Sunday, September 9, 2012

Oh!Lima bulan!



Oh lima bulan!Apa yang lima bulan?Lima bulan ni bukan usia kandungan,atau usia perkahwinan mahupun usia sesaper tapi tempoh habis diploma sampai lah bulan September.Sekejap je kan rasa lima bulan tu..tup-tup sekarang dah sambung mengaji balik.

Kisah Lima bulan.

Korang buat per je lima bulan ni?

Kalau orang tanya kat saya,jawapan dia senang je,tak buat apa-apa pun.TAPI..korang jangan fikir saya duk elok jer makan,tido,berak,minum jer...Ni antara sedutan borak-borak masa cuti:

A: Lisa,ko buat apa jer cuti?keje ke?
Lisa: Takdela..tak keje pun...ko buat per?
A: Aku..keje la..aku ni bukan orang berduit.ko takpela...
Lisa:(apa yang takpe nyer??).takpe??
A:ko takpela..kaya ada duit..
Lisa:Yerla sangat.Aku bukan aper tak keje..aku fikir aku ni duduk pun tak tetap,aku nak jaga adik aku lagi,tlg kakak aku sikit.lgpun ko fhm jer la,aku ni sana sini kot jalan,kejap kat kampung,g kuching lagi..kalo aku keje takkan la aku asyik2 nak mintak cuti...

Tu antara sedutan la borak-borak cuti lima bulan kan.Jujurnya,hati ni sentap sikit bila orang cakap ,
"ko takpela,kaya...","ko takpela berduit..".Apa korang fikir aku ni anak jutawan ker nak cakap camtu,lahir terus kaya ea?aku akui memang la aku ni jarang sekali "shortage" duit..tapi salah satu sebab musabab aku tak keje sebab aku kesian gak tengok adik dan kakak aku.(Alasan je ke?).Tak kisah la orang nak fikir apa kan.Yang saya tau,sepanjang lima bulan,saya tolong ringankan beban orang lain.Argh! perkara lalu kan..yang penting kita seronok dengan cuti kita..o yeah!!!selagi tak menyusahkan orang:D

Alhamdulillah..cuti tu bermanfaat..dapat habiskan beberapa buah buku bacaan,mengentalkan hati ni untuk berubah jadi lebih baik sedikit demi sedikit..pendek kata,cuti tu tak sia-sia.Bukan benda yang mendatangkan duit je akan menjadi makna sesuatu yang bermanfaat,tapi apa-apa saja yang mendatangkan kebaikan tu perkara bermanfaat.betul tak???

Mungkin korang perasan,yang selama lima bulan ni sangat susah nak tengok post baru kat blog ni.Alhamdulillah..cuti tu,ketagihan internet dan laptop tu berjaya di kurangkan.Alah,kalau setakat online facebook selalu,tak burukkan orang tu dah kira ok la kan.:D

Vacation with little brothers:
Orang ni snorkelling tengok pasir bukan ikan!

Sempat jugak cuti-cuti borneo lepas seminggu habis ujian haritu.Pergi Sabah kat Kota Kinabalu jer.Rancang nak pegi dengan kawan-kawan,tapi takpat..at last,decide memang nak pergi sendiri,siap dh beli tiket dan tempah hotel.tak kisahla pergi sorang diri kan.Tapi disebabkan si kecik gedik tu takde orang jaga disebabkan akak pergi business trip,so budak kecik tu kena ikut kiter pergi la..so,I jadi mak tunggal la masa vacation.I tell U'll,bawak bebudak jalan tak semudah yang kita sangka.bawak baby okey lagi,ni besar sikit dari baby banyak betul mulut nak mengeluh.Ada ke awal pagi mintak makan kat hotel..orang buat budget trip kot.apapun..haha..seronok ada teman pegi jalan..dan cuti 4 hari 3 malam tu untuk 2 orang dalam 2 ribu ke bawah je bajet.hotel bayar rm300 lebih je.cukup tempat tido,boleh solat  jadik la kan..

