Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
Katakanlah(Muhammad), “Dialah Allah, Yang Maha Esa.
Allah tempat meminta segala sesuatu.
(Allah) tidak beranak dan tidak diperanakkan.
Dan tidak ada sesuatu yang setara dengan Dia.
(Al-Ikhlas,112:1-4)
Salina menaip terjemahan ayat dari kitab suci Quran ke dalam telefon bimbitnya lalu dihantar ke nombor telefon bimbit papanya melalui system pesanan ringkas dengan harapan ayahnya akan membaca mesej itu.Salina sedar dia tidak mempunyai kudrat yang kuat untuk berdakwah kepada ayahnya.Hanya ini yang terdaya dilakukannya saat ini.Diharap usaha yang dilakukannya selama ini dengan mengirim terjemahan ayat Quran kepada ayahnya dapat membuka mata ayahnya mengenai kesempurnaan kalam Allah yang merupakan mukjizat junjungan Rasulullah SAW.
Ayat ini merupakan lawan bagi konsep ketuhanan di dalam agama kristian yang menganggap Nabi Isa adalah anak kepada Tuhan .Konsep trinity yang menyatakan Tuhan Bapa(Father), Tuhan anak(Son) dan juga Roh kudus (holy spirit).Salina berfikir dalam benak fikirannya.Bagaimana boleh tuhan dibahagi kepada tiga bahagian?
Beristighfar Salina…
“Astaghfirullah…Ya Allah..jauhkanlah kami dari kekufuran dan juga kelalaian dari mengingati kebesaranMu Ya Allah..,”doa Salina…
Salina benar-benar takut imannya goyah tatkala merentasi kehidupan yang penuh pancaroba.Tambahan pula dengan jalan hidupnya yang sangat menduga keimanan dan kesabaran.Keadaan ayahnya yang telah lama meninggalkan agama Allah masih lagi menjadi rahsia besar buat dia sekeluarga.Tiada sahabat atau saudara –mara yang tahu mengenai keadaan keluarga Salina.Sifat Salina dan juga adik-beradiknya yang pandai berahsia dan tidak banyak bercakap menyebabkan rahsia itu tersimpan kukuh.
Oleh itu,Salina berharapan besar agar sebelum rahsia itu bocor, ayahnya kembali menjadi seorang islam.Tambahan pula,dalam pemikiran Salina,kalau tidak dalam masa terdekat ini,kakaknya pasti dilamar oleh teman lelakinya.Siapa yang akan menjadi wali?Tentu saja orang ramai akan mempersoalkan kenapa si bapa yang masih hidup sihat dan mudah ditemui tidak menjadi wali bagi pernikahan anak perempuannya sendiri.Sedikit sebanyak hal ini membantutkan perasaan cinta Salina pada seseorang.Terasa dirinya rendah martabat berbanding perempuan lain.
Salina punya impian besar dalam mencari jodohnya,tapi terlalu malu memikirkan seolah-olah dia tidak sekufu dengan mana-mana laki-laki .Dia sangat mendambakan cinta soleh kepada solehah yang berpaksikan keredhaan Allah .Malahan dia ingin jodohnya dicari dan dijodohi oleh orang tuanya.Teringat kembali pertanyaan papa Salina pada kakaknya di suatu malam selepas bersama-sama menikmati juadah makan malam yang disediakan orang pembantu rumah dari Indonesia yang beragama muslim di rumah papa Salina.Rumah itu baru dibeli seminggu sebelum pertemuan mereka beranak pada malam itu,rumah yang jarang di singgah Salina walaupun didesak oleh ayahnya..
“Kamu dah ada teman lelaki ke?Sibuk betul dengan telefon bimbit.Tengah makan pun boleh nak balas sms.Teman lelaki kamu siapa?bangsa apa?kerja apa?,”santai sahaja soalan dari ayah Salina ditujukan kepada kakak Salina,Sarah.
“Er..ada..orang melayu,semestinya islam,kerja sebagai pegawai polis kat Shah Alam..,”jawab Sarah sedikit gugup..
“Huh..melayu..islam..polis..apa sangat ..kamu seeloknya berkahwin dengan orang cina.Supaya keturunan kamu terpelihara,lagipun kamu kena fikir masa depan kamu,dia islam,nanti kamu tak masuk syurga..,”sinis saja nada papa Salina memberi kata kepada Sara..
“Hmm..saya islam..jadi saya akan terus islam sampai bila-bila,berkahwin juga dengan orang islam.Masa depan saya sebagai seorang islam, berharap akan mati juga dalam islam..Sehingga hari ini saya menghormati pegangan papa, saya juga harap papa dapat menerima apa pegangan saya dan juga pilihan hati saya,”lembut sahaja tutur Sara itu tapi cukup membuakkan sedikit kemarahan di hati papanya.
Salina yang sedari tadi mendengar sahaja perbualan mereka,mengalunkan surah Al-Kafirun(109:1-5) dengan lembut…rendah sahaja alunan itu tapi jelas dipendengaran mereka yang berada disitu.Papa Salina mendengus tetapi tetapi tidak berkata apa-apa.Selepas itu,dibacakan pula terjemahannya,
“Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..Katakanlah (Muhammad),”Wahai orang-orang kafir!.Aku tidak menyembah apa yang kamu sembah,dan kamu tidak menyembah apa yang aku sembah,dan aku tidak pernah menjadi penyembah apa yang kamu sembah,dan kamu tidak pernah (pula) menjadi penyembah apa yang aku sembah.Untukmu agamamu, dan untukku agamaku,”Salina senyum pada papanya ..
Ayat terakhir surah itu berbekas di hati papa Salina.Dahulu,Salina tidak berani berkata apa-apa mengenai islam di hadapan papanya.Walhal bersolat pun dilakukannya sembunyi-sembunyi dari pengetahuan papanya kerana takut menimbulkan perasaan tidak senang sekaligus kemarahan orang tua itu.Namun sejak akhir-akhir ini,keberaniannya melonjak tinggi untuk menampakkan keindahan kalam ALLAH SWT itu kepada papanya.Salina juga ingat bahawa dalam Al-Quran ,Surah An-Nahl(272:51)ada menyatakan,
“Dan ALLAH berfirman, “Janganlah kamu menyembah dua tuhan;hanyalah Dia Tuhan Yang Maha Esa .Maka hendaklah kepada-Ku saja kamu takut.”
Ayat ini meneguhkan keberaniannya dalam berdepan dengan papanya.
Sementelah mendengar terjemahan itu,papa Salina berlalu meninggalkan mereka berdua…Salina dan Sara sudah menjangka reaksi itu..
No comments:
Post a Comment