Monday, January 10, 2011

Antara dua agama..(ep.5)


Episod 5

Dengusan kasar semakin kuat kedengaran ketika mama Salina melangkah ke tandas.Begitulah keadaan mama Salina setiap kali kakinya menjejak ke tandas.Seperti ada sesuatu yang mengganggu pernafasannya.Olah seperti orang tidak cukup oksigen untuk bernafas itu memilukan hati Salina .Sudah 2 minggu mereka dua beranak menghuni bilik kecil di pusat perubatan islam itu.Hanya Salina yang sedang bercuti selepas menduduki peperiksaan SPM yang dapat diharap untuk menemaninya disebabkan mama Salina tidak mahu anak sulungnya,Sarah terganggu pelajarannya,tambah-tambah lagi tempat belajarnya jauh di negara seberang.

Setelah sebulan lamanya menjadi pesakit di hospital kerajaan ,mama Salina nekad untuk mencari alternatif lain untuk mengubati penyakitnya.Dia sudah sedia maklum dengan penyakit yang dihidapinya itu.Sengaja dirahsiakan dari anak-anaknya kerana tidak mahu mereka risau.

Namun perutnya yang kian membusung dan tubuh bertukar menjadi kuning,rambut mulai gugur dan wajah makin cengkung amat merisaukan kepada siapa saja yang melihatnya.Tiada siapa tahu apa penyakit sebenar.Bermacam-macam telahan timbul dari mulut orang yang melihat.

“Salina…mama tak dapat berdiri…tolong mama….,”lemah suara mama Salina meminta Salina memapahnya ke atas katil..

Sekuat manalah kudrat Salina yang bertubuh kecil itu untuk memapah mamanya yang semakin berat akibat badan yang mengembang..Akhirnya,dia hanya mampu menyeret mamanya sedikit demi sedikit dari luar tandas menuju ke katil..Andai keadaan itu dilihat orang lain,pasti menitis air mata melihat keadaan yang memilukan itu…

Salina tahu…ada sesuatu di sebalik penyakit itu…bukan sekadar sakit biasa tetapi sedikit luar biasa….

Kesakitan yang diluar tanggungan seseorang itu bukan sekadar satu penyeksaan ,tetapi juga pengajaran dan juga sebagai tanda kasih Allah pada manusia..sebagai penghapus dosa hambaNya..juga sebagai dugaan,menguji keteguhan iman dan takwa hambaNya kepada Ilahi. Kesakitan yang kita hidapi hari ini mungkin tidak seberapa dengan deritanya Nabi Ayub yang diuji bertahun-tahun lamanya dengan penyakit kulit yang luar biasa..Akhirnya kesabaran itu berbalas dengan hadiah terbesar di dunia dan akhirat iaitu takwa dan iman..

Penderitaan mama Salina berakhir dengan hembusan nafas terakhir..

“Lailahailallah…..Lailahailallah…..Lailahailallah….”bisik Salina sambil memegang tangan mamanya yang sedang nazak…

Terdengar dengus nafas yang kasar dari mulut mama Salina yang sedikit ternganga…saat itulah Salina tidak dapat menakung air matanya..Tiada daya untuk menahan air mata itu dari mengalir keluar ke pipi…juraian manic-manik suci sebagai tanda perpisahan…

Hanya Salina yang sempat menyaksikan segala urusan pengebumian..Papa Salina,adik dan kakaknya hanya mampu menatap pusara sahaja kerana Salina tidak mahu menangguh pengebumian mamanya semata-mata kerana menunggu kedatangan ahli keluarga.Lagipun,dia sudah bertanyakan pendapat mak ciknya mengenai penyegeraan pengebumian jasad mamanya dan adalah lebih afdhal jika disegerakan saja…

Perginya mama Salina meninggalkan dunia fana membawa bersama kebenaran penyakitnya bersama,tanpa sempat diberitahu pada Salina dan yang lain.Hanya mama Salina dan doctor yang merawat saja tahu mengenai hal itu..dan penyebab penyakit itu selain dari yang dapat didiagnosis oleh mata kasar hanya doctor di pusat pakar perubatan islam itu saja yang tahu…

No comments: