Saturday, January 1, 2011

Antara dua agama..(ep.1)

Bunyi guruh yang berdentum dilangit mengejutkan Salina yang baru lena di pembaringannya.Beristighfar panjang Salina beberapa kali mendengar dentuman guruh di langit.

“Ya Allah, ampunilah dosa kami,dosa kedua ibu bapa kami,dan rahmatilah kedua-duanya sebagaimana kedua-duanya yang memelihara kami ketika kecil..”,bisik Salina di dalam hatinya sambil memeluk erat bantal disisinya.

Seperti biasa,air matanya tumpah lagi,tiap butir air mata yang keluar diiringi istighfar sehinggalah dia terlena kembali..

“Kringgg….kringggg…kringggg!!!!”

Salina terpisat-pisat membuka matanya sambil mengapai telefon bimbit yang berada dibawah bantalnya.Segera dia mematikan alarm lalu bangkit dari pembaringan.

“Alhamdulillah,Lailahaillallah,”lafaz Salina sambil meraup mukanya dan mengucap syukur pada Allah kerana memberi peluang untuknya hidup hari ini.

Usai solat subuh,Salina seperti biasa mengemas bilik yang dihuninya di kolej kediaman.Tugas itu dilakukannya sendirian kerana dia hanya tinggal bersendirian di bilik itu sementelah teman sebiliknya berhenti dari pengajian kerana mendapat tawaran belajar di tempat lain.

Hanya 20 minit sahaja untuk Salina melakukan tugasan hariannya itu,selepas itu dia akan bergegas untuk menunaikan solat sunat isra’ 2 rakaat dan berdoa agar dipermudahkan segala urusannya pada setiap hari yang mendatang,pukul 9 pagi plak,Solat dhuha ditunaikannya,sebagai menambah amalan.

Hari itu,teringat Salina pada sahabat yang dikenalinya melalui chatroom Tagged.Iswan namanya,laki-laki yang jiwang,pandai mengambil hati dan lemah-lembut bahasanya.Malahan Iswan selalu berkongsi ilmu agama dengannya.Bercerita mengenai kejadian pelik yang dialaminya kepada Salina.Namun,dalam diam,rupa-rupanya Iswan menaruh hati pada Salina dan sudah pun berterus terang hasrat hatinya untuk mengambil Salina menjadi suri hatinya.

“Saya suka awak,hanya awak yang saya percaya untuk berkongsi apa yang berlaku dalam diri saya,kejadian pelik yang saya lihat dan alami,sebab saya tahu,awak percayakan saya berbanding orang lain,sudikah awak menjadi suri hati saya?”mesej Iswan pada suatu petang diimbas kembali dalam ingatannya..

“Maafkan saya Iswan,hati saya belum mampu dimiliki oleh sesiapa pun, dan saya tak layak untuk sesiapa,keluarga awak orang yang baik,sedangkan saya….”,lamunan itu terhenti disitu,beristighfar panjang Salina..

“Astaghfirullah..apa aku fikirkan ni..Allah dah beri jalan hidup yang macamni,patut aku redha..walau macamana sekalipun keluarga aku,aku patut bersyukur”’monolog hati Salina..

Melihat jam di meja,segera dia mencapai buku rujukan yang dipinjamnya dari library semalam sambil berlalu ke katil.Hari Sabtu itu berlalu dengan masa dipenuhi menelaah buku rujukan dan berkurung di dalam bilik.

Keesokkan harinya,selepas menunaikan segala tugas harian ,Salina mengambil keputusan untuk keluar ke Bandar ,menghirup sedikit kebebasan di luar kampus.Hari itu,Salina tidak mengajak sesiapapun untuk menemaninya.Laju sahaja kereta pemberian ayahnya untuk kemudahannya dipandu menuju ke ibu kota .

Sedang khusyuk dengan pemanduan,telefon bimbit Salina berbunyi.

