Tuesday, May 11, 2010

Secoret kata buat bonda




wahai bonda
betapa jauh nya dikau pergi
sehingga tak tergapai manusia mana pun

wahai bonda
manis senyum mu cuma digambaran sahaja kini
tak mampu ku lihat dalam realiti

wahai bonda
harum wangi tubuh mu
tidak lagi ku hidu
walau dari kejauhan

wahai bonda
semoga rahmat dari Yang Esa sentiasa mengiringimu
anakmu selalu merindukanmu...
AL-FATIHAH

No comments: