Wednesday, January 12, 2011

Antara dua agama..(ep.6)


Episod 6

Malam jumaat itu,Salina berkunjung ke rumah yang dibeli oleh papanya .Tujuan dia datang kali ini adalah untuk memenuhi undangan papanya yang mahu makan malam berdua di rumah itu.Salina memandu ke rumah itu sendirian...Makan malam anak-beranak yang sudah lama tidak bertemu itu berlangsung dengan suasana sunyi sepi.Disebalik makan malam itu papa Salina mempunyai agenda tersendiri

“Salina..papa ada sesuatu yang penting nak bincang dengan Salina..hal masa depan Salina..mengenai keluarga kita,bisnes papa dan juga agama …”papa Salina memulakan bicara selepas selesai menjamu makan…

“Em….macam serius pula bunyinya..pasal keluarga,bisnes o.k…Salina boleh dengar..pasal agama..takut papa takde mood pulak nanti..tapi Salian sedia mendengar apa pun…,”ujar Salina dengan senyuman mesranya seperti selalu…

“Minggu lepas,papa pergi Jakarta…kat sana papa ada berjumpa dengan Pak Hartono..kawan papa yang anaknya Garry…mesti Salina ingatkan..laki-laki yang kacak,berkulit putih,tinggi,jurutera merangkap pewaris syarikat Gemas Trading ..cukup pakej sebagai laki idaman…,”penuh bersemangat papa Salina memberitahu ..

“em…yup..I still remember that guy ,arrogant man..hate him..sukahati je nak pegang-pegang..,”balas Salina sedikit geram..

Salina masih ingat lagi bagaiman percutiannya di Jakarta bertukar mood daripada ceria kepada suram.Semuanya gara-gara Garry,laki-laki yang tidak tahu menghormati privasi seorang wanita!

“Aha…lucky u still remember him.dia ok la,tak arrogant pun,pegang-pegang tu mesti tak sengaja.seems u know him better than I am..so...tak la susah papa nak terangkan sapa dia..Actually,there’s something more important that I wanted to tell u..,”sedikit ceria nada papanya..

“What is it?,”Tanya Salina dengan penuh perasaan teruja..

“Papa dan Pak Hartono dah bersetuju..nak tunangkan Salina dan Garry hujung tahun ni..harap tiada bantahan dari Salina..weather u say Yes or NO,pertunangan tu akan tetap dijalankan…no compromise at all,”tegas dan lantang kata-kata itu dilafazkan oleh papanya..

Bagai tersentap jantung Salina mendengar kata-kata yang diluahkan oleh papanya…seolah-olah terhenti dunia ini seketika…Cepat-cepat Salina beralih dari tempat duduknya mendekati papanya..dipegang lengan papanya penuh lembut…ditatap mata papanya dengan penuh pengharapan..

“Papa…macamana boleh buat keputusan mengenai hal sebesar ni tanpa pengetahuan Salina?Salina pasti Garry mesti tak setuju..Salina tak mahu….and we are in different path of life…how can u do this to me…,”sedih dan sayu Salina menyatakan ketidak setujuannya…

“Salina…Pak Hartono tu rakan bisnes papa yang paling kuat..tambahan pula..Garry yang mahu papanya melamar Salina..papa setuju sebab papa yakin dia boleh jaga Salina ..and the most important thing …dia boleh bawa Salina mendalami agama kami..I want somebody to be with u,teach u what u should be…,”kata papanya..

“Papa…u know I won’t leave my religion no matter what happen..and kalau Garry nak kahwin dengan Salina,dia mesti jadi orang Islam..either he agree or no..he has to be a muslim before he marry me!,”sedikit terangkat nada Salina menegaskan pendiriannya..

“Salina!jangan jatuhkan maruah papa,they know I am a Christian,and they hope u will agree to change your religion after u marry him..thats our final decision regarding to this issue..either u want it or no..u still my daughter and u have to follow what I had said!,”papa Salina menegaskan keputusannya..umpama raja yang memerintah dengan kuku besi lagaknya…

Salina tidak mampu berkata apa-apa…Bimbang,marah,sedih..bercampur baur perasaanya ketika itu..muka yang putih bersih bertukar menjadi kemerahan seperti kelopak mawar merah muda tanda dia sedang menahan tangisnya…menitik air mata di pipinya…Bingkas Salina bangun menyalami papanya lalu mencapai kunci kereta ..

Di dalam kereta…berjurai-jurai air mata keluar…kecewa dengan sikap papanya yang selalu tidak meminta persetujuan dalam menentukan sesuatu hal..tambah-tambah lagi berita yang baru diterimanya tadi mengaitkan kehidupan masa depannya dan juga AGAMAnya..

“Ya Allah….astaghfirullah…astaghfirullah..astaghfirullah….,”teresak-esak Salina beristighfar bagi menenangkan jiwanya…

Semakin laju sahaja air matanya mengalir..matanya kian dikaburi air mata namun pemanduan tetap diteruskan….

Tiba-tiba di selekoh tajam Salina gagal mengawal pemanduannya..bunyi hentakan kuat di bahagian hadapan disertakan hon yang panjang kedengaran memecah kesunyian malam…Salina terkulai kaku di tempat duduk hadapan dengan darah pekat membasahi tudung dan wajahnya…

No comments: