Tuesday, September 27, 2011

Hijabku!

Arus kemodenan membawa pelbagai jenis fesyen dan trend yang pelbagai.Terkini adalah seluar 'Robin Hood'.Siapa tak tahu seluar 'Robin Hood' sila google image. Sesiapa yang tidak mengikuti fesyen terkini dikatakan kolot atau kuno dan tidak up-to-date.Kita lupa apa sebenarnya imej orang islam yang sebenar.

Apabila terlihat seorang wanita yang berjubah dan seorang wanita yang bermini skirt,apa yang ada pada fikiran kita ? Pandangan yang diberi semestinya berbeza mengikut kepercayaan dan juga cara pemikiran. Tapi saya percaya bahawa pandangan penuh hormat diberi pada wanita yang berjubah.Mari kita tengok video dibawah ni mengulas mengenai pandangan orang pada wanita berhijab.


Jangan terlalu risau pada pandangan orang mengenai hukum yang Allah tetapkan.Pandangan Allah lebih penting.Buka minda..Mari sama-sama perbaiki diri..Kalau bukan kita siapa lagi.

No comments: