Seringkali kita mendengar ketidak puasan hati orang ramai berkenaan budi yang tak berbalas.Peribahasa seperti 'kacang lupakan kulit' , kata-kata seperti 'tidak mengenang budi' merupakan mainan mulut orang Malaysia apabila perbuatan atau amal kebaikan mereka tidak dibalas dengan penghargaan tetapi tiada tindak balas atau diberi tindak balas yang negatif. Situasi yang paling biasa adalah apabila senyuman tak berbalas.
Kenapa ini terjadi ? Ianya terjadi kerana sememangnya sifat manusia itu mengharapkan penghargaan. Tanpa penghargaan pekerjaan yang dilakukan akan cepat dirasai bosan.Tambahan lagi apabila sudah tercungap-cungap melakukan perbuatan kebaikan itu dan tiada ucapan terima kasih yang diterima,sememangnya rasa marah akan menyelinap atau terkilan.
Teringat cerita yang disampaikan oleh kakak saya yang berjumpa dengan ketua Baitulmal bahagian Miri atas niat untuk membantu dalam usaha meringankan beban para asnaf dan yang memerlukan.Pesan ketua Baitulmal itu lebih kurang bermaksud buatlah sekadar yang mampu, jangan nanti kita rasa ' aku je buat kenapa orang lain tak buat pun.' Manusia apabila ditahap ghairah, sememangnya boleh buat kerja 'over the limit',disuruh lakukan apa pun akan buat juga,tapi bila lama kelamaan akan rasa bosan sebab buat benda yang sama.
Indahnya Islam..dianjurkan melakukan pekerjaan yang istiqamah walaupun perbuatan hanyalah sekadar yang kecil. Pesan Allah pada orang yang melakukan kebajikan di dalam surah al-Insan ayat 5-10 :
Janganlah kita rasa marah, terkilan atau melenting apabila perbuatan yang baik tidak diberi balasan. Balasan terbaik hanyalah daripada Allah. Dalam ayat ini juga diterangkan apakah maksud orang yang berbuat kebajikan iaitu memenuhi nazar, takut akan azab Allah serta tidak mengharapkan balasan selain daripada Allah s.w.t. Semoga ayat ini akan mengubat kekecewaan orang-orang yang selalu melakukan kebaikan tetapi selalu tidak berbalas dengan perkara yang baik. Semoga dengan berpegangnya kita dengan kata-kata Allah ini, pahala kebaikan yang dilakukan tidak berkurang dan Allah membuka pintu rahmatNya kepada kita seluas-luasnya.Wallahualam.
1 comment:
rasenye ayat ni sesuai,
"treats others the way you want to be treated"
Post a Comment