Tuesday, December 27, 2016

Gunung Baling dan Gunung Pulai, 3 hari 2 malam bersama Kelab Mendaki

Dua minggu lepas (lebih kurang), Kelab Mendaki organise open trip ke Gunung Baling kemudian ke Gunung Pulai. Organiser trip ni pelajar UPM, Cimin dan Paan. Bila kata open trip ni bermacam latar belakang ada
, termasuklah sepasang suami isteri yang berumur dalam 40-an, dan ada organisasi sendiri bernama Santai crewz yang dianggotai dua orang sahaja ahli kelab iaitu pasangan suami isteri tersebut.Hhahaha. Tentatif program adalah seperti berikut:

Jumaat (16.12.2016)
 10p.m: Berkumpul di Masjid UPM (sebab mostly student UPM, dan ramai takda transport sendiri)
10.30 p.m: Bergerak ke Baling (4 jam perjalanan)

*The truth: Kumpul dari jam 10 pm bergerak dah nak dekat kul 1  a.m sebab tunggu tuan punya kenderaan dan peserta yang hilang tak tau pergi ke tak..nasib baik tak drive sendiri kalau tak ngantuk tahap gaban. Kereta-kereta lain yang dah penuh gerak dulu. Dan waktu sebenar perjalanan rasanya dalam 5 jam dengan sekali singgah di RNR.
Masjid tempat berkumpul di Baling

Sabtu (17.12.2016)
3.00 am: sampai masjid
4.30 am: gerak ke kaki gunung baling
5.00 am: Start hiking
7.00 am: Sampai puncak layan sunrise bfast
9.00 am: Gerak turun
11.00 am: Sampai kaki bukit
1130am: Gerak gi homestay 
2.00pm:Lunch dan aktiviti bebas
8.00pm:BBQ dan sesi suai kenal..
10.00pm: rehat dan tido
Ni homestay yang kami diami untuk semalam, sebelah wanita sebelah lelaki.


*The truth: Sebab gerak lewat dari UPM, maka sampai kat masjid kat Baling tu dah subuh..solat kat masjid,prepare breakfast, start hiking dalam 7.30 pagi gitu...Dalam jadual macam 2 tuga jam nak sampai puncak, sebenarnya sejam 15 minit dah boleh sampai. Aku pun tak pasti kenapa gunung ni gunung sedangkan kalau nak banding tinggi g.Baling ni dengan Broga lebih kurang. dan Broga tu Bukit Broga. Stay kat puncak dah ramai orang melepak, memang tak ada rezeki nak tengok sunrise. Lepak-lepak kat atas dalam pukul 1030 atau 11 pagi kot, turun ke kaki bukit.Turun sekejap je.Dalam kul 1 pm dah sampai homestay yang ada aircond segala..tapi makan tengahari kena tunggu sampai jam 3 petang sebab tunggu organiser masak..ada peserta lain yang makan tengahari kat luar dan ke lata bayu untuk mandi..dan aku..prefer shower kat rumah..selamat..
Gunung Baling, 3 minit lepas mula daki

Nak sampai puncak G.Baling daa


Tempat ni pernah terbakar,jadi pokok tak banyak kat puncak
Puncak, tapi ada yang atasss lagi..sampai sini mula rasa gayat..

Ahad(18.12.2016)
3.00 am:Gerak ke kaki gunung Pulai
3.30 am: Hiking
7.00am: sampai puncak, bfast and layan sunshine
10.00am: start turun
1.00 pm:gerak ke homestay
2.00pm : lunch
3.30 pm: Gerak balik
solat sbuh masa otw naik..siapa la rajin bawak telekung tu..huhu

stuck 30 minit taktau jalan nak shoot

gi Pulai bukan hiking ye..gi wall climbing..

hoorayy! puncak..tak lagi..

awan ini yang digilai ramai ..

bersama sebahagian team mates yang kebanyak junior-junior..haha


*The truth: Bangun awal dah..gerak dalam jam 4 a.m, tapi boleh pulak silap sesat jalan masuk nak mula hiking Pulai..LOL.dua tiga kali pusing-pusing..dah jam 5.30 macamtu kot barulah boleh mula hiking..solat Subuh kat 1/4 jalan hiking, yang tempat datar very limited. Dah nak shoot dekat kul 7 a.m, stuck sekali lagi sebab salah masuk jalan, nak shoot tak tahu jalan kat mana, tapi ada 6 orang dah naik awal,kitarang kat belakang ni yang tertinggal stuck dalam 30 minit..jadi tak da rezeki lagi tengok sunrise kat puncak...LOL. Cikgu, si suami dari Santai crewz mal nak tunggu dah, dan peserta malas nak turun balik untuk pergi ke starting yang betul untuk shoot, jadi, cikgu rintis semula track lama yng dah semak, maka setengah jalan nak sampai puncak bertembung semula dengan jalan yang betul,jadi sampai puncak dalam jam 8.30 pagi. What a breathtaking view bila kat atas..subhanallah..cantik sungguh..dah jam 1130 turun bawah, turun susah sikit, dah siang hari nampak track yang berbatu curam,camana tah boleh naik, nak turun lambat sikit..sampai homestay dalam jam 1.30 tengahri, makan dan rehat, kul 5 baru bertolak balik.Sampai UPM kul 1230 a.m.

selalu suruh orang lain ambil gambar mesti unsatisfied..huahua..companion yg sepatutnya tak hadir plak sebab mak tak bagi pergi..


Keseluruhan, heh...tak susah pun yang dua ni haaahaha..inilah advantage bila starting dulu susah, bila diduga dengan yang lain, yang kurang ketinggian dan hardcore level rendah rasa mudah..hoho..Trip ni sempoi..jumpa macam-macam orang, ada yang macam budak sekolah..LOL..tapi kesuluruhan memang seronok dan santai..

Settle gunung ke 2 dan 3..lepasni tengokla camana..kalau asyik jalan bila master ni nak siap..hhaha..lol..tapi hujung minggu je trip kan..

Next time cerita bukit batu  putih pd plak..

No comments: