Friday, September 30, 2011

Pejam mata kamu !

Take a moment and feel the lyrics of this song..

what ? Some kind of boring to be listened to ? Hey dude..if you feel it is annoying today one day you will be annoyed..(Just Kidding).

Have fun and relax your soul with this song . Just a song..nothing much..


Don't you think you let your heart not being carefully cared lately ? So do I.

Tuesday, September 27, 2011

Hijabku!

Arus kemodenan membawa pelbagai jenis fesyen dan trend yang pelbagai.Terkini adalah seluar 'Robin Hood'.Siapa tak tahu seluar 'Robin Hood' sila google image. Sesiapa yang tidak mengikuti fesyen terkini dikatakan kolot atau kuno dan tidak up-to-date.Kita lupa apa sebenarnya imej orang islam yang sebenar.

Apabila terlihat seorang wanita yang berjubah dan seorang wanita yang bermini skirt,apa yang ada pada fikiran kita ? Pandangan yang diberi semestinya berbeza mengikut kepercayaan dan juga cara pemikiran. Tapi saya percaya bahawa pandangan penuh hormat diberi pada wanita yang berjubah.Mari kita tengok video dibawah ni mengulas mengenai pandangan orang pada wanita berhijab.


Jangan terlalu risau pada pandangan orang mengenai hukum yang Allah tetapkan.Pandangan Allah lebih penting.Buka minda..Mari sama-sama perbaiki diri..Kalau bukan kita siapa lagi.

Tuesday, September 20, 2011

Beberapa hajat yang masih tak tertunai sampai hari ni!

Nama saya Nurlisa Su Sy Ei, saya berumur 19 tahun. Saya sukakan aktiviti lasak dan mencabar ketahanan mental dan fizikal. Sejak di sekolah rendah lagi saya selalu berhajat untuk menyertai sebarang aktiviti lasak.Namun,disebabkan banyak halangan yang berlaku,sampai hari ni saya tak capai lagi hajat tu!(karangan dah (=,=)).

Hajat yang tak kesampaian lagi :

* Go-kart

* Berkayak

* Daki gunung (daki tangga pun malas,kalo daki gunung gney ndak ka?)


*Snorkeling


* Paint ball


Bila dapat buat semua ni ?



Friday, September 16, 2011

Indahnya Muzik

Indahnya muzik masa kini dengan rentak irama yang begitu unik dan mengasyikkan pada masa kini.Tambah-tambah lagi ianya sentiasa melalui revolusi demi revolusi mengikut kesesuaian jiwa pendengar. Indie, rock,jazz,pop dan sebagainya jika ditanya pada para remaja kini terutamanya pastinya ramai antara mereka dapat mengklasifikasikan apa jenis muzik yang sedang dimainkan.



Pentingnya muzik pada dunia kita tidak dapat dipertikaikan lagi.Ianya membantu kita mencipta suasana samada ceria,suram,sedih dan sebagainya.Ditambah pulak dengan lirik lagu yang beriiringan dengan muzik, pasti benar-benar mengasyikkan kita bukan ? Terutama yang kena pada mood dan jiwa pendengar ketika itu.

Jika diberi pilihan dalam tempoh masa satu jam di dalam sebuah ruang,adakah kita mahu mendengar muzik semasa atau bacaan quran,mana satu yang menjadi pilihan kita ? Rasanya, ramai yang memilih untuk mendengar muzik semasa bukan ?

Persoalan seterusnya, kenapa kita lebih rela pasang muzik semasa walaupun masa tu tengah berkumandang bacaan quran ? Benci kah kita pada bacaan quran ?

Lupa agaknya kita ni ,mendengar bacaan quran itu lebih berpahala berbanding mendengar muzik semasa.Bila dah sedih,ada masalah baru nak dengar bacaan quran atau baru nak baca ke? Takkan lah masa lain kita tak boleh nak dengar muzik semasa tu. Apalah sangat berbanding 24 jam sehari ni,15-30 minit kita dengar bacaan quran.Baru dengar bacaan dah malas,kalau membaca quran lain plak kisahnya. Nak cakap pasal fadhilat mendengar dan membaca quran tak payah je la panjang lebar,kita dah tahu ianya suatu kebaikan yang tak dapat dipertikaikan.




Hati kita ni umpama sebuah rumah di tengah malam yang gelap gelita. Manusia takkan sanggup bergelap malam di dalam rumah bukan ? Dalam kegelapan tu ketakutan akan cepat melanda,perasaan cemas dan was-was akan mudah timbul.Betul tak ? Jadi membaca quran ni bagaikan kita memasang lampu didalam rumah kita.Menerangi keadaan gelap tadi.Bila dah ada lampu,perasaan takut tu akan hilang,cemas dan was-was dengan sendirinya.


                            VS





Susah-susah je nak bagi perumpamaan,pendek kata al-quran itu bakal menerangi kubur kita nanti dan akan memberikan syafaat pada pembacanya yang beramal dengannya. Tepuk dada tanyalah iman..wallahualam.


** Pesanan yang tak berapa nak ringkas ni ditujukan untuk menjadi peringatan diri sendiri terutamanya dan sesiapa yang membacanya.


Thursday, September 15, 2011

Impian ke sana..

Setiap yang dilahirkan di dunia ni pasti mempunyai impian masing-masing tak kisah lah dari segi apa samada logik atau tak impian tu kan.Macamtu gak saya.Dari sekian banyak impian saya, saya nak kongsi satu impian saya ni kat blog iaitu Impian ke Mekah.



Beberapa tahun yang lalu, masa masih lagi di sekolah menengah lah rasanya,otak ni pernah terfikir tak nak g Mekah lah.Orang lain sibuk nak pergi Mekah,tapi saya pulak tak mau.Sebab apa ? Sebab saya takutt....yela.saya ni suka baca majalah Variasari,Mistik ..Dalam majalah tu baca lah kisah-kisah pelik yang berlaku dekat Mekah tu..

TAK KISAH lah apa yang berlaku beberapa tahun lalu..yang penting sekarang saya dah berniat nak ke Mekah,tak kisahlah pergi umrah atau haji.Kalau boleh nak pergi masa umur masih muda ni,dalam 5-7 tahun akan datang macamtulah..

TAPI kan saya takda duit nak pegi.. =( JADI...mulai bulan ni saya akan berusaha untuk menabung duit=).Nak menabung kat mana? Mestilah kat Tabung Haji kan. UiTM kan baik sangatttt..diarang tolong pelajar muslim UiTM untuk bukak akaun dan sediakan buku akaun untuk pelajar-pelajar muslim. Kawan-kawan saya semua dah ada buku akaun Tabung Haji tapi kan.....saya tak dapat pun sebab nama saya tak tersenarai pun ..

NAMPAKNYA..saya kena pergi ler kat mana-mana cawangan Tabung Haji untuk buka akaun. Kenapalah kan nama saya selalu tercicir..dulu buat kad matrix pun tercicir.Hampir akhir semester ke-2 baru dapat kad matrik tu pun lepas pergi lapor kat HEA.Orang lain semester 1 je dah dapat..takpela..dugaan aje kan..=)

Apa-apa pun,saya harap impian saya yang satu ni tercapai sebelum saya tak mampu nak berjalan dan sebagainya..dan saya harap dengan perginya saya ke Mekah nanti akan membawa perubahan besar dalam hidup saya..InsyaAllah..


* Setiap detik hatiku sarat menampung rindu..


Wait for me...

Saturday, September 10, 2011

Orang yang tak boleh kita nikahi..

Jadi sila tutup aurat di hadapan mereka ini..:)

Sila klik kat tajuk tu untuk tahu siapa  kita tak boleh nikahi.

Thursday, September 8, 2011

PURA2 BANYAK FREE TIME

PURA-PURA mempunyai free time yang agak banyak telah membuatkan diriku rajin meng upload video lagi..
Sambil upload video jari jemariku dengan kenja nya menelusuri GOOGLE MAP dan GOOGLE EARTH untuk mendapatkan peta tapak projek ETR...Akhirnya kegatalanku membuahkan hasil .yeahh..ETR is coming...TEST is coming...

Kumpulan  Tepuk Amai-amai DPIM..Mampukah mereka menghiburkan anda ?Jawapannya setelah anda klik
"PLAY" button di atas.