RAMADHAN kali ni yang lebih bermakna.

Syukur ke Hadrat Ilahi.Allah beri keindahan pelangi di sebalik hujan.Ramadhan kali ni lebih manis.Bukan sebab dekat dengan keluarga je,tapi syukur teramat,hubungan dengan jiran tetangga kat kampung tu bertambah baik.Kalau dulu,lalu je mak cik-mak cik kat kampung,jangan kata nak senyum,pandang pun segan teramat..tapi tahun ni,huh,boleh join geng makcik-makcik plak dah..huhu.tapi seronok...Raya pun rasa havoc daripada tahun-tahun lepas.Dah pandai sikit nak mengurus rumah,dan buat sambutan hari raya.Korang pun maklum,kitarang ni takde orang tua,ayah ada,tapi kita jarag gather sama.Jadi,kita ni kena blajar matangkan diri sendiri.

Basikal yang sangat berjasa.


Berkelah dengan saudara mara.

budak-budak yang suka melepak kat rumah kite.

Kampung yang permai.

Ni antara aktiviti kebajikan saya buat(rumah sendiri kot).tolong cat .


mata ber laser..haha.hari raya.dua org ni tiap tahun datang umah.


Missing Miss Aini.
I don't really know why,but I was attracted to finish soil science and management notes .Rindu kat miss Aini kot.hahaha..

Tu je la hal lima bulan cuti yang penuh dengan hal kekeluargaan,kemalangan,kena marah dan sebagainya.Apa-apa un.syukur Allah bagi kita merasa hal-hal sedemikian..
Sempat jugak pergi SOGO KL before puasa.

tIMES sQUARE .

Tade keje,melukis lah..

Hal-hal lain nanti-nanti cerita:D.


I LOVE MAMA.

Friday, May 4, 2012

Assalamualaikum w.b.t.

Buat rakan seperjuangan ku sekalian a.k.a para penganggur 4 bulan.

Keputusan ujian akhir semester terakhir telah pun kita ketahui  27 April lalu.Alhamdulillah,ramai yang tamat diploma dengan CGPA melebihi 3.5 dan tak kurang juga yang berjaya meningkatkan CGPA ber kali ganda dari sebelumnya.Empat bulan masa diberikan oleh institusi pengajian tinggi bagi para graduan tamat diploma menunggu keputusan sambung belajar peringkat sarjana.Pasti ramai yang keresahan dan gelisah,kebosan juga turut melanda di jiwa.(ok stop ayat skema!).

Oi genk..
Aku tauk rami antara kita dah mula bosan dengan cuti tok.Arum bulak eh,bok mula cuti 2 minggu aku dah asa bosan dah duduk umah.Bukan sikda keja nak polah..tapi aku sik minat nak molah keja nok sedia ada,benda sama jak(jawab torang: skati ko mpun...)bena sik?.EMPAT BULAN ya..bukan kejap..fuuuuu...

Bekerja atau menganggur?


Aku sik tauk berapa rami yang sesama kita dah start keja.Tapi aku lom keja la..keja nolong kakak ku jak,suri rumah sesuku masa,replacer kakak ku bilanya outstation molah easecox.Tok la keja ku kinek.Penganggur kehormat buat 4 bulan.Aku asa ya keputusan aku.Hmmmm..

Tanggapan orang vs Pemikiran sendiri.


Bila ku padah aku sik keja cuti tok,mesti ada cakap-cakap yang padah,

"Sikhal..orang berduit..."
"Sikda usaha nak carik duit.."
"Siktauk reti carik duit..."

WELL..WHATEVER U ARE SAYING,WHO YOU ARE FOR ME TO LISTEN TO?
klaka omputeh dah oiii...(bunyi kak lehott).

Aok..nang bena apa dipadah torang ya bha..sik reti la aku tok nak mencarik duit,usaha pun kurang kali,reti ncarik duit pun ku siktauk bena kali..tapi nak,sekurangnya dah tauk dirik kedak ya,sikboh la nak nyusah orang,nolong apa yang patut,bukan nambah nyusah orang nak..Alhamdulillah,takat tok sikda ku berpintak duit melebih-lebih dari yang biasa diberik..keh3.tapi hati ku tok membuak-buak jak nak g sia sitok..time study nangga lam laptop jak tempat orang:(.Bulak madah aku sikda fikir nak keja,tapi ku fikir adik ku sikda orang jaga mun kakak ku sikda..mala jak ditinggalnya nak ka kesian.kakya,boleh juak ku ngaja nya ngaji.Jadi,biarla orang mpun tanggapan ya,asal kita rasa pemikiran kita rasional dengan keadaan kita.

Cabaran untuk diri sendiri.


Jujur ku padah,aku nangggg mala jak tido time cuti tok..Terutama pas subuh..teruk bena nak?InshaAllah cuba kikis:D.Oleh sebab kadang-kadang aku rasa aku tok sik berguna jak(sebab sik keja),aku pun baring-baring (lepas ya tido,haha) memikirkan apa yang aku nak polah..buku banyak gik habis baca,sik lamak gik nak puasa,surah banyak gik sik dihafaz..Jadi, I'd made up my mind,and make a challenge to myself to proove that,"Cuti 4 bulan bukan tiada apa-apa buat saya,tapi beberapa    hal yang saya buat:D.InshaAllah,aku akan cuba habiskan semua buku aku yang sik terbaca lagik(lebih dari sepuluh buah buku terkumpul),hafaz surah semampu mungkin,tingkatkan kefahaman agama,ajar adik aku ngaji dan fardhu ain,settlekan qada' puasa dan perbaharui ingatan apa yang dah dibelaja masa diploma."hMM....Aku risau kalau aku lost track time cuti..I don't want to be a useless person.




Generating creative art mind.


Aku suka melukis.Tapi sik la sesempurna orang nok belaja art and design ya kan..masa ku mbiak lok,salu jak kenak anok lukis orang kawen.Aku tangga adik aku nok kecik ya pun suka lukis orang kedak mermaid lah,orang kawen la...kakak ku padahnya ikut kedak aku dulok..(aku pun fikir,bena ka aku kedak ya?).Hmm..aku try juak molah accesories keychain nok berjait ya..(tah apa ya).pastok nak molah design baju dengan cat fabrik and plain tshirt.Sebenarnya ku nak belaja muzik cuti tok tadik,tapi last asa malas...macam sik padan jak aku...hoho...asa nak molah hydroponics planting tapi malas nak carik tools dengan ruangan yang terhad..


Impian cuti


TIGA TAHUN  dah berlalu,betapa susah aku nak dapat cuti yang sama waktu dengan adik-beradik ku kinek la patutnya masa aku nak balas dendam cuti bersama.TAPI...hampa..time ku cuti sidak sik dapat nak cuti.School break pun kali sik cuti sidak..jadi bila la patut aku cuti sebenarnya???!HUH!Asa mauk jak ku g belayar(bercuti) dirik mpun.ngenang sik manis ompuan nak bejalan kedirik jak..aiyak!tapi mun ku kuat ati,sorry all..goodbye bebeh la orang umah...lelah ku nunggu..dah sambung blaja kelak sikda masa nak becuti gik..

KESIMPULAN
Sebenarnya aku nak nyeruk orang nak nganggur sama kedak aku,boh sia2 kan gilak cuti ya..refresh balit apa dah diblaja..barula ada hasil cuti 4 bulan ya k..*smile2*

Wednesday, April 11, 2012

tak pandai guna photoshop guna paint pun jadi la.








Segala puji hanya bagi Allah,terima kasih Ya Allah kerana masih mampu jari ini bergerak.Tanpa Allah siapalah kita.

Monday, April 9, 2012

what happened.

Alhamdulillah..syukur ke hadrat Ilahi melimpahkan rahmat ke atas hamba-hambaNya.Tanpa izin Allah,tak mampu tangan ni nak menaip entry ni,tak bergerak walau 1 mm pun jari ni kalau Allah tak izinkan.Segala puji hanya untuk Allah yang Esa.

1.4.2012
Pulang ke Miri yang bukan kampung halaman pun.Bertapa seketika di sitok sebab sikda orang jaga adik aku nok ****k.(bijak).Hari pertama bagusla,good day la,boleh tido lagik sampai maghrib.Bapak jemput sebab kakak pergi function.(Why should I tell this story?(*_*).so bored isn't?)

2.4.2012

Hari ke dua di Miri.Pagi-pagi bangun awal,hantar kakak and kuku(aunty) pergi terminal bas,sebab MEREKA nak pergi SIBU.(again,sharing something shouldn't(T T)).Tarikh ini amat bermakna dalam hidup seorang "budak" perempuan yang naif seperti aku(sila muntah jika anda terasa nak muntah.).Bapak suruh pergi servis kereta kat Toyota,jadi,saya pun pergila cari TOYOTA service centre kat kawasan yang diberitahu.Orang yang hanya tahu memandu tapi tak tahu jalan pun tak guna kan.Ibarat kapal tanpa nakhoda yang tepat(pergh!!!).Dalam perjalanan cari tempat yang dikatakan,sesat dah berapa kali,salah jalan semua masuk senarailah,tapi perkara paling menduga sekali yang terjadi adalah...




Teka sendirilah apa dah jadi.Selalunya hal camni,orang yang melanggar akan cuba cakap dia tak salah.Tapi aku mengaku memang aku salah dalam perlanggaran ni.Tapi masalahnya berpunca dari kereta yang ada di hadapan kereta yang aku langgar!Masuk simpang tak bagi signal!Kereta yang aku langgar ni apa lagi,emergency  break ar,aku pun ikut sekali,disebabkan jarak aku dengan kereta depan agak dekat,berlakulah perlanggaran elastik!(term physic yo.).Disebakan proses inertia,walaupun aku dah break sampai nak keluar kentut sekali pun,kereta aku bergerak ke depan sikit dari tempat berhenti,lalu terciumlah bontot kurang seksi dan tua si waja tu.Aku pandu Hilux Toyota.Tu masalah beno.Kereta aku takda apapun(sebab tu orang suka beli kereta import).Kereta waja tu yang teruk macam kat atas.

Pemandu kereta waja ni adalah seorang wanita agak-agak dalam usia 40 lebih camtula,ditemani anak dia.Peramah orangnya.kami senyum je,bincang elok-elok.Dia call seseorang untuk bantu dia.Aku plak steady gitau kakak aku,sms,tapi takda sapapun datang.huhu.Yang makcik tu,ada sorang laki datang dan cakap,
"Elok kita settle luar je,kalau setuju kita pergi workshop kawan saya."

Aku yang naif ni,pun jawab lah,
"Aoklah..kamek ikot kitak jak."

Bapak aku takda masa tu,dia pergi Bintulu.

Hari tu,aku dah janji ,aku bayar kos baiki.Harga yang dipersetujui adalah RM1100(bumper tukar,atas kat bonet kereta tu spray abis,ketuk sekali.
Janji ambil hari Khamis.Jadi,petang Khamis,kakak dan aku,pergilah workshop tu,siap dah nak bayar,tapi bill tu takdak cop(boleh plak workshop tu takdak company?) kakak aku tak setuju,jadi tangguh hari Jumaat bayar.Hari Jumaat plak,bapak aku masuk campur,dengar harga tu RM1100,bapak aku cakap kat aku dan kakak aku takyah pergi workshop tu pergi bayar,dia akan settle kan.Masalah disini terjadi lagi.Bapak aku tak setuju dengan harga tu,sebab rasa tak setimpal.Ni kes macam kena pau dengan orang lah aku ni.bapak aku tak suruh aku angkat call orang tu dan jangan pegi bayar.Seriously,aku rasa sangatttttttttttttttttttttttt bersalah sebab macam dah mungkir janji,kalau aku pergi bapak aku marah,kalau tak pergi macam mungkir janji.makcik tu siap sms aku lagi cakap aku putar belit cerita dan taknak bayar.aku terpaksa dengar cakap bapak aku.
Sampai saat aku menulis ni,aku tak bayar sesen pun dan tak tahu lagi camna kes tu.Aku harap makcik tu lama-lama nanti maafkan aku.Tu la lain kali,makcik tu kena mintak tolong dengan orang yang betul-betul nak tolong.Niat sebenar orang yang tolong dia tu wallahualam.Ni sedutan cerita  dari bapak dan makcik aku(kuku)  bila diarang pergi jumpa mak cik tu:
Bapak aku,"Kenapa tak report polis saja?"
Makcik tu jawab,
"Anak kamu yang tak nak report polis."

