“Hello..sapa ni?”sapa Salina apabila nombor yang didail bersahut setelah beberapa saat menunggu..
“Hello..adek lah….”jawab seseorang dihujung talian dengan nada sedikit serak.
“oooo…adek buat apa?dah makan?sihat ka?”,Tanya Salina.
“Tak buat apa-apa..dah..sihat..”ujar adek Salina.
“pergi sekolah tak tadi?belajar apa?,”Salina bertanya lagi dengan penuh minat..
“Belajarlah…mengeja..pergi sekolah..,”jawab adeknya lagi..
“o.klah dek..lain kali kakak telefon lagi o.k,ada kerja nak buat,”Salina menghentikan perbualan dengan adiknya..
Salina menghela nafas yang terasa berat .Sengaja Salina menghentikan perbualan dengan adiknya kerana dia sebak mendengar suara serak itu.Kerinduan terhadap budak berusia 7 tahun itu semakin menggunung.Sudah setengah tahun dia tidak bertemu dengan adiknya itu dan selama itulah adiknya tinggal menumpang di rumah pak ciknya di kampung halaman.Keadaan memaksa mereka beradik untuk berpisah,kerana tiada siapa di antara Salina,akak mahupun adiknya yang mempunyai peluang untuk menjaga adik angkatnya itu.
“Ya Allah..ampunilah kami kerana tidak mampu menunaikan tanggungjawab yang telah Engkau berikan kepada kami dengan sempurna.Berikanlah kekuatan kepada kami untuk menghadapi dugaan yang Engkau turunkan.Sesungguhnya Engkau tidak menurunkan dugaan kepada hambaNya andai mereka tidak menanggungnya…Ilahi Rabbi…Allah..Allah..Allah…,”doa Salina singkat ..
Hari itu merupakan hari lahir bagi adik angkatnya,Izrul yang diambil dari keluarga kandungnya ketika berusia 2 hari lagi.Mama Salina mengambilnya kerana bimbang akan nasib bayi yang baru dilahirkan itu yang akan diserahkan kepada seorang guru beragama kristian kerana keluarga kandungnya sendiri tidak mampu memeliharanya.Sejak itu,kasih sayang sentiasa dilimpahkan kepada si kecil itu sehingga membesar menjadi anak yang manja.
Namun,sejak Salina menyambung pengajian ke peringkat diploma di UiTM,kehidupan si kecil berubah.Izrul terpaksa ditinggalkan dengan ibu saudaranya.Disebalik kata-kata manis semasa menyatakan keikhlasan menjaga Izrul,rupa-rupanya,ada udang disebalik batu.Ibu saudaranya hanya mahu memanfaatkan duit belanja yang dikirim untuk kegunaan Izrul bersekolah.
“Baik awak jangan tinggalkan Izrul dengan mak cik awk.Kasihan saya tengok dia kelaparan,berbekas je punggung kena pukul dengan rotan…,”bagitahu pembantu sekolah yang tinggal dekat dengan rumah ibu saudaranya ketika Salina singgah menghantar buah tangan ke rumah wanita itu.
Masa itu,rasa marah dan kecewa bercampur –baur dengan nasib yang menimpa adiknya itu.Rasa hormat dan percaya pada saudara-maranya semakin luntur.Salina mempersoalkan kenapa tiada siapa yang memberitahu keadaan adiknya yang malang sepanjang pemergiannya walaupun kerap kali berhubung melalui telefon.
Tiada daya Salina untuk berkata apa-apa kerana menghormati mereka sebagai orang tua,dan kerana sedikit budi yang sudah ditaburkan.Lagipun Salina faham,adiknya hanya menumpang .Perasaan malu juga sentiasa menyelinap di sanubarinya,kerana adiknya terpaksa dijaga orang lain sedangkan ayahnya mampu untuk menggaji pengasuh.Hal itu tidak terjadi kerana kehadiran si kecil bukan atas persetujuan papa Salina.
Tambahan pula,adiknya diambil tanpa sebarang hitam putih yang menyatakan bahawa adiknya di angkat secara sah di sisi undang-undang.Mamanya sengaja tidak berbuat demikian kerana masalah antara mereka suami isteri dan juga berpendapat bahawa adik tidak akan kembali pada ibu bapa kandungnya dan keturunan tetap sama walau sudah sijil anak angkat telah dibuat.Malang tidak berbau,siapa sangka mama Salina pergi dalam waktu yang singkat dan implikasi daripada ketiadaan pengesahan anak angkat itu,Salina dan kakaknya sukar membawa adik kecil mereka itu berhijrah ke tanah lain.Namun,itu bukan pemutus hubungan antara mereka,Kakak Salina sedang berusaha mendapatkan hak penjagaan ke atas Izrul.
“Mama..Salina tak menyesal atas pemergian mama,tak menyesal mama tinggalkan adik untuk kami..kami akan jaga dia..,”monolog Salina di petang hari itu sambil menatap gambar mereka sekeluarga tanpa papa di dalamnya.
Salina menutup matanya kejap sambil melafazkan tasbih kifarah untuk meraih kekuatan jiwa..Tidak mahu berduka pada masalah yang melanda kerana bimbang lama-lama hatinya menidakkan takdir Allah.Cukuplah dulu dia selalu merintih mempersoalkan kenapa jalan hidupnya penuh berliku berbanding remaja lain.Usia yang meningkat dan sifat tidak mudah putus asanya telah membangkitkan semangat untuk mengubah kehidupannya.Segala kenangan perit dan masalah kini dipandang Salina sebagai keistimewaan yang ada pada kehidupannya.
“Ya..aku istimewa!,”laung Salina sekuat hati di dalam hatinya..
No comments:
Post a Comment