“Hello,yes papa,I’m here”,Salina menjawab ringkas.

“Hello,Salina ada kat mana?Papa kat Kuching sekarang ni,nak jumpa tak?”Tanya pemanggil tadi…

“Kat Kuching,bila sampai?Ada keje ke sini?I’m on my way nak g Bandar,saje jalan-jalan.Boleh jugak kalau nak jumpa,tapi kat mana nak jumpa?and pukul berapa?”,balas Salina.

“Emm..alright then,mana-mana Salina nak,pukul berapa tu,lepas papa pergi Church,dalam pukul 11 pagi,sekarang kul 9 pagi,inform papa lagi nanti pasal tempat ok?Got to go now,dah sampai gereja,c u later,bye”,telefon dimatikan sejurus perkataan terakhir diluahkan..

“Ok,bye..”,balas Salina walaupun tahu tiada yang mendengar balasan itu.

Mengeluh kasar Salina memikirkan ayahnya ke gereja.Bukannya sekali ayahnya ke gereja,tapi setiap pagi Ahad,itulah rutinnya..

“Ya Allah,berikanlah hidayahMu pada ayahanda ku..tunjukilah jalan yang benar kepadanya..”,Salina memohon di dalam hatinya.

Setiap kali usai solatnya,tidak lupa Salina mendoakan agar ayahnya diberikan hidayah untuk menerima agama islam kembali sebagai agama hidup dan matinya.

Setelah penat mencari tempat yang sesuai untuk memarkir kereta diluar bangunan Boulevard,ringan saja kaki Salina melangkah masuk ke pusat membeli belah itu dan menuju ke tempat pakaian.Tersenyum lebar melihat pelbagai fesyen pakain yang ada di depan matanya kini.Salina tenggelam dalam kesibukan membeli-belah selama 2 jam namun tiada satu pun yang dibelinya.Akhirnya ,dia melangkah ke foodcourt.Sedang asyik menikmati minuman,tiba-tiba telefon bimbitnya bergetar isyarat mesej masuk.

“Salina,where r u now?Jumpa kat mana?”mesej dari ayahnya diterima.

“Ya Allah,terlupa pulak nak mesej bagitau tempat”,bebel dia sendirian.

“Jumpa kat boulevard foodcourt,waiting for u right here,”balas Salina.

Tidak sampai setengah jam,kelihatan seorang lelaki yang tinggi,berkulit cerah dan mempunyai paras rupa yang agak kecinaan berdiri di pintu masuk foodcourt.Segera Salina berdiri dan menuju kearah laki-laki itu.Di salam tangan laki-laki itu dengan penuh hormat.

“Papa pergi church mana tadi?”Tanya Salina sebagai pemula perbualan.

“Church dekat-dekat sini saja,kenapa?kamu nak pergi church jugak ke?”,Tanya papa Salina dengan nada berseloroh.

“Boleh jugak..dapat lah saya membantu menyebarkan sedikit dakwah islam di sana”,balas Salina.

“Salina..salina..kamu akan tahu agama mana yang benar akhirnya nanti”,jawab papa Salina sedikit serius.

“Papa..maafkan Salina,tapi Salina rasa apa yang Salina anuti sekarang adalah agama yang benar,agama ni yang Salina anuti sejak lahir,agama yang mama terapkan dalam diri kami adik-beradik sejak kecil,Salina yakin,agama ni yang benar,Cuma papa saja tak Nampak”,ucap Salina lembut..

“It’s ok dear..papa faham,kamu dibesarkan dengan agama Islam..salah papa sebab selalu tinggalkan kamu semua dulu.Now,papa nak tebus kesilapan papa,sepatutnya kamu semua juga Kristian seperti papa,sebab papa adalah ayah kamu semua,pemimpin keluarga”,ujar papa Salina.

“Papa...Salina,kakak,and adik-adik tak menyesal pun berada dalam islam..dan kami berharap,papa suatu hari nanti akan kembali pada ajaran islam,papa tak tahu betapa istimewanya islam sehingga anak papa yang ada didepan mata papa sekarang ni jadi seperti ini”,kata Salina sambil merenung kedua-dua mata papanya..

“Apa istimewanya islam?terlalu banyak peraturan sehingga menyusahkan hidup manusia,menyempitkan pemikiran dan sekarang memisahkan ayah dan anak.Begitu kah?Salina pakai tudung tu kenapa?bukannya panas pun kat dalam ni,sayang rambut kamu yang panjang keperangan tu ditutup,kalau Salina buka tudung tu mesti nampak lagi cantik,kenapa mesti menutup kecantikan yang Tuhan dah beri?Papa dengar kamu takda teman lelaki,mesti sebab kamu tak bergaul sangat dengan laki-laki,terlalu menjaga kononnya.Papa takkan kembali pada islam,papa orang cina,tak patut masuk islam,kamu juga begitu,papa takkan kembali pada islam sebab papa tak pernah ikhlas masuk islam melainkan kerana mahu berkahwin dengan mama kamu and it was my biggest mistake”,jawab papa Salina sedikit emosi.

Tersenyum Salina sebelum mendengar soalan dan kenyataan papanya itu.

“Papa,andainya saya bukan seorang islam,tidak menutup kepala saya ni dengan tudung dan mempamerkan segala bentuk kecantikan yang saya ada pada semua orang,mungkin papa tak tengok saya yang masih mampu berkata lembut dengan ayah,mungkin dah lama saya terpelosok dalam kancah maksiat,jadi pelacur atau apa-apa yang papa sendiri pun benci.Bukan senang nak jaga diri lepas pemergian mama,kehidupan Salina bebas tanpa sapa yang kawal,papa pulak jauh.Even,pernah kitarang fikir ,we don’t have a father in our life.kalau nak bawa laki keluar masuk rumah pun sapa boleh halang?tapi Salina masih ada agama yang dipatuhi,kerana tudung di kepala ni Salina malu nak buat jahat,laki-laki pun hormat Salina.Cina tu cuma bangsa,Salina juga cina,tapi islam kan,malahan di setiap pelosok dunia ni ada orang islam tak kira mereka bangsa apa.Islam bukan untuk satu kaum saja.Tapi untuk seluruh manusia.Universal.Tak mengapalah,lain kali kita bincang dengan lebih ilmiah lagi,kalau berkata-kata sekadar kerana emosi dan perasaan,tanpa bukti yang kukuh,takut nanti berakhir dengan sengketa,inikan pulak di antara ayah dan anak,Islam tak ajar macamtu”,kata Salina..

“Alasan kamu aje kata gitu,Cakap saja kamu tak yakin dengan agama kamu..Papa dah dahaga ni,bila nak sampai pesanan ni?”Tanya papa Salina bertujuan untuk mengubah topik perbualan.

“Alasan plak…betul pe..nanti balik papa fikir lah lagi ok papaku yang kacak.hehehe..kejap agi sampai lah tu tuan..sabar-sabar lah”,seloroh Salina.

Pertemuan itu berlangsung seperti pertemuan yang sebelumnya.Soal agama pasti dibangkitkan.Setelah puas berborak,Salina meminta diri untuk kembali ke kampus walaupun digesa ayahnya untuk singgah ke rumah yang telah dibeli setahun lalu.Entah mengapa,Salina lebih selesa berada di kolej daripada dirumah itu.Rindu pada adik-adik dan kakaknya sentiasa membuak-buak sejak kembali ke kampus.Hanya satu tempat yang dipanggil rumah olehnya,iaitu tempat dia dibesarkan oleh bonda yang tercinta,di kampung yang terpencil..Pengalaman manis bersama bonda menerpa lagi..

~bersambung~

2 comments:

Anonymous said...

nak jadi mcm salina~~~

Mawarwalis said...

jadi macam Salina?