Ops..pembetulan sebenarnya kat situ,aku tak kisah pun nak report polis,memang aku tak nak report sebab makcik tu sendiri pun setuju bila laki yang dia mintak tolong tu cakap elok urus sendiri a.k.a settle luar je.Aku ikut je mana diarang rasa selesa.Bukan aku taknak o.k=).

Disebabkan kes ni,aku rasa takut-takut jugak la nak kuar merayau-rayau kat sini.Tapi,aku fikir balik,kalaulah aku terserempak,dia nak maki aku,aku buat muka tak bersalah je la..malaslah nak fikir banyak.Biarlah bapak aku settle down semua tu.

Itulah cerita yang menarik sungguh ..Dugaan dari Allah..mudahan hati ni redha.Amin..




ilustrasi kejadian hari tu.=)



masalah kat fb aku..ayik je timbul benda tu.dah klik load anyway pun lembap betul.takpela.ada sebab kot.biar je.ada rezeki lebih akan ku hantar netbook ini ke klinik.


PESANAN AKHIR ENTRI NI.



Friday, April 6, 2012

kau terlupa atau aku yang terlupa

bila aku lupa,
kau cerca aku,
kau marah padaku,
kau pandang rendah padaku,
kau jeling dengan sorotan mata yang tajam,
kau umpat aku..

tapi kau terlupa,
yang aku terlupa apa yang kau ingat.
tapi kau terlupa,
yang kau terlupa,
pegang tangan ku erat.
tapi kau terlupa,
kau tak bawa aku bersama,
tapi kau terlupa,
yang kau terlupa aku ada bersamamu,
tapi kau terlupa,
yang aku terlupa untuk menggapai tanganmu,
tapi kau terlupa,
yang aku kadang terlupa,
aku seorang pelupa,
tapi kau terlupa,
aku terlupa bila kau melupakan.

jadi,kau atau aku sebenarnya terlupa ? sama-sama terlupa jawabnya.

Sunday, March 11, 2012

While u r looking for happiness...


While we are looking for happiness in a not really good way, here come a girl, struggle a lot to find Allah hidayah. She gives me strength and aspire me a lot.

The most happiness and grateful way to find happiness is by looking for Hidayah .

Saturday, March 3, 2012

InshaAllah

InshaAllah..hari jumaat minggu lepas adalah kelas terakhir untuk peringkat diploma ni.InshaAllah, saya akan berjuang sehabisnya untuk dapat ang terbaik bagi peperiksaan akhir nanti.InshaAllah,saya akan serap dan terapkan semua ilmu yang dah dipelajari.InshaAllah.3 tahun telah hampir berakhir untuk mendapat segulung skrol diploma.
  Beg ni peneman paling setia.dari sem 1 gik.

Kampus tok la tempat aku berhempas pulas melawan ngantok.

InshaAllah,3 tahun juak ku berkenalan dengan miak kelas ku.Apuu..thanks u all and I am sorry if I have ever offence u all.

Today 


Today is just a fantastic day .
As the semester going to end,
our relationship is not going to end.

What I had waste my time for today?