri,dua gambar tu tak pakai SF beauty lagi,gambar ketiga dah pakai lebih kurang sebulan lepas pakai sf,gambar bawah tu  kira yang sebulan dua baru-baru ni.Tak sembuh sepenuhnya,tapi Alhamdulillah,its getting better.Gambar akhir sekali sebelah kanan bawah tu lepas amik VCO.jerawat dalam makin mengering and kecut,merah-merah mula kurang.I am not promoting this product directly.tapi,bagi sesiapa yang berani mencuba bolehlah cuba ea.Krim malam tu sangat-sangat membantu untuk membuang kulit mati,memberi pengelupasan halus tapi tak terlalu kelihatan.sabu dia sangat seronok,sebab bantu kawal pengeluaran minyak dan mencerahkan kulit.wee~terlebih suda..hehe.

~Oh..I'm getting fatter*ups..makin berisi* since I lived here.

Friday, November 9, 2012

bermula dari nama

Nurlisa Su Sy Ei.

Tiada binti dihujungnya.Yang ada hanyalah gabungan nama Nurlisa+ Su Sy Ei(chinese name).Makin meningkat umur ,makin sedar betapa nama kita memberi makna pada diri kita.Menjadi sebahagian first impression orang lain pada kita.Perihal first impression ini lah yang ingin dikisahkan..

Mengimbau situasi dalam kelas pertama diploma tiga tahun lepas:

KP:Nama awak memang macamni ke?takde binti?
Saya: Ye..memang macamtu dalam ic.
KP:Betulke?tak..ini untuk kepastian.Takut nanti tersalah(sambil melihat pada list name).
Saya:Ye..betul sir..memang macamtu.
Sahabat:Memang nama awak macamtu ea?
Saya:Ye..
Sahabat:awak ni anak luar nikah ke?
Saya:eh takk...
Sahabat:Oh..manalah tau orang fikir awak anak luar nikah sebab takde binti..
Saya:Lol.

Peristiwa beberapa minggu lalu(2012)

Penelefon:Hello,assalamualaikum.ni Cik Nurlisa Su Sy Ei ke?
Saya: Ye saya..
Penelefon: Oh..saya dari pusat zakat U,pihak kami telah menerima penyertaan cik untuk sukarelawan korban tu.boleh saya tanya cik sesuatu?
Saya:Ye boleh.
Penelefon:Saya tengok pada nama cik ni...Nurlisa Su Sy Ei...
Saya:(Segera memotong) ye saya muslim..
Penelefon:ye saya tau tu...Saya nak tanya.ayah cik tau ke cik muslim?
Saya:ye ..tau..


Kerna nama,begitu banyak persoalan.Bukanlah aku anak luar nikah.kenapa tak berbinti?jawapan:tak tau..adek  nama dalam ic Nazrin Su bin Abdullah Su.Bukanlah juga  aku seorang mualaf..Alhamdulillah sejak lahir aku muslim..:).tapi..satu kesyukuran atas hikmah salah faham,kerna ianya membawa pertemuan pada saudara baru yang lain,diperkenalkan pada kelas fardhu ain,mengukuhkan lagi asas islam.:D.






Kembali sihat

I can post in this blog again..o yeay!!What a relieve to have my blog again.:D.tak tau macamana boleh fixed daripada malware.o la la...

Sunday, September 9, 2012

Oh!Lima bulan!



Oh lima bulan!Apa yang lima bulan?Lima bulan ni bukan usia kandungan,atau usia perkahwinan mahupun usia sesaper tapi tempoh habis diploma sampai lah bulan September.Sekejap je kan rasa lima bulan tu..tup-tup sekarang dah sambung mengaji balik.

Kisah Lima bulan.

Korang buat per je lima bulan ni?

Kalau orang tanya kat saya,jawapan dia senang je,tak buat apa-apa pun.TAPI..korang jangan fikir saya duk elok jer makan,tido,berak,minum jer...Ni antara sedutan borak-borak masa cuti:

A: Lisa,ko buat apa jer cuti?keje ke?
Lisa: Takdela..tak keje pun...ko buat per?
A: Aku..keje la..aku ni bukan orang berduit.ko takpela...
Lisa:(apa yang takpe nyer??).takpe??
A:ko takpela..kaya ada duit..
Lisa:Yerla sangat.Aku bukan aper tak keje..aku fikir aku ni duduk pun tak tetap,aku nak jaga adik aku lagi,tlg kakak aku sikit.lgpun ko fhm jer la,aku ni sana sini kot jalan,kejap kat kampung,g kuching lagi..kalo aku keje takkan la aku asyik2 nak mintak cuti...

Tu antara sedutan la borak-borak cuti lima bulan kan.Jujurnya,hati ni sentap sikit bila orang cakap ,
"ko takpela,kaya...","ko takpela berduit..".Apa korang fikir aku ni anak jutawan ker nak cakap camtu,lahir terus kaya ea?aku akui memang la aku ni jarang sekali "shortage" duit..tapi salah satu sebab musabab aku tak keje sebab aku kesian gak tengok adik dan kakak aku.(Alasan je ke?).Tak kisah la orang nak fikir apa kan.Yang saya tau,sepanjang lima bulan,saya tolong ringankan beban orang lain.Argh! perkara lalu kan..yang penting kita seronok dengan cuti kita..o yeah!!!selagi tak menyusahkan orang:D

Alhamdulillah..cuti tu bermanfaat..dapat habiskan beberapa buah buku bacaan,mengentalkan hati ni untuk berubah jadi lebih baik sedikit demi sedikit..pendek kata,cuti tu tak sia-sia.Bukan benda yang mendatangkan duit je akan menjadi makna sesuatu yang bermanfaat,tapi apa-apa saja yang mendatangkan kebaikan tu perkara bermanfaat.betul tak???

Mungkin korang perasan,yang selama lima bulan ni sangat susah nak tengok post baru kat blog ni.Alhamdulillah..cuti tu,ketagihan internet dan laptop tu berjaya di kurangkan.Alah,kalau setakat online facebook selalu,tak burukkan orang tu dah kira ok la kan.:D

Vacation with little brothers:
Orang ni snorkelling tengok pasir bukan ikan!

Sempat jugak cuti-cuti borneo lepas seminggu habis ujian haritu.Pergi Sabah kat Kota Kinabalu jer.Rancang nak pegi dengan kawan-kawan,tapi takpat..at last,decide memang nak pergi sendiri,siap dh beli tiket dan tempah hotel.tak kisahla pergi sorang diri kan.Tapi disebabkan si kecik gedik tu takde orang jaga disebabkan akak pergi business trip,so budak kecik tu kena ikut kiter pergi la..so,I jadi mak tunggal la masa vacation.I tell U'll,bawak bebudak jalan tak semudah yang kita sangka.bawak baby okey lagi,ni besar sikit dari baby banyak betul mulut nak mengeluh.Ada ke awal pagi mintak makan kat hotel..orang buat budget trip kot.apapun..haha..seronok ada teman pegi jalan..dan cuti 4 hari 3 malam tu untuk 2 orang dalam 2 ribu ke bawah je bajet.hotel bayar rm300 lebih je.cukup tempat tido,boleh solat  jadik la kan..

RAMADHAN kali ni yang lebih bermakna.

Syukur ke Hadrat Ilahi.Allah beri keindahan pelangi di sebalik hujan.Ramadhan kali ni lebih manis.Bukan sebab dekat dengan keluarga je,tapi syukur teramat,hubungan dengan jiran tetangga kat kampung tu bertambah baik.Kalau dulu,lalu je mak cik-mak cik kat kampung,jangan kata nak senyum,pandang pun segan teramat..tapi tahun ni,huh,boleh join geng makcik-makcik plak dah..huhu.tapi seronok...Raya pun rasa havoc daripada tahun-tahun lepas.Dah pandai sikit nak mengurus rumah,dan buat sambutan hari raya.Korang pun maklum,kitarang ni takde orang tua,ayah ada,tapi kita jarag gather sama.Jadi,kita ni kena blajar matangkan diri sendiri.

Basikal yang sangat berjasa.


Berkelah dengan saudara mara.

budak-budak yang suka melepak kat rumah kite.

Kampung yang permai.

Ni antara aktiviti kebajikan saya buat(rumah sendiri kot).tolong cat .


mata ber laser..haha.hari raya.dua org ni tiap tahun datang umah.


Missing Miss Aini.
I don't really know why,but I was attracted to finish soil science and management notes .Rindu kat miss Aini kot.hahaha..

Tu je la hal lima bulan cuti yang penuh dengan hal kekeluargaan,kemalangan,kena marah dan sebagainya.Apa-apa un.syukur Allah bagi kita merasa hal-hal sedemikian..
Sempat jugak pergi SOGO KL before puasa.

tIMES sQUARE .

Tade keje,melukis lah..

Hal-hal lain nanti-nanti cerita:D.


I LOVE MAMA.

Friday, May 4, 2012

Assalamualaikum w.b.t.

Buat rakan seperjuangan ku sekalian a.k.a para penganggur 4 bulan.

Keputusan ujian akhir semester terakhir telah pun kita ketahui  27 April lalu.Alhamdulillah,ramai yang tamat diploma dengan CGPA melebihi 3.5 dan tak kurang juga yang berjaya meningkatkan CGPA ber kali ganda dari sebelumnya.Empat bulan masa diberikan oleh institusi pengajian tinggi bagi para graduan tamat diploma menunggu keputusan sambung belajar peringkat sarjana.Pasti ramai yang keresahan dan gelisah,kebosan juga turut melanda di jiwa.(ok stop ayat skema!).

