Segala puji bagi Allah s.w.t,yang berkuasa ke atas setiap ciptaanNya. Sungguh bila difikirkan nikmat yang kita perolehi dari Allah,sebenarnya setara dengan ujian yang Dia datangkan bagi kita. Teringat pada seorang saudara yang merupakan seorang askar,suami,anak dan juga ayah kepada 3 orang cahaya mata.Dia merupakan kenalan saya di yahoo chat suatu ketika dulu. Dalam perkenalan yang singkat itu, banyak perkara yang saya pelajari dari seorang askar yang berjiwa ISLAM. Alhamdulillah...
Salah satu yang saya pelajari adalah, segala apa yang Allah peruntukkan bagi kita adalah dugaan semata-mata.Kereta,motosikal,meja,kerusi,pakaian,duit,isteri,suami,anak-anak,pangkat,iman,ilmu dan segala macam yang kita ada pada hari ini adalah dugaan pada kita. Bagaiman iman dan ilmu serta kejayaan juga menjadi dugaan buat kita ? Persoalan yang menjawab soalan :
1. Aku beriman pada Allah dan Rasul,tapi apa yang aku lakukan untuk membuktikan keimanan aku padaNya?
2. Aku berilmu, tapi apa yang aku lakukan dengan ilmu itu ? Adakah aku sekadar menuntut ilmu kerana ingin score dalam exam ? Apakah aku beramal dengan ilmu itu ?
3. Kejayaan demi kejayaan yang datang. Gembira sang hati. Tapi dengan kejayaan itu,adakah kita bersyukur ? Apakah niat kita untuk mencapai kejayaan itu? Adakah betul niat kita ?
Andai salah niat kita,andai riak hati kita untuk iman,ilmu dan kejayaan yang kita perolehi,maka,tertariklah semua pahala atas amalan kita.wallahualam.Sebab itu,ianya juga dugaan.
Itu hanya perkongsian sedikit mengenai apa yang saya pelajari.Bukan tiada siapa yang sudi membaca tulisan saya ini,kerana memang benar,melihat pada diri ini ,serba kekurangan untuk bercerita mengenai agama.Tapi tidak mengapa, ianya sekadar luahan hati yang kadang-kadang tidak berketepian.
Terima kasih ya Allah...
Dalam hari-hari yang saya lalui,dengan dugaan yang datang tanpa henti,yang tak terjangkau dek pemikiran orang lain yang saya sedang hadapi dugaan besar, saya bersyukur kerana dikuatkan hati untuk masih bersama Allah..
Persahabatan, usrah, keluarga, pelajaran...semuanya tiada satu yang tidak memeningkan kepala saya pada suatu-suatu masa. Tapi..terima kasih..dari situ kekuatan jiwa manusia terbentuk...mulai faham apa ertinya hidup di Bumi ini...
Melihat rakan-rakan,para akhawat yang semakin teguh membina jambatan menuju redha Ilahi,hati ini diamuk cemburu,membuatkan diri juga berusaha mencari cahaya bagi menerangi hati yang kian kelam.Bukan mudah tidak juga susah,asalkan ada usaha.
Saban hari,saban waktu merenung kembali betapa khilafnya diri sebagai seorang muslimah, membuat hati gusar dan sedih,betapa hati terasa tamak untuk meraih segalanya mengenai agama,baik ilmu,baik amal,baik ibadah,baik akhlak seorang muslimah..
Istighfar yang kadang tak sekata dengan hati mulai dipertikaikan.Beginikah istighfar jika ianya hanya terlafaz di mulut tapi tak terkesan di jiwa ? Terasa rendahnya martabat hati bila istighfar dan solat tidak terkesan pada jiwa dan roh diri ini...
Jari-jemari masih ligat ber 'sms' pada yang tak patut. Bukan tiada niat untuk berhenti,tapi cuma belum kuat.InshaAllah,bila selalu diingat tentang azab seksa neraka inshaAllah,suatu hari nanti,diri ni akan bersih dari ikhtilat.
InshaAllah..inshaAllah..inshaAllah..dengan seikhlas hati ini saya nyatakan,saya mahu berubah menjadi lebih baik..saya mahu jauhi ikhtilat,saya mahu membersihkan peribadi saya,saya mahu tambahkan ilmu saya,saya mahu tambahkan iman dan taqwa saya,saya mahu kembalikan kemanisan iman saya, saya mahu menjadi muslimah berjaya dunia dan akhirat,saya mahu berhenti melakukan lagha,saya mahu menambahkan hafalan quran saya , saya mahu mati kerana Allah.....AMIN YA RAB...
Ya Allah..pada saat ini..tika hati dalam ketenangan..hambaMu memohon kekuatan untuk berubah menjadi lebih baik..kuncikanlah mulut ku tika aku ingin mengeluarkan hinaan dan perkataan lagha..matikanlah tingkahku andai pada tika itu aku melakukan dosa ...kaburkanlah pandanganKu andai pada tika itu aku melihat dosa..Amin ya Rab..