Keriuhan di senja hari menggamit hati Salina untuk memnjenguk ke luar.Tercari-cari arah keriuhan seperti orang tengah bertekak itu.Terbeliak biji matanya melihat seorang perempuan yang sedang ditegah oleh beberapa orang wanita lain berada diatas tangga rumah jirannya itu.Kedengaran jelas butir pertelagahan antara dua wanita itu.
“Kau jangan memandai nak mereka cerita aku ada hubungan dengan laki kau.Mulut kau ni memang longkang ,Kasim tu umpama abang aku tau tak??!Kau ni bodoh ke tak pandai berfikir??!!Kalo aku dengar lagi buat cerita pasal aku,aku tetak kau guna parang ni!Kau jangan fikir aku tak berani,kalau nak sekarang aku tetak ko!,”pekik wanita yang ditahan tadi dengan lantang dan keras.
“Kau tu yang tak sedar diri,dahla laki kau tak duduk sama dengan kau,ni menggatal pulak dengan laki aku.Tadi kau tumpang kereta laki aku kenapa?Dah takda laki lain ke kat dunia ni kau nak kacau,laki aku jugak kau nak rembat,dasar perempuan tak sedar diri,gatal!,kau keluar dari kawasan rumah aku ni!,”balas si empunya rumah sambil bercekak pinggang.
“Emi..dahla…balik lah..mak dah cakap jangan ikut Kasim balik tadi..kau degil tak dengar,tengok apa dah jadi..balik lah,tak guna nak bertekak macamni;”pujuk ibu wanita yang mengamuk tadi.
“Mak,bukan saya yang nak tumpang tadi,tapi Kasim tu yang mendesak nak saya tumpang,Kasim tu siapa mak dengan saya ni?takda niat lain pun,kami ni macam adik-beradik dah.Saya tahu,saya dan laki saya tak sefahaman,tapi saya tak gatal nak kacau laki orang lah mak..perempuan ni je mulut busuk!Saya nak cincang je perempuan ni!!!,”sekaligus itu dia meronta agar dilepaskan..
“Papp!!!!!” sebiji penampar dari ibu Emi singgah dimuka Emi.
Terduduk menangis Emi di lantai sambil menarik rambutnya bagai anak kecil yang tidak mendapat apa yang dikehendaki.
“Kenapalah orang suka nak fitnah saya…”,rintih Emi.
Perlahan-lahan dia bangkit menuruni anak tangga menuju ke rumahnya..
“Dah berapa orang bergaduh dengan perempuan tu?Kak Emi yang selalu baik dengan dier pun dia nak tuduh bukan-bukan,”ujar Ailin,kakak Salina..
“Entahlah,saya pun tak faham kenapa sampai begitu sekali kelakuan mak cik Diah,hampir saja satu kampung jadi musuhnya.Mama yang jadi kawan rapat dier dulu pun dah lama jadi musuh dier..InshaALLAH,berubahlah tu nanti,umur dia pun makin meningkat,”jawab Salina sambil menuju ke dapur rumah kampung mereka itu.
Berfikiran sendirian di dapur mengenai pertelingkahan sebentar tadi,beristighfar Salina mengingat parang yang dipegang oleh Kak Emi untuk mencincang musuhnya.Nasib baik wanita itu tidak kerasukan seperti tahun-tahun yang lalu.
“Kerana cemburu,wanita sanggup bercakaran..kalau takde sifat cemburu,isteri dikata tak sayang suami..Macam-macam dunia ni”,monolog Salina sendirian sambil membancuh teh tarik panas..
Teringat Salina pada ibunya yang selalu menjeruk rasa pada papanya..Setahun hanya sekali papa Salina pulang ke rumah,itupun hanya singgah beberapa hari sahaja.Malu mamanya menjawab pertanyaan jiran-jiran bertanyakan ke mana papa Salina pergi,dan bila dia akan pulang ke rumah.Bukan Salina tidak tahu,saban malam ibunya menangis sendirian di dalam kamar tidur yang kecil ruangnya.
“Salina!Ooo..Salina!,”terdengar suara memanggil namanya..
Panggilan itu tidak disahut olehnya.Terasa dirinya digoncang dengan keras di bahu.Dunia mulai berubah.Lantas Salina menoleh kearah bahunya yang digoncang.Perlahan-lahan Salina membuka mata mendongakkan pandangan yang masih kabur ke arah tangan yang menggoncang bahunya,terus ke wajah gadis bertudung biru yang sedang memandangnya dengan muka berkerut.Sepantas kilat Salina melihat jam dipergelangan tangan.
“Astaghfirullah, nasib baik tak pukul 2 lagi,kalau tak terlewat masuk dewan kuliah”,ujar Salina lemah sambil meraup mukanya..
“Lah….tertidur plak cik kak ni kat luar library, patut orang panggil pun tak dengar,dah sampai ke London agaknya dalam mimpi tadi,ada Fiq ke dalam mimpi tu,khusyuk sampai keluar air liur plak mimpi tu”,gurau Hana dengan nada sedikit keras.
“Hana..Assalamualaikum..sorry..penat la tengok huruf dalam buku,tunggu Hana punyalah lama kat sini,tu boleh tertidur kat sini..Fiq?Fiq mana pulak?mengarut,air liur pun tak keluar ok.Lain lah Hana,kat bantal busuk tu dah bermacam jenis peta dah..,”balas Salina sambil menjeling kea rah Hana..
“Waalaikumusalam..Tengok tu,jelingan mata sepet Lina ni lah yang menawan hati ramai jejaka tau.Kura-kura dalam perahu betul lah Lina ni,Fiq mana lagi,Taufiqurahman,budak kelas kita tu ..Kalau cakap tak kenal,tak tahu lah Hana mata sepet tu terlalu kecik ke apa..”,seloroh Hana lagi..
“Amboi..sedap je mengata orang ye..anugerah Allah ni tau..mana pulak datang kura-kura dengan perahu ni?Lina manusia la..Takde pun mimpi laki-laki..kalau nak suruh Lina kenal orang,bagi fullname dengan jurusan dan tahun berapa sekali,baru kenal.Hana jangan mengarut la pasal Fiq,takut nanti timbul fitnah,jangan lupa,apa-apa yang boleh menimbulkan fitnah adalah berdosa..,”bersahaja Salina meluahkan apa yang difikirnya saat itu..
“Yela..jom masuk dewan,nanti membebel pulak Mrs Chandra nanti..takut dapat tempat duduk yang belakang pulak.Nanti Lina jugak tersenggok-senggok mengantuk kat belakang..haha...,”ajak Hana sambil menarik perlahan tangan Salina untuk bangkit dari duduk.
“Hehehe..tau2 je..Thanks Hana…,”ucap Salina sambil tersenyum mesra pada kawan karibnya itu.
No comments:
Post a Comment