Oi genk..
Aku tauk rami antara kita dah mula bosan dengan cuti tok.Arum bulak eh,bok mula cuti 2 minggu aku dah asa bosan dah duduk umah.Bukan sikda keja nak polah..tapi aku sik minat nak molah keja nok sedia ada,benda sama jak(jawab torang: skati ko mpun...)bena sik?.EMPAT BULAN ya..bukan kejap..fuuuuu...

Bekerja atau menganggur?


Aku sik tauk berapa rami yang sesama kita dah start keja.Tapi aku lom keja la..keja nolong kakak ku jak,suri rumah sesuku masa,replacer kakak ku bilanya outstation molah easecox.Tok la keja ku kinek.Penganggur kehormat buat 4 bulan.Aku asa ya keputusan aku.Hmmmm..

Tanggapan orang vs Pemikiran sendiri.


Bila ku padah aku sik keja cuti tok,mesti ada cakap-cakap yang padah,

"Sikhal..orang berduit..."
"Sikda usaha nak carik duit.."
"Siktauk reti carik duit..."

WELL..WHATEVER U ARE SAYING,WHO YOU ARE FOR ME TO LISTEN TO?
klaka omputeh dah oiii...(bunyi kak lehott).

Aok..nang bena apa dipadah torang ya bha..sik reti la aku tok nak mencarik duit,usaha pun kurang kali,reti ncarik duit pun ku siktauk bena kali..tapi nak,sekurangnya dah tauk dirik kedak ya,sikboh la nak nyusah orang,nolong apa yang patut,bukan nambah nyusah orang nak..Alhamdulillah,takat tok sikda ku berpintak duit melebih-lebih dari yang biasa diberik..keh3.tapi hati ku tok membuak-buak jak nak g sia sitok..time study nangga lam laptop jak tempat orang:(.Bulak madah aku sikda fikir nak keja,tapi ku fikir adik ku sikda orang jaga mun kakak ku sikda..mala jak ditinggalnya nak ka kesian.kakya,boleh juak ku ngaja nya ngaji.Jadi,biarla orang mpun tanggapan ya,asal kita rasa pemikiran kita rasional dengan keadaan kita.

Cabaran untuk diri sendiri.


Jujur ku padah,aku nangggg mala jak tido time cuti tok..Terutama pas subuh..teruk bena nak?InshaAllah cuba kikis:D.Oleh sebab kadang-kadang aku rasa aku tok sik berguna jak(sebab sik keja),aku pun baring-baring (lepas ya tido,haha) memikirkan apa yang aku nak polah..buku banyak gik habis baca,sik lamak gik nak puasa,surah banyak gik sik dihafaz..Jadi, I'd made up my mind,and make a challenge to myself to proove that,"Cuti 4 bulan bukan tiada apa-apa buat saya,tapi beberapa    hal yang saya buat:D.InshaAllah,aku akan cuba habiskan semua buku aku yang sik terbaca lagik(lebih dari sepuluh buah buku terkumpul),hafaz surah semampu mungkin,tingkatkan kefahaman agama,ajar adik aku ngaji dan fardhu ain,settlekan qada' puasa dan perbaharui ingatan apa yang dah dibelaja masa diploma."hMM....Aku risau kalau aku lost track time cuti..I don't want to be a useless person.




Generating creative art mind.


Aku suka melukis.Tapi sik la sesempurna orang nok belaja art and design ya kan..masa ku mbiak lok,salu jak kenak anok lukis orang kawen.Aku tangga adik aku nok kecik ya pun suka lukis orang kedak mermaid lah,orang kawen la...kakak ku padahnya ikut kedak aku dulok..(aku pun fikir,bena ka aku kedak ya?).Hmm..aku try juak molah accesories keychain nok berjait ya..(tah apa ya).pastok nak molah design baju dengan cat fabrik and plain tshirt.Sebenarnya ku nak belaja muzik cuti tok tadik,tapi last asa malas...macam sik padan jak aku...hoho...asa nak molah hydroponics planting tapi malas nak carik tools dengan ruangan yang terhad..


Impian cuti


TIGA TAHUN  dah berlalu,betapa susah aku nak dapat cuti yang sama waktu dengan adik-beradik ku kinek la patutnya masa aku nak balas dendam cuti bersama.TAPI...hampa..time ku cuti sidak sik dapat nak cuti.School break pun kali sik cuti sidak..jadi bila la patut aku cuti sebenarnya???!HUH!Asa mauk jak ku g belayar(bercuti) dirik mpun.ngenang sik manis ompuan nak bejalan kedirik jak..aiyak!tapi mun ku kuat ati,sorry all..goodbye bebeh la orang umah...lelah ku nunggu..dah sambung blaja kelak sikda masa nak becuti gik..

KESIMPULAN
Sebenarnya aku nak nyeruk orang nak nganggur sama kedak aku,boh sia2 kan gilak cuti ya..refresh balit apa dah diblaja..barula ada hasil cuti 4 bulan ya k..*